Anda di halaman 1dari 12

Teks atau skrip pengacara Majlis Aku Janji SMK Kampar

pada 31/3/2018.

MASA AGENDA
8.00 Mohon kepada semua ibu bapa untuk mengambil tempat kerana majlis akan
bermula sebentar saja lagi. Terima kasih.
A
 Semua pelajar Ting. 3 dan 5 diminta untuk masuk ke dalam dewan.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
A Awal bismillah pembuka bicara.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin NYa,kita dapat berkumpul
di dewan SMK Kampar pada pagi ini bagi menjayakan Majlis Aku Janji
A
murid/pelajar Ting. 3 dan 5 2018. Selamat datang diucapkan kepada
semua ibu bapa , para pelajar dan guru sekalian .

Tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian,bagi meneruskan lagi aturcara


majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Sdra. Eng
Chun Kit/ Lee Yong Kang ke pentas untuk mengetuai lafaz ikrar aku janji
sementara murid/pelajar Ting. 3 dan 5 yang lain diminta berdiri untuk sama-
sama melafazkan ikrar.

M (Bacaan Ikrar)

Sekarang kita akan sama-sama saksikan pula upacara menandatangani


dokumen aku janji oleh Sdra. Eng Chun Kit dan Lee Yong Kang di hadapan
kedua-dua ibu bapa mereka.
…………………………………………………………………………………………………………………...
Alhamdulillah selesai sudah sesi lafaz ikrar yang telah disempurnakan oleh
murid/pelajar Ting. 3 dan 5 itu tadi. Mudah-mudahan segala janji yang
dilafazkan sebentar tadi menjadi kenyataan.
A
Dengan ini tamatlah sudah majlis aku janji kita pada pagi ini. Terima kasih
diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakannya. Saya
sudahi dengan wabillahitaufikwalhidayah wasalm…..

Para pelajar diminta bangun dan bergerak ke kelas-kelas berikut untuk


menantikan majlis penyerahan bantuan awal persekolahan yang akan
diadakan selepas mesyuarat agung PIBG nanti dan jangan lupa ada ‘goodies’
menunggu anda di meja perdaftaran:
3 Amanah – 2 Amanah 5 Amanah - Patriotik
3 Budiman – 2 Budiman 5 Budiman – 1Amanah
3 Cekal – 2 Cekal 5 Cekal – 1Budiman
5 Dedikasi – 1 Cekal

Untuk makluman, tuan-tuan dan puan-puan diminta jangan kemana-mana


kerana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 akan diadakan sebentar sahaja lagi.
MESYUARAT AGUNG PIBG SMK KAMPAR 2018
Atur cara kita yang seterusnya ialah Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43. Diminta semua
AJK PIBG sesi 2017/2018 serta pencatat minit mengambil tempat masing-masing.
Saya dengan ini menyerahkan mesyuarat agung pibg ini kepada Yang Di Pertua PIBG
SMK Kampar iaitu En. Arsad Bin Alang Ahmad untuk memulakan mesyuarat.
Terima kasih……

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada Ahli
Jawatankuasa PIBG bagi Sesi 2017/2018.

Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Noranida Bt Ahmad


selaku Pengetua SMK Kampar diringi oleh Yg Berusaha En. Azmi Bin Mat Saat PK
Pentadbiran SMK Kampar tampil ke pentas bagi menyempurnakan majlis
penyampaian sijil dan cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Kampar bagi
sesi 2017/2018. Dipersilakan………..

(Rujuk senarai AJK PIBG)


Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Noranida Bt Ahmad Pengetua
SMK Kampar kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian sijil itu tadi, maka selesailah sudah Mesyuarat
Agung PIBG kita pada hari ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam
menjayakan mesy. Agung PIBG kita pada hari ini.

Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.


PENYERAHAN BANTUAN WANG AWAL PERSEKOLAHAN 2018
Atur cara kita pagi ini diteruskan lagi dengan MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN WANG
AWAL PERSEKOLAHAN. Para ibubapa/penjaga bolehlah beredar ke kelas-kelas yang
dinyatakan tadi untuk menerima bantuan awal persekolahan bersama anak masing-
masing. Jangan lupa untuk menyerahkan satu salinan kp anak dan ibubapa/penjaga
serta slip gaji kepada guru yang bertugas.

Peringatan mesra buat para ibubapa dan pelajar. Sebaik shj menerima wang bantuan
awal persekolahan, diminta para ibubapa dan pelajar untuk masuk semula ke dlm
dewan bagi meneruskan acara terakhir kita pada pagi ini iaitu Majlis Anugerah
Cemerlang.

MAJLIS HARI ANUGERAH GEMILANG

Sebelum majlis bermula Hadirin yang dimuliakan,

:: AZHARI Majlis akan bermula sebentar lagi. Untuk itu, tuan-


tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta
mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis, tuan-tuan dan


puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon
bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

Mohon para hadirin tidak meninggalkan majlis


sehingga majlis selesai kerana ini merupakan majlis
rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar.

Dan mohon tetamu berdiri ketika vvip berjalan


masuk ke dalam dewan.
Pengumuman Ketibaan Mengumumkan ketibaan
Yg berusaha,
:: MAIMUNAH
En. Hanizam Bin Harun, Penolong PPD
(Menengah),PPD Kinta Selatan.
diiringi oleh Yg berusaha, Pn. Noranida Bt Ahmad
Pengetua SMK Kampar,
Yg berusaha, En. Arsad Bin Alang Ahmad, YDP
PIBG SMK Kampar serta
barisan pentadbir dan guru-guru kanan SMK
Kampar,
(Hadirin diminta berdiri)

Nyanyian lagu Negaraku (tidak perlu umumkan)


-
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian
:: AZHARI sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan doa (10.10-10.15) Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
:: MAIMUNAH Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh adik Yusri Bin Ashaari. Dengan
penuh takzimnya, dipersilakan.

 Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis


merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.

Salutasi Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera dan
Salam 1 Malaysia.
:: AZHARI
Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Yang Berusaha :
En. Hanizam Bin Harun, Penolong PPD
(Menengah),PPD Kinta Selatan.
Yang Berusaha, Pn. Noranida Bt Ahmad, Pengetua
SMK Kampar

Yang Berusaha, En. Arsad Bin Alang Ahmad, YDP


PIBG SMK Kampar.

Barisan pentadbir dan guru-guru kanan SMK


Kampar

Dif-dif jemputan

Para guru, ibu bapa, pelajar, hadirin dan hadirat


yang dirahmati Allah sekalian.

Ucapan alu-aluan Melati kuntum menghias gelas,


Tumbuh melata di tepi kali,
:: MAIMUNAH Anugerah Gemilang 2018,
Pelajar cemerlang kita hargai.

Hadirin sekalian,

Warga dewan SMK Kampar, mengalu-alukan


kehadiran hadirin hadirat sekalian ke “ MAJLIS
ANUGERAH GEMILANG SMK KAMPAR 2018”.

Majlis pada hari ini akan menganugerahkan


penghargaan kepada para pelajar yang
menunjukkan kesungguhan dalam bidang kurikulum
mahupun kokurikulum/koakademik. Justeru, adalah
menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya
menjadi tonggak bagi memulakan anjakan
paradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap
pelajar. Tidak lupa juga anugerah turut disampaikan
sebagai penghargaan kepada guru-guru yang telah
bertungkus-lumus bagi memastikan kejayaan yang
cemerlang para pelajar SMK Kampar.

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Hadirin sekalian,

Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan


ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis dgn sukacitanya
menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha Pn Noranida Bt Ahmad, pengetua
SMK Kampar untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu


tadi.

Ucapan Perasmian Hadirin sekalian,

:: AZHARI Kalau tuan pikat kenari


Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami

Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi.


Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan
perasmian. Untuk itu, majis menjemput dan
mempersilakan,
Yang Berusaha :
En. Hanizam Bin Harun, Penolong PPD
(Menengah),PPD Kinta Selatan.
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Gemilang SMK
Kampar bagi tahun 2018. Dipersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu


tadi.

Persembahan montaj Hadirin yang dihormati sekalian,

:: MAIMUNAH Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan


montaj yang disediakan oleh En. Zamhari Bin Ismail
seorg pakar multimedia sekolah ini. Menurut beliau
montaj ini akan memaparkan aktiviti serta program
yang pernah dijalankan di sekolah ini. Montaj ini
diberi tajuk Panorama SMK Kampar. Sama-
samalah kita saksikan.

(tamat persembahan montaj)

Sungguh menarik persembahan montaj itu tadikan?


Majlis mengucapkan terima kasih.

Penyampaian Hadiah Majlis Anugerah Gemilang Pelajar bagi tahun ini


Kokurikulum/Koakademik akan kita mulakan dengan Penyampaian Hadiah
Kokurikulum/Koakademik. Untuk itu, majlis dgn
:: AZHARI
sukacitanya menjemput, Yang berusaha, Pn
Noranida Bt Ahmad pengetua SMK Kampar diiringi
oleh Yang Berusaha En. Azmi Bin Mat Saat PK
Pentadbiran untuk menyampaikan hadiah.

(Rujuk buku atur cara) Permainan, uniform,


sukan/olahraga, Anugerah Kecemerlangan
Pemimpin Unit Kokurikulum & Tokoh Kokurikulum.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kpd Pn


Noranida Bt Ahmad di atas penyampaian hadiah itu
tadi dan tahniah diucapkan kepada para penerima
anugerah.

Persembahan 2 Dari Kota Setia ke negeri Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
:: MAIMUNAH Persembahan ke-2 menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Majlis akan dirancakkan lagi dengan persembahan


kedua berupa …………. ………………………………
……………………………………………………………
……………………………………………………………

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas


persembahan itu tadi.
Penyampaian hadiah Kokurikulum dan Hadirin sekalian,
Kurikulum Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian
Hadiah
:: AZHARI
1. SAHSIAH TERBAIK
2. ANUGERAH KEPIMPINAN
3. PUSAT SUMBER
4. KOPERASI
5. PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
6. NILAM
7. PEPERIKSAAN DALAMAN
. Untuk itu majlis ingin menjemput dan
mempersilakan En. Arsad Bin Alang Ahmad, YDP
PIBG SMK Kampar diiringi oleh Yg berusaha En.
Yaakob Bin Noh, PK HEM SMK Kampar untuk
menyampaian hadiah

(Rujuk buku atur cara)

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah


Penyampaian hadiah Kurikulum - TERBAIK PT3
- MATA PELAJARAN TERBAIK SPM
:: MAIMUNAH
- TERBAIK SPM
- ANUGERAH TOKOH PELAJAR
- ANUGERAH PANITIA
- Peningkatan % lulus (>5%)
- Panitia Pencapaian 100%
- Peningkatan GPMP (>0.5)

Untuk itu majlis ingin menjemput dan


mempersilakan Yang Berusaha :
En. Hanizam Bin Harun, Penolong PPD
(Menengah),PPD Kinta Selatan.
diiringi oleh Yg berusaha Pn. Noranida Bt Ahmad,
pengetua SMK Kampar untuk menyampaian hadiah

(Rujuk buku atur cara)

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian


hadiah itu tadi.
Penyampaian Cenderamata Pihak majlis sgt berbesar hati untuk memberikan
sedikit tanda kenang kenangan sebagai
:: AZHARI
penghargaan dan tanda ucapan terima kasih
kepada Yg berusaha En. Hanizam Bin Harun,
Penolong PPD (Menengah),PPD Kinta Selatan.

Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Pn.


Noranida Bt Ahmad bagi menyempurnakannya.
Dipersilakan…….

Seterusnya, majlis mempersilakan , Yang berusaha


En. Hanizam Bin Harun, Penolong PPD
(Menengah),PPD Kinta Selatan.
kerana telah sudi meluangkan masa untuk hadir dan
menyerikan lagi Majlis Anugerah Gemilang SMK
Kampar pada kali ini
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih.

Penutupan, Nampaknya majlis kita sudah hampir sampai ke


penghujungnya. Pihak majlis juga ingin menyusun
:: MAIMUNAH sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya
ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami
mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat


Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

:: AZHARI Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah


S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada
kelemahan kami sendiri.
Dengan berakhirnya pantun itu tadi, maka
berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.
Majlis bersurai.

Sekian, terima kasih.

PROFIL ENG CHUN KIT – ANUGERAH TOKOH PELAJAR

Pelajar ini merupakan Pen. Bendahari Pengakap, Setiausaha Kelab Bimbingan & Kaunseling
Pen. Pengerusi bagi Kelab Bola Keranjang dan Ketua Rumah Sukan Kuning.

Telah mencipta beberapa kejayaan dalam Sukan Tahunan SMK Kampar tahun 2017.
Antaranya:

Johan Lompat Jauh

Naib Johan 400 m dan 4 x 100 m

dan tempat ketiga bagi acara 200 m

Dalam bidang akademik pula pelajar ini telah mendapat tempat pertama keseluruhan ting. 4
dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2017 dengan pencapaian 7A 3B.

Pelajar yang dimaksudkan adalah

ENG CHUN KIT

Anda mungkin juga menyukai