Anda di halaman 1dari 6

Majlis Lambaian Kasih Setulus Budi

Persaraan Pn. Hjh Morni binti Darus.


Tarikh : 30.04.2018
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dataran Budi

TENTATIF TEKS PENGACARA MAJLIS


10.30 pagi Assalamualaikm w.b.t dan salam sejahtera.
1. Ketibaan Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula
tetamu sebentar lagi.
Mohon agar murid-murid duduk ketika Yang Diraikan bergerak masuk ke Dataran
Budi.

10.45 pagi Dara idaman inai di jari,


2. Perarakan Ke sini sana jadi perhatian;
masuk yang Moga Puan dipelihara Illahi,
dirai. Sihat Sejahtera dalam persaraan.

Cermat bicara beralas sopan,


Senyuman ceria puteri jelita;
Selamat Sejahtera kami ucapkan
Semoga Bahagia di sisi tercinta.

Mengumumkan perarakan masuk yang diraikan


Pn. Hjh Morni binti Darus
Diiringi barisan Pentadbir SK Kanchong Darat ke Dataran Budi.

Ikan Sempila sesat di lukah,


Lukah dan bubu di tanjung selasih;
Bonda Morni segak melangkah,
Melangkah menuju pelamin kasih.

Majlis dengan penuh ta’zim mempersilakan Pn. Hjh. Morni binti Darus bersama cinta
hati Encik Zamri bin Mohd Ali untuk mengambil tempat.
Dipersilakan.

11.00 pagi Bismillahirrahmanirrahim….


3. Ucapan Alhamdulillahirabbil ‘alamin………..
Pengerusi
Majlis  Yang Berusaha En. Yahaya Bin Om, Guru Besar SK Kanchong Darat.
 Yang Diraikan, Puan Hajjah Morni binti Darus, bersama suami,
__________________________ dan anak-anak.
 Yang Berusaha En. Mohd Rahim Bin Maulan, PK Kokurikulum SK kanchong Darat
merangkap pengerusi Jawatankuasa Majlis ‘Lambaian Kasih Setulus Budi’
 Yang Berusaha Tuan Haji Iskandar bin Yatiman, PK Pentadbiran SK Kanchong
Darat
 Yang Berusaha Pn. Honimah binti Banuri, PK Hal Ehwal Murid SK Kanchong
Darat.
 Yang Dihormati En. Sudirman Bin Ismon, YDP PIBG SK Kanchong Darat.
 Yang Dihormati En. Mohd Hafiz Bin Shuriddin, NYDP SK Kanchong Darat.
 Barisan Mantan Guru Besar SK Kanchong Darat. Barisan Mantan PIBG SK
Kanchong Darat, Barisan mantan staf SK Kanchong, Darat, AJK PIBG,
seterusnya, barisan guru, staf sokongan sekolah, murid-murid, hadirin & hadirat
yang dirahmatii Allah sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera.. salam sehati


sejiwa
Hari yang indah penuh ceria…
Saat yang berbahagia penuh bermakna…

Biji Selasih enak dimakan,


Menjadi perisa tidak terperi;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis tambah berseri.
Bersyukur kita ke hadrat Illahi, dengan izin serta limpah kurnianya dapat kita
bersama-sama berhimpun pada pagi ini bagi meraikan Majlis Lambaian Kasih
Setulus Budi sempena persaraan Yang Diraikan, Pn. Hjh Morni binti Darus.
4. Bacaan Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Doa
Duduk bersimpuh satu tujuan,
Memakai kain tenunan tekat,
Mohon doa kepada tuhan
Semoga Majlis peroleh berkat

Untuk itu, Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan doa. Jesteru, majlis
mempersilakan Al- Fadhil Ustaz Hussin bin Md Saae untuk memimpin bacaan doa,
dipersilakan.

(-Bacaan Doa-)

5. Ucpaan Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin…


Ketua Murid Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Hussin bin Md Saae
SKKD atas bacaan doa itu tadi.
*********************************************
Hadirin Sekalian,
Majlis diteruskan dengan menjemput adik Ahmadineejad Bin Abdul Qudus, Ketua
Murid SK kanchong Darat bagi mewakili murid-murid untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

6. Ucapan Terima kasih diucapkan kepada adik Ahmadineejad bin Abdul Kudus atas ucapan
Guru Besar sebentar tadi.
*************************************************
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tn. Yahaya Bin
Om, Guru Besar SK Kanchong Darat untuk menyampaikan uacapan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
11.30 pagi Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Yahaya Bin Om, Guru Besar SK
7. Kanchong Darat atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Persembahan ******************************************************
Guru Bagi meneruskan lagi kemeriahan majlis kita pada hari ini. Marilah sama-sama kita
saksikan persembahan khas daripada guru-guru SK Kanchong Darat teristimewa
buat Yang Dirai Puan Hajjah Morni binti Darus. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

8. Semoga semua hadirin terhibur dengan persembahan khas buat Yang Dirai, Puan
Persembahan Hajjah Morni binti Darus daripada guru-guru SK Kanchong Darat yang cukup
Murid istimewa sebentar tadi di bawah pimpinan Encik Mohd Hanif bin Mahpot. Tarima
kasih diucapkan.
******************************************************
Hadirin sekalian. Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan kemeriahannya.
marilah sama-sama kita saksikan persembahan seterusnya iaitu persembahan
murid. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

9. Tayangan
Montaj Terima kasih diucapkan kepada kumpulan ____________________________________

_________________________________________________________________________.
Persembahan itu tadi adalah di bawah bimbingan Pn. Siti Zarina binti Manaf dan
Puan Faridah Hanum binti Ahmad.
******************************************************
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah kita sama-sama saksikan persembahan multimedia sempena


persaraan Yang Diraikan Puan Hajjah Morni binti Darus.

10. Ucapan Terima kasih kepada jawatankuasa montaj, Puan Roziana binti Rahim dan Puan Siti
Yang Dirai Anom binti Abd Rahman, serta individu-individu yang telah menjayakan
persembahan multimedia sebentar tadi. Mudah-mudahan ianya dapat memberi
sumber inspirasi buat kita semua.
********************************************************
Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Diraikan Pn
Hajjah Morni binti Darus, diiringi suami Encik Zamri bin Mohd Ali dan anak-anak,
Muhammad Akmal, Muhammad Amir, Nur Syuhada dan Nur Sufina duduk
bersemayam di atas singgah sana yang disediakan.

Hadirin sekalian,
Beliau telah memulakan tugas di SK Kanchong Darat sejak tahun 2003 sehingga
kini. Di sinilah destinasi terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatannya
pada usia persaraan 56 tahun.

Tinggi bukit gilang-gemilang,


Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.

Sikap keperihatinan beliau terhadap anak bangsa tidak pernah luntur ditelan masa
dimamah usia. Sentiasa ikhlas menjalankan tugasnya. Banyak masa dihabiskan
dengan mengabdikan diri kepada tugasnya sebagai seorang guru.

Inderagiri pasirnya lumat,


Kerang berjemur dengan logak;
Bagaimana nabi kasihkan umat,
Begitulah kami kasihkan puan.

Seterusnya tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Pn. Hajjah Morni binti Darus.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
11. Acara
memotong Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan Pn. Hajjah Morni binti Darus atas
Kek dan Pulut ucapan dan amanat yang telah disampaikan. Rasa gembira berbaur sedih kerana
Kuning
Bukan senang menampi selasih,
Selasih sudah bercampur arang,
Bukan mudah bercerai kasih,
Kerana kasih bercampur sayang.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Seterusnya majlis diteruskan dengan acara memotong kek dan pulut kuning
sebagai simbolik menyambut ulang tahun kalahiran dan persaraan Yang Diraikan
Hajjah Morni binti Darus. Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput , yang
diraikan Diraikan Hajjah Morni binti Darus diiringi oleh suami dan anak-anak tampil
ke tengah pentas bagi menyempurnakan majlis. Dipersilakan.

12.15 Tghr Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Hajjah Morni
12. binti Darus atas kesudian menyempurnakan acara itu tadi.
Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian,
Hadiah dari Sebagai tanda Lambaian Kasih Sanjungan Budi, majlis dengan segala hormatnya
Tetamu dan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
Murid __________________________________, SK Kanchong Darat untuk mengiringi Yang
Diraikan Pn. Hajjah Morni binti Darus untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada


1. Tetamu – ( Lihat Lampiran )
2. Wakil Aliran - Pra Sekolah, Tahun 1, Tahun 2 , Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6.

13. Sesi Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Hajjah Morni
Bergambar binti Darus atas kesudian menerima cenderamata kenang-kenangan sebentar
tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha
____________________________ mengiringi yang Diraikan Pn Hajjah Morni binti Darus
sebentar tadi.
Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua penyampai atas
sumbangan dan tanda hati yang diberikan. Semoga akan menjadi memori indah
buat Yang Diraikan Pn. Hajjah Morni binti Darus yang akan meninggalkan kita.

14. Perarakan Terima kasih kepada Yang Dirai Puan Hajjah Morni binti Darus dan Yang Berusaha,
Balik yang En. Yahya b. Om, atas kesudian menyempurnakan acara.
Dirai & Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Bersurai Yang ruas dah sampai ke hulu
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang memberi sudah diterima

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Menggamit memori datang ke mari,


Teman sepermainan di tengah laman;
Kenangan bersama memahat memori,
Tautan kash sepanjang zaman.

Tiada kata secantik bahasa,


Hendak diluah segala rasa;
Sempurna sudah majlis bermakna,
Semoga dikenang sepanjang masa.

Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Majlis juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Hajjah Morni binti
Darus, suami beliau, Encik Zamri bin Mohd Ali, serta anak-anak kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini.
Semoga Pn Puan Hajjah Morni binti Darus bertambah ceria dan bahagia dalam
kehidupan seharian bersama keluarga tersayang.
Buat Puan Hajjah Morni binti Darus, guru umpama bintang cemerlang, walau
bersara jasamu dikenang.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin
yang sudi meluangkan masa bersama memeriahkan majlis pada hari ini. Terima
kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan majlis pada hari ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ‘Lambaian
Kasih Setulus Budi sempena persaraan Puan Hajjah Morni binti Darus SK Kanchong
Darat.

Sebelum kita akhiri majlis pada pagi ini, sedikit pengumuman.


1. Selepas majlis bersurai hadirin dijemput untuk sesi bergambar.
2. Kemudian, Puan Hajjah Morni binti Darus akan menyempurnakan acara
mengetik kad pada alat perakam masa.
3. Seterusnya, hadirin dijemput untuk mengiringi perarakan pulang Puan Hajjah
Morni binti Darus.

Akhir sekali, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan majlis ini.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian. Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai