Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERKHEMAHAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LINTANG 2023

CUE TEKS PENGACARA


NYANYIAN Hadirin sekalian, diingatkan untuk berdiri semasa ketibaan
LAGU VIP dan terus bersedia untuk Nyaian lagu serta bacaan ikrar.
BACAAN IKRAR - LAGU BANGSA JOHOR
- LAGU NEGARAKU

Hadirin diminta bersedia untuk bacaan ikrar RUKUN NEGARA yang


akan dipimpin oleh adik
Semua hadirin ikut bacaan ikrar bermula dengan Maka Kami

Terima kasih kepada adik


atas pimpinan bacaan ikrar tadi.

Semua hadirin dipersilakan untuk duduk.


Semua peserta perkhemahan diminta terus berdiri.

PEMBUKA ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


BICARA ‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

BACAAN DOA Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis menjemput
dan mempersilakan, adik
untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

………………………………………………………………………………

Amin, amin ya Rabba; ‘alamin. Terima kasih kepada adik

Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan kelancaran majlis


kita pada hari ini.
SALUTASI Assalamualaikum...WBT dan salam Malaysia Madani

Yang Dihormati Tuan Haji Sahril bin Abdul Samad


Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid
PPD Kota Tinggi

Yang Berusaha
Cikgu Roslan bin Bongsu @Baba
Komandan TKRS SK Bukit Lintang.

Yang dihormati, Encik Mohd Sham bin Kunji Ai


YDP PIBG, SK Bukit Lintang.

Yang Berusaha,
Saf Kepimpinan Penolong Kanan,

Cikgu Azlina bt Mahmud –

Cikgu Abdul Hamid bin Ahmad –

Cikgu Rosidah bt Basri

Seterusnya yang dikasihi,


Barisan guru SK Bukit Lintang, barisan ahli KSIB, peserta – peserta
perkhemahan yang bersemangat dan hadirin sekalian

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah


kurnianya kita sama-sama dapat berkumpul dalam dalam Majlis
perasmian penutup perkhemahan unit beruniform Sekolah
Kebangsaan Bukit Lintang tahun 2023. Saya selaku AJK Pelaksana
Perkhemahan Unit Beruniform SK Bukit Lintang amat mengalu-
alukan kedatangan Tuan Haji Sahril bin Abdul Samad serta semua
hadirin ke majlis penutup hari ini.

UCAPAN Berkat rimbunnya si pokok jati,


PELANCARAN Tempat burung selalu bertemu,
GB Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru
Besar Cikgu Roslan bin Bongsu @ Baba selaku Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola.

Untuk itu,majlis dengan ta’zimnya mempersilakan.

………………………………………………………………………..
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar Cikgu Roslan bin
Bongsu @ Baba atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Semoga segala pesanan yang telah disampaikan dapat diamalkan
oleh semua murid.

UCAPAN Hadirin sekalian,


PERASMI
Yang awal kita dahulukan
Yang dahulu kita alu-alukan
Ucapan perasmian kita nantikan
Pelengkap majlis yang kita adakan.

Untuk tidak melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Sahril bin Abdul Samad
Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid, PPD Kota Tinggi
untuk menyampaikan ucapan perasmian penutup. Dipersilakan.

………………………………………………………………….
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Sahril bin Abdul Samad
Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid, PPD Kota Tinggi
atas penyampaian perutusan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat sekalian,


CENDERAHATI
Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian sijil dan hadiah
kepada peserta-peserta dan ahli jawatankuasa PerkhemahanUnit
Beruniform SK Bukit Lintang 2023.

Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini


menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha Cikgu Roslan bin Bongsu @Baba
Guru Besar, SK Bukit Lintang mengiringi
Yang dihormati, Tuan Haji Sahril bin Abdul Samad
Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid, PPD Kota Tinggi
Bagi menyampaikan sijil dan hadiah. Dipersilakan.

**Baca senarai penerima

1. Sijil
2. Hadiah pertandingan
3. Kadet terbaik
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji
Sahril bin Abdul Samad Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid,
PPD Kota Tinggi atas kesudian menyempurnakan acara
penyampaian sijil dan hadiah sebentar tadi.

Sebagai tanda kenang-kenangan, dijemput Tuan Haji Sahril bin


Abdul Samad Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid untuk
menerima cenderahati daripada Tuan Guru Besar, Cikgu Roslan bin
Bongsu@Baba. Dipersilakan.

PENUTUP Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum,


Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

Demikianlah tadi majlis penyampaian hadiah bagi Program


Perkhemahan Unit Beruniform SK Bukit Lintang. Saya mewakili
Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita
pada hari ini.

Dikesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada


salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca
tasbih kaffarah dan surah al ‘Asr.
Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, 'ash-hadu 'an laa 'ilaaha
'illaa 'Anta, 'astaghfiruka wa 'atoobu 'ilayka.

Dijemput kepada semua tetamu VIP untuk menikmati jamuan


hidangan yang telah disediakan, dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai