Anda di halaman 1dari 1

Melalui tugasan BMM 3101 pada kali ini pelbagai ilmu pengetahuan telah Berjaya kami timba khususnya

dalam aspek penyediaan Rancangan Pengajaran Harian. Ilmu berkenaan dengan pengaplikasian konsep 5P dalam RPH ini akan membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan menarik. Sebagai seorang bakal guru juga kami perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan penggunaan kemahiran agar bersesuaian dengan kecerdasan pelbagai yang ada pada setiap murid. Seperti mana yang kita tahu, setip murid dilahirkan dengan kemampuan yang berbeza dan terpulang kepada guru bagaimana untuk mengembangkan bakat dan potensi yang ada pada murid melalui kaedah P&P khususnya. Bukan setakat itu sahaja, tugasan yang meminta kami untuk menghasilkan satu peta konsep yang yang berkaitan dengan sukatan pelajaran. Kami secara berkumpulan melihat tugasan ini sebagai satu latihan. Hal ini kerana sebagai guru, kami bertanggungjawab untuk melatih murid dengan kemahiran untuk belajar cara belajar melalui penghasilan peta-peta minda yang berkaitan dengan topik-topik pembelajaran. Oleh yang demikian, kami perlu dilatih terlebih dahulu untuk menghasilkan peta minda terbaik untuk dijadikan bahan-bahan untuk membantu murid-murid kelak. Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa tugasan pada kali ini banyak membantu kami membuat persediaan untuk bergelar guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai