Anda di halaman 1dari 2

TEKS MC : Hasif Bismillahirrahmanirrahim Dari Melaka ke Pulau Pinang, Singgah di jeti membeli mutiara, Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara. Assalamualaikum w.bt., selamat pagi, salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya. Yang berusaha, En. Mohd Nor Bin Shaari Guru Besar SK Tanah Hitam. Barisan guru-guru penolong kanan, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Bersyukur ke harat ilahi di atas limpah dan kurnianya dapat kita berkumpul bersama-sama untuk menjayakan majlis penutupan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2013 peringkat SK Tanah Hitam. Untuk memberkati majlis kita pada hari ini, majlis menjemput Ustaz Shariman Bin Sharifudin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan. Warga SK Tanah Hitam yang dihormati, Marilah kita sama-sama kita berdiri dan menyanyikan lagu negaraku, lagu negeri perak dan lagu-lagu patriotik iaitu Dengan penuh semangat. Ke Padang Besar membeli dulang, Dulang dibeli mengisi lokan, Majlis dirai penuh gemilang, Ucapan Guru Besar kami nantikan, Seterusnya, majlis mempersilakan En. Mohd Nor Bin Shaari untuk menyampaikan ucapan, sekali gus menutup rasmi Kempen Kibar Jalur Gemilang bagi SK Tanah Hitam bagi tahun 2013. Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar atas ucapan beliau sebentar tadi. Hadirin yang dihormati sekalian, Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan murid di bawah pimpinan Cikgu Nazri . Dengan lagunya. Terima kasih diucapkan atas persembahan yang begitu menarik sebentar tadi. Menjerit si Buaya disengat lebah, Lalu mengaruk tak tentu arah. Keputusan pertandingan diketahui sudah Ada yang menang ada yang kalah,

Hadirin sekalian, Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu Majlis Penyampaian Hadiah sempena Pertandinganpertandingan yang dijalankan sepanjang Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat SK. Tanah Hitam. Untuk itu, majlis mempersilakan En. Mohd Nor Bin Shaari, GB SK tanah Hitam diiringi Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah sebentar tadi, maka berakhirlah sudah kempen kibar jalur gemilang peringkat sk tanah hitam bagi tahun 2013. Saya selaku peneraju majlis memohon ribuan ampun dan maaf atas kesilapan dan kesalahan sepanjang majlis ini berlangsung. Sekian, Wabillahi. Wassalam wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai