Anda di halaman 1dari 1

Huraikan matlamat pelaksanaan Dasar Merkantilisme di Eropah.

Pengenalan :
1. Latar belakang Perubahan dan perkembangan ekonomi yang berlaku di Eropah sejak abad ke enam
belas ada kaitan dengan dasar ekonomi negara-negara tersebut. Bagi negara-negara Eropah, dasar
ekonomi yang menjadi amalan dari awal abad ke enam belas sehingga ke pertengahan abad ke lapan
belas dikenali sebagai Merkantilisme.
2. Keruntuhan sistem Feudalisme telah membawa kepada kemunculan negara-negara bangsa. Ini
menyebabkan pemerintah negara-negara bangsa ini telah mula memperkukuhkan kekayaan negara
melalui dasar Merkantilisme.
3. Konsep Merkantilisme : Merkantilisme boleh diertikan sebagai satu sistem campur tangan kerajaan
dalam hal ehwal ekonomi negara.
4. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan kekuasaan politik dan kekayaan negara. Melalui campur tangan
secara langsung dalam ekonomi, kerajaan dapat memastikan supaya perkembangan ekonomi yang
berlaku selari dengan matlamat dan kepentingan negara.

Isi :
1. Memenuhi keperluan ekonomi kendiri : Dalam konteks ini nasionalisme bermaksud setiap buah
negara tersebut perlu membina satu sistem ekonomi yang bersifat kendiri. Bagi mencapai tahap kendiri
dari segi ekonomi, negara tersebut perlu memajukan ekonominya baik dalam sektor pertanian mahupun
dalam sektor perindustrian, seperti mewujudkan kegiatan perindustrian baru.Kerajaan perlu memberi
galakkan dan perlindungan kepada sektor-sektor tersebut.
2. Memajukan ekonomi untuk mengekalkan kedaultan, dengan itu ia tidak perlu bergantung kepada
negara lain bagi memenuhi keperluannya. Justeru itu negara berkenaan akan dapat mengekalkan
kedaulatan, maruah dan menambahkan kekuatan politik dan kekayaan ekonominya.
3. Memajuknan dan memperkembangan industri telah meningkatkan keupayaan ekonomi
negara sangat penting bagi ekonomi sebuah negara. Ia akan dapat memenuhi keperluan pasaran
dalam negeri, mengelakkan pengimpotan barang dari luar, dan juga menyumbang ke arah usaha
meningkatkan keupayaan negara mengekspot barangan.
4. Membina dasar yang bercorak Paternalisme : Paternalisme bermaksud kerajaan perlu memainkan
peranan yang besar dan langsung dalam mengatur kegiatan ekonomi, politik dan sosial rakyat. Hanya
dengan cara inilah kehidupan rakyat dapat dirangka sesuai dengan matlamat dan kepentingan negara.
Pada tempoh ini di Eropah, hampir keseluruhan aspek kehidupan rakyat tidak terlepas daripada
pengaruh peraturan undang-undang negara. Kerajaan melaksanakan peraturan tentang perkahwinan,
menggalakkan pertumbuhan penduduk, menentukan kualiti dan kuantiti barangan industri, menetapkan
harga barang. Dengan itu segala aspek kehidupan rakyat perlu tunduk kepada cita-cita dan matlamat
ekonomi dan politik negara. Kerajaan menentukan perjalanan politik, ekonomi dan sosial
keseluruhannya.
5. Bagi menggerakkan dasar meluaskan dengan mendapatkan tanah jajahan. Kolonialisme adalah
unsur yang sangat penting dalam Merkantilisme. Melalui dasar ini, sesebuah negara dianggap perlu
mempunyai tanah jajahan di seberang laut. Tanah jajahan menjadi simbol prestij negara
tersebut. Tanah jajahan itu penting bagi memenuhi keperluan ekonomi negara induknya. Dengan
mempunyai tanah jajahan, sesebuah negara akan dapat membebaskan diri daripada bergantung
kepada negara lain. Ringkasnya, bagi dasar ini, tanah jajahan diwujudkan semata-mata untuk
memenuhi kepentingan perdagangan negara induk. Tanah jajahan tidak dibenarkan membangunkan
sektor industri dan mempunyai kapalnya sendiri.
6. Memonopoli perdagangan antarabangsa di Amerika, Eropah dan Afrika dalam pelbagai bidang
eksport, seperti hamba abdi dan produk-produk dari amerika. Ini dapat dilihat dengan wujudnya Akta-
akta Pelayaran seperti Akta Perantis 1563, Akta perkapalan 1650, Undang-undang Kemiskinan 1600,
Settlement Act 1662 dan Akta Makanan 1663.
7. Membentuk ekonomi bersifat nasional dengan menyatukan dan menyelaraskan ekonomi bersifat
kedaerahan ( Manorialisme )

Kesimpulan :

Ringkasnya, dasar merkantalisme banyak menyumbang kepada negara-negara menambah kekayaan dan

penguasaan mereka ke atas tanah jajahan.

Anda mungkin juga menyukai