Anda di halaman 1dari 9

PENGAJARAN DARIPADA KHUTBAH TERAKHIR DAN KAITANNYA DENGAN KEHIDUPAN

KONTEMPORARI

Kita semua tahu bahawa apa yang keluar dari mulut Rasulullah itu tidak lain melainkan petunjuk
dan hidayah dari Allah semata-mata untuk beliau berkata-kata. Isi kandungan khutbah terakhir
ini sudah pasti merupakan intisari/intipati misi dakwah Rasulullah selama 23 tahun lamanya
untuk menyeru manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Oleh kerana itulah ucapan khutbah
terakhir ini perlukan sedikit kupasan untuk manfaat bersama.

Ucapan penuh khutbah terakhir Rasulullah itu ialah seperti berikut:

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak Ku katakan. Aku tidak mengetahui
apakah Aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, seperti
mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta
setiap Muslim sebagai amanah suci.

Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.

Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti akan membuat
perhitungan diatas segala amalan kamu.

ALLAH SWT telah mengharamkan riba.

Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan Agama kamu, dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai
hak keatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak
mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk dibari makan dan pakaian dalam suasana
kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap
mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak
kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang lain yang tidak
kamu sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata Ku ini,

“Sembahlah

ALLAH SWT, Dirikanlah Sembahyang lima (5) kali sehari, Berpuasalah dibulan Ramadhan, dan
Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu, Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu”.

Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama,
tidak seorangpun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Takwa dan Beramal Soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap ALLAH SWT pada suatu hari untuk dipertanggung-
jawabkan diatas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu
terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanKu.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasKu dan tidak akan lahir
Agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataKu yang
telah Ku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya Aku tinggalkan kepada kamu dua (2) perkara;
yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan
tersesat selama-lamanya itulah “Al-Quran dan SunnahKu”.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapan Ku menyampaikan pula kepada orang lain dan
hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih
memahami kata-kata Ku dari mereka yang mendengar terus dariKu.
Saksikanlah YA ALLAH, bahawasanya telah Aku sampaikan RisalahMU kepada hamba-
hambaMU.1

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah S.A.W

pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah

Uranah,Gunung Arafah.)

Jika diteliti isi khutbah ini terdapat pengajaran yang berkaitan dengan kehidupan kontemporari
antaranya ialah:

PERTAMA

Antara intipati penting pesanan khutbatul wada’ rasulullah saw. adalah ;

Larangan membunuh jiwa dan mengambil harta orang lain tanpa alasan yang hak

Hadis daripada Ibnu Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya darah dan harta kamu, semua itu adalah haram ke atas kamu sebagaimana
kesucian hari kamu ini (hari Arafah) pada bulan ini (Zulhijjah) dan di negeri yang suci ini
(Arafah)”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ingatan kita kepada khutbah Wada' ini sepatutnya dapat memuhasabah apa yang sedang berlaku
kini. Banyak pencabulan hak asasi manusia seperti hak beragama dan menjalani kehidupan
dengan bebas dan beribadat. Begitu juga pencabulan hak sebagaimana yang berlaku di Palestin
yang dijajah Israel.

1
Riwayat : Al Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daut, Ibnu Majah dan Lain-Lain.
Khutbah Terakhir Rasulullah. (2016, September 15). https://people.utm.my/ajmain/2016/09/15/khutbah-terakhir-
rasulullah/
Malah, kezaliman juga berlaku di negara Islam dalam kalangan sesama Muslim. Oleh itu,
tepatlah pesan baginda: "Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya
yang berhak." (Riwayat Muslim)

Sepatutnya peringatan Nabi SAW dalam khutbah ini sentiasa diulangkaji setiap tahun supaya
umat Islam mendapat pengajaran dan membetulkan keadaan.

KEDUA

Antara intipati penting pesanan khutbatul wada’ rasulullah saw. adalah ;

Kewajipan meninggalkan tradisi dan amalan jahiliyyah; pembunuhan dan riba;

Islam telah mengharamkan amalan riba ini seperti mana yang dinyatakan dalam Firman Allah
SWT:

٢٧٨ ‫ني‬ِ‫يـٰٓأَيـُّها ٱلَّ ِذين ءامنُو۟ا ٱتَّـ ُقو۟ا ٱ َّّلل وذَرو۟ا ما ب ِقى ِمن ٱ ِلربـ ٰٓو۟ا إِن ُكنتُم ُّم ْؤِمن‬
َ َ َ َ َ َ ُ ََ ََ َ َ َ

Terjemahannya:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum
dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman”.

Surah Al-Baqarah Ayat 278

Sistem Berteraskan Riba’ Yang Berleluasa Hari Ini Adalah:

• Telah menjadi teras ekonomi dalam kehidupan individu masyarakat.


• Penerapan sistem riba’ yang tanpa rasa berdosa dan takut kepada Allah SWT.
• Masyarakat tidak menghiraukan ancaman Allah dan Rasul-Nya.
KETIGA

Antara intipati penting pesanan khutbatul wada’ rasulullah saw. adalah ;

Berwaspada dengan gangguan syaitan dan kewajipan menjaga agama kerana syaitan sentiasa
mengajak menusia ke arah kejahatan, permusuhan dan lain-lain. Memang dasar, sikap dan
perangai syaitan begitu. Berdasarkan Firman Allah SWT:

‫لسٰٓوِء‬
ُّ ‫ إََِّّنَا ََيْ ُم ُرُكم بِٱ‬١٦٨ ‫ني‬ِ‫ب‬ ‫م‬
ُّ ‫و‬
‫ا‬ ‫د‬
ُ ‫ع‬ ‫م‬ ‫ك‬
ُ ‫ل‬
َ ‫ۥ‬‫َّه‬
‫ن‬ ِ
‫إ‬ ۚ ِ
‫ن‬ ‫ـ‬
َ‫ط‬ ‫َّي‬
‫لش‬‫ٱ‬ ِ ‫ض حلَـ اًۭل طَيِ ابا وََل تَـتَّبِعو۟ا خطُو‬
‫ت‬ ِ ‫َر‬
‫ْل‬ْ ‫ٱ‬ ِ
‫ِف‬ ‫َّا‬
‫ِم‬ِ ‫يـٰٓأَيـُّها ٱلنَّاس ُكلُو۟ا‬
ٌ َ ْ ُ ْ َ ُ ُ َ ۭ َ ْ ُ َ َ
۟
١٦٩ ‫َوٱلْ َف ْح َشا ِٰٓء َوأَن تَـ ُقولُوا َعلَى ٱ َّّللِ َما ََل تَـ ْعلَ ُمو َن‬

Terjemahannya:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan
janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang
terang nyata bagi kamu. (168) Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-
perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu
tidak ketahui (salah benarnya). (169)

Surah Al-Baqarah Ayat 168-169

Ramai umat yang terdahulu hingga kini kalah dengan godaan syaitan. Dengan pengajaran
khutbah ini,ia dapat dikaitkan dengan kehidupan sekarang. Untuk melawan godaan syaitan
antaranya ialah Jagalah kewajipan beragama dengan memelihara Agama, nyawa, akal, keturunan
dan harta menurut Maqasid Syar’iyyah.

KEEMPAT

Antara intipati penting pesanan khutbatul wada’ rasulullah saw. Adalah ;

Larangan mengharamkan apa yg. dihalalkan & menghalalkan apa yg di haramkan. Setiap
Persoalan halal dan haram adalah hak Allah SWT. Agama Islam mengharamkan setiap perkara
yang memudharatkan kepada manusia dari segi rohani dan jasmani. Berdasarkan Firman Allah
SWT:

ِ ۟ ِ ۟ ۟ ِ َّ
٨٧ ‫ين‬ ُّ ‫َح َّل ٱ َّّللُ لَ ُك ْم َوََل تَـ ْعتَ ُدٰٓوا ۚ إِ َّن ٱ َّّللَ ََل ُُِي‬
َ ‫ب ٱلْ ُم ْعتَد‬ َ ‫ين ءَ َامنُوا ََل ُُتَ ِرُموا طَيِبَـت َمآٰ أ‬
َ ‫يـَٰٓأَيـُّ َها ٱلذ‬

Terjemahannya:

“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah
Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas ”

Surah Al-Maidah Ayat 87

Daripada Ayat di atas jelaslah bahawa orang yang mengharamkan apa yg dihalalkan &
menghalalkan apa yg di haramkan adalah golongan yang tidak diredhai dan disukai oleh Allah
swt. Pada zaman ini telah berapa ramai yang berbuat sedemikian seperti Islam Liberal yang telah
mengubah hukum-hakam atas kepuasan nafsu mereka.

KELIMA

Antara intipati penting pesanan khutbatul wada’ rasulullah saw. adalah ;

Kewajipan memuliakan wanita (Isteri) kerana Islam memerintahkan para suami bersikap lemah
lembut kepada Isteri. Suami berhak memukul dengan tujuan mendidik tetap dengan cara yang
baik dan tidak berlebihan. Spesifikasi orang yg dikategorikan sebagai paling baik dikalangan
umat manusia berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik kepada isterinya dan aku
adalah yang paling baik di antara kalian kepada isteriku”

(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Daripada Hadis di atas, pada zaman ini, ramai yang terlepas pandang dengan pesanan Rasulullah
ini. Mereka seolah-seolah tiada kehormatan terhadap isteri mereka dan tiada didikan fardhu ain
seperti perjagaan aurat isteri mereka. Oleh itu, setiap suami perlu memimpin isteri mereka ke
arah yang benar agar mendapat menjadi umat yang paling baik berdasarkan hadis di atas.

KEENAM

Antara intipati penting pesanan khutbatul wada’ rasulullah saw. adalah;

Kewajipan berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah Setiap manusia perlu menjadikan
Al-Quran sebagai kitab bacaan dan rujukan utama dalam hidup serta berusaha dengan sedaya
upaya meluangkan masa utk diri dan keluarga dan jadilah seorang yang membaca Al-quran dan
beramal dengannya. Berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang
dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku ”

(Riwayat Imam Malik)

Berdasarkan hadis di atas, ramai yang telah anggap remeh tentang Al-Quran dan Sunnahnya
Rasulullah SAW. Ini menyebabkan ramai yang telah terkeluar dari jalan yang benar dari aspek
aqidah mereka kerana kesalahan mereka tidak menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah mereka
sebagai pedoman hidup mereka.Dengan beramal dengan Al-Quran dan As-Sunnah, Ia menjadi
peluang untuk mendapat syafaat pada hari akhirat kelak, berdasarkan sabda Nabi SAW yang
bermaksud:

“Bacalah al-Quran maka sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari Kiamat memberi
syafaat kepada orang yang membacanya dan beramal dengan isi kandungannya “

(Riwayat Muslim)
KETUJUH

Antara intipati penting pesanan khutbatul wada’ rasulullah saw. adalah;

Kewajipan patuh & taat kepada pemimpin yg berpegang teguh dgn Al-Quran. Kerana
kepimpinan yang stabil adalah aspek penting dalam Islam. Maka tanpa pemimpin undang-
undang rimba akan ditegakkan. Berdasarkan Firman Allah SWT:

ِ ‫ول وأ ُ۟وِِل ٱ ْْلَم ِر ِمن ُكم ۖ فَإِن تَـنَـز ْعتُم ِِف َشى ٍۢء فَـرُّدوه إِ َِل ٱ َّّللِ وٱ َّلرس‬ ۟ ِ ۟ ِ ۟ ِ َّ
‫ول إِن ُكنتُ ْم‬ ُ َ ُ ُ ْ ْ َ ْ ْ َ َّ ‫ٱ‬ ‫ا‬‫و‬ ‫يع‬‫َط‬
‫أ‬‫و‬ ‫ّلل‬
َّ ‫ٱ‬ ‫ا‬ َ ‫يـَٰٓأَيـُّ َها ٱلذ‬
َ ُ ُ َ َ ‫ين ءَ َامنُـٰٓوا أَطيعُو‬
‫س‬‫لر‬
ِ ِ َ‫تـُؤِمنو َن بِٱ َّّللِ وٱلْيـوِم ٱلْـ‬
٥٩ ‫َح َس ُن ََتْ ِو ۭيًل‬ َ ‫اخ ِر ۚ ذَل‬
ْ ‫ك َخ ْ ايٌ َوأ‬ َْ َ ُْ

Terjemahannya:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian
jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar
beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih
elok pula kesudahannya.

Ketaatan terhadap pemimpin yang dimaksudkan adalah kewajipan mendengar dan taat kepada
pemimpin selagi mana tidak menyuruh kepada perkara-perkara maksiat.

Berdasarkan teks di atas, telah banyak mana ahli pemimpin yang tidak membanteras maksiat
yang berleluasa pada pemerintahan mereka. Pemimpin yang sedemikian adalah pemimpin yang
zalim dan tidak menggunakan kuasa mereka untuk mencegah daripada perbuatan maksiat yang
berlaku di bawah kempipinan mereka.
Antara pengajaran khutbatul wada’ untuk dijadikan pedoman adalah;

• Umat Islam wajib menunaikan hak iaitu hak Allah SWT., RasulNya & manusia
• Umat Islam wajib berurus niaga dengan institusi kewangan yg. patuh Syariah
• Umat Islam wajib beramal soleh demi kebaikan di dunia dan akhirat
• Umat Islam hendaklah menjaga kesucian Agama Islam dan ajarannya

Anda mungkin juga menyukai