Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

HARI GURU TAHUN 2022

MASA TEKS CATATAN


7.20 pg Para pelajar diminta mengambil tempat mengikut Perempuan
 Minta pelajar kedudukan yang telah ditetapkan. Majlis kita
dan guru akan bermula sebentar lagi.
mengambil
tempat
Diminta juga para hadirin mengurangkan
pergerakan keluar masuk sepanjang majlis ini
berlangsung.

7.55 pg Mengumumkan ketibaan En.Ong Gin Hong, Lelaki


 KetibaanVIP, Yang Dipertua PIBG SMK Yong Peng,diiringi
barisan oleh Pengetua SMK Yong Peng , En.Azman bin
pentadbiran Mohd Zaini,barisan Guru Penolong Kanan, Ketua
sekolah,guru-
guru & kata
Bidang serta guru-guru Sekolah Menengah
alu-aluan. Kebangsaan Yong Peng.
(VIP,PENGETUA & BARISAN GPK,GURU AMBIL TEMPAT)

Dimohon para jemputan dan guru kekal berdiri bagi meneruskan


lagi majlis kita pada pagi ini.

Bismillahirrahmannirrahim.

Yang berusaha,
En. Jamil bin Sajuri,
Pengetua SMK Seri Kenangan,

Yang dihormati,
En. Mokhtar b.Mustaffa,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Encik Ismail Bin Embong,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Barisan Guru Kanan Matapelajaran, guru-guru,


barisan Majlis Perhubungan Pemimpin Pelajar,
serta rakan seperjuangan di medan ilmu
sekalian.

Para hadirin diminta bersedia untuk bersama-


sama mengalunkan selawat ke atas Nabi
junjungan.

. Perempuan
Berkelana panglima sampai ke Pekan,
Membawa haluan ke Pulau Bentan,
Selamat datang kami ucapkan,
Majlis Maulidur Rasul, majlis ingatan.
 Bacaan doa Merbah bertenggek dicelah pohon, Lelaki
oleh ahli Melihat orang bermain panggung,
BADAR Tangan ditadah, doa dipohon,
SUKSES.
Memohon keberkatan majlis berlangsung.

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi


ini, majlis mempersilakan saudara Ahmad Asyraf
Bin Ahmad Pauzi untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Amin-amin ya rabbal alamin.


Terima kasih diucapkan kepada saudara Ahmad
Asyraf Bin Ahmad Pauzi atas bacaan doa
sebentar tadi.

 Bacaan Al- Para hadirin, Perempuan


Quran,berzanji Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini,majlis
, tayangan
video &
mempersilakan saudara __________________
nasyid. dan saudari ________________________ bagi
mengalunkan bacaan Al-Quran serta saudari Nor
Sahida binti Zulkefli bagi mengalunkan bacaan
berzanji rowi pertama. Dipersilakan.
(Bacaan Al-Quran dan berzanji)

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan itu


tadi.

Lelaki
Hadirin yang dikasihi sekalian,

Tenun Pahang tenun pilihan,


Dibawa berdagang ke tanah Segamat,
Nabi Muhammad Rasul pilihan,
Pemimpin umat pembawa rahmat.

Majlis kita diteruskan lagi dengan tayangan


multimedia yang telah disediakan oleh saudara
Ahmad Azri bin Ahmad Pauzi.

(Tayangan multimedia)

Majlis kita pada pagi ini diteruskan dengan


persembahan nasyid oleh kumpulan
_________________________. Dipersilakan.

Hadirin yang dikasihi Allah sekalian, Perempuan

Sebelum kita memulakan slot ceramah ini,izinkan


saya bacakan sedikit sebanyak biodata
penceramah jemputan kita pada hari ini.

Nama penuh beliau


________________________________ ,
merupakan anak ke ____ dari _____ adik
beradik. Merupakan anak kelahiran negeri
_____________. Mendapat pendidikan awal di
__________________________ dan seterusnya
melanjutkan pelajaran di
______________________. Beliau meneruskan
kembara ilmu di _____________________ dalam
bidang _________________.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Al-Fadil Ustaz Mohd Amin bin Haji Khidir bagi
menyampaikan ceramah beliau.

(Ceramah oleh penceramah jemputan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


penceramah jemputan atas ceramah itu
tadi.Semoga ceramah yang disampaikan tadi
dapat kita jadikan tauladan dan pedoman hidup
dalam kehidupan seharian kita.

 Penyampaian Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Lelaki


hadiah dan
bersurai.
Seterusnya,majlis mempersilakan ayahanda
Pengetua, Encik Jamil bin Sajuri diiringi oleh
Encik Mokhtar bin Mustaffa bagi menyampaikan
hadiah kepada pemenang sempena
pertandingan yang telah dijalankan sepanjang
minggu sambutan Maulidur Rasul.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ayahanda


pengetua atas kesudian tuan menyampaikan
hadiah kepada para pemenang sebentar tadi.

Dengan upacara penyampaian hadiah tadi, maka


majlis kita berada di penghujung acara.

Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang


buruk itu atas kekhilafan kami sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Sekian saya sudahi dengan lafaz


Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
whbt....

Anda mungkin juga menyukai