Anda di halaman 1dari 5

SKMK3093 PEMUZIUMAN BUDAYA

TUGASAN 1

NAMA AHLI KUMPULAN


MOHD AFFIQ AFFANDY BIN AZLIZAN (A165841)
MUHAMMAD IZZAT SYAFIQ BIN ZAMZIBA (A166493)
AIMAN QARAFI BIN AHMAD TERMIZI (A166477)
MOHAMED SUHAIMI BIN MUSTAKIM (A166077)
NUR SYAFIKAH BINTI MOHAMED (A166056)
MOHAMED HAKIMI BIN AHMAD KHAIRUDDIN (A166122)

SEMESTER 2 2019/2020
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1. Apakah maksud muzium?
Institusi muzium merupakan sebuah institusi yang pada awalnya berfungsi memerihalkan
bahan sejarah semata-mata. Walau bagaimanapun statusnya kini berubah apabila diangkat
menjadi sebuah institusi yang memberi kepentingan kepada negara terutama dalam bidang
pelancongan dan sebagai institusi pendidikan bukan formal (institusi perkembangan ilmu).
Suatu ketika dahulu, kewujudannya di Eropah adalah sebagai manifestasi masyarakat dan
menunjukkan taraf masyarakat bangsa-bangsa Eropah (Susan 1999). Namun, setelah
berlakunya proses evolusi, muzium pada hari ini, di Eropah khususnya dan di serata dunia
amnya, telah menjadi pusat pendidikan popular yang mendidik serta menyediakan pengalaman
sosial dan kerohanian melalui pamerannya serta aktivitinya yang lain.

Muzium dilihat sebagai institusi pembinaan minda yang unggul dan mampu membawa
agenda kesedaran terhadap budaya bangsa melalui aktivitinya terutama melalui pameran.
Muzium mampu menjadi role model kepada sistem pendidikan luar. Menjelang alaf baru ini,
muzium seharusnya wujud dengan lebih berketerampilan dalam memperbaiki imejnya pada
mata masyarakat melalui pendekatan penyampaian aktiviti atau program yang lebih
menekankan teknologi dan mesra masyarakat tanpa meninggalkan elemen emosi dan rohani
para pengunjungnya (Dzulfawati 1999).

Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dalam pelbagai aspek termasuk
dalam bidang budaya dan warisan. Budaya dan warisan merupakan altenatif kejayaan kepada
negara. Hal ini kerana kedua-duanya merupakan pemangkin pertumbuhan ekonomi khususnya
dalam bidang pelancongan. Dalam masa yang sama, warisan turut memiliki kepentingan dalam
aspek pendidikan. Ia bukan sahaja memaparkan bayangan sejarah bahkan kewujudannya juga
memberi pelbagai pendidikan kepada masyarakat. Salah satu institusi yang berperanan sebagai
wadah pendidikan mengenai warisan adalah muzium. Sebagaimana yang diketahui muzium
merupakan organisasi yang sudah bertapak sejak dan mampu berdiri teguh di Malaysia (Nur
Shakirah Mohd Fisah 2007). Perkembangan yang dilalui ini memberi peluang kepada muzium
untuk mengubah fungsi dan peranan ke arah yang lebih saling melengkapi sejajar dengan
tuntutan masyarakat pada masa kini. Muzium boleh menjadi role model kepada sistem
pendidikan luar dan terbuka kepada masyarakat pelbagai peringkat. Menjelang alaf baru ini
muzium seharusnya lahir dengan lebih berketerampilan dalam memperbaiki imejnya pada mata
masyarakat melalui pendekatan penyampaian aktiviti atau program yang lebih menekankan

1
teknologi dan mesra masyarakat tanpa meninggalkan elemen emosi dan rohani para
pengunjungnya (Dzulfawati 1999).

2. Apakah definisi muzium?


Perkataan ‘muzium’ yang digunapakai hari ini berasal daripada perkataan Inggeris. Walau
bagaimanapun ‘museum’ dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Yunani 'mouseion'
yang bermaksud rumah suci 'muse' iaitu tuhan atau kumpulan sembilan dewi lambang ilmu dan
kesenian. ‘Muse’ dalam bahasa Yunani juga bermaksud gembira atau dalam bahasa
Inggerisnya ‘amusement’. Geo Brown Goode (1895) mendefinisikan muzium sebagai:

‘A place sacred to the Muse specifically, the great institution fot literature and
scientific studies built and equipped by ptolomy I at Alexandria, which was virtually
a university of Hellesnistic world’.

Dalam pada itu terdapat beberapa definisi berbentuk sementara atau masih kabur yang
diutarakan. Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM), Kesatuan Muzium Kanada (CMN) dan
Kesatuan Muzium America (AAM) mendefinisikan muzium berlandaskan kepada fungsi dan
pengurusannya serta bidang-bidang yang berkaitan dengan institusi tersebut. ICOM pada
Mesyuarat Agongnya 1974 menggariskan definisi muzium sebagai institusi bersifat tetap, tidak
mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya, terbuka
kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan
pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya (Esa
Bin Haron 2005).

Berdasarkan kepada definisi tersebut, tidak dapat dinafikan bahawa Muzium


memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan pembangunan
ekonomi bagi setiap negara dan masyarakat. Malah Muzium turut membentuk dan mengambil
bahagian yang utama membangunkan masyarakat dan negara melalui peranannya yang
berbagai (multifunctional role).

Sehubungan itu, pada 1989 Kesatuan Muzium Great Britain (MAGB) telah
mendefinisikan Muzium dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami. Institusi Muzium
ditakrifkan sebagai:

2
‘An institution which collects, documents, preserves, exhibits and interprets material
evidence and associated information for public benefit’.
(Esa Bin Haron 2005)

Di Malaysia, muzium pada peringkat awalnya dikenali sebagai ‘sekolah gambar’


kerana selain artifek arkeologi, gambar-gambar bersejarah turut dipamerkan dengan banyaknya
di dalam bangunan muzium (Mohd Faizal Md Noor 2004). Walau bagaimanapun peredaran
masa dan pertambahan pengalaman serta pengetahuan golongan tertentu terutama yang ada
kaitan langsung dengan pengurusan dan aktiviti Muzium telah berjaya membentuk identiti baru
Muzium. Hal ini turut mengubah pandangan orang ramai terhadap institusi tersebut.

Selain itu, terdapat berbagai bentuk tanggapan dan definisi yang berbeza terhadap
institusi muzium, namun begitu adalah tepat jika muzium itu diterangkan melalui aktiviti serta
kemampuan yang ditunjukkan oleh sesebuah muzium itu. Kejayaan sesebuah muzium
menangani segala permasalahan yang ada dalam usaha mencapai objektif penubuhannya
adalah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan dan rasa tanggungjawab kakitangannya.
Oleh yang demikian, sesebuah muzium itu adalah sesuai didefinisi berdasarkan kemampuan
serta kejayaan yang ditunjukkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan bersandar
kepada fungsi dan garis objektifnya.

3
RUJUKAN
Dzulfawati Hj. Hassan (1999) Muzium dan cabaran menjelang abad ke-21. In. Mohd. Ali
Ngah, Aidit Haji Ghazali, Zulfawati haji Hassan, Mohd. Lotfi Nazar (eds) Jaringan
muzium Asia Timur, pp. 247- 274. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda
(INMIND).

Esa Bin Haron. 2005. Persepsi terhadap pameran dan kepuasan pelawat di muzium negara.
Changlun: Fakulti Pengurusan Perniaagaan, Universiti Utara Malaysia.

Mohd Faizal Md. Noor. 2004. Tugas dan tanggungjawab pengurusan kurator di Muzium
Negara. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Nur Shakirah Mohd Fisah. 2007. Sistem kemasukan data dan pendaftaran artifak di Jabatan
Muzium Malaysia dan Muzium Seni Asia, Universiti Malaya. Sarawak: Universiti
Malaysia Sarawak.

Susan AS. 1999. Museum masterpieces by architectures. New York: Todri Production.

Anda mungkin juga menyukai