Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGERUSI MESYUARAT PIBG 2022

Tarikh   : 17 Jun 2022


Masa  : 2.45 petang
Tempat : Dewan Rafflesia SKTR

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Ketibaan
Tetamu Insya Allah Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 36 akan
dimulakan sebentar lagi.
Hadirin diminta berdiri.

Mengumumkan ketibaan
Yang Berhormat,
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh,
Ahli Parlimen Sabak Bernam

Diiringi wakil PPD, para pentadbir dan pimpinan PIBG.

Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi nyanyian lagu


Nyanyian Lagu Negaraku
Negaraku
*nyanyi

Hadirin dipersilakan duduk.

Mekar mewangi bunga Cempaka,


Sayang harumnya memukau sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Ucapan Assalamualaikum Salam Sejahtera


Alu-aluan Pembuka Kata Lidah Bicara
Izinkan Saya Mulakan Acara
Semoga Majlis Disambut Ceria

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu Oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Meriah Suasana
1
Kami Menyambut Penuh Gembira

Yang Berhormat,
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh,
Ahli Parlimen Sabak Bernam

Yang Berbahagia
Encik Sudarta bin Amnan
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

Yang Berbahagia
Encik Mohd Yusof bin Haji Senin
Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

Yang Berusaha
Puan Norliza binti Akhbar
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

Yang Berusaha
Encik Khairuzaman bin Amat Kamari
Penolong Kanan Kurikulum

Yang Berusaha
Puan Anona Fauziah binti Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha
Encik Azmiudin bin Md Nordin
Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha
Encik Safari bin Ahmad Zaini
Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan guru,


kakitangan, dan ibu bapa yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum W.B.T Dan Selamat Sejahtera.

Sidang Hadirin Yang Dihormati,

2
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin
serta limpah rahmatnya kita diberikan kesempatan untuk
berhimpun dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 tahun
2022.

Semoga majlis ini berjalan lancar, dan membawa makna


kepada kita semua. Pastinya pertemuan pada hari ini
bertujuan untuk bertukar pandangan dan pemikiran
membina, ke arah membantu pihak sekolah dalam
meningkatkan potensi anak-anak kita, khususnya dalam
bidang akademik dan dunia pendidikan seterusnya
menjulang nama SK Teluk Ru, sama ada di bidang
kurikulum, ko-kurikulum mahupun sahsiah pelajar.

Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al
Fadil Ustaz Tuan Khairul Efeenddy bin Tuan Wil. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Ucapan Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


YDP PIBG kasih kepada Al Fadil Ustaz Tuan Khairul Efeenddy bin Tuan
Wil atas pimpinan bacaan doa itu tadi

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

3
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berbahagia,
En. Sudarta bin Amnan, Yang diPertua PIBG SK Teluk Ru.
Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Ucapan Berbahagia En. Sudarta bin Amnan, Yang diPertua PIBG SK
Guru Besar Teluk Ru atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha


Puan Norliza binti Akhbar, Guru Besar SK Teluk Ru. Dengan
segala hormatnya dipersilakan

Ucapan Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Perasmi Berusaha Puan Norliza binti Akhbar, Guru Besar SK Teluk
Ru atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon sempurnakan majlis kami

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tibalah ucapan yang dinanti, ucapan perasmian oleh Yang


Berhormat, Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh, Ahli
Parlimen Sabak Bernam. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Cabutan Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
bertuah Berhormat, Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh, Ahli
Parlimen Sabak Bernam atas kesudian menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG
SK Teluk Ru Kali ke 36 pada hari ini.

Bunga selasih di dalam genggaman,


Harum melati penyeri intan
Terima kasih ucapan tuan
Kekal bersemi dalam ingatan
4
5
Seterusnya, kita akan mengadakan cabutan bertuah.
Cabutan Bertuah Majlis dengan menjemput dan mempersilakan YB Dato’
Fasiah bin Mohd Fakeh, Ahli Parlimen Sabak Bernam,
diiringi oleh Yang Berbahagia, En. Sudarta bin Amnan, YDP
PIBG SK Teluk Ru dan Yang Berusaha, Puan Norliza bin
Akhbar, Guru Besar SK Teluk Ru bagi menyempurnakan
acara. Dipersilakan.

Dipersilakan Dato membuat cabutan ..


Majlis diteruskan dengan penyampaian bantuan KWAM.
Bantuan
KWAM & BAP Majlis mempersilakan …

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Bantuan Awal


Persekolahan.

Majlis mempersilakan …

Seterusnya, pihak majlis berbesar hati ingin menyampaikan


Cenderahati sijil dan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada
AJK PIBG 2021 barisan ahli jawatankuasa PIBG yang telah menyumbang
tenaga dan buah fikiran sepanjang sesi 2021.

Anak haruan berlima-lima


Cenderahati Mati ditimpa punggur berdaun
Perasmi Budi tuan kami terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak


terhingga, majlis mempersilakan En. Sudarta bin Amnan
untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat
Dato’ Fasiah bin Mohd Fakeh.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Berhormat Dato’ kerana sudi
menyempurnakan upacara penyampaian bantuan dan
cenderahati itu tadi.
Sesungguhnya kesudian dato’ hadir ke majlis kami
merupakan satu suntikan semangat buat kami semua di SK
Teluk Ru dan para ibu bapa, untuk terus berusaha demi
kecemerlangan anak-anak yang kami kasihi. Terima kasih
6
sekali lagi.
Terima kasih juga diucapkan kepada En. Sudarta bin Amnan,
atas kesudian menyampaikan cenderahati kepada perasmi
kita.

Pilih antah buangkan dedak


Beras segantang pulang disanjung
Entah terbalas entah tidak,
Jasamu tuan tetap disanjung.
Hadirin, para tetamu yang dikasihi,
Jamuan
Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Majlis mempersilakan YB Dato’ Fasiah bin Mohd Fakeh,


barisan pimpinan PIBG, barisan pentadbir, para tetamu,
guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menikmati juadah yang
telah disediakan.

Untuk itu, majlis berhenti rehat seketika dan akan


disambung semula pada jam .

Terima kasih. Assalammualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

7
Hadirin-hadirat yang dimuliakan, Dengan berakhirnya
Penutup mesyuarat agung itu tadi, maka tibalah masanya untuk saya
selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis
En. Izzudin juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami
mengendalikan majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu
datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya
daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama
insan.

Gugur menguning buah kuini


Menghijau pohon subur dibaja
Majlis kita berakhir disini
Silap dan salah lupakan sahaja

Sebarang kelemahan harap dimaafi


En.Izzudin Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati

Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima


kasih kepada hadirin-hadirat dan semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat
Agung Tahunan Kali ke 36 PIBG SK Teluk Ru.

Kita sudahi majlis kita pada hari ini dengan wabillahi taufiq
walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

Jamuan Makan

Pn. Nasripah

8
9

Anda mungkin juga menyukai