Anda di halaman 1dari 4

Tengahari yang indah penuh nirmala, hari yang berbahagia

penuh bermakna kita raikan Majlis Hi Tea“Semarak Kasih


PENDAHULUAN
Sehati Sejiwa” SK Bandar Baru Rawang Tahun 2022.

Bissmillahirrahmanirahim Assalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh..Salam Sejahtera
PANTUN Lembut Bersantun Puteri Kedah
Dari Kejauhan Menanam Padi
Istimewa Majlis Diatur Sudah
Semoga Menjadi Kenangan Yang Abadi.

Indah Sungguh Tasik Cini


Di Tambah Seri Pepohon Ara
Di Petang Sabtu Bertemu Di Sini
Izinkan Kami Mulakan Acara.

Ramai Orang Membeli Jamu


Jamu Di Beli Si Anak Dara
Hari Ini Kita Bertemu
Ikatan Kasih Jalinan Mesra.

Yang Berusaha Encik Sakri bin Said


SOLUTASI Guru Besar SK Bandar Baru Rawang

Yang diraikan En. Hasnon bin Zainol


Mantan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SBBR

Yang diraikan
Ustazah Wan Noor Fadzilah binti Mohd Tahir
Mantan Guru Pendidikan Islam SKBBR

Yang Berusaha Puan Zaleha binti Alias


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang berusaha Puan Vanaja a/p Krishnan


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang berusaha Puan Ismadiha Ismail


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru , staf dan warga SKBBR yang dikasihi sekalian.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang yang


berbahagia ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
BACA DOA
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh: Ust
Nasruddin bin Sabri. Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.
 
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Ust Nasruddin bin Sabri atas bacaan doa itu
sebentar tadi.
 

Bagi pihak jawatankuasa pelaksana, KESTA saya mengucapkan


UCAPAN GURU ahlan wasahlan, Selamat datang ke majlis Hi Tea “Semarak
BESAR
Kasih Sehati Sejiwa” SK Bandar Baru Rawang Tahun 2022.

Di majlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan rasa


syukur ke hadrat ilahi kerana dengan  limpah izinnya  dapat kita
berkumpul sebagai satu keluarga besar SKBBR bagi meraikan
dua orang guru kita yang telahpun bertukar ke sekolah baru iaitu
Encik Hasnon bin Zainol dan Ustazah Wan Noor Fadzilah binti
Mohd Tahir.

Tujuan majlis ini diadakan, tidak lain tidak bukan bagi


menghargai segala usaha, penat lelah kerja buat kita sebagai
guru mahupun staff di skbbr. Terlalu banyak penglibatan kita
dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun 2022
yang lalu.

Alhamdulillah, ucaplah syabas dan tahniah untuk diri sendiri,

Hari ini saya tidak berkeseorangan mengacarakan majlis,


Ustazah Nur Qistina akan mengendalikan slot penyampaian
hadiah dan cabutan bertuah sebentar lagi.
Sungguh Tinggi Pohon Bidara
Tempat Berteduh Keluarga  Pak Rahim
Sambil Berkumpul Beramah Mesra
Mempereratkan Lagi Silaturrahim

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Besar SK


Bandar Baru Rawang Encik Sakri bin Said. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
 
Terima Kasih Diucapkan Kepada Encik Sakri Atas Ucapan
Yang Telah Disampaikan Sebentar Tadi.

Hadirin sekalian,
UCAPAN ENCIK
HASNON
Tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan yang
diraikan En Hasnon bin Zainol, mantan Penolong Kanan
Kokurikulum SKBBR. Majlis dengan sukacitanya menjemput
dan mempersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan En hasnon atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN Hadirin sekalian,


USTAZAH WAN
NOOR FADZILAH
BINTI MOHD
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perpisahan yang diraikan
TAHIR Ustazah Wan Noor Fadzilah binti Mohd Tahir, mantan Guru
Pendidikan Islam SKBBR. Majlis dengan sukacitanya
menjemput dan mempersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan Ustazah Wan Noor Fadzilah atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

Tumbuh Selirat Bunga Melati


Mari Direnjis Dalam Jambangan
Ucapan Tersirat Beribu Erti
Semoga Majlis Menjadi Kenangan.

Baiklah, sampai disini sahaja tugas saya mengacarakan majlis.


Saya akan serahkan microphone ini kepada pasangan pengacara,
Ustazah Nur Qistina bagi meneruskan majlis.

Dengan sukacitanya, dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai