Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PRASEKOLAH SKBM

TARIKH : 20 Nov 2017


MASA : 09.00 PAGI
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN SK BUKIT MUTIARA

CUE ANN
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w. b. t, Salam
Sejahtera dan Salam Muafakat Johor

Yang Berusaha, Pn Anta Massu bin Omar, Pengerusi


Permuafakatan Prasekolah, Yang Berusaha Puan Noor Huda Binti
Hamid, Guru Besar SK Bukit Mutiara, En Syed Zainal B Tn Zakir,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Nor Redah Bt Sarmin,
PROTOKOL Guru Penolong Kanan Kokurikulum , para ibu bapa, guru-guru dan
MAJLIS anak-anak murid yang dikasihi sekalian.
Hadirin sekalian,

KATA ALU- Alhamdulillah, marilah sama-sama kita aturkan setinggi-tinggi


ALUAN syukur kita ke hadrat Illahi, Tuhan sekalian alam, kerana dengan
limpah kurnia-Nya, kita diberi luangan waktu dan kesempatan,
dianugerahkan kesihatan dan kesempatan untuk bersama-sama
berhimpun pada hari ini bagi menjayakan Majlis Penyampaian Sijil
Prasekolah bagi tahun 2017. Majlis merakamkan setingggi-tinggi
ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini
Yang Berusaha, Pn Anta Massu bin Omar, Pengerusi
Permuafakatan Prasekolah, kerana sudi hadir dalam majlis
Penyampaian Sijil Prasekolah SK Bukit Mutiara pada tahun ini.
Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa
serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua,
maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.
Hadirin sekalian,

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
BACAAN DOA
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita
menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan
mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil
Ustaz Ahmad Fahimi bin Mohamad untuk memimpin bacaan doa.

Amin Ya Rabbalalamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas


pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
UCAPAN GB
Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara. Untuk itu, Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn. Noor Huda
bt Hamid, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Noor Huda bt


Hamid di atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
UCAPAN Daun semulur di pekan sari,
PERASMIAN Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha, Pn
Anta Massu bin Omar, Pengerusi Permuafakatan Prasekolah,
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Penyampaian Sijil Prasekolah SK Bukit Mutiara bagi tahun 2017.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Bunga selasih di atas jerami


Harum melati di atas batas
Terima kasih ucapan kami
Dari hati yang tulus ikhlas

Majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih atas kesudian Yang Berusaha, Pn Anta Massu bin Omar di
atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis
penyampaian sijil prasekolah sk bukit mutiara tahun 2017 sebentar
tadi.

Hadiri sekalian.
PERSEMBAHAN
TERIMA KASIH Dari Kedah pergi ke Perlis,
CIKGU Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Moga hadirin terhibur di hati

Dengan itu, majlis diteruskan dengan persembahan Tarian Terima


Kasih Cikgu yang akan dipersembahkan oleh murid prasekolah Sk
Bukit Mutiara. Dengan sukacitanya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas persembahan


sebentar tadi.
PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,
ANUGERAH Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah khas kepada
KHAS murid-murid Prasekolah SK Bukit Mutiara. Bagi menyempurnakan
upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Pn Anta Massu bin Omar, Pengerusi Permuafakatan
Prasekolah dengan diiringi oleh

Untuk menyampaikan anugerah khas kepada para murid. Dengan


segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


di atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.
PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,
ZAPIN
Sehabis merah daun yang sihat,
Dahan melebar bercerita sakan,
Majlis anugerah mohon berehat,
Persembahan kedua kita saksikan

Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan Persembahan


Zapin

PENYAMPAIAN Untuk pengetahuan semua,


SIJIL
PRASEKOLAH Hadirin sekalian, kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan
AULAD CERDIK penyampaian sijil pra sekolah kepada murid-murid aulad cerdik.
Untuk itu, majlis mempersilakan
untuk menyempurnakan penyampaian sijil ini. Dengan segala
segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada di atas
kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.
PERSEMBAHAN Hadirin sekalian, majlis berehat sekali lagi. Untuk itu, marilah
TARIAN KLASIK sama-sama kita beri perhatian ke atas pentas dengan
DAN BABY menyaksikan Persembahan Tarian Klasik dan Baby Shark yang
SHARK akan disampaikan oleh

Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan sebentar


tadi.
PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,
SIJIL
PRASEKOLAH Kita teruskan pula majlis kita dengan penyampaian sijil prasekolah
AULAD PINTAR kepada murid-murid Aulad Pintar. Untuk itu, majlis mempersilakan

PENYAMPAIAN Seterusnya, kita teruskan dengan penyampaian sijil penghargaan


CENDERAHATI kepada Ahli Permuafakatan Pewaris.

Seterusnya, kita teruskan majlis dengan penyampaian hadiah


kepada guru-guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah.

Seterusnya, kita teruskan dengan penyampaian hadiah


penghargaan sumbang tenaga.

Seterusnya, kita teruskan majlis dengan hadiah penghargaan


kepada Puan Guru Besar, Puan Noor Huda bt Hamid
PERSEMBAHAN Terima kasih diucapkan kepada .. di atas kesudian
LAGU IBU menyempurnakan majlis sebentar tadi.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada murid-murid
prasekolah yang menerima sijil dan hadiah pada hari ini. Semoga
kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam
bidang masing-masing.

Bagi memeriahkan lagi suasana pada pagi ini majlis diteruskan lagi
dengan persembahan Lagu Ibu oleh murid-murid prasekolah Sk
Bukit Mutiara. Untuk itu majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih. Untuk makluman hadirin
sekalian persembahan Lagu Ibu itu tadi dibimbing oleh

PENUTUP Hadirin sekalian, dengan berakhirnya persembahan itu tadi maka


kita telah pun berada di penghujung acara.

Saya bagi pihak ahli jawatankuasa Majlis Penyampaian Sijil


Prasekolah Sk Bukit Mutiara merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam
menjayakan majlis pada hari ini. Saya juga memohon ribuan
kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang
mengacarakan majlis.

Sebelum bersurai, untuk makluman hadirin sekalian majlis akan


disambung dengan acara Sesi Bergambar. Setelah selesai Sesi
Bergambar bersama tetamu kehormat dan jemputan, majlis
menjemput tetamu,dif-dif jemputan dan ibu bapa untuk menjamu
selera dengan jamuan yang telah disediakan.

Dengan itu, tanpa melengahkan masa dijemput Yang Berusaha


En. Mohd Yusof bin Hassandi Penolong PPD Kurikulum (Bahasa)
Kinta Utara, diiringi oleh Pn. Hjh Rafiah bt. Abd Razak Guru Besar
Sk Sungai Rokam, Penolong-penolong Kanan serta dif-dif
kehormat untuk acara Sesi Bergambar ini.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah.


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai