Anda di halaman 1dari 4

NAMA: KU FATIN AZIRAH BT KU YAHYA Kelas: T3PS

REFLEKSI LAWATAN KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA(USM),PULAU PINANG

Pada 25 Jun 2013, satu lawatan sambil belajar telah dijalankan oleh guru pelatih dari T3 Pengajian Sosial ke USM,Pulau Pinang. Tempat-tempat yang dilawat adalah melawat dua buah tempat iaitu Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah serta Pusat Penyelidikan Arkeologi Global,USM. Lawatan ini dijalankan selama 6 jam bermula dari jam 1.00 -7.00 petang diiringi oleh pensyarah penasihat Persatuan Sejarah iaitu Dr. Azman Bin Isa bersama-sama 20 orang guru pelatih ahli persatuan. Sepanjang lawatan ini dilaksanakan, saya dapati terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan sepanjang

melaksanakan program lawatan seperti ini. pertama, dari awal proses pemilihan dan penubuhan ahli jawatan kuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan sehingga ke pelaksanaan lawatan sehingga akhir lawatan kami sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan. Bak kata pep atah Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semua jawatankuasa saling bantu membantu dalam usaha menjadikan lawatan ini tercapai objektifnya. Kekuatan kedua lawatan ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami dalam merancang sesebuah program. Ramai diantara ahli kelas saya yang sudah mempunyai pengalaman dalam merancang program-program seumpama ini sebelum ini. Jadi,kebanyakkan tugas menjadi mudah.

Sebagai contoh, banyak urusan-urusan diplomasi, surat-menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut. Kekuatan yang dapat saya lihat semasa berada Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah saya dapat melihat sendiri bekas peninggalan sejarah yang membuktikan kewujudan zaman prasejarah. Kami juga sempat melawat sudut Zaman Peradaban Awal Manusia yang bermula dari Zaman Paleolitik dan akhirnya Neolitik. Kami berasa kagum melihat tinggalan-tinggalan sejarah yang dipamerkan dan sempat bergambar sebagai tanda kenangan. Menerusi sudut ini, kami juga dapat belajar dan melihat sendiri bagaimana manusia pada zaman dahulu kala hidup dan menguruskan kegiatan harian mereka. Kekuatan seterusnya ketika saya mengikuti lawatan ini di Pusat Arkeologi Global USM ialah saya berpeluang mendalami ilmu arkeologi serta didedahkan secara

terperinci tentang zaman prasejarah negara kita. Saya juga berasa kagum dengan sebuah bangunan lama USM yang berusia lebih 70 tahun, diubahsuai menjadi galeri dan dibahagikan kepada tujuh bahagian pameran.. Malahan, saya juga dapat pelbagai input dan dapat mempertingkatkan pengetahuan saya mengenai sejarah melalui enam hasil kajian PPAG yang mempunyai impak dan sumbangan penting kepada arkeologi dunia. Antara enam hasil kajian itu ialah Manusia Perak iaitu rangka manusia zaman Paleolitik. Kota Tampan yang menjadi tapak rujuk klasifikasi dan teknologi litik di Asia Tenggara, Bukit Tengkorak yang menjadi laluan perdagangan Maritim, Mansuli Sabah ialah tapak prasejarah tertua di Borneo, Sungai Batu adalah tamadun terawal di Asia

Tenggara, dan Bukit Bunuh sebagai tapak penemuan kapak genggam yang tertua di dunia. Kekuatan terakhir adalah melalui lawatan ini saya mengagumi kebijaksanaan manusia dahulu kerana mampu meneruskan kehidupan dengan menggunakan sumbersumber yang sedia ada sahaja terutama sumber alam sekitar, pernahkah kita terfikir bahawa sekiranya manusia pada zaman moden sekarang berada di zaman dahulu, adakah seseorang itu masih mampu meneruskan kehidupannya tanpa bergantung pada teknologi yang canggih? Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa lubang-lubang kelemahan yang menganggu dan perlu diperbaiki. Kelemahan pertama adalah faktor kekangan masa. yang menyebabkan kami sebulat suara memilih tempat lawatan yang berdekatan institut. Mengikut perancangan awal kami telah memilih Lembah Bujang di Kedah sebagai tempat lawatan. Disebabkan kesibukan guru pelatih menghadiri kelas dan membuat persediaan menjalani praktikum selama dua bulan, kami sebulat suara memilih USM sebagai lawatan kami. Kelemahan kedua ialah, saya terlewat sampai ke Pusat Arkeologi tersebut sehingga guru pengiring terpaksa menunggu sehingga bilangan kami mencukupi. Selain itu, kelemahan saya ialah saya juga tidak membahagikan masa yang ada semasa lawatan tersebut dengan baik. Akibatnya, terdapat beberapa pameran yang tidak saya kunjungi. Bagi mengatasi kelemahan yang telah dikenalpasti, terdapat beberapa cadangan penambahbaikkan. Antaranya lawatan ke tempat-tempat berkaitan sejarah perlu diperbanyakkan kerana ianya umpama khazanah ilmu sejarah manusia dan ia telah

menyediakan satu platform kepada masyarakat umum untuk mengetahui dan mendalami pengetahuan arkeologi dan sejarah tentang zaman prasejarah di Malaysia. Cdangan kedua adalah, perancangan masa yang baik dan terancang perlu dipertingkatkan agar membantu kita mengurus masa dengan bijak dan menguruskan sesuatu dengan lancar. Melalui lawatan ini, saya memperoleh banyak peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan, saya berasa bertuah kerana dapat melihat dengan mata sendiri tinggalan barangan sejarah yang dipamerkan. Selain itu, sebagai bakal guru Sejarah, lawatan ini memberi manfaat kepada saya kepada pendedahan mengenai ilmu pengetahuan sejarah dan dapat berkongsi bersama murid apabila menjadi guru

Anda mungkin juga menyukai