Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA LAMBAIAN KASIH JALINAN BUDI

SEMPENA PERSARAAN
TN HJ ADNAN BIN MOHAMED

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tn Hj Adnan bin Mohamed


JEMPUITAN diiringi oleh YDP PIBG dan barisan pentadbir masuk ke dalam dewan.
Che tun
Tangkas sungguh tangan bersilang,
Silat dibuka gerunkan lawan,
Syair disebut nada terbilang,
Selamat datang wahai pahlawan
.NYANYIAN LAGU NEGARAKU, MELAKA MAJU JAYA & ;AGU SEKOLAH

ALUAN Bismillahhirrahmanirrahim,
PENGACARA
MAJLIS
Tokoh Yang diraikan
Tn Hj Adnan bin Mohamed serta keluarga terrsayang
amir
Yang berusaha Tn. Hj Borhan bin Md. Nor
Guru Penolong Kanan 1
SMK Seri Tanjong

En Azman bin . - YDP PIBG


En. Khalid b. Bujang - Guru Pen. Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Sahreah bt Md. Zin - Guru Pen. Kanan Kokurikulum
En. Jumali bin Rasikun -
Penyelaras Program Persediaan Universiti
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh, salam sejahtera,


Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau,
Melaka 755 tahun, Melaka maju Fasa kedua, Melaka Cepat Berkat
dan Tepat
dan Salam Sehati Sejiwa.

Sinar cahaya laju merambat,


Dipantul tegak sonsang sisi,
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

BACAAN DOA Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pagi yang berbahagia ini,
marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan
Che tun
dibacakan oleh Al Fadhil Ustaz Hammad bin Mohamed.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Ucapan ketua Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
murid

Che tun
Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil ustaz atas bacaan doa itu
tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat
kita bersama-sama berkumpul pada pagi yang indah ini bagi
menyempurnakan satu lagi majlis yang begitu bermakna iaitu Majlis
Lambaian Kasih Jalinan Budi sempena persaraan tokoh pendidik SMK
Seri Tanjung iaitu persaraan Tn Hj Adnan bin Mohamed. Seluruh warga
Smk Seri Tanjung merakamkan sekalung penghargaan kepada kepada
tokoh-tokoh yang dirai atas budi dan jasa mereka sepanjang berkhidmat
di sekolah ini.

Warga dewan yang dihormati sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Ketua Murid, dengan
sukacitanya majlis menjemput Saudari Siti Nur Naziha binti Yusop
untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.
MULTIMEDIA Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudari Siti Nur Naziha
& BIOGRAFI binti Yusop atas ucapan itu tadi.
amir

Warga dewan yang dikasihi sekalian,

Tak kenal maka tak cintajusteru berikut persembahan multimedia dan


biografi Tn Hj Adnan bin Mohamed.

Bacaan biografi dibaca pengacara majlis


..
Persembahan Demikianlah tadi selesai sudah tayangan multimedia, untuk makluman
murid & semua, persembahan multimedia itu tadi telah dihasilkan oleh Pn Noor
pelajar
Suhaila bt Yusof
Che tun
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Seterusnya majlis dengan penuh takzimnya menjemput Tn Hj Borhan
bin Md Noor, Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk
menyempurnakan penyerahan Buku Biografi kepada Tokoh yang dirai
iaitu Tn Hj Adnan bin Mohamed dipersilakan.

Para hadirin sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan persembahan pelajar.

Persembahan berikut adalah dari Persatuan Silat CekakUstaz Hanafi


..

Terimakasih diucapkan kepada Ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi

Persembahan seterusnya adalah dari pelajar 5 Perdagangan

..
Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi

Berikut dipersilakan pelajar Tingkatan 3


.
Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi

Seterusnya adalah persembahan nazam daru guru-guru wanita SMK


Seri Tanjong
.

Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi.

Tirai persembahan akan ditutup dengan persembahan dari Kelab


Jantan
..
Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi
UCAPAN TN HJ Warga dewan yang dihormati sekalian,
ADNAN

AMIR Sistem endokrin kalenjar pituitari,


Atur hormon dalam badan,
Silakan tuan yang amat dihormati,
Untuk menyampaikan kata ucapan.
Justeru, untuk tidak melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya
menjemput tokoh yang diraikan iaitu Tn Hj Adnan bin Mohamed untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
UCAPAN GPK 1 Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh Tokoh yang dirai
CHE TUN kan semoga menjadi ingatan kepada kita di Smk Seri Tanjong ini. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Tn Hj Borhan bin Md Noor,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seri Tanjong untuk
menyampaikan sepatah dua kata ucapan. Dipersilakan.
PENYAMPAIAN Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan beliau itu tadi.
HADIAH

AMIR Para hadirin sekalian,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Setiap insan.

Warga dewan yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai


tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Tn Hj Adnan
bin Mohamed.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Tn Hj Borhan bin Md Noor, mengiringi tetamu yang
diraikan Tn Hj Adnan bin Mohamed untuk menerima cenderamata
kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Dimulakan dengan menjemput
..
menyampaikan cenderamata .dipersilakan

.Penyampaian
cenderamata..

Seterusnya dipersilakan .

Dipersilakan .

Dipersilakan

BERGAMBAR Dipersilakan Tetamu yang dirai Tn Hj Adnan b Mohamed bersama-sama


& POTONG barisan pentadbir untuk acara pemotongan pulut kuning.
PULUT
KUNING
Demikianlah tadi sempurna sudah upacara penyampaian cenderamata
Che tun kenang-kenangan khusus untuk Tokoh Yang Diraikan iaitu Tn Hj Adnan
bin Mohamed.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj Borhan atas kesudian


menyempurnakan upacara penyampaian cenderamata itu tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Warga dewan yang dikasihi sekalian.

Kita telah pun berada di penghujung acara.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Setiap insan.

Warga SERI mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Tn Hj Adnan bin Mohamed atas khidmat bakti yang telah
dicurahkan di SMK Seri Tanjong. Warga SERI mendoakan agar tuan
dan puan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dilimpahkan
kebahagian bersama-sama keluarga tercinta.

Teorem Pythagoras dalam trigonometri,


Diguna untuk sisi bertentangan,
Terima kasih daun keladi
Budimu tuan jadi kenangan

Garis ufuk separas mata,


Garis mencancang tegak berdiri,
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahi Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Terima kasih.

Dipersilakan Tn Hj Adnan bin Mohamed untuk sesi bergambar bersama


guru-guru. Diikuti salam perpisahan guru-guru serta salam perpisahan
bersama murid-murid.

Dijemput para guru untuk naik ke atas pentas untuk sesi foto grafi
bersama-sama tokoh-tokoh yang diraidipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai