Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGERUSI MAJLIS LAMBAIAN KASIH, JUNJUNGAN BUDI

Tarikh : 26 MEI 2016


Masa : 11.00 pagi
Tempat Dewan Seri Tanjung SMKDS

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan
Tetamu Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita
akan bermula sebentar lagi.
Hariff
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tn. Hj Abdul Razak
bin Abd. Rahman dan isteri dengan diiringi dif-dif kehormat
masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Bangsa Johor.

(Lagu bangsa Johor)

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Lambaian KAsih
Junjungan Budi sempena persaraan Tn Hj Abd. Razak bin
Abd Rahman, Pengetua SMK Dato seth, Yong Peng.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Diraikan
Tn. Hj Abd. Razak bin Abd RAhman
Pengetua SMK Dato Seth,

Yang Berusaha Tn Hj Kamaruzali bin Warman


Penolong Kanan Pentadbiran SMK Dato Set,

Yang Dihormati Tn Hj Mohd Shis bin a. Jalal


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Dihormati En Bohari bin Safar


Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Dihormati En. Abd. Aziz bin Ahmad
Penolong Kanan Ting. 6

Yang Dihormati En.Taulani bin Tukiran


Penolong Kanan Petang,

Yang Dihormati En Shamsol bin Mohamed Seth


Yang Dipertua PIBG

Yang Dihormati
Barisan guru Kanan Mata Pelajaran

Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, ibu bapa, murid-murid, hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis Lambaian KAsih Junjungan Budi sempena persaraan
Yang Diraikan Tn Hj Abd Razak bin Abd Rahman.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah


kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat
bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan Tn Hj
Abd Razak bin Abd RAhmank dalam Majlis Lambaian Kasih
Junjungan Budi

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Tn Hj Abd
Razak bin Abd RAhman sepanjang perkhidmatan beliau di
dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Pengetua di
SMK Dato Seth.

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Jue Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna


ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Mohd
Ayob Bin Basuki. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Ucapan Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
Alu-aluan kasih kepada Al Fadil Ustaz Mohd Ayob Bin BAsuki atas
bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Ucapan Ketua
Murid Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput Saudara

.............................................................................................
Wakil Murid SMK Dato Sethuntuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Ucapan Terima kasih diucapkan kepada Saudara


Pengerusi
KGSS ....................................................................................................
atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Encik mohamad


Yasin bin Mohd Salleh selakau Pengerusi Kelab Guru Dan
Satf Sokongan sekolah Menengah Dato Seth. Dipersilakan

Ucapan YDP Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd
PIBG Yassin bin Mohd Salleh atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Majlis seterus menjemput dan mempersilakan En. Shamsol


bin Muhamed Seth Yang Dipertua PIBG SMK Dato seth, bagi
menyampaikan ucapan, dengan segala hormat dipersilakan.

PK1 #### ucapan #####

Terima kasih diucapkan kepada En. Shamsol bin Muhamed


Seth atas ucapan sebentar tadi.
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha Tn Hj Kamaruzali bin Warman
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Dato Seth, untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn Hj


Persembahan Kamaruzali bin Warman atas ucapan yang telah disampaikan
Multimedia sebentar tadi.

Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tn. Hj Abd
RAzak bin Abd Rahman.

*** Persembahan multimedia


Ucapan
Yang Dirai Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan
multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tn Hj Abd
Pengetua Razak bin Abd Rahman . Terima kasih kepada team unit ict S
dan individu yang menjayakan persembahan tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat
kita semua.

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu


ucapan daripada Yang Diraikan Tn. Hj Abd Razak bin Abd
Rahman. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

***Ucapan Pengetua

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Diraikan Tn. Hj Abd Razak bin Abd
Rahman atas ucapan itu tadi.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita saksikan persembahan khas pelajar

**** persembahan

Semoga kita terhibur dengan persembahan khas


yang cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih
diucapkan.Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Lily Mastura binti

.............................

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di


pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,
Umpama memanjat dah sampai ke puncak.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan


Penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang
Hadiah & kita raikan pada hari ini iaitu Tn Hj Abd Razak bin Abd
cenderamata Rahman.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan

Tn Hj Kamaruzali bin Warman Penolong Kanan Pentadbiran,


mengiringi Yang Diraikan Tn Hj Abd Razak bin Abd Rahman.
Munok untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata


daripada wakil-wakil kelas.
Rujuk senarai hadiah

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang


kenangan khusus untuk Yang Diraikan Tn Hj Abd Razak bin
Bad Rahman

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan


Tn. Hj Abd Razak bin Abd Rahman atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan
terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn Hj
Kamaruzali bin Warman mengiringi Yang Diraikan Tn Hj Abd
Razak sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderamata sebentar tadi.

Yang ruas dah sampai ke buku


Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.

Untuk Tn Hj Abd Razak.

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Sebagai simbolik tamatnya Perkhidmatan Tn Hj Abd Razak


sebagai kakitangan awam, marilah kita sama-sama saksikan
beliau mencetak kad perakam waktu untuk kali yang
terakhirnya.

Dipersilakan .

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Penutup Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan Tn. Hj ABd Razak bin Abd Rahman kerana sudi
Jue untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
kami semua mendoakan agar Yang Diraikan beliau bertambah
ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan Majlis Lambaian Kasihjunjungan Budi
ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan


andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan
Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai