Anda di halaman 1dari 28

NAMA KELAS NO.

KAD MATRIK
1. MUHAMMAD AMIRUL SHAFIQ BIN ROSLI 6C1 QF141PG012KTU

2. MOHAMAD AFIQ IKHWAN BIN MOHAMAD ROSLI 6C1 PF141PG058KTU


3. KHYRIL HASRIE BIN SHARKAWI 6C1 PF141PG052KTU
4. NORFATIN ASHIEZA BINTI ROSLAN 6C1 PF141PG141KTU
BAB 3 : UNDANG-UNDANG TIDAK
BERTULIS

BAB 4 : PENGENALAN KEPADA


SISTEM DI MALAYSIA
BAB 3 :-

UNDANG - UNDANG
TIDAK BERTULIS
MAKSUD SUMBER PERUNDANGAN TIDAK BERTULIS

- Maksudnya adalah tidak direkodkan, tidak difailkan atau tidak diwartakan


menjadi undang-undang.
- Sumber perundangan tidak bertulis ini dijadikan panduan serta dijadikan
sumber utama dan menjadi rujukan untuk sebarang kekeliruan atau
kesulitan.
5 SUMBER PERUNDANGAN TIDAK BERTULIS

A). COMMON LAW


B). PRINSIP - PRINSIP EKUITI
C). KEPUTUSAN KEHAKIMAN
D). UNDANG - UNDANG ADAT
E). UNDANG-UNDANG ISLAM ATAU SYARIAH
1.) Common Law

- Common law adalah undang-undang Inggeris.


-Ia dibawa ke Semenanjung Malaysia untuk pertama kali melalui Piagam
Pertama pada tahun 1807.
- Ia adalah suatu bentuk sistem undang-undang buatan manusia yang
berasal dari adat istiadat lama yang dijelaskan, dikembangkan dan
disejagatkan oleh para hakim Inggeris.
- Common law berbeza dari ekuiti, undang-undang tempatan, statut dan
mana-mana undang-undang asing.
Kelemahan Common Law
- Kelemahan common law adalah sistem writ iaitu satu bentuk perintah
bertulis dari Raja yang melibatkan saman atau tindakan yang dikeluarkan
dari Pejabat Canselor.
- Common law ini lemah dari segi prosedurnya. Jika sistem writ itu tersalah
sedikipun, tindakan atau hukuman tidak boleh diambil atau dijalankan.
- Common law juga lemah dari segi dalihan atau rasuah. Pihak defendan
boleh dengan sengaja telah melewat-lewatkan tuntutan plaintif.
- Yang terakhir sekali, faktor remedi juga salah satu bentuk kritikan orang
awam terhadap sistem common law. Kerana, remedi atau gantirugi yang
diberikan oleh common law tidak memuaskan semua pihak, samaada untuk
pihak plaintif atau pihak defendan.
SEKSYEN DAN KES
Dengan adanya Seksyen 3 dan Seksyen 5, Akta Undang - Undang Sivil 1956 dan
Seksyen 5 (1) dan Seksyen 5 (2) Perlembagaan Persekutuan

Seksyen 3 Akta Undang - Undang Sivil 1956 :-


A.) Di Malaysia Barat, Mahkamah hendaklah memakai undang-undang Inggeris yang
ditadbirkan di England pada 7/4/1956
B.) Di Sabah memakai undang-undang Inggeris dengan statut-statut pemakaian am
seperti yang ditadbirkan atau berkuatkuasa di England pada 1/12/1951.
C.) Di Sarawak memakai Common Law Of England, kaedah-kaedah ekuiti bersama
status pemakaian am yag ditadbirkan atau dikuatkuasakan di England pada 12/12/1949
Dalam kes Commonwealth Of Australia Midford (M) S.B (1990) telah memutuskan
bahawa common law selepas tarikh 7/4/1956 adalah terpakai di Malaysia sekiranya
undang-undang itu adalah merupakan perkembangan dari undang-undang yang sedia
ada yang berkuatkuasa pada 7 April 1956.

Seksyen 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 :-


A.) Di Malaysia Barat, pemakaian adalah terhad kepada 'Undang-undang ' yang
ditadbirkan pada 7/4/1956
B.) Di Melaka, Pulau Pinang dan Sabah, Sarawak, Undang-undang yang terpakai ialah
undang-undang yang ditadbirkan di England pada masa sesuatu kes itu diputuskan
2.) Ekuiti
- Sistem perundangan common law mendapat banyak kritikan, juga disebabkan itu
orang ramai telah hilang kepercayaan. Mereka yang tidak berpuas hati akan mengadu
kepada Majlis Raja-raja yang mendengar kes mereka.
- Majlis Raja-raja akan mewakilkan kuasanya untuk mendengar rayuan dan aduan orang
ramai ini kepada Canselor. Canselor dipilih untuk menjalankan tugas kerana terlibat
dengan undang-undang juga kerani-kerani dan staff dipejabat adalah orang
bertanggungjawab untuk mengeluarkan writ common law. Canselor akan mendengar
setiap rayuan dan kes-kes tersebut. Canselor akan mengadili setiap kes ini dengan hati-
hati dan memberikan remedi atau gantirugi mengikut keputusannya sendiri terhadap
pihak-pihak yang teraniaya dan terkilan. Beliau juga menjalankan tugas sebagai hakim
mengikut budi bicaranya sendiri berdasarkan kepada pengalaman dan panduan undang-
undang yang tersedia ada. Tidak terikat dengan peraturan undang-undang dan peraturan
law. Ia memperkenalkan remedi ciptaanya sendiri iaitu remedi pelaksanaan spesifik dan
injuksi atau tegahan. Ia mengiktiraf hak kepada harta yang sebelum itu tidak diiktiraf
oleh common law.
Hubungan Antara Common Law dan Ekuiti
- Pada awalnya, hubungan common law dan ekuiti berjalan dengan lancar dan bertolak
ansur. Lama-kelamaan pertelingkahan mula timbul oleh kerana sikap dan sifat Ekuiti
yang selalu campur tangan dalam semua hal.
- Pertelingkahan itu mula menemui jalan penyelesaian dan jalan keluar apabila
mahkamah di dalam kes Earl Of Oxford telah memutuskan bahawa jika terdapat
pertelingkahan di antara Common Law dan Ekuiti, maka prinsip ekuiti akan diberikan
keutamaan
- Kedua-dua prinsip ini berjalan dan berfungsi secara berasingan dan saling melengkapi
diantara satu sama lain.
Secara kesimpulannya, ini adalah sedikit sebanyak sejarah tentang common law dan
ekuiti. Ia menjadi satu sistem perundangan yang ketat dan dikawal sepenuhnya oleh
doktrin duluan kehakiman yang kemudiannya menjadi titik tolak undang-undang yang
terdapat di Malaysia kini.
3.) Keputusan Kehakiman (Judicial Precedent)
- Doktrin kehakiman adalah salah satu sumber dari undang-undang di Malaysia di mana
keputusan mahkamah yang paling tinggi dirujuk sebagai panduan dan ikutan bagi
mahkamah yang lebih rendah daripadanya.
- Doktrin ini bergantung kuat kepada hierarki mahkamah di mana mahkamah yang
rendah akan mengikut keputusan mahkamah atasan.

Cara doktrin ini berjalan dengan lancar dan berfungsi adalah seperti berikut : -
A.) Mahkamah yang lebih tinggi mengikat semua mahkamah yang rendah.
B.) Mahkamah yang mendengar rayuan terikat dengan keputusannya sendiri, keputusan
mahkamah sebelumnya dan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang sama atau
selaras dengannya.
Hierarki Mahkamah di Malaysia

MAHKAMAH PERSEKUTUAN

MAHKAMAH RAYUAN

MAHKAMAH TINGGI

MAHKAMAH SEKSYEN

MAHKAMAH MAJISTRET
4). UNDANG-UNDANG ADAT
- Undang-undang Adat merupakan salah satu sumber perundangan di Malaysia tidak
bertulis.
- Ianya bukan merupakan sumber perundangan yang utama dan pertama, tapi undang-
undang Adat telah diterima dan diiktiraf didalam masyarakat kita.
- Undang-undang ini bersifat mengikat dan berubah-ubah mengikut kesesuaian zaman
dan tempat serta mengikut arus perubahan masyarakat itu sendiri.
- Menurut Monir Yaacob, untuk menjadikan suatu Adat itu menjadi sah dan diiktiraf, ia
mestilah :-
1.) Diamalkan oleh masyarakat umum
2.) Diamalkan untuk jangka masa yang lama dan berterusan
3.) Sah, mempunyai sifat mengarah, munasabah dan ianya pasti betul dan sahih
bukannya hanya satu rekaan atau menjadi ikutan sahaja.
Adat Melayu sangat unik. Ia bukan sahaja ada resam, malah telah menjadi
sebahagian daripada sistem perundangan kita semua di Malaysia. Antarnya
ialah :-
1.) Adat Perpatih
2.) Adat Temenggung
3.) Adat China
4.) Adat Hindu
5.) Adat di Sabah dan Sarawak
5.) UNDANG-UNDANG ISLAM
- Maksud demokrasi adalah rakyat bebas membuat pilihan dan rakyat juga turut diberi
hak memilih agama pilihan untuk dianuti.
- Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dan rakyatnya pula menganuti pelbagai
agama dan kepercayaan.
- Rakyat bebas memilih agama dan dibenarkan meneruskan kepercayaan masing-
masing.
- Undang-undang negara ini memberi pilihan kepada rakyatnya untuk memilih agama
atau kepercayaan sendiri untuk dianuti Kebebasan membuat pilihan ini diberi jaminan
oleh Artikal 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai salah satu hak asasi yang
asas.
- Ia juga disebut sebagai Syariah adalah merupakan salah satu sumber perundangan
yang utama di Malaysia.
- Undang-undang Islam mempunyai sumber rujukan dan panduannya yang utama iaitu
Al-Quran dan Al-Hadis.
PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI TANAH MELAYU

- Pemakaian undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah berdasarkan kepada kes


Ramah v Laton dimana memutuskan bahawa undang-undang Islam bukanlah undang-
undang asing, tetapi ianya adalah undang-undang tempatan dan undang-undang negara.
- Kes Shaik Abdul Latif v Shaik Elias Bux, mahkamah telah memutuskan bahawa
undang-undang Islam telah diterima dan diiktiraf serta diakui sebagai undang-undang
negeri ianya adalah terpakai kepada semua penganut Muslim dan orang-orang Melayu.
-- Perlembagaan Persekutuan ini mengiktiraf fan mengakui bahawa islam adalah agama
rasmi bagi Persekutuan dan agama lain juga boleh diamalkan secara harmoni di semua
tempat. Ia termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
- Kesimpulannya, undang-undang Islam atau Syariah merupakan salah satu sumber
terpenting dan utama didalam perundangan di Malaysia. Ianya, telah diakui dan
diiktiraf sah serta digunapakai sejak dahulu lagi sebagai satu sumber perundangan.
BAB 4

PENGENALAN KEPADA
SISTEM PERUNDANGAN DI
MALAYSIA
PENGENALAN KEPADA SISTEM
PERUNDANGAN DI MALAYSIA
Undang-undang ditakrifkan sebagai satu peraturanyang sah yang dikuatkuasakan
oleh pihak yang bertanggungjawab kepada rakyat.
Ianya boleh diwujudkan samada secara bertulis atau tidak bertulis.
Undang-undang mempunyai kaitan dan hubungan yang saling berkait dengan
kehidupan seharian sejak kita dilahirkan sehingga kita meninggal dunia.
MATLAMAT UNDANG-UNDANG
1. Untuk menegakkan keadilan.
2. Mempertahankan hak asasi manusia.
3. Mengatur sistem pemerintahan dan pentadbiran negara dan negeri.
4. Mewujudkan keamanan dan keharmonian.
5. Undang-undang sebagai sumber panduan dan rujukan di dalam mengendalikan
kehidupan manusia.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Di Malaysia, perlembagaan dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.


Perlembagaan ini berkuatkuasa bermula bermula dari tarikh kemerdekaan Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957.
Di setiap negeri di Malaysia ini mempunyai Perlembagaan Negeri masing-masing
sebagai sumber perundangan negeri
Perlembagaan Persekutuan merupakan satu bentu dokumen yang sangat penting
dalam menjamin keadilan, kesejahteraan, sistem demokrasi dan hak-hak serta
kebebasan rakyat.
Perlembagaan berperanan untu menubuhkan negara, menentukan bentu sistem
pemerintahan dan sebagainya.
KETINGGIAN PERLEMBAGAAN
Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa perlembagaan
adalah undang-undang utama bagi Perseutuan Malaysia.

Tertakluk kepada kuasa untuk mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150.

Ketinggian Perlembagaan Persekutuan mengatasi undang-undang yang lain adalah


sangat diperlukan bagi menjamin keberkesanan dan ketinggian sebagai sumber
perundangan yang utama di Malaysia.
KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN

Islam adalah agama bagi Persekutuan dan mana-mana agama lain boleh diamalkan
dengan bebas dan aman di dalam semua tempat di dalam Persekutuan ini.
Mengikut pendapat Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim, negara Islam adalah sebuah negara
yang melaksanakan dasar dan peraturan Islam di dalam semua aspek negara.
HAK-HAK ASASI MANUSIA DI DALAM
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Saling berkaitan atau berkait rapat dengan ebebasan semulajadi manusia.
Kebebasan ini mewujudkan prinsip hak asasi manusia seperti hak untu hidup sebagai
seorang yang merdeka, beragama, hak untuk mnedapat pendidian , hak berpolitik dan
juga hak untuk bekerja.
Terdapat dua jenis kepentingan iaitu kepentingan umum dan kepentingan individu.
Hak-hak asasi manusia adalah tertakluk kepada kepentingan umum atau masyarakat.
Tertakluk kepada batas-batas agam, budaya dan moral.
Walaupun setiap individu mempunyai hak-hak asasi atau keistimewaannya yang
tersendiri, namun setiap hak itu mempunyai batasan dan halangan.
STRUKTUR PENTADBIRAN PERSEKUTUAN FEDERAL SYSTEM OF
MALAYSIA
- Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
- Satu fahaman politik yang mengutamakan pandangan dan pendapat orang lain.
- Sistem ini ditunjukkan melalui sistem pilihanraya.
- Malaysia boleh dikatakan mengamalkan dua konsep pemerintahan yang pertama
Sistem Federalisme dan kedua, Doktrin Pengasingan Kuasa.

Konsep Federalisme
- Konsep pemerintahan untuk sesebuah negara persekutuan.
-Negara Persekutuan bermaksud negara yang mengandungi sebuah kerajaan
persekutuan.
CIRI-CIRI PENTING BAGI SESEBUAH KERAJAAN
PERSEKUTUAN IALAH :-
1.) Terdapat perlembagaan bertulis yang diterima dan diiktiraf oleh semua pihak
2.) Terdapat pembahagian kuasa di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

DOKTRIN PERASINGAN KUASA


Asas pentadbiran kerajaan demokratik hasil cetusan sarjana Perancis, iaitu Montesqieu.
1.) Badan Perundangan (Legislatif) bertanggungjawab untuk membuat undang-undang
ialah badan perundangan iaitu Parlimen.
2.) Badan Pentadbiran (Eksekutif) badan yang dipertanggungjawabkan untuk
memerintah dan melaksanakan undang-undang. Badan eksekutif terdiri Ahli Jemaah
Menteri diketuai Perdana Menteri dengan Jamaah Menteri.
3.) Badan Kehakiman badan bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-
undang dan mentafsir undang-undang. Badan mahkamah adalah badan kehakiman
bermula daripada mahkamah.
Ciri-ciri doktrin :-
a.) Terdapat pemisahan kuasa di antara ketiga-tiga badan utama di Malaysia
b.) Setiap badan diketuai oleh orang atau kelompok yang berbeza.
SISTEM KEADILAN MALAYSIA
- Negara Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang mempunyai tanggungjawab
untuk menyelaraskan dan mentafsir undang-undang.
-Badan Kehakiman di Malaysia diketuai seorang Ketua Hakim Negara dilantik oleh
YDPA.
- Terdapat 4 bentuk bidangkuasa iaitu bidangkuaa asal, bidangkuasa rayuan,
bidangkuasa rujukan dan bidangkuasa penasihatan.
- Mahkamah Syariah dan mahkamah dengan bidangkuasa yang khas.

Anda mungkin juga menyukai