Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN


TAHUN 2022
MASA TEKS CATATAN
5.40 petang Syamimi
Bismillahirahmaninarahim.

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam


Perpaduan Dan Salam Keluarga Malaysia.

Pergi berkelah di Tanjung Bidara,


Berjalan sampai ke tepi kuala,
Awal Bismillah pembuka bicara,
Tanda majlis akan bermula.

Yang berusaha,
En. Azman bin Ahmad Zaini,
Pengetua, SMK Yong Peng,,

Yang dihormati
Tn.Hj. Azmi bin Md. Noor,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn.Latifah binti Abd Rahman,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn.Aiza binti Atan,


Guru Penolong Kanan Petang,

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,


Barisan pendidik SMK Yong Peng,
Serta pelajar yang dikasihi sekalian.

Majlis mengucapkan selamat datang ke Majlis


Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat
Sek.Men.Keb. Yong Peng bagi tahun 2022.

 Bacaan doa Dari Kedah puspa ku mohon, Soteswary


Puspa dipilis buat azimat,
Tangan ditadah doa dipohon,
Semoga majlis mendapat berkat.

Hadirin dan hadirat,


Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini
majlis mempersilakan saudara _____________
bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Bacaan doa)

Terima kasih diucapkan kepada saudara


_________ atas bacaan doa sebentar tadi.
 Nyanyian Majlis kita diteruskan lagi dengan nyanyian Chin Ting
Lagu Negaraku Lagu Negaraku,
Lagu Negeri
Johor
Lagu Negeri Johor,
Lagu Sekolah Lagu Sekolah,

Para pelajar diminta bersedia dengan berdiri


tegak ditempat masing-masing.

Nyanyian lagu………………………

Para pelajar dipersilakan duduk.

 Ucapan dan Syamimi


perasmian oleh Daun semulur di pekan sari,
Pengetua
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini


mempersilakan Yang Berusaha, En. Azman bin
Ahmad Zaini, Pengetua SMK Yong Peng bagi
menyampaikan ucapan serta merasmikan Bulan
Kemerdekaan Peringkat SMK Yong Peng bagi
tahun 2022. Dengan segala hormatnya
dipersilakan tuan.

(Ucapan Pengetua)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


Yang Berusaha En.Azman bin Ahmad Zaini atas
kesudian tuan menyampaikan ucapan serta
merasmikan penutupan program sebentar tadi.

 Gimik Soteswary
persembaha
n
PERSEMBAHAN GIMIK

Yang baru sahaja kita saksikan bersama


merupakan gimik persembahan yang cukup
menarik sebagai simbolik pelancaran bulan
Kemerdekaan peringkat Sekolah Menengah
Kebangsaan Yong Peng bagi tahun 2022.
Terima kasih diucapkan.

 Persembahan Hadirin yang dihormati, Chin Ting


pelajar
Majlis kita akan diteruskan dengan nyanyian lagu
‘Sehati Sejiwa’ , ‘Keranamu Malaysia’ dan ‘Jalur
Gemilang’. Hadirin dipersilakan berdiri.

Nyanyian lagu

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


nyanyian lagu patriotik yang penuh semangat
daripada para guru dan murid.

 Penutup Hadirin yang dihormati, Syamimi

Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Saya


mewakili pihak majlis merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam
merealisasikan majlis pelancaran sambutan bulan
kemerdekaan Sekolah Menengah Kebangsaan
Yong Peng edisi tahun 2022 ini. Sekian.
Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum
w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai