Anda di halaman 1dari 7

MESYUARAT AGUNG PIBG 2020

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS


TARIKH : 17 JUN 2023 TEMPAT : DEWAN SKTK
BIL PERKARA UCAPAN NOTA
Pengumuman Diumumkan ketibaan Yang Dihormati Ustaz Saiful Azlan Bin Tarli, Nazir Masjid
1
ketibaan perasmi Nurul Falah Parit 12 masuk ke dalam Dewan.
2 Kata-kata Aluan Bismillahirrahmanirrahim
Pengacara Majlis Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat Sejahtera.

Yang Dihormati Ustaz Saiful Azlan Bin Tarli,


Nazir Masjid Nurul Falah Parit 12

Yang Dihormati, Ustaz Tamzis Bin Hj Kusin,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tok Khalifah

Yang Berusaha, Encik Azizan Bin Raden,


Tuan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tok Khalifah

Yang dihormati, barisan guru-guru Penolong Kanan, ahli-ahli jawatankuasa PIBG,


warga pendidik yang dedikasi, staf-staf sekolah, ibu-ibu, bapa-bapa seterusnya
hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Sirih berlipat bersama pinang,
Pinang berasal Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

1
MESYUARAT AGUNG PIBG 2020
Alhamdulillah, dengan IzinNya, dapat kita berkumpul dan berkenal mesra dalam
majlis yang penuh permuafakatan iaitu Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan
Tok Khalifah kali ke-49.

Sebelum tari kata diatur lebih lanjut lagi, pihak Majlis ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada Ustaz Saiful Azlan atas kesudian melapangkan masa
untuk bersama-sama menjayakan majlis ini.
Dengan berkat kehadiran Ustaz Saiful Azlan akan menjadikan majlis ini lebih
bermakna lagi.

Ucapan terima kasih juga dikalungkan kepada para ibubapa dan waris yang sudi
meluangkan masa seketika bertandang ke teratak ilmuan ini bagi mencapai satu kata
sepakat dan berkongsi pendapat dalam merencana agenda kecemerlangan akademik
dan sahsiah anak-anak yang berguru di sini.
Kehadiran tuan puan sekalian menandakan tuan puan begitu positif dan saling
memberi kerjasama dalam program anjuran sekolah ini.
Syabas dan tahniah diucapkan.

3 Bacaan Doa
Tetak buluh panjangnya tujuh,
Buat menjolok sarang penyengat,
Manadah tangan jari sepuluh,
Doa dipohon supaya berkat.

Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya

2
MESYUARAT AGUNG PIBG 2020
mempersilakan Ustaz Mohd Rashid Bin Haji Ishak untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(BACAAN DOA)

Alhamdullillah, majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Rashid di atas
bacaan doa itu tadi. Semoga perhimpunan ini mendapat barakah daripada Allah SWT
dan berjalan dengan suasana penuh harmonis.
Hadirin dan hadirat sekalian.
Marilah kita bergerak pula ke aturcara yang seterusnya. Sesungguhnya, tidak
lengkap rasanya majlis ini sekiranya kita tidak mendengar ucapan dari pihak
pentadbir Sekolah Kebangsaan Tok Khalifah.
Oleh yang demikian, bagi menyempurnakan aturcara seterusnya, marilah kita
4 Ucapan Guru Besar bersama-sama mendengar pula ucapan dan kata-kata aluan daripada Tuan Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Tok Khalifah, Ustaz Tamzis Bin Hj Kusin.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN GURU BESAR)


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Tamzis di atas ucapan itu tadi.
5 Ucapan YDP PIBG
Dayung sampan dulu-duluan,
Singgah berlabuh di Tanjung Jati,
Ucapan sebagai alu-aluan,
Mari tuan sama-sama amati.

3
MESYUARAT AGUNG PIBG 2020
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Encik Azizan Bin Raden,
Selaku YDP Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tok Khalifah untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN YDP)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Azizan di atas ucapan itu tadi
Para hadirin yang dirahmati sekalian.
Dari Melaka pergi ke Serdang,
Singgah sebentar di Bukit Serindit,
Tuan Umpama bintang gemilang,
Titipkan amanat barang sedikit.
6 Ucapan Perasmi Kini tibalah kita ke puncak acara yang dinanti-nantikan iaitu mendengar ucapan
bervisi dan ucapan perasmian daripada tetamu terhormat jemputan kita. Majlis
dengan penuh rasa rendah hati mempersilakan Ustaz Saiful Azlan Bin Tarli untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan mesyuarat Agung PIBG tahun
ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(UCAPAN PERASMI)
7 Penyampaian Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Saiful Azlan Bin
Cenderamata Tarli kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Tok Khalifah edisi yang ke 49 ini.
Air laut tenang-tenangan,
Tanam selasih tepi perigi,
Cenderamata tanda kenangan,

4
MESYUARAT AGUNG PIBG 2020
Terima kasih sekalung budi.
Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang Dihormati, Ustaz Tamzis Bin
Hj Kusin untuk mengiringi Yang Dipertua PIBG Encik Azizan Bin Raden ke hadapan
dewan untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang
Dihormati, Ustaz Saiful Azlan Bin Tarli
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(PENYAMPAIAN CENDERAMATA)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG dan Tuan Guru Besar
kerana sudi menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat itu tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati dan hadiah itu tadi, maka agenda
pertama majlis pada pagi ini berakhir sudah. Bagi pihak seluruh anggota
jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Tok Khalifah, majlis sekali
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Saiful Azlan Bin Tarli atas
kesudian untuk bersama-sama kita pada pagi ini.
8 Jamuan Hadirin, para tetamu yang dikasihi,
Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Majlis mempersilakan Yang Dihormati, Ustaz Saiful Azlan Bin Tarli

5
MESYUARAT AGUNG PIBG 2020
para tetamu untuk menikmati juadah yang telah disediakan di kantin sekolah.
Para hadirin sekalian.
Ibarat berjalan dah sampai di halaman,
Ibarat berenang dah sampai di tebing,
Ibarat terbang dah hinggap di dahan,
Ibarat mendaki dah sampai ke puncak.

Terima kasih kepada hadirin dan hadirat yang sudi melapangkan masa untuk
bersama-sama menjayakan majlis ini.

9 Penutup Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan padu
dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Tok Khalifah kali ke
46 ini.

Akhir kata,
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Yang baik itu ketentuan Allah,
Yang cela itu kelamahan diri.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis kita akan diteruskan pula dengan agenda utama majlis pagi ini iaitu Mesyuarat
10 Mesyuarat dimulakan
Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Tok Khalifah kali ke 49.
Dengan segala hormatnya dipersilakan Cikgu Mohd Shafiee Bin Arshad, Setiausaha

6
MESYUARAT AGUNG PIBG 2020
PIBG SK Tok Khalifah untuk meneruskan majlis pada pagi ini..

Anda mungkin juga menyukai