Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN KOLEJ KERIS MAS

TARIKH : 27.9.2018
MASA : 8:00 MALAM – 10:00 MALAM
TEMPAT : DEWAN BESAR KOLEJ KERIS MAS

MASA ANN QUE


8:00 Malam Ketibaan peserta Semua post
KETIBAAN PERASMI
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datuk Dr.
Syed Kamarudin Bin Hj. Sadak, Pengetua Kolej Keris
Mas Universiti Kebangsaan Malaysia diiringi dif-dif  MC
jemputan.  Protokol
8:30 Malam  Keselamatan
Hadirin mohon berdiri.
 Teknikal
*Nyanyian lagu Negaraku, Varsiti Kita, dan lagu
kolej.  Program

Hadirin dipersilakan duduk.


SALUTASI
Yang Berbahagia  MC
Dato’ Dr. Syed Kamarudin Bin Hj. Sadak
Timbalan Pengetua
Kolej Keris Mas

Saudara Muhammad Iqbal Bin Mohd Noor


Felo Kanan
Kolej Keris Mas

Saudara Muhammad Syakir Iskandar Bin


Muzakir
Ketua Eksekutif
Majlis Eksekutif Pelajar
Kolej Keris Mas
Sesi 2018/2019
Saudara Amir Amsyar Bin Zamzam
Ketua Pengarah
Karnival Sukan
Kolej Keris Mas 2018

Barisan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Keris


Mas Sesi 2018/2019
Barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program
Serta Hadirin Sekalian
KATA ALUAN
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Bunga gantang di Pasar Tamu,
Warnanya lain seperti bara,
Selamat datang para tetamu,
Dengan izin dimulakan acara.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana


dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama
berhimpun di dalam Majlis Penyerahan Bendera
Kontinjen Kolej Keris Mas Tahun 2018.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Datuk Dr. Syed Kamarudin
Bin Hj. Sadak di atas kesudian untuk menghadirkan
diri bagi merasmikan Majlis Penyerahan Bendera
Kontinjen Kolej Keris Mas pada malam ini.
BACAAN DOA
8:45 Malam Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
 MC
Bagi memberkati majlis kita pada malam ini,  Pembaca
Dengan segala hormatnya mempersilakan
doa
Saudara .............................................................................
...............
untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*Pembaca doa menuju ke rostrum.
Amin amin Ya Rabbal Alamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan
doa sebentar tadi.
UCAPAN KETUA PENGARAH
8:50 Malam Hadirin sekalian,

Sebagai pembuka tirai majlis, majlis menjemput


Saudara Amir Amsyar bin Zamzam selaku Ketua
Pengarah Karnival Sukan Kolej Keris Mas 2018 bagi
menyampaikan ucapan.  Mc
 Usher
Dipersilakan.
utama
*Pengarah Program menuju ke rostrum
* Usher Utama mengiringi Ketua Pengarah

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Saudara Amir Amsyar bin Zamzam atas ucapan
sebentar tadi.
UCAPAN PERASMIAN
Dari Perlis hingga Semporna,
Dari Pekan hingga ke Machap,
Agar majlis lebih sempurna,
Silalah tuan tampil berucap.

Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Prof. Madya


Datuk Dr. Muhammad Bin Hussin, Pengetua Kolej
Keris Mas untuk menyampaikan ucapan dan
8:55 Malam sekaligus merasmikan Karnival Sukan Kolej Keris
 MC
Mas Tahun 2018.
 Usher
utama
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*Perasmi menuju ke rostrum
*Perasmian program

Ribuan terima kasih diucapkan atas ucapan dan


perasmian sebentar tadi.
PENUTUP
Hadirin sekalian,
Selesailah sudah Majlis Penyerahan Bendera
Kontinjen Kolej Keris Mas pada hari ini. Sebelum
tuan-tuan dan puan-puan melangkah pulang, kami
menjunjung kasih dan budi kerana sudi bersama-
sama memeriahkan majlis ini.

Kepada para tetamu jemputan, anda diminta untuk


menjamu selera yang telah disediakan.

Madah diungkap santun bitara,


Pantun dilantun mengusik hati,
Salah dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas hati.

Wabilahi taufik walhidayah wasalamualaikum


warahmatullah hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai