Anda di halaman 1dari 7

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS MAKAN MALAM

MASA TEKS CATATAN


UCAPAN ALU-ALUAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.tuh,
Salam Sejahtera

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

 Yang Berusaha, Pn. Narina Jan binti Mustafa kamal,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Baging, HADA

 Yang di hormati, naib yang dipertua pibg, komander (m)


kamal bin mohamad

 Yang diraikan cg asri b. Mohamed yang sekarang
bertugas sebagai guru penolong kanan kurikulum di sk
sungai ular
 Cg norizan binti mamat yang akan bertugas sebagai gpk
kokurikulum di sk cerating
 Ustazah maryam jamilah bt hassan yang akan bertukar
di sk sg ular
 Cg ku masitah akan bertukar ke sk sk felda kota
gelanggi 1
 En johari sekarang bertugas di sk leban chondong

 Barisan penolong kanan Sk sungai Baging,


, para guru dan staf bersama ahli keluarga yang dikasihi
sekalian.

Selamat datang ke Majlis Makan Malam SK SUNGAI BAGING


BAGI akhir SESI 2022/2023..
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada Allah swt kerana
dengan keizinanNya dapat kita sama-sama berada dalam
Majlis Makan Malam SKSB di Ballroom DHE RHU RESORT
yang serba nan indah pada malam ini.

Moga majlis ini dapat dijadikan wadah untuk kita bersatu ,


bekerjasama dan bantu-membantu demi membangunkan dan
memartabatkan Sekolah Menengah Kebangsaan SUNGAI
BAGING di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan
negara.
Kami mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih
kepada semua para guru DAN STAF yang hadir terutama
suami, dan anak-anak atas kesudian meluangkan masa untuk
hadir memeriahkan lagi MAKAN MALAM kita Iini.

Sarung Ketupat Berisi Inti,


Dibawa Budak Sambil Berlari,
Kehadiran Semua Sangat Dihargai,
Moga Majlis Bertambah Seri.

SOLEH
BACAAN DOA

Tetak buluh panjang suluh,


Mari jolok sarang penyengat;
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-
sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh,
Ustaz MOHD BAKRUL AFFENDI BIN ZAKARIA
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Ustaz baca doa)

Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin..


Terima kasih diucapkan kepada Ustaz MOHD BAKRUL
AFFENDI BIN ZAKARIA atas bacaan doa sebentar tadi.
InshaAllah, dengan bacaan doa itu tadi, SMEOGA majlis kita
mendapat berkat, dan sentiasa berada di bawah lembayung
rahmatNya.

UCAPAN PENGERUSI KKGK SoLEH

HADIRIN DIHORMATI

Seterusnya, membuka tirai persada ucapan, majlis dengan


sukacitanya menjemput CG MUSLAN BIN MOHAMED SELAKU
PENGERUSI KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN
UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA.
Dipersilakan.

(Ucapan)

Majlis mengucapkan terima kasih diatas ucapan itu tadi.

UCAPAN GURU BESAR hada

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput PUAN


NARINA JAN BINTI MUSTAFA KAMAL GURU BESAR SKSB
bagi menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan Majlis
Makan Malam BAGI AKHIR SESI 2022/2023
Majlis mempersilakan.

(GB berucap)

Ribuan terima kasih diucapkan kepada atas kesudian beliau


PUAN NARINA JAN BINTI MUSTAFA KAMAL GURU BESAR
SKSB merasmikan Majlis Makan Malam Majlis Makan Malam
BAGI AKHIR SESI 2022/2023 sebentar tadi.

soleh
JAMUAN MAKAN tayangan slide /hadiah perpisahan

Hadirin,

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis mempersilakan hadirin


untuk menjamu selera .
Dipersilakan.

SEMENATRA MENJAMU SELERA DAN MENGAMBIL


JUADAH, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan
multimedia ini.
Dengan ini majlis menjemput yang diraikan en asri bin
mohamed untuk memberi ucapan sepatah dua kata

Terima kasih di atas ucapan sebentar itu tadi

Seterusnya majlis menjemput puan norizan bin mamat untuk


memberi ucapan

Terima kasih puan norizan atas ucapan sebentar tadi


Seterusnya majlis menjemput ustazah maryam jamilah untuk
memberikan sepatah dua kata

Seterusnya majlis menjemput pn ku masitah binti ku will untuk


menyampaikan ucapan
Terima kasih atas ucapan itu tadi

Akhir sekali majlis menjemput encik mohd johari bin yahya


untuk menyampaikan ucapan.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan/puan jadi kenangan

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua.

Tuan Puteri pergi ke Rasah,


Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin tuhan bertemu lagi.

Majlis dengan sukacitanya menjemput encik muslan mengiringi


puan guru besar untuk menyampaikan cendrahati kepada guru-
guru dan staf yang bertukar. Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan.

Dijemput cg asri ke pentas untuk menerima hadiah


Seterusnya dijemput cg norizan ke pentas untuk menerima
hadiah
Seterusnya ustazah Maryam jamilah
Seterusnya teacher kumasitah
Akhir sekali dijemput en johari ke pentas untuk menerima
hadiah.
Terima kasih kepada puan guru besar di atas kesudian beliau
menyampaikan hadiah kepada guru-guru dan staf yang bertukar
itu tadi.

Penyempaian hadiah cendrahati kgkk


Hada
Ambil
Majlis menjemput cikgu muslan ke pentas untuk gambor last
menyampaikan hadiah cendrahati kgkk kepada semua ahli kalau waktu
kgkk. dipersilakan singkat

CABUTAN BERTUAH

Hadirin sekalian,

Sambil kita menghayati makan malam, marilah kita sama-sama


memberikan tumpuan kepada upacara cabutan bertuah pula.
Dengan segala hormatnya, majlis menjemput

Puan guru besar


bagi mencabut 10 nombor bertuah dan menyampakan hadiah
tersebut. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih Pn guru besar diatas


kesudian beliau menyempurnakan upacara cabutan bertuah itu
tadi.

Bagi menyempurnakan 10 lagi cabutan nombor bertuah, majlis


dengan sukacitanya menjemput Yang dihormati, naib yang
dipertua pibg, komander (m) kamal bin mohamad mencabut 10
nombor bertuahDipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada nydp diatas kseudian


beliau meyampaikan hadiah cabutan betuah itu tadi.
soleh
Seterusnya, majlis menjemput pula En zainol asril b mat husin
Penolong Kanan Pentadbiran SK sksb, untuk mencabut lagi 6
lagi nombor bertuah malam ini. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada cikgu zainol


asri atas kesudian menyempurnakan majlis itu tadi.

Bagi menyempurnakan 6 lagi cabutan nombor bertuah, majlis


dengan sukacitanya menjemput puan khalifah khaled guru
penolong kanan hal ehwal murid mencabut 6 nombor bertuah
Dipersilakan

Terima kasih kepada cikgu khalifah atas kesudian beliau itu tadi.

Seterusnya, majlis menjemput pula puan rahimah binti sentat


Penolong Kanan kokurikulum SK sksb, untuk mencabut lagi 6
lagi nombor bertuah malam ini. Dipersilakan.
Terima kasih kepada puan rahimah atas kesudian beliau itu tadi

Akhir sekali majlis menjemput puan noraida binti Ibrahim guru


penolong kanan kpkp untuk mencabut 5 nombor bertuah.
Dipersilakan.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang bertuah pada


malam mini .

hada
BERSURAI
Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya cabutan bertuah itu tadi, maka berakhirlah


majlis makan malam kita pada hari ini.

Majlis dah sampai ke penghujung... Tetamu kami sanjung..


Terima kasih datang berkunjung..

disini kami ingin memohon maaf atas kekilafan sepanjang


mengendalikan majlis pada malam ini..
Bunga seroja diatas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua saya pohonkan.
Sekian terima kasih
Hadirin semua dijemput untuk sesi bergambar bersama-sama.

Anda mungkin juga menyukai