Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS TAUTAN KASIH BAGUS

13 MAC 2023

AGENDA TEKS CATATAN


1. Kata Aluan Bismillahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum
W.B.T

Yang Berusaha, Pn Hjjh Siti Mowlina bt Mashadi,


Guru Besar SK Orangkaya Ali,
Yang Dihormati En. Md. Fadzlillah bin Rozali, Guru
Penolong Kanan 1,
Pn Sidroh Asur bt Ismail, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid,
Tn. Hj Khairol Anuar bin Ibrahim,
guru-guru SK Orangkaya Ali, murid-murid,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah
sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Selamat datang ke Majlis Tautan Kasih Badan


Kebajikan Guru dan Staf
SK Orangkaya Ali 2022/2023.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan syukur


kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada petang yang mulia ini.

2. Bacaan doa Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari


yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan, mengaminkan bacaan doa yang
akan dipimpin oleh: Ustaz ……………………………...
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***(Doa)***

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


1|Page
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Ustaz…………………………..
atas bacaan doa itu tadi.
3. Tayangan Montaj Harum semerbak si bunga melur,
Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.

Seterusnya, tayangan montaj yang disediakan oleh


…………………………………………….

Marilah sama-sama kita saksikan.

*****
Begitu lah tadi tayangan montaj aktiviti Bagus
sepanjang tahun 2022 ini. Terima kasih
diucapkan kepada para pentadbiran atas -
sokongan dan seterusnya rakan-rakan guru
yang banyak memberikan Kerjasama dalam
menjayakan aktiviti dan program yang
dianjurkan oleh BAGUS.

4. Ucapan Bukan keris tanpa ulunya


Pengerusi Bagus Bukan majlis kalau tanpa ucapannya

Dengan ini, majlis dengan hormatnya


mempersilakan
Yang Dihormati, Encik Muhammad Suhail Faris bin
Abd Manan, Pengerusi BAGUS SK Orangkaya Ali
untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*******
Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi BAGUS
kita.
5. Ucapan Guru
Besar Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa,
Berikan kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang


Berusaha Pn. Hjh Siti Mowlina binti Mashadi, Guru
Besar SK Orangkaya Ali untuk menyampaikan
ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

2|Page
****Ucapan Guru Besar****

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha
Pn. Hjh Siti Mowlina binti Mashadi, Guru Besar SK
Orangkaya Ali, atas ucapan sebentar tadi.

6. Anugerah Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Penghargaan
Guru Majlis diteruskan dengan Anugerah Penghargaan
Guru oleh pihak pentadbir. Dengan ini, majlis
mempersilakan Pn. Hjh Siti Mowlina binti Mashadi,
Guru Besar SK Orangkaya Ali, diiringi Encik Md
Fadzillah bin Rozali untuk menyampaikan anugerah
tersebut.

****
Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah
menerimah Anugerah Penghargaan Guru sebentar
tadi. Semoga dengan penghargaan ini dapat
menjadi pemangkin untuk kita menggalaskan tugas
dan tanggungjawan dengan lebih komited dan
cemerlang.

7. Minum Hadirin dan hadirat sekalian,


petang
Lebat rumbia dahannya rendah
Sayang senduduk ditepi muara
Penganan mulia terletak sudah
Samalah duduk menjamu selera

Kalau tuan pikat cemara


Buatlah bara akar selasih
Sudilah tuan jamu selera
Hidangan mesra pengikat kasih

Dipersilakan hadirin untuk menjamu selera.

8. Penutup &
bersurai. Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Saya bagi pihak BAGUS menyusun sepuluh jari


memohon maaf andai ada kekurangan sepanjang

3|Page
sesi 2022/2023 ini. Sesungguhnya segala
kekurangan adalah kekhilafan daripada pihak kami
sendiri. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga diucapkan kepada Puan Hajah Siti
Mowlina binti Haji Mashadi dan barisan pentadbir
seterusnya rakan-rakan guru sekalian kerana dapat
meluangkan masa meraikan Majlis Tautan Kasih
Bagus pada petang ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.

Hadirin & hadirat sekalian, marilah kita akhiri majlis


kita pada pagi ini dengan Surah Al Asr & Tasbih
Kifarah.

Sekian, terima kasih. Majlis bersurai.


Sesi Bergambar

4|Page

Anda mungkin juga menyukai