Anda di halaman 1dari 7

1

TEKS PENGACARA
Pertandingan Pidato Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kota Kinabalu 2016

BIL. CUE PENGACARA MAJLIS

1. Ketibaan Tetamu
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.

Daun layu di tengah gurun


Nampak jalur pohon cemara
Tradisi melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Protokol

Yang berusaha, Tn Hj Umin Bin Sadi Pegawai Pendidikan Daerah Kota


Kinabalu

Barisan panel hakim


Kata alu-aluan Ahli-ahli jawatankuasa pertandingan,
Pengerusi Majlis
…………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………..

Barisan guru-guru pengiring,


Guru-guru,
Peserta-peserta pertandingan
Seterusnya Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum...WBT
Salam Sejahtera
Salam Satu Malaysia
Dan Salam muhibbah
Selamat datang
Ahlan wasahlan
ke Pertandingan Pidato Sekolah Rendah PEringkat Daerah Kota
Kinabalu 2016.

Alhamdulillah. bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan


keizinannya dapat kita bersama-sama memeriahkan majlis kita pada
pagi yang indah ini. Di kesempatan ini,majlis amat mengalu-alukan
kehadiran hadirin sekalian ke Makmal SK Likas ini.
2

Untuk makluman hadirin,pertandingan pidato sekolah rendah peringkat


daerah kota kinabalu ini telah menerima sebanyak ____ penyertaan dari
sekolah-sekolah dalam dalam daerah Kota Kinabalu.

Bagi menambah keberkatan majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Nor
Hisham bin Ismail.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil UStaz


Norhisham bin Ismail diatas pimpinan doa sebentar tadi.

Syarat HAdirin yang dihormati,


Pertandingan Sebelum pertandingan pidato peringkat daerah kota kinabalu ini
dimulakan, baik kiranya saya membacakan syarat-syarat pertandingan
untuk makluman para peserta.

*Baca syarat pertandingan*

Memperkenalkan Hadirin sekalian,


hakim Pertanfdingan Pidato Peringkat Daerah Kota Kinabalu ini akan dihakimi
oleh :

*Senarai hakimn*
3

Pertandingan Anak cina mengail ikan


bermula Mengail ikan di tepi kuala
Masa jangan kita tangguhkan
Gelanggang dibuka pertandingan bermula.

Sebagai pembuka tirai pertandingan pidato peringkat daerah kota


kinabalu 2016 ini, majlis mempersilakan peserta pertama
………………………………………untuk menyampaikan pidato.
Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada peserta pertama,…………………..

Seterusnya, majlis mempersilakan peserta kedua………………………..

*Sampai habis*

Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya peserta itu tadi, maka selesailah sudah pertandingan
pidato sekolah rendah peringkat daerah kota kinabalu 2016 ini.
Sementara menunggu para hakim mengira markah, majlis akan berehat
seketika dan akan kembali semula selapas ini untuk upacara majlis
penutupan dan penyampaian hadiah.
4

MAjlis Penutupan
dan penyampaian
hadiah Assalamualaikum...WBT
Salam Sejahtera
Salam Satu Malaysia
Dan Salam muhibbah

Protokol

Yang berusaha, Tn Hj Umin Bin Sadi Pegawai Pendidikan Daerah Kota


Kinabalu

Barisan panel hakim


Ahli-ahli jawatankuasa pertandingan,

…………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………..

Barisan guru-guru pengiring,


Guru-guru,
Peserta-peserta pertandingan
Seterusnya Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dikasihi sekalian.

Selamat datang
ke Majlis Penutup Pertandingan Pidato Sekolah Rendah PEringkat
Daerah Kota Kinabalu 2016.

Bacaan doa Kalau pergi Tanjung Lipat,


Anak manis jangan diangkat,
Doa dibaca memohon rahmat,
Agar majlis mendapat berkat.

Bagi menambah keberkatan majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Nor
Hisham bin Ismail.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil UStaz


Norhisham bin Ismail diatas pimpinan doa sebentar tadi.
5

Terbang di awan burung jentayu


Di atas papan batang jerami
Tampillah tuan kami merayu
Bersama ucapan kata perasmi

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Ucapan perasmian Tanpa melengahkan masa, majlis dengan dengan segala hormatnya
penutup menjemput Yang berusaha,
……………………………………………………………………………untuk
menyampaiakn ucapan dan seterusnya merasmikan Penutupan
PErtandingan Pidato Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kota
Kinabalu 2016

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan sepenuh penghargaan dan setinggi-tinggi terima


kasih kepada Yang Berusaha ……………………………………………….
………………………………………………………………………………….
atas ucapan dan perasmian penutupan yang telah disampaikan.

Penyampaian
hadiah
Hadirin dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Belayar kapal milik juragan


Sarat berisi dengan sagu
buat jualan di tengah pekan
keputusan telah berada di tangan
apa dinanti apa ditunggu
ayuh mari kita saksikan
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Berusaha______________________________________ ________untuk
mengiringi Yang Berusaha
_______________________________________________ untuk
6

menyampaikan hadiah dan cenderamata.


Dipersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderamata kepada para hakim.


Dipersilakan
*senarai nama hakim*

Seterusnya, saat yang dinanti-nantikan, keputusan pertandingan Pidato


Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kota Kinabalu

Kategori perempuan
3………………………
2………………………
1……………………….

Kategori lelaki
3……………………………
2……………………………..
1……………………………..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berusaha_________________________________________. Sebagai
tnda penghargaan dan ucapan terima kasih, majlis mempersilakan
………………………………………… untuk menyampaikan cenderamata
kepada ;……………………………………………………………….

Terima kasih diucapkan.


7

4. PENUTUP Hadirin yang budiman,

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, Pertandingan Pidato Sekolah


Renda Peringkat Daerah Kota Kinabalu telah sampai di penghujungnya.

Selaku peneraju majlis pada pagi ini, saya mewakili jawatankuasa kerja
pengelola majlis ini merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu-
tetamu dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
diatas kerjasama padu, dan sumbagan tenaga dalam memastikan
pertandingan pada pagi ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Pihak majlis juga memohon jutaan kemaafan sekiranya tersilap bicara


dan terdapat kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Sehingga
kita berjumpa lagi di masa akan datang.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz mulia, wabillahitaufiq wal hidayah
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Jumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai