Anda di halaman 1dari 14

MAPC 2016 SKMM

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2016,

Teks Pengacara Majlis

Zamri bin Morshidi


11/12/2016
MAPC 2016 SKMM 2016

Teks Pengacara Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, SK Merbau, Miri


12 November 2016)
ETA Teks Que
07:00am Assalamualaikum, Salam sejahtera dan salam perpaduan.Salam 1 Malaysia.
House-keeping
Selamat Datang diucapkan kepada sidang hadirin yang dihormati sekalian ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bagi Tahun 2015, SK Merbau,
Miri. Pihak penganjur amat berbesar hati atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan melapangkan masa untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan lagi
majlis pada pagi ini. Zam

Buat makluman hadirin sekalian, majlis dijangkakan bermula pada jam 7:50 pagi, sebaik sahaja ketibaan tetamu kehormat kita. Oleh itu, pihak
majlis ingin menarik perhatian dan kerjasama daripada sidang hadirin terhadap beberapa perkara, iaitu : Yana

Pertama : Semasa sesi ucapan sedang berlangsung, dan sepanjang perjalanan majlis; sukacitanya dimohon agar telefon bimbit dimatikan
ataupun ditukar kepada mod senyap, agar tidak mengganggu kelancaran majlis.
Zurina
Kedua : semua pelajar dinasihatkan agar sentiasa tenang dan menghormati majlis sepanjang acara berlangsung. Pelajar juga dinasihatkan
untuk menjaga kebersihan dewan majlis.

Ketiga: Apabila diumumkan ketibaan tetamu kehormat/ VIP, minta kerjasama sidang hadirin untuk berdiri sebagai tanda hormat serta
memberi tepukan yang gemuruh. Begitu juga apabila majlis telah selesai.

Keempat: Sepanjang aktiviti majlis dijalankan, mohon kerjasama hadirin semua untuk mengurangkan pergerakan keluar masuk dewan bagi
memastikan suasana majlis dalam keadaan yang ceria dan tenang.

Kelima: 5. Para Hadirin hanya dibenarkan meninggalkan majlis sebaik sahaja tetamu kehormat/ VIP meninggalkan majlis

Semoga majlis kita pada pagi ini membawa kenangan manis untuk dikongsi bersama. Terima kasih atas perhatian semua

ETA Teks Que


7.45 pagi Hadirin dan hadirat sekalian, marilah kita saksikan perarakan utama masuk ke dalam dewan.
Zam
Perarakan Utama Makluman siding hadirin, perakan utama ini terdiri daripada penerima-penerima anugerah dalam kalangan pelajar-pelajar Tahun 6.
Masuk Dewan

SKMM/zm/2015 Page 1
MAPC 2016 SKMM 2016

8.15 am Mengumumkan ketibaan :


Yang Berbahagia, Zam
Ketibaan VIP Puan Suhana binti Othman, Pengurus Cawangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Cawangan Permyjaya.

Perarakan Perdana masuk ke dewan

Nyanyian Sidang Hadiri Yang dihormati,


Negaraku Majlis bermula tirai dibuka,
& Zam
SK MErbau - Hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku serta diikuti dengan lagu sekolah “SK Merbau Sekolahku”
Sekolahku.

-Terima kasih di atas nyanyian itu tadi. Para hadirin dipersilakan untuk duduk.

Protokol  Yang Berbahagia,


Puan Suhana bt Othman, Pengurus Cawangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Cawangan Permyjaya.

 Yang Dihormati,
En. Mohd Muliono bin Sukiman , Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru SK Merbau, Miri Zam

 Yang Dihormati En. Zainal Abidin bin Nordin Timbalan Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri.

 Yang Berusaha, Encik Wan Kassim @ Wan Habib bin Haji Tuanku Taibu. Guru Besar SK Merbau, Miri

 Penolong-penolong kanan, Warga pendidik serta staf sokongan Sekolah,

SKMM/zm/2015 Page 2
MAPC 2016 SKMM 2016

 Ibu Bapa / Murid-murid yang dikasihi / Tuan-tuan dan Puan-puan, sidang hadirin yang dihormati.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Assalamualaikum dan salam hormat penuh takzim. Selamat datang diucapkan ke :


Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, SK Merbau, Miri. Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang pada Tahun ini bertemakan “KECEMERLANGAN ILMU,
KEMANTAPAN AKHLAK TERAS KEJAYAAN”

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana limpah kurnia dan Izin-Nya jua, dapat kita berhimpun bersama-sama untuk meraikan serta mengiktiraf
usaha gigih pelajar-pelajar dalam menjana dan menobatkan usaha kecemerlangan ilmu.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Bacaan Doa Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh, Yana
Doa di pohon biar berkat.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati ,


marilah kita sama-sama menadah tangan serta bermunajat agar majlis kita pada pagi ini diberkati Allah SWT. Untuk itu, majlis mempersilakan
Ustaz Haziq Bin Rosli untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(selesai doa)

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Haziq Bin Rosli di atas pimpinan doa itu tadi.

Ucapan Alu Emas tempawan buatmu puteri, Yana


Pengerusi Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Sebagai sekapur sirih, penerus bicara, majlis dengan hormatnya mempersilakan : Yang Berusaha Encik Wan Kassim @ Wan Habib bin Haji Tuanku

SKMM/zm/2015 Page 3
MAPC 2016 SKMM 2016

Taibu, Guru Besar SK Merbau, Miri untuk merungkaikan seuntai bicara sebagai ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

(selesai ucapan)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Wan Kassim @ Wan Habib bin Haji Tuanku Taibu, di atas ucapan itu tadi.

Ucapan NYDP Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih, Zurina
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Dihormati, En. Mohd Muliono bin Sukiman Naib Yang dipertua PIBG SK Merbau, Miri untuk
menyampaikan ucapan, Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(selesai ucapan)

- Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Mohd Muliono bin Sukiman atas ucapan itu tadi.

Ucapan Jangan tertawan alpa duniawi,


Perasmian Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan satria pertiwi, Zam
Hulurkan madah kata perasmi.

Hadirin sekalian,
Seterusnya, majlis dengan penuh hormat dan takzimnya, mempersilakan tetamu kehormat yang kita hormati :

Yang Berbahagia
Puan Suhana binti Othman, Pengurus Cawangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Cawangan Permyjaya
Untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan upacara perasmian Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, SK Merbau, Miri. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

SKMM/zm/2015 Page 4
MAPC 2016 SKMM 2016

(selesai ucapan)
Zam
(Plan A: Jika VIP tidak tahu tentang upacara Simbolik)

 Meneruskan upacara simbolik Perasmian.


Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha, Encik Wan Kassim @ Wan Habib bin Haji Tuanku Taibu, Guru Besar SK Merbau dan Encik Mohd
Muliono bin Sukiman, NYDP PIBG bagi mengiringi Pn. Suhana Binti Othman untuk upacara simbolik perasmian majlis. Dipersilakan.

Inform to Issac (selesai Upacara - Resis Zam


Que Muzik
-demikianlah tadi rasminya Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2015, SK Merbau, Miri.

Persembahan Para hadirin yang kami hormati,

Begitulah tadi selesainya gimik persembahan Senam Tari Zumba Trumpet yang dipersembahkan oleh Ahli Pengakap Sekolah yang terdiri Zam
daripada pelajar-pelajar Tahun 6. Persembahan sebentar tadi disimbolikkan bahawa pelajar pelajar SK Merbau bukan sahaja cemerlang dalam
bidang akademik dan kokurikulum tetapi juga kreatif dalam pengolahan Seni Senam Tari. Makluman siding hadirin Kumpulan tersebut juga telah
mendapat Naib Johan semasa Perkhemahan Pasca UPSR Peringkat Negeri.

Persembahan tersebut adalah dibawah pimpinan Pn. Faridah Ahmad dan En Mohd Bakhtiar

Sidang HAdirin yang dihormati,


Sidang 1

Konvokesyen Pra
 Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan Sidang Pertama iaitu Anugerah Permata Akademik Untuk itu majlis
sekolah dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En. Wan Kassim @ Wan Habib bin Haji Tuanku Taibu Zam
& Kedudukan untuk menjemput dan mengiringi Yang dihormati, Puan Suhana binti Othman, Pengurus Cawangan Bank
Tempat 1, 2, dan Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Cawangan Permyjaya untuk menyampaikan Sijil Graduasi Pra Sekolah. (Pra A /
SKMM/zm/2015 Page 5
MAPC 2016 SKMM 2016

3 Pra Dipersilakan.. Pra B)


Pra C
Kita mulakan dengan penyampaian sijil dan hadiah tamat pra sekolah SK Merbau, Miri.

Kita mulakan dengan Pra Sekolah Aspirasi


Dipersilakan adik… (baca senarai nama)

Bagi Pra Sekolah Bestari, dipersilakan Adik ……….. (Baca senarai nama)

Seterusnya adalah penyampaian sijil Tamat sekolah Pra Cekal


Dipersilakan adik… (baca senarai nama)

 Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada pelajar Pra sekolah yang mendapat tempat
pertama, kedua dan ke-3 di dalam kelas.

Kita mulakan dengan Pra Aspirasi:-/Bestari / Cekal


3)
2)
1)

Terima kasih kepada Pn. Suhana bt Othman di atas upacara penyampaian Sijil Tamat Pra Sekoah Sebentar tadi

Markah tertinggi Hadirin yang kami kasihi,


dlm Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada murid yang mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran teras & Bahasa
matapelajaran Arab Komunikasi bagi setiap Tahun. Untuk makluman hadirin, hadiah ini diberikan kepada pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam
teras & Bahasa matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains serta Bahasa Arab Komunikasi. Bagi menyempurnakan majlis, majlis Yana
Arab komunikasi dengan ini menjemput En. Barhan bin sahari, selaku Penolong Kanan Petang untuk menjemput dan mengiringi En.Mohd Muliono bin Sukiman
Naib Yang DiPertua PIBG untuk menyampaikan hadiah tersebut. Dipersilakan.

Dimulakan dengan Mata pelajaran: Bahasa Melayu (Pemahaman) .. (Dipersilakan Adik : …. (Baca senarai nama) Baca sekali sahaja nama
Bagi Mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan (Dipersilakan Adik: (Baca senarai Nama) penerima sekiranya
Bagi matapelajaran Bahasa Inggeris (Dipersilakan Adik: (baca senarai)
menerimahadiah utk
Bagi Matapelajaran Matematik
Bagi Matapelajaran Sains (Dipersilakan adik: (Baca senarai)
matapelajaran lain.
Bagi Mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi Baca Senarai)

SKMM/zm/2015 Page 6
MAPC 2016 SKMM 2016

Terima kasih kepada En.Mohd Muliono bin Sukiman Naib Yang DiPertua PIBG di atas kesudian beliau menyampaikan sijil dan hadiah sebentar
tadi.

Kedudukan Seterusnya, adalah penyampaian hadiah kedudukan dalam setiap kelas. Untuk makluman hadirin hadiah ini diberikan kepada pelajar Tahun 1
Tempat hingga Tahun 6 yang menduduki tempat pertama, kedua dan tempat ketiga di dalam Penilaian Kendalian sekolah Rendah yang telah diadakan
1, 2, 3 sepanjang Tahun 2016. Zurina
(Tahun 1
- Bagi menyempurnakan majlis ini, majlis dengan hormatnya menjemput En. Merawi bin Basni Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi mengiringi
Tahun 6) En. Zainal Abidin bin Nordin Timbalan Pengarah IKBN Miri bagi menyampaikan hadiah.

Dijemput adik… (baca senarai nama).

Pelajar terbaik Seterusnya akan disampaikan sijil dan hadiah bagi anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan bagi Tahun 1 – Tahun 6. Bagi pengetahuan siding
keseluruhan hadirin, hadiah ini diberikan kepada pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 yang telah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang secara
Tahun 1- Tahun 6 keseluruhan dan menunjukkan konsistensi dalam setiap ujian yang berlangsung.
Yana
Kita mulakan dengan Tahun 1:

Dipersilakan Adik… (baca senarai…………)

Terima kasih kepada, En. Zainal Abidin bin Nordin Timbalan Pengarah IKBN Miri di atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.

Sidang 2 Hadirin yang dimuliakan.


Kini bermula siding kedua iaitu Anugerah Permata Bakti. Bagi makluman siding hadirin, Anugerah Permata Bakti ini dianugerahkan kepada
Anugerah Ahli pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kominment yang tinggi dalam setiap aktiviti Kokurikulum di Sekolah. Yana
Kelab
Kokurikulum Bagi menyempurnakan acara seterusnya sekali lagi majlis menjemput En. Barhan bin Sahari selaku Penolong Kanan Petang untuk mengiringi

SKMM/zm/2015 Page 7
MAPC 2016 SKMM 2016

Terbaik bagi para yang dihormati En.Mohd Muliono bin Sukiman NYDP PIBG untuk menyampaikan hadiah bagi acara seterusnya. Para hadirin sekalian,
pelajar Tahun 6
Meneruskan acara majlis, berikut akan disampaikan Anugerah Ahli Kelab Kokurikulum Terbaik bagi para pelajar Tahun 6. Untuk makluman
hadirin, hadiah ini diberikan kepada pelajar Tahun 6 yang telah memberikan komitmen yang bersepadu sepanjang penglibatan mereka dalam
aktiviti kokurikulum sepanjang Tahun 2016.
Kita mulakan dengan …. (Baca / Rujuk Senarai)

Terima kasih diucapkan kepada En. Muliona bin Sukiman di atas kesudian beliau menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah sebentar tadi

Sijil Meneruskan aturcara majlis, sekali lagi majlis mempersilakan En. Changgai ak Beti Penolong Kanan Pentadbiran, untuk naik ke pentas bagi
mengiringi yang berusaha En Wan Kassim @ Wan Habib bin Haji Tuanku Taibu, Guru Besar SK Merbau Miri untuk menyampaikan Sijil Jasamu
“JASAMU Dikenang. Bagi makluman sidang hadirin, Sijil ini diberikan kepada pengawas dan Ahli Pembimbing Rakan Sebaya Serta Ahli Pustakawan dalam Zurina
DIKENANG” kalangan pelajar Tahun 6. Sijil Jasamu dikenang dianugerahkan kepada mereka kerana atas usaha bakti pelajar-pelajar ini dalam menyumbang
tenaga untuk membantu para guru dan sekolah amnya.

Penerima-penerima tersebut ialah

Saya bacakan penerima bagi kategori Pengawas Sekolah.. (Baca senarai nama )

Seterusnya penerima dalam kalangan ahli Pembimbing Rakan Sebaya . (Baca senarai nama )

Penerima Ahli Pustakawan Sekolah . (Baca senarai nama )

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar Tahun 6 yang menerima Sijil Jasamu di Kenang.

SKMM/zm/2015 Page 8
MAPC 2016 SKMM 2016

Penyampaian Sidang Hadirin yang dimuliakan.


Sijil Tamat Tahun Majlis kita teruskan dengan acara Penyampaian Sijil Tamat Tahun 6. Makluman sidang hadirin, Sijil tamat Tahun 6 diberikan kepada semua Zam
6 pelajar Tahun 6 sebagai tanda pelajar telah menamatkan sesi persekolahan di SK Merbau. A&D

Kita mulakan dengan kelas 6 Aspirasi (Baca ikut senarai kelas.) Yana
Seterusnya Kelas 6 Bestari (Baca ikut senarai kelas.) B&E
Seterusnya diikuti dengan kelas 6 Cekal (Baca ikut senarai kelas.)
Seterusnya kelas Tahun 6 Dedikasi (Baca ikut senarai kelas.) Zur
Berikut Pula bagi Kelas Tahun 6 Efisien (Baca ikut senarai kelas.) C&F
Seterusnya yang terakhir Kelas 6 Fatanah (Baca ikut senarai kelas.)

Persembahan Hadirin yang dihormati. Majlis kita telahpun selesai untuk sidang yang kedua. Bagi menambahkan seri pada majlis kita hari ini, majlis dengan
bangganya mempersilakan Kumpulan Gemu Fa Mi Re yang bakal menyampaikan persembahan mereka. Untuk makluman siding hadirin
kumpulan tarian ini telah ditubuhkan di bawah Program Sarana Ibu Bapa. Kumpulan ini telah dilatih oleh Pn. Sri Bayuningsih dan dibantu oleh {n.
Faridah Ahmad. Makluman siding hadirin juga, Tarian Gemu Fa Mi Re ini merupakan tarian yang berasal dari Nusa Tenggara Timur berdekatan Yana
dengan Timor Laste. Tarian ini biasanya digunakan untuk Senama Tari. Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas persembahan sebentar tadi.

Sidang 3 Sidang dewan yang dihormati, majlis kita akan diteruskan lagi dengan Sidang ke-3 iaitu Anugerah Permata Gemilang. Berikut akan disampaikan
Anugerah Rajin Membaca / Program NILAM. Untuk makluman hadirin, anugerah ini diberikan kepada pelajar yang telah membaca buku dalam
Anugerah Rajin bilangan yang tertinggi bagi tahun 2016. Anugerah ini juga diharap dapat memupuk semangat membaca dalam diri murid-murid. Bagi
Membaca / menyempurnakan majlis, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn. Dayang Puziah Bt Awang Ahmad Penolong Kanan Kokurikulum bagi
NILAM mengiringi yang dihormati En. Zainal Abidin bin Nordin bagi melangsungkan upacara penyampaian anugerah tersebut. Yana

Bagi Tahap 1: (Rujuk senarai)


Bagi Tahap 2: (Ruj senarai)

Anugerah Tunas Berikut akan disampaikan Anugerah Tunas Jaya. Anugerah ini diberikan dengan tujuan untuk mengiktiraf penglibatan aktif pelajar-pelajar dalam
JAYA bidang kokurikulum, seperti sukan dan olahraga. Pelajar ini pernah mewakili sekolah dalam pertandingan yang dianjurkan di peringkat bahagian, Zam
negeri dan juga di peringkat kebangsaan.

SKMM/zm/2015 Page 9
MAPC 2016 SKMM 2016

Penerima anugerah ini dipersilakan Adik (Baca senarai Nama)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada penerima anugerah Tunas Jaya ini. Terima kasih diucapkan kepada En. Zainal abiding bin Nordin di atas
kesudian beliau menyempurnakan penyampaian anugerah sebentar tadi.

Anugerah Pelajar Sidang Hadirin yang dimuliakan.


Harapan.
Meneruskan acara, Majlis dengan penuh takzimnya menjemput En. Wan Kassim @ Wan Habib Bin Haji Tuanku Taibu Guru Besar SK Merbau
Miri untuk mengiringi yang dihormati Puan Suhana binti Othman Pengurus Cawangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Cawangan Zurina
Permyjaya bagi menyempurnakan acara seterusnya.

Majlis kita diteruskan lagi dengan Anugerah Pelajar Harapan. Anugerah ini diberikan kepada pelajar-pelajar tahun 5 2016 yang telah
menunjukkan pencapaian akademik yang begitu baik dan konsisten, dengan harapan pelajar-pelajar ini dapat mencapai kejayaan yang cemerlang
untuk UPSR 2016, serta terus bermotivasi bagi mengekalkan kecemerlangan mereka.

Sayugia diingatkan agar ibu bapa penerima Anugerah Pelajar Harapan ini untuk turut sama naik ke pentas.
Diminta para penerima dan ibu bapa pelajar berada kekal di atas pentas sehingga selesai sesi fotografi.

Makluman siding hadirin, sebahagian daripada hadiah adalah sumbangan daripada pihak Banak Rakyat.

Penerima Anugerah ini kita mulakan dengan mempersilakan

Adik ………………….. dan Ibu bapa pelajar. (Baca senarai nama dan ibu bapa pelajar)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah (selepas ambil fotografi)

Anugerah Pelajar Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Pelajar Contoh. Untuk makluman para hadirin, anugerah ini diberikan kepada pelajar yang

SKMM/zm/2015 Page 10
MAPC 2016 SKMM 2016

Contoh mempunyai sahsiah dan disiplin yang baik, mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang, serta bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Pelajar-pelajar ini diharap dapat dijadikan sebagai contoh dan teladan bagi pelajar lain.
Yana
Berikut akan dibacakan biodata Penerima Anugerah Pelajar Contoh yang pertama pada hari ini.

(Rujuk Biodata)

Penerima Anugerah yang dimaksudkan ialah …………………. (Jemput ibu bapa naik sekali)

Anugerah Pelajar Sekarang akan diumumkan Penerima Anugerah Terbaik Kokurikulum. Untuk makluman hadirin, pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang
Terbaik bergiat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti Unit Beruniform, Sukan dan Permainan. Malahan turut juga menyertai pertandingan dan
Kokurikulum aktiviti di peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan.

Sekarang saya bacakan biodata Penerima Anugerah Pelajar Terbaik Kokurikulum terlebih dahulu. Zam

(Rujuk Biodata)

Penerima Anugerah yang dimaksudkan ialah …………………. (Jemput ibu bapa naik sekali)

Tahniah dan syabas diucapkan.

Anugerah Pelajar Hadirin yang dihormati, berikut pula akan disampaikan Anugerah Pelajar Terbaik Akademik. Untuk makluman siding hadirin, penerima anugerah
Terbaik terbaik akademik ini diberikan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam setiap Ujian Pra UPSR yang Yana
Akademik berlangsung disekolah.

Saya bacakan biodata penerima Anugerah Pelajar Terbaik Akademik.

…… pelajar yang dimaksudkan ialah Adik: ………………………………………………….

SKMM/zm/2015 Page 11
MAPC 2016 SKMM 2016

Slot Khas Sidang Hadirin yang dihormati


Cenderamata Berikut pula merupakan penyerahan sijil penghargaan kepada ibu bapa yang aktif dalam memberikan sumbangan tenaga kepada pihak sekolah di
Sarana dalam program Sarana Ibu bapa. Dengan ini pihak sekolah bebesar hati memberikan sijil penghargaan sebagai tanda komitmen dan sumbangan
yang telah diberikan. Dengan harapan penghargaan ini akan diikuti oleh ibu bapa lain untuk turut sama menyumbangkan tenaga dalam
membantu pihak sekolah. Untuk itu, Majlis menjemput Pn. Sri Bayuningsih ke pentas untuk menerima sijil penghargaan daripada pihak sekolah.
Dipersilakan.

Cenderamata Hadirin dan Hadirat Yang dihormati…


tetamu Selesai sudah Majlis kita pada hari ini. Zam

Air laut tenag-tenagan


Tanam Selasih tepi perigi
Cenderamata tanda kenangan
Terima kasih sekalung budi

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang Dihormati Puan Suhana Bt Othman di atas kesudian beliau menyampaikan anugerah itu
tadi. Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, majlis mempersilakan Encik Wan Kassim @ Wan Habib bin Tuanku Hj Taibu, Guru
Besar sekolah kebangsaan Merbau untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat kita.

Dipersilakan juga En. Zainal Abidin bin Nordin Timbalanl Pengarah IKBN, Miri.

Seterusnya dijemput juga En. Mohd Muliono bin Sukiman NYDP PIBG SK Merbau, untuk menerima cenderamata.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Lagu Siding hadirin yang dihormati, melabohkan tirai majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama berdiri bagi menyanyikan lagu kebesaran Negeri
Ibu Pertiwiku Sarawak – Ibu Pertiwiku.

SKMM/zm/2015 Page 12
MAPC 2016 SKMM 2016

Ucapan Penutup Hadirin yang dihormati,


Dengan nyanyian lagu Negeri Sarawak itu tadi, maka sampai di sinilah sahaja majlis pada hari ini. Kita akan tangguhkan majlis ini dan berharap
berjumpa pada masa akan datang. Zam

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
         Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.

SKMM/zm/2015 Page 13

Anda mungkin juga menyukai