Anda di halaman 1dari 14

TUGASAN BERTULIS HTU 223

( TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA )


TAJUK TUGASAN : Baitul Hikmah pada zaman Abbasiyyah menjadi bukti bahawa
Tamadun Islam berkembang dan mencapai kecemerlangan berasaskan
kekuatan ilmu.

NAMA : 1) MOHAMAD FAHMI BIN MHD AZIZI

121529

2) MUHAMMAD NUR AZRI BIN ZANURI

121900

3) MOHAMAD FAIZAL BIN HOSSEN

120639

4) NORHIKMAH BINTI DARUS

121915

5) SITI AISHAH BINTI IBRAHIM

121567

KUMPULAN :
NAMA MATA PELAJARAN : TAMADUN ASIA DAN TAMADUN ISLAM, HTU 223
PENSYARAH : Dr. Shohana Binti Hussin
TARIKH SERAHAN : 22 April 2014
PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya , kami berjaya
melaksanakan tugasan bertulis ini tepat pada waktunya. Sesungguhnya , tugasan bertulis ini
tidak akan berjaya tanpa sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh pelbagai pihak. Jutaan
terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun
Asia , (TITAS), HTU 223, Dr, Shohana Binti Hussin yang tidak jemu memberi tunjuk ajar
dan bimbingan kepada kami berkaitan tugasan ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada ahli keluarga dan sahabat yang membantu secara langsung
mahupun tidak langsung .Di samping itu, kami juga berterima kasih kepada pihak pengurusan
Perpustakaan Universiti Sains Malaysia, USM yang turut membantu kami mencari sumber
rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami. Segala bantuan yang diberikan kami
sudahi dengan ucapan ribuan terima kasih.

ISI KANDUNGAN

BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

PERKARA
Penghargaan
Objektif
Latar Belakang Kerajaan Abbasiyah
Sejarah Baitul Hikmah
Latar Belakang Harun al-Rasyid
Peranan Baitul Hikmah
Kepentingan Ilmu Pengetahuan
Kesan Perkembangan Ilmu Pendikan
Kesimpulan
Rujukan

OBJEKTIF

MUKA SURAT
2
3
5
5
6
6
10
11
12
13

Kajian ini dilakukan untuk memenuhi syarat kursus HTU223 dalam masa yang sama,
beberapa objektif telah dikenal pasti berdasarkan tajuk tugasan. Antaranya ialah :

1. Mengenal pasti sejarah zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyah daripada pelbagai


aspek terutamanya aspek penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan dalam
komuniti masyarakat Islam dan bukan Islam.

2. Mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan ilmu


pengetahuan dalam kalangan masyarakat Islam khususnya serta mengkaji ironi atau
kesan daripada kewujudan Baitul Hikmah (perpustakaan) pada zaman itu.
3. Mengkaji dengan lebih terperinci berkenaan dengan peranan Baitul Hikmah yang
bukan sahaja berfungsi sebagai perpustakaan utama pada masa itu malah menjadi
pusat utama bagi sebarang aktiviti yang berteraskan perkembangan dan penguasaan
ilmu pengetahuan.

LATAR BELAKANG KERAJAAN ABBASIYAH

Zaman pemerintahan Marwan bin Muhammad, Khalifah Bani Ummayah yang


terakhir sekali bolehlah disifatkan permulaan zaman pembentukan Abbasiyah. Tanda-tanda
yang jelas bagi pergerakan Kerajaan Abbasiyah mulanya ialah pada tahun 129H. Tiga tahun
terdahulu dari kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah dengan seruan yang dibuat oleh Abu
Muslim al-Khurasani di Khurasan. Nama Kerajaan Abbasiah diambil sempena nama bapa
saudara Rasulullah S.A.W., al-Abbas. Penubuhannya adalah untuk merealisasikan idea
keturunan Bani Hashim yang menganggap kepimpinan negara hanya layak disandang oleh
mereka sahaja. Kerajaan Abbasiyah memerintah lebih dari kurun yang bermula pada tahun
132H/ 750M hingga tahun 650H/ 1258M yang ditubuhkan dengan rasminya oleh Abu alAbbas as-Saffah. Keluasan Kerajaan Abbasiyah merangkumi 2/3 dunia yang meliputi benua
Afrika, Asia dan Eropah. Sistem pentadbiran Kerajaan Abbasiyah banyak diadaptasi daripada
system Kerajaan Parsi, ini kerana ramai orang Parsi yang memeluk Islam dan menjawat
jawatan penting dalam Kerajaan Abbasiyah.

SEJARAH BAITUL HIKMAH


Baitul Hikmah didirikan pada masa pemerintahan Harun Al- Rasyid iaitu khalifah ke 5
zaman Abbasiyah yang kemudian disempurnakan oleh puteranya, Khalifah Al-Makmun pada
abad keempat. Baitul Hikmah berfungsi sabagai perpustakaan utama pada zaman
Abbasiyyah. Di situlah para ilmuwan Muslim sering berkumpul untuk melakukan kajiankajian ilmiah Khalifah Harun ar-Rasyid yang kemudian diikuti Al-Makmun secara aktif yang
selalu mengikuti dalam pertemuan-pertemuan itu.
Baitul Hikmah pada mulanya hanya berfungsi untuk menterjemah karya-karya dalam Parsi
dimulai dari bahasa Pahlari, kemudian Syria dan seterusnya. Oleh kerana itu, pelbagai
terjemahan melibatkan bidang astronomi, matematik, pertanian, perubatan, dan falsafah dapat
diterbitkan.

LATAR BELAKANG HARUN AR-RASYID

Dikenali sebagai Harun ar-Rasyid, Harun Ibn Muhammad dilantik sebagai Khalifah yang
kelima dalam struktur organisasi kerajaan Abbasiyah menggantikan saudaranya Khalifah alHadi pada tahun 170H/ 786M ketika berusia 25 tahun.
Pemerintahannya yang selama 23 tahun itu merupakan permulaan kepada zaman emas bagi
sejarah dunia Islam dibelahan Timur, iaitu semasa pemerintahan Karel Maha Agung,
pembangunan Imperium Roma Suci (Holy Roman Empire) bagi Kristian belahan Barat, yang
ditabalkan menjadi Kaiser oleh Paus Leo III (795M 816M) pada tahun 800M.
Khalifah ar-Rasyid mewariskan kemakmuran yang telah dicapai oleh rakyat dan juga
mewariskan perkembangan kebudayaan beserta cabang-cabang ilmu. Contohnya, dalam
bidang matematik, fizik, astronomi, dan ketenteraan yang berkembang sewaktu
pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid. Puncak perkembangannya juga diwarisi oleh
puteranya iaitu Khalifah al-Makmun (198H 218H/ 813M 833M) yang dikenali sebagai alMakmun the Great oleh ahli-ahli sejarah di Barat.

PERANAN BAITUL HIKMAH

Terdapat pelbagai peranan Baitul Hikmah pada zaman Kerajaan Abbasiyyah. Antara peranan
utama Baitul Hikmah adalah sebagai tempat ibadat ataupun masjid serta pusat penyebaran
ilmu yang berkesan. Pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah ,Baitul Hikmah ini
mengalami kemajuan pesat pada masa khalifah Al Mamun. Baitul Hikmah merupakan salah
satu contoh perpustakaan Islam yang lengkap, yang berisi ilmu agama Islam dan bahasa arab,
bermacam-macam ilmu pengetahuan yang telah berkembang pada masa itu dan berbagai
macam buku terjemahan dari bahasa-bahasa Yunani, Parsi, India, Qibty dan Aramy.
Perpustakaan-perpustakaan Islam pada masa jayanya dikatakan sudah menjadi aspek budaya,
yang penting, sekaligus sebagai tempat belajar dan sumber ilmu pengetahuan, baik agama
mahupun ilmu umum.
Di samping berperanan sebagai pusat penterjemahan, Baitul Hikmah juga berperanan sebagai
perpustakaan dan pusat pendidikan kerana pada masa perkembangan ilmu pengetahuan dan
kebudayaan Islam, buku mempunyai nilai yang sangat tinggi. Buku merupakan sumber
7

informasi berbagai macam ilmu pengetahuan yang ada dan telah dikembangkan oleh ahlinya.
Orang dengan mudah dapat mempelajari dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang telah
tertulis dalam buku. Dengan demikian buku merupakan juadah dan santapan utama dalam
usaha perkembangan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Selain menjadi lembaga
penterjemahan Baitul Hikmah juga berperanan sebagai perpustakaan yang mengumpul
pelbagai buku.
Pada masa itu, berkembangnya berbagai macam ilmu pengetahuan, baik ilmu
pengetahuan umum ataupun agama, seperti Al Quran, qiraat, Hadits, Fiqih, kalam, bahasa
dan sastera. Di samping itu, berkembangnya empat mazhab fiqh yang terkenal, diantaranya
Abu Hanifah pengasas mazhab Hanafi, Imam Maliki ibn Anas pengasas mazhab Maliki,
Muhammad Ibn Idris Asy-Syafii pengasas mazhab Syafii dan Muhammad Ibn Hanbal,
pengasas mazhab Hanbali. Selain itu, ilmu-ilmu umum seperti ilmu falsafah, logika,
metafizik, matematik, alam, geometri, aritmatika, mekanikal, astronomi, muzik, kedoktoran
dan kimia. Ilmu-ilmu umum masuk kedalam Islam melalui terjemahan di Baitul Hikmah dari
bahasa Yunani, India dan Parsi ke dalam bahasa Arab. Pada masa pemerintahan al Mamun
pengaruh Yunani sangat kuat. Di antara para penterjemah yang masyhur saat itu ialah Hunain
ibn Ishak, seorang Kristian Nestorian yang banyak menterjemahkan buku-buku Yunani ke
dalam bahasa Arab. Beliau juga menterjemahkan kitab Republik karya Plato dan kitab
Kategori, Metafisika, Magna Moralia dari Aristotle.
Peranan Baitul Hikmah sangat besar dalam kemajuan peradaban Islam, terutama dalam ilmu
pengetahuanya yang pada masa itu lahir banyak ilmuan-ilmuan Islam, berikut Sarjana-sarjana
dan ilmuan-ilmuan yang lahir dari lembaga ini:

ILMU BERTERASKAN WAHYU:

Ilmu Tafsir
Tafsir al-Quran mula disusun mengikut susunan surah oleh Yahya Bin Ziyad al-Fara
(Maani al-Quran) dan diteruskan oleh Ibnu Jarir at-Tabari (Tafsir at-Tabari).

Ilmu Hadis
Zaman kegemilangan pengumpulan dan penyusunan hadis telah menyebabkan
munculnya pakar hadis yang terkenal:
-

Imam Bukhari (Sahih Bukhari)


Imam Muslim (Sahih Muslim)
Abu Daud (Sunan Abu Daud)
Al-Tirmizi ( Sunan al-Tirmizi)
Ibnu Majah (Sunan Ibnu Majah)

Karya mereka dikenali sebagai Kutub Sittah.

Ilmu Fikah
Munculnya pengasas mazhab seperti
-

Imam Abu Hanifah


Imam Syafie
Imam Ahmad bin Hanbali

Selain itu, terdapat ulama yang masyhur, antaranya:


-

Qadhi Abu Yusuf


Al-Mawardi
Ibnu Qudamah

Ilmu Tauhid
Perkembangan ilmu falsafah memberi kesan buruk kepada akidah Islam. Para ulmak
bermati- matian memurnikan akidah umat islam. Akhirnya perbahasan ilmu tauhid
semakin meluas berbanding zaman sebelumnya dan munculnya tokoh seperti :
- Imam Abu Hassan al-Asyari
- Imam al-Ghazali

ILMU BERTERASKAN AKAL

Ilmu matematik
o Muncul beberapa formula baru matematik seperti trigonometry, algebra, geometry dan
logarithm. Pada zaman ini diperkenalkan sistem angka dalam abjad arab. Diperkenalkan
juga bilangan kosong dalam sistem angka. Tokoh terkenal ialah Al-Khawarizmi. Beliau
merantau ke India untuk mempelajari ilmu matematik dan menghasilkan buku
"integration and equations". Mahir juga dalam ilmu falak dan geografi.
Ilmu falak
o Al-Butani merupakan tokoh dalam ilmu ini. Antara penemuan yang unggul pada zaman
ini adalah seperti mengukur jarak antara bumi dengan matahari, membuat jadual
pergerakan bulan dan bintang, menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan
matahari terhadap pertukaran musim serta mencipta alat pengukur sudut yang dikenali
sebagai astrolabe.
Ilmu kimia
o Umat islam di zaman ini telah berjaya membetulkan beberapa teori kimia yang penting
dan menegaskan fakta-fakta kimia berdasarkan uji kaji penemuan asid galian seperti asid
nitrik, asid sulfurik, dan asid hidroklorik, teori penghasilan petroleum, teori penghasilan
alkohol, dan teori membaiki proses pembuatan kaca.

Ilmu fizik
o Fizik merupakan salah satu cabang ilmu sains yang dikuasai oleh umat islam di zaman
ini. Pencapaian ilmu fizik di zaman ini adalah seperti mencipta pergerakan jirim, daya
graviti, dan pantulan cahaya, menjelaskan tentang lapisan mata serta proses penglihatan,
menyukat kelajuan bunyi dan cahaya serta mencipta cermin mata.
Geografi
o Penemuan baru seperti memberi ukuran yang tepat tentang keluasan permukaan bumi
serta menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob.
Ilmu perubatan

10

o Hubungan orang Arab dengan orang Rom dan Farsi telah memberi peluang kepada
mereka untuk mendalami ilmu perubatan. Pencapaian ilmu perubatan di zaman ini adalah
seperti menjelaskan kesan kuman dalam penyakit, menjelaskan teori jangkitan virus
seperti TB, menemui pelbagai jenis penyakit seperti rubella, alahan, cacar dan penyakit
jiwa, serta mencipta ubat untuk pelbagai penyakit kronik, mencipta picagari, ubat bius
dan benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan.

KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN

Sikap kerajaan yang mengutamakan ilmu pengetahuan telah menyubur perkembangn


ilmu dizaman itu. Kekuatan umat islam dari segi fizikal dan mental telah dihasilkan melalui
kesepaduan antara ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Perkembangan ilmu di zaman
Abbasiyah telah menjadi pemangkin dan pencetus kepada kemajuan ilmu di Eropah. Ilmu
dan teknologi umat islam telah dipidahkan ke Eropah hingga tercetusnya zaman
pembaharuan atau Renaissance dan kebanyakan penyelidikan yang dijalankan di Eropah
menggunakan karya-karya tersebut sebagai rujukan utama. Karya-karya sarjana muslim di
dalam bahasa Arab telah diterjemahkan kedalam pelbagai bahasa dan diguna pakai sehingga
di zaman kini.

KESAN PERKEMBANGAN ILMU PENDIDIKAN PADA ZAMAN ABBASIYAH


Kesan perkembangan ilmu pendidikan pada zaman Abbasiyah telah mewujudkan kesepaduan
antara ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah dan menguatkan umat Islam dari segi fizikal dan
mental. Dasar Kerajaan Abbasiyah yang memberi keutamaan kepada bidang pendidikan telah
menyuburkan perkembangan ilmu pengetahuan. Disamping itu, kesan perkembangan ilmu
pendidikan pada zaman Abbasiyah menjadi pemangkin kemajuan Eropah. Ilmu dan teknologi
ini pada zaman ini kemudian dipindahkan ke Eropah hingga tercetusnya zaman Renaissance.
Karya-karya sarjana Islam yang berbahasa Arab ditejemahkan ke dalam pelbagai bahasa
termasuk; Latin dan Hebrew

11

KESIMPULAN
Baitul Hikmah bahasa Arab Bait al-Hikmah adalah perpustakaan dan pusat penerjemahan
pada masa dinasti Abbasiah yang terletak di Bagdad. Pada mulanya Harun ar Rasyid (736809 M) mendirikan Khizanat Al Hikmah yang berfungsi sebagai perpustakaan, tempat
penerjemahan dan penelitian. Kemudian pada tahun 815 M Al Mamun (813-833 M)
mengubahnya menjadi Baitul Hikmah yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan bukubuku kuno yang berasal dari persia, Bizantium, Eithopia dan India.
Pada masa Al Mamun Baitul Hikmah mengalami kemajuan yang luar biasa. Karena pada
saat itu Baitul Hikmah menjadi pusat kajian yang memunculkan banyak ilmuan, baik ilmuan
agama atau ilmu umum. Maka di sinilah Baitul Hikmah mempunyai peranan yang cukup
besar dalam memajukan peradaban Islam, bahkan pada masa itu Islam mengalami masa
keemasanya The golden age of Islam.

RUJUKAN

1. Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Idrus Syed Mohamad, Tamadun Islam, Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1995.
2. Drs. Norouzaman Shiddiq, M.A, Tamadun Muslim Bunga Rompai Kebudayaan
Muslim, Bulan Bintang, Jakarta, Indonesia, 1986.
3. Khairuddin Haji Muhammad, Sejarah Islam Jilid 2, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1979.
4. Joseoef Souyb, Sejarah Daulat Abbasiyah I, Penerbit Bulan Bintang, Jakarta,
Indonesia.

12

5. Mahayudin Hj Yahaya, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,
Oxford Fajar Sdn. Bhd., Selangor, 2013.
6. Mahayudin Hj Yahaya, Tamadun Islam, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Selangor,
2001.

13

LAMPIRAN

14

Anda mungkin juga menyukai