Anda di halaman 1dari 6

1

TEKS PENGACARA
MAJLIS PERSARAAN GURU PENOLONG KANAN, PN HJH NORAINI BT LODIN
MASA EVENT TEKS PENYAMPAI
7.30 Perarakan masuk GPK Mengumumkan ketibaan Yang diraikan Pn Hjh Noraini Bt GOH
pg tunggu sampai semua Lodin masuk ke perkarangan Sekolah Tinggi Segamat.
duduk

Nyanyian lagu Hadirin sekalian, SITI


Negaraku & Bangsa Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku dan
Johor lagu Bangsa Johor. Diminta semua hadirin berdiri dan
nyanyikan dengan penuh semangat.

Selesai nyanyian Pagi yang indah penuh ceria GOH


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada hadirin sekalian Majlis Persaraan
Pn Hjh Noraini Bt Lodin, GPK 1, Sekolah Tinggi
Segamat.

Bismillahirrahmanirrahim SITI
Assalamualaikum Wbrt..
Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Yang Diraikan
Pn Hjh Noraini Bt Lodin, PK 1 STS

Yang Berusaha
Pn Hjh Zalaha Bt Md Said, Pengetua STS

Yang Dihormati
En Ahmad Hourmain Bin Hj Sulaiman, PK HEM
En Supi’e Bin Othman , PK Kokurikulum
Pn Hjh Che Jah Bt Mohamed, PK T6
Pn Siti Zaiton Bt Manaf, PK Petang
En Abdul Halim Bin Abd Wahab selaku wakil PIBG
Guru-Guru
Barisan Pengawas dan
Pelajar-pelajar sekalian.

Lebat kemiri pohonnya rendah, SITI


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memuliakan majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita memohon agar
Majlis Persaraan Guru Penolong Kanan, Pn Hjh Noraini
Bt Lodin mendapat keberkatan-Nya jua.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ust Abd


Aziz Bin Ishak untuk bacaan doa.

Amin Amin Ya Rabbal A’lamin SITI

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ust


2

Abdul Aziz Bin Ishak atas bacaan doa itu tadi.


Ucapan wakil pelajar Tak molek jika ada alu tiada lesungnya GOH
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar.


Majlis dengan ini menjemput Arshad bin Hj Mohamed
dari Ting 5 Baiduri untuk menyampaikan ucapannya.
Dipersilakan..

Selesai ucapan pelajar Terima kasih kepada saudara Arshad atas ucapan yang
mana telah mewakili isi hati dan luahan rasa semua
pelajar Sekolah Tinggi Segamat.

Tarian Inang Hadirin sekalian,

Bagi memeriahkan Majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita saksikan persembahan daripada
kumpulan pelajar yang menggelarkan diri mereka
sebagai 4 Flower. Mereka akan
mempersembahkansebuah tarian tradisional iaitu tarian
inang.

Selesai tarian inang Begitulah tadi tarian inang yang telah dipersembahkan
oleh kumpulan 4 Flower.

Ucapan wakil guru Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil guru yang
akan disampaikan oleh Tn Hj Arbai Bin Samingon.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Selesai ucapan Terima kasih di atas ucapan yang disampaikan sebentar


tadi.

Sajak Rashidi & Zainur Hadirin sekalian

Majlis akan diserikan lagi dengan deklamasi sajak oleh 2


orang pelajar iaitu saudara Rashidi Bin Hashim dari ting
2 Baiduri dan Saudari Zainur Hafiza Bt Zaidin dari ting
2 Mutiara. Mereka akan mendeklamasikan sajak yang
bertajuk “Doa Restu Perpisahan” khusus buat Yang
Diraikan, Pn Hjh Noraini Bt Lodin.

Majlis dengan mesranya mempersilakan

Selesai sajak Terima kasih kepada Saudara Rashidi dan Saudari


Zainur. Moga bait-bait sajak yang dialunkan sebentar
tadi dapat dimengertikan oleh insan yang kita raikan
pada hari ini.

Ucapan wakil PIBG Hadirin dan hadirat sekalian,

Guru menggembleng tenaga untuk mendidik,


3

Ibu bapa bermuafakat sama


Tidak dapat dipisahkan PIBG dan sekolah.

Majlis dengan ini mempersilakan wakil PIBG STS, En


Abd Halim Bin Abd Wahab untuk menyampaikan ucapan
beliau.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Selesai ucapan PIBG Terima kasih diucapkan kepada En Abd Halim Bin Abd
Wahab selaku wakil PIBG atas ucapan itu tadi.

Persembahan akustik Majlis Persaraan GPK, Pn Hjh Noraini Bt Lodin akan


terus dimeriahkan lagi dengan persembahan akustik
dari
____________________________dari ting 5_______ &
____________________________dari ting 5_______.
Mereka akan mendendangkan lagu
1. ______________________________
2. ______________________________
3. ______________________________

Selesai akustik Begitu merdu dan syahdunya petikan gitar yang telah
dipersembahkan sebentar tadi.

Bacaan biodata Hadirin sekalian,

Pohon kelapa lebatnya amat,


Petik yang muda untuk dimakan;
Majlis Persaraan GPK STS,
Pn Hjh Noraini Lodin kita ceriterakan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn


Salina Bt Ahmad Wahid bagi membacakan biodata insan
Yang Diraikan, Pn Hjh Noraini Bt Lodin, GPK STS.
Dipersilakan.

Selesai baca biodata Terima kasih kepada Pn Salina Bt Ahmad Wahid atas
bacaan biodata Pn Hjh Noraini Bt Lodin yang sarat
dibungkus waktu, dihikayatkan dengan padu.

Selepas detik _________ pasti GPK kita ini Pn Hjh


Noraini Bt Lodin akan

Berdiri melihat denai-denai kenangan,


Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja,
Padang perhimpunan dan dewan STS,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.

Ucapan Yang Diraikan Buah kelapa dimakan kera,


4

Waktu hujan menimpa papan;


Dengan sukacita penuh hormat mesra,
Majlis mempersilakan Pn Hjh Noraini Lodin
menyampaikan ucapan.

Selesai ucapan Yg Dirai Hendak membeli buah kuini,


Bawa bertih habis dimakan;
Demikian tadi rasa hati Pn Hjh Noraini,
Terima kasih kami ucapkan.

Sajak Hafiszal Hadirin sekalian,

Majlis diserikan dengan sebuah lagi sajak nukilan


Saudara Mohd Hafiszal Bin Mohamad dari ting 5 Mutiara
dengan sajaknya “Perpisahan Yang Dipinta”

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan.

Selesai sajak Terima kasih Saudara Mohd Hafiszal atas sajak yang
penuh makna dan pengertian khas buat seorang guru
dan pentadbir yang telah berkhidmat sekian lama di
Sekolah Tinggi Segamat.

Ucapan Pengetua Majlis Persaraan GPK, Pn Hjh Noraini Bt Lodin


diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha
Pn Hjh Zalaha Bt Md Said, Pengetua sekolah Tinggi
Segamat untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Selesai ucapan Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang


Pengetua Berusaha, Pn Hjh Zalaha Bt Md Said atas ucapan itu
tadi.

Persembahan Koir Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis akan dihangatkan pula dengan persembahan koir


dari pelajar ting 4 Delima dengan lagunya Hingga Akhir
Nanti.

Marilah sama-sama kita saksikan persembahan mereka.

Selesai koir Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan koir


ting 4 delima itu tadi./ di bawah pimpinan
______________________________.

Penyampaian Hadiah Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian


hadiah sebagai tanda kenang-kenagan kepada insan
Yang Diraikan Pn Hjh Noraini Bt Lodin.

Majlis dengan segala hormat mesranya menjemput dan


mempersilakan Pn Hjh Noraini Bt Lodin, GPK STS untuk
menerima hadiah.
5

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan wakil daripada tingkatan 1:


Nur Khalisah Bt Mohd Rashid

Dipersilakan wakil daripada tingkatan 2:


Nurain Syahirah Bt Mad Lazim

Dipersilakan wakil daripada tingkatan 3:


_____________________________________

Dipersilakan wakil daripada tingkatan 4:


Siti Afiqah Bt Abd Halim

Dipersilakan wakil daripada tingkatan 5:


Amalina Bt Jais@Arina Bt Tukirin
Siti Noraini Bt

Dipersilakan wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar


Pra-U:
Tua Yee Nee
Mohd Azril Bin Yusof

Dipersilakan wakil pengawas sesi petang:


Rashidi Bin Hashim

Dipersilakan wakil daripada pengawas sesi pagi:


Thanendran a/l

Dipersilakan wakil daripada Pengawas Pusat Sumber:


_______________________________________

Dipersilakan wakil daripada Asrama Pusat STS:


Siti Raihana Bt Sabarudin

Dan akhir sekali

Dipersilakan wakil daripada Koperasi Sekolah:


_____________________________________

Selesai penyampaian Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang


hadiah Diraikan Pn Hjh Noraini Bt Lodin atas kesudian
menerima hadiah-hadiah itu tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua pelajar dan pihak yang menyumbang khusus
buat insan yang kita raikan pada hari ini.

End D Majlis Selamat tinggal seribu kerenah,


Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!
6

Selamat datang persaraan,


Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!

Bak air yang mengalir,


Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
guru penolong kanan,
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!

Selamat berangkat dalam doa berkat,


Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.

Dengan itu sampai berakhirlah Majlis Persaraan Guru


Penolong Kanan, Pn Hjh Noraini Bt Lodin.

Kami mendoakan agar Yang Diraikan Pn Hjh Noraini Bt


Lodin bertambah ceria dan bahagia serta sentiasa
dirahmati Allah.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan majlis ini.

Dalam kesempatan ini juga kami memohon sejuta


kemaafan andai terdapat salah silap sepanjang kami
mengendalikan majlis.

Tumbang punggur dahan pun sekah,


Terkejut burung sedang makan;
Tersalah tutur tersilap tingkah,
Ampun dan maaf kami dambakan.

Sekian, salam rindu buat yang diraikan dan salam


hormat buat semua.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wasalamu A’laikum wbrt

Anda mungkin juga menyukai