Anda di halaman 1dari 2

Majlis Untaian Kasih Jasamu Dikenang

Pen Mutiara Batu Maung, Pulau Pinang


5 Disember 2021

Bil Agenda Teks


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt,

Yang Dihormati lagi Diraikan, Encik Ahmad Anuar Bin Ramlee, bekas guru
besar SK Sungai Nibong
Yang Berusaha Puan Khairiyah Bt Khairudin, Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Dihormati, Puan Barisal Bivi Bt Shaik Dawood , Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid,
Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Wan Abdul Hamid Bin Wan Ahmad,
Penolong Kanan Petang, Encik Mohd Faisol Bin Abu Bakar,

Yang Dihormati, Yang Di-Pertua PIBG SK Sungai Nibong, Encik Bambang


Irawan Syah Bin Suwardi.
Ucapan Naib Yang Di-Pertua PIBG, Yang Mulia Tengku Hazman Bin Tengku Hassan.
1
Aluan
seterusnya, barisan guru dan bekas guru Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong,

Alhamdulillah, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw,
dan rasa syukur kita ke hadrat illahi, pada hari ini 5 Disember 2021, kita dapat
melapangkan masa bersama-sama untuk menghadiri majlis ini bagi menghargai
seorang insan yang telah berjasa, menyumbang tenaga, masa dan komitmen demi
menjulang SKSN ke arah yang lebih cemerlang.

Laungan keramat dalam ucapannya ‘SKSN Teras Generasi Cemerlang’ menjadi


kenangan dan disimpan di setiap sanubari kita semua. Diharapkan laungan ini
menjadi pegangan dan pembakar semangat kepada kita untuk meneruskan usaha
dan kejayaan demi SKSN yang kita cintai.
Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis, dipersilakan ………………………. untuk mengetuai


Bacaan bacaan doa.
2
Doa
® Terima kasih kepada ………………………. di atas kesudian mengetuai bacaan
doa. Moga-moga Allah mengurniakan rahmat dan barakah sepanjang majlis ini
berlangsung.
Hadirin yang dirahmati Allah,

Majlis kita pada hari ini dimulakan dengan ucapan daripada wakil guru.
Dipersilakan.....
Ucapan
3 Wakil ® Terima kasih diucapkan kepada ……………. di atas ucapan sebentar tadi.
Guru
Saya selaku pengerusi majlis memikul tanggungjawab untuk menyampaikan
kiriman salam kepada semua, dan selamat berpindah kepada guru besar. Kiriman
ini saya terima daripada guru-guru yang tidak dapat hadir pada hari ini atas sebab-
sebab yang tidak dapat dielakkan dan kecemasan.
Sekarang tibalah masa untuk kita mendengar ucapan daripada yang diraikan,
Encik Ahmad Anuar Bin Ramlee. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Ucapan
4
Diraikan ® Setinggi ucapan terima kasih kepada ……………. di atas kesudian
menyampaikan ucapan. Diharapkan ikatan perhubungan sesama kita yang telah
terjalin diteruskan dan tidak terputus akibat daripada perpisahan ini. Sudi singgah-
singgahlah ke SKSN andai ada masa yang terluang selepas ini.

Hadirin hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati sebagai kenang-kenangan


sebagai guru besar di SK Sungai dari tahun 2017-2021.

Majlis penyampaian cenderahati dimulakan dengan penyampaian daripada :


1. Kowarga (CEO Faris)
2. Guru2 SKSN (Pn Khairiyah)
Beri 3. Cenderahati terbuka dari guru2
5
Hadiah
® Terima kasih diucapkan kepada ……………. Di atas kesudian menyampaikan
ucapan dan menerima cenderahati. Semoga Encik Ahmad Anuar terus diberi
kesihatan yang baik, dalam menjalankan amanah sebagai pentadbir.

Sudah menjadi adat dunia, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sebagai
manusia biasa, kita mesti menerima takdir ini dengan hati yang ikhlas dan
terbuka. Siapa tahu andai doa kita dimakbulkan, diberi kesihatan dan rezeki oleh
illahi, kita dapat berkhidmat lagi bersama seperti sebelum ini. Insyaallah.
Hadirin hadirat sekalian,

Majlis kita pada hari ini berakhir di sini. Saya bagi pihak jawatankuasa penganjur
memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan atau kekurangan semasa majlis
6 Penutup
berlangsung. Terima kasih atas perhatian semua. Selamat menjamu selera dan
salam undur diri dari saya.

Sekian wabillahitaufiq hidayah. Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai