Anda di halaman 1dari 5

TAJUK FORUM : INTERNET BAIK BURUKNYA INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Warga

a dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada hari ini INTERNET baik buruknya Internet dalam kalangan pelajar. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari____________. Selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari ________________. Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari __________. Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah maksud internet yang di uar-uarkan oleh remaja mahupun orang yang sudah berusia pada masa kini? Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Internet bermaksud penghubung di antara pengguna-penggunanya . ramai yang menggunakn internet pada msa kini untuk bertujuan meninmba ilmu ataupun mencari pekerjaan. Walau bagaimanpun , internet ini dapat mendekatkan hubungan kita dengan keluarga atau sahabat-sahabat yang jauh di perantauan . Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa penggunaan internet dapat mendekatkan perhubungan di antara sahabat mahupun keluarga yang jauh di perantaun, bolehkan saudari terangkan bagaimana untuk mendekatkan perhubungan tersebut dengan menggunakn internet? Panel Kedua: Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu. Seperti yang kita ketahui, masyarakat sekarang ramai yang menggunakan perhubungan yang sangat mudah untuk di gunakan. Banyak contoh yang terdapat di dalam penggunaan internet untuk menghubungkan talian tersebut. Seperti emel , facebook , myspace dan sebagainya . walaubagaimanapun , tidak ke semuanya menganggap penggunan komuniti ini bagus , ada juga yang menganggap ia sebagai satu benda yang buruk. Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa internet adalah penghubung yang sangat mudah untuk di gunakan. Tidak semua penggunaan internet ini ada baiknya , tetapi sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai keburukan menggunakan internet , apa kata panel ketiga mengemukakan pandangan beliau mengenai penggunaan internet juga boleh digunakan untuk menimba ilmu atau mencari pekerjaan? Silakan saudari. Panel Ketiga : Terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini, antara kebaikan penggunaan internet ini adalah untuk menimba ilmu atau mencari pekerjaan. Terdapat banyak laman web yang mengutarakan tentang pendidikan ataupun pekerjaan. Pada masa kini juga, ramai remaja yang hanya duduk di rumah sementara menunggu keputusan peperiksaan di keluarkan, tidak ada salahnya untuk mencari pengalaman bekerja sementara menunggu. Banyak masa yang terbuang jika remaja hanya duduk di rumah ataupun hanya duduk lepak bersama kawan tanpa arah tuju. Remaja boleh melayari internet untuk mencari pekerjaan. Walaupun ianya hanya sementara, tetapi sekurang-kurangnya masa itu tidak di buang begitu sahaja. Pepatah menyatakan bahawa Masa itu Emas, oleh itu kita harus sama-sama menghargai setiap detik yang berlalu dengan mengisikannya dengan benda yang bermanfaat.

Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan bahawa internet juga menyediakan pekerjaanpekerjaan untuk remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan. Betul kata panel kita yang ketiga tadi, adalah lebih baik remaja mencari kerja sementara menunggu keputusan di keluarkan. Baiklah, itu antara kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam penggunaan internet. Sekarang kita beralih pula kepada keburukan menggunakan internet. Soalan saya kembali kepada panel kita yang pertama, apakah antara keburukan yang terdapat dalam penggunaan internet? Panel Pertama: Daripada sudut negetif pada penggunaan internet memang ada. Namun, ianya tidak harus dijadikan penghalang pada pelajar untuk menggunakannya. Banyak kes yang terjadi melalui internet. Antaranya penipuan melalui laman web yang kini kian bermaharajalela. Bagi yang tidak mengetahuinya, kemungkinan akan menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini. Mereka berkemampuan untuk mendapatkan wang mangsa dengan berbagai-bagai cara. Adakalanya ia berlaku di luar sedar mangsa. Ini kerana penganjur penipuan ini menggunakan taktik psikologi sehingga mangsa mempercayai dakwaan sindiket itu. Biasanya penipuan ini menghubungi mangsanya melalui emel yang biasa digunakan oleh para pelajar. Berikut adalah beberapa contoh penipuan yang boleh anda dapati melalui laman web. Pengerusi: terima kasih atas pendpat panel kita yang pertama mengenai keburukan internet tersebut . kita sendiri dapat lihat , banyak penipuan yang berlaku dan disebarkan melalui internet . apakah contoh lain selain penipuan yang terdapat dalam internet , soalan ini saya ajukan kepada panel kita yang kedua . silakan . Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, antara contoh lain yang terdapat dalam penggunaan internet ialah laman web yang yang berunsurkan pornografi. Pelajar zaman sekarang ramai yang mengetahui internet menyediakan laman web yang berunsurkan pornografi membuatkan pelajr rasa ingin mengetahui isi kandungnya. Ini adalah salah satu sebab kenapa di nyatakan bahawa internet juga ada buruknya. Tanggungjawab ibubapa harus ditekankan lagi bagi menjaga setiap perbuatan yang anak mereka lakukan. Ini semua akan menjejaskan pelajaran mereka. Otak mereka akan menjadi sempit dan cetek. Pengetahuan mereka hanya setakat itu sahaja. Mereka akan menumpukan pada laman web yang berunsurkan pornografi ini. Ibu bapa harus memantau anakanak mereka semasa menggunakan internet. Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit apa yang dikatakan saudari panel kedua. Pengerusi: Silakan saudari. Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa pelajar sekarang lebih social berbanding dengan pelajar dahulu. Sikap ingin lebih tahu tertumpu kepada mereka. Kita tidak boleh menyalahkan laman web yang menyediakan unsur-unsur sedemikian, tetapi ibubapa harus mendidik anak-anak mereka dengan lebih tegas. Penggunaan internet juga ada batasnya, ibubapa boleh menterhadkan penggunaan internet tersebut. Ibubapa boleh menghalang kemasukan untuk laman web yang berunsurkan benda negetif. Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang laman web yang berunsur pornografi , saya pasti ramai yang ingin tahu apakah pendapat bagi panel kita yang ketiga mengenai keburukan menggunakan internet . silakan saudari .

Panel Ketiga : terima kasih. Saya amat bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh panel pertama dan kedua kita tadi. Bagi pandangan saya, terlalu banyak keburukkan yang terdapat dalam penggunaan internet tersebut. Bukan setakat penipuan atau pun laman web yang berunsurkan pornografi. Malah banyak lagi yang terdapat di dalam internet tersebut. Bagi saya, kita harus berhatihati dengan menggunakan internet. Jika kita bijak menggunakannya, benda negetif yang terdapat di dalam internet tersebut tidak akan menjejaskan penggunaan yang baik. Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya pengguaan internet bukan sahaja di sediakan untuk kebaikan , malah keburukkan juga terdapat dalam kandungan isi internet . pengayuh sudah ditangan , perahu sudah di air fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-fikirkanlah!! Internet merupakan pemangkin negara! Forum 2 Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada hari ini ROKOKSetiap Sedutan Membawa Padah. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari (nama). Selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari (nama). Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari (nama). Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah kandungan yang boleh kita dapati di dalam rokok? Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anaianai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa teradapat 3 racun yang paling penting di dalam rokok iaitu tar, nikotin, dan karbon monoksida. Bolehkah saudari panel kedua menerangkan kenapa tiga bahan ini dianggap paling berbahaya?

Panel Kedua:Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Manakala Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan menyebabkan ketagihan. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya.Dan yang terakhir Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat. Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa rokok itu sendiri boleh membawa kemudaratan terhadap diri.Jika dua panel kita tadi menerangkan tentang kandungan berbahaya yang terdapat di dalam rokok saya ingin meminta panel ketiga kita untuk menghuraikan apakah kesan yang boleh disebabkan oleh asap rokok pada perokok dan orang sekeliling? Panel Ketiga : Terima kasih kerqna menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini, antara kesan asap rokok kepada perokok dan orang sekeliling ialah kanser paru-paru, trakea, bronkus, mulut dan esofagus (saluran pemakanan), di mana 90 peratus penyakit kanser paru-paru berpunca daripada tabiat merokok.Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa terdapat lebih empat ribu bahanbahan kimia yang terdapat pada asap rokok sebagai menyebabkan kanser. Perokok pasif ialah orang yang tidak merokok namun diistilahkan sebagai perokok kerana mereka menyedut asap rokok daripada perokok di sekeliling. Percaya atau tidak, risiko penyakit yang dihadapi perokok pasif berkali ganda lebih daripada perokok. Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan impak asap rokok pada perokok dan orang sekeliling daripada sudut kesihatan. Soalan saya kembali kepada panel pertama, bolehkan saudari jelaskan impak asap rokok atau rokok itu sendiri dari sudut ekonomi dan personaliti. Panel Pertama:Daripada segi ekonomi, secara purata, perokok membelanjakan wang lebih kurang RM1,000 setiap tahun untuk merokok. Manakala rawatan perubatan dengan anggaran RM240 setahun. Ini bermakna perokok membazirkan wang mereka dengan banyak sepanjang hidup mereka. Oleh itu perbuatan merokok samalah seperti membakar duit sendiri. Kemudian daripada sudut personaliti, asap rokok meninggalkan bau pada rambut, baju, bibir kering, gigi berwarna kekuningan, manakala pernafasan yang berbau pula menjejaskan hubungan sosial. Pengerusi: Pepatah Arab ada menyatakan bahawa tiada penyakit yang tidak boleh diubati melainkan maut. Kepada panel kedua bolehkah saudari jelaskan tentang kaedah yang betul untuk berhenti daripada tabiat merokok? Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, di antara Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok ialah pertama tetapkan tarikh untuk berhenti merokok. Anda juga mesti mengatakan pada diri anda bahawa "Aku bukan perokok". Selain itu anda mesti menumpukan apa sahaja yang anda lakukan untuk melupakan tabiat merokok. Sentiasa berfikiran positif juga penting. Anda juga perlu mendapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.Yang paling penting adalah melawan keinginan untuk merokok. Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit apa yang dikatakan saudari panel kedua.

Pengerusi: Silakan saudari. Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa tabiat merokok dewasa ini bermula dariapada usia remaja lagi. Oleh itu ibu bapa adalah kaunselor terbaik kepada anak-anak yang merokok. Jangan dibiarkan sahaja mereka dengan tabiat ini. Kata orang sayang isteri tinggaltinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Ibu bapa perlu menggunakan pendekatan yang tidak terlalu tegas dan tidak pula terlalu lembut. Anak-anak ini jangan diberikan bunga sahaja, atau hanya diberi rotan sahaja. Tetapi gunakan kedua-duanya, insyaallah akan berkesan pada jiwa mereka. Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang kaedah berhenti merokok, saya pasti memang ramai yang tertanya-tanya tentang apakah pula faedahnya kepada seseorang individu walaupun saya rasa jawapannya sudah berlegar-legar di minda para penonton. Untuk mengusaikan kekusutan ini saya minta panel kita yang ketiga untuk menjelaskan faedah berhenti merokok. Panel Ketiga : Diantara Faedah Berhenti Merokok ialah kita akan hidup lebih lama selain itu kita juga dapat menghindari racun.Kemudian kita juga dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok.Keupayaan deria rasa dan bau kita juga akan meningkat, gigi lebih putih dan nafas lebih segar dan terakhir dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat. Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya tabiat merokok perlu dihentikan kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan diri kita tetapi juga orang lain. pengayuh sudah ditangan perahu sudah di air fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-fikirkanlah!!rokok setiap sedutan membawa padah!!! Terimalah serangkap pantun indah daripada saya Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intailah kami antara nampak,

Anda mungkin juga menyukai