Anda di halaman 1dari 26

Terangkan konsep Ummah yang telah

dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW


di Madinah (STPM 2018 U )
PENDAHULUAN

● Masyarakat atau umat manusia. Perkataan ummah disebut 40kali dalam al


Quran.

● Umat-umat yang disebut dalam al-Quran termasuklah umat nabi Ibrahim a.s,
nabi Isa a.s dan umat nabi Muhammad saw.

● Dalam konteks Madinah Ummah meliputi orang Islam dan bukan Islam seperti
kaum Yahudi , dan Kaum Nasrani .

● Konsep ummah ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang negara Islam


yang termaktub dalam piagam madinah.

● Bilamana kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah maka konsep ummah terbatas
kepada umat islam sahaja.
1. MENJADIKAN AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI ASAS PENYATUAN
DAN PERPADUAN MASYARAKAT MADINAH.

● Kejayaan pembentukan dan penyatuan masyarakat Madinah adalah


kerana baginda menjadikan al-Quran dan hadis sebagai pegangan dan
panduan mentadbir negara.

● Prinsip keadilan digunapakai oleh baginda yang merupakan dasar segala


bentuk tindakan mentadbir Negara.

● Hal ini dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira
bangsa dan agama.

● Secara tidak langsung, hal ini memudahkan pembentukan masyarakat


Madinah.
2. MENYATUKAN DAN MEMPERSAUDARAKAN KAUM AUS DAN
KHAZRAJ.
● Aus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah. Sebelum kedatangan baginda,
kedua-dua kaum ini sudah lama bermusuhan hingga berlaku peperangan Bu’ath yang
merupakan peperangan yang berlarutan di antara kedua-dua kaum tersebut.

● Hal ini berpunca dari masalah kepimpinan kerana kedua-duanya ingin menerajui
pentadbiran kota Madinah.

● Baginda sedar jika masalah ini tidak diselesaikan, keadaan ini tidak akan aman. Oleh itu,
baginda menyatukan kedua-dua kaum tersebut menjadi orang Ansar.

● Persaudaraan Islam menggantikan semangat ‘assabiyyah’. Baginda menanamkan sifat-


sifat mahmudah kepada mereka sehingga mereka sanggup melupakan permusuhan
yang berlaku antara mereka.

● Hal ini menjadi titik tolak pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu dan
bekerjasama.
3. MEMPERSAUDARAKAN & MENYATUKAN ORANG ANSAR DAN
MUHAJIRIN.
● Setelah baginda berjaya menyatukan Aus dan Khazraj, baginda berusaha mempersaudarakan
orang Muhajirin yang berpindah dari Makkah ke Madinah dengan orang Ansar.

● Tujuan baginda adalah untuk membantu orang Muhajirin dari sudut ekonomi dan juga kepentingan
umum termasuklah sosial dan politik Islam di Madinah.

● Sekiranya masalah ekonomi tidak diselesaikan terlebih dahulu adalah sukar bagi baginda
membangunkan sebuah Negara yang benar-benar kukuh.

● Sebagai contohnya, baginda telah mempersaudarakan Hamzah bin Abdul Muttalib dengan ‘Ithban
bin Malik, Abdul Rahman bin Auf dengan Said bin Rabi’ dan lain-lain.

● Dengan adanya ikatan ini, golongan Ansar tanpa ragu-ragu sanggup memberikan harta benda
mereka untuk dijadikan modal sehingga akhirnya ekonomi orang Muhajirin berjaya dipulihkan.

● Secara tidak langsung, persaudaraan ini melahirkan masyarakat Madinah yang bersatu padu dan
mantap.
5. PENGGUBALAN PIAGAM MADINAH
● Sebaik baginda sampai di Madinah, sebuah perlembagaan untuk Negara Islam Madinah
diwujudkan oleh baginda demi menjamin perpaduan di kalangan penduduk Madinah sebagai
sebuah ummah.

● Secara tidak langsung, ini dapat memperkukuh kedudukan pelbagai kaum kerana undang-
undang menjadi asas dan teras pemerintahan dan pembentukan masyarakat Madinah yang
bersatu.

● Ia diwujudkan hasil dari persetujuan bersama antara orang Islam dan juga orang bukan
Islam. Golongan Yahudi dan Nasrani menerima status mereka sebagai dhimmi dan patuh
kepada Piagam Madinah.

● Pada dasarnya, kesemua penduduk Madinah menerima perlembagaan ini secara terbuka.

● Walau bagaimanapun, berdasarkan perundangan yang adil, baginda telah menyingkirkan


kaum Yahudi iaitu Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah dari kota Madinah kerana
melanggar Piagam Madinah.

● Tindakan tersebut menyebabkan kedudukan Islam di Madinah semakin kukuh.


6. MENGAWAL DAN MEMBENDUNG KEGIATAN KAUM MUNAFIK

● Di Madinah, musuh-musuh Islam terdiri daripada kaum munafik dan Yahudi yang menjadi
penghalang kepada penubuhan Negara Islam.

● Mereka diibaratkan seperti musuh dalam selimut yang menjadi penghalang kepada penubuhan
Negara Islam.

● Kaum Munafik berpura-pura memeluk Islam dan berniat jahat untuk memecahbelahkan dan
menghancurkan masyarakat Islam.

● Oleh itu, baginda menasihati para sahabat agar berwaspada terhadap niat jahat kaum munafik.

● Langkah baginda mengawal dan membendung kegiatan ini berjaya hingga tidak wujud permusuhan
secara terbuka.

● Hal ini demikian kerana kematian ketua kaum munafik, Abdullah bin Ubay melenyapkan cita-cita
kaum munafik.

● Para pengkaji kaum munafik berpendapat, satu daripada faktor kegagalan mereka kerana tidak
mempunyai ideologi yang jelas.
KESIMPULAN

● Nabi Muhammad SAW terpaksa menyelesaikan pelbagai masalah


setelah baginda berhijrah ke Madinah, sama ada masalah yang dihadapi
oleh umat Islam sendiri mahu pun masalah yang ditimbulkan oleh
musuh-musuh Islam.

● Baginda telah membuktikan ketokohannya sebagai seorang negarawan


ulung yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Tanah Arab.

● Bangsa-bangsa Arab telah berjaya disatukan dan sebuah Negara Islam


yang tidak berlandaskan perkauman telah berjaya ditegakkan.
Bincangkan peranan golongan muhajirin
bagi mengukuhkan negara islam
madinah pada zaman Nabi Muhammad
SAW (STPM 2019)
PENDAHULUAN

● Golongan Muhajirin merupakan penduduk asal kota Makkah dan


merupakan masyarakat Quraisy.

● Golongan ini merupakan masyarakat yang terawal memeluk islam.


Kemudiannya mereka berhijrah ke Madinah kerana penentangan dari
Musyrikin Makkah.

● Di Madinah mereka dipanggil Muhajirin dimana istilah ini berasal


daripada perkataan ‘muhajir’ yang bermaksud penghijrah.

● Golongan Muhajirin sememangnya berperanan penting ketika di Makkah


dan Madinah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasulullah SAW.
1.Membantu Rasulullah dalam Keagamaan dan Pentadbiran

● Golongan Muhajirin merupakan pembantu utama kepada perkembangan


agama islam dalam aspek keagamaan dan pemerintahan.

● Contoh selepas peristiwa Aqabah 1 (622M) Mus’ab bin Umair telah


diutus sebagai pendakwah bagi membantu penduduk Madinah
mendalami ajaran islam.

● Mereka membina masjid di tengah kota Madinah dan dapat melakukan


amal ibadat secara terbuka yang tidak dapat dilakukan di Makkah.
2. Berkorban harta untuk agama

● Demi mengembangkan agama islam golongan Muhajirin juga telah


mengorbankan nyawa dan harta demi agama.

● Sebagai contoh Uthman bin Affan telah berkorban dengan


menyumbangkan 100 ekor unta dan 1000 dinar ketika perang Tabuk
dalam membantu tentera islam.

● Tindakan ini dibuat agama Islam dapat memenangi perang tersebut


seterusnya syiar islam dapat di kembangkan
3. Mengukuhkan ketenteraan islam.

● Selain itu golongan Muhajirin juga merupan tunggak ketenteraan


dalam menghadapi musuh dan mengembangkan agama.

● Contohnya Umar al Khattab, Hamzah bin Abdul Muttalib, Ali bin


Abi Talib merupakan pejuang islam terkemuka dalam
mengembangkan agama.
4. Menjadi utusan dakwah ke luar Negara

● Dalam mengembangkan agama islam di Tanah Arab Rasulullah telah


bertindak menghantar golongan Muhajirin sebagai utusan dakwah keluar
Semenanjung Arab.

● Contohnya Amru bin Umayyah ke Habsyah dan Abdullah bin Huzaifah ke


Parsi.

● Usaha ini adalah amat penting dalam membantu gerakan dakwah Nabi
terutama dalam mengembangkan agama islam.
KESIMPULAN

● Golongan Muhajirin telah terlibat sepenuhnya dalam membantu


mempertahankan dan mengembangkan islam yang dibawa oleh
Rasulullah.

● Golongan Muhajirin terus memainkan peranan penting selepas


bergandingan dengan golongan Ansar bagi memastikan kejayaan
perjuangan Rasulullah di Makkah dan Madinah.

● Walau bagaimanapun selepas kewafatan Rasulullah penglibatan


golongan muhajirin lebih terserlah apabila di kalangan merekalah dilantik
khalifah-khalifah untuk memimpin umat dan negara islam Madinah
BINCANGKAN KEMUNCULAN GOLONGAN
BAHARU DALAM MASYARAKAT ISLAM
PADA ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN
(STPM 2013 U)
PENGENALAN

● Nabi Muhammad saw diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh


umat manusia tentang ajaran islam.

● Selepas kewafatan Nabi Muhammad saw, telah berlaku suatu


perubahan besar dari sudut politik, ekonomi, & sosial umat islam yg
membawa kepada perkembangan budaya & masyarakat Islam yg terdiri
drpd pelbagai bangsa & keturunan.

● Peristiwa ini telah mencetuskan suatu fenomena baharu dlm sejarah


umat Islam bermula drpd era Khulafa’al-Rasyidin hinggalah kepada era-
era selepasnya.
1. ORANG ARAB
● Terdiri drpd orang Arab Utara & Arab Selatan.
● Rasulullah telah berjaya menyatupadukan masyarakat Arab seperti
kaum Muhajirin dan Ansar.
● Pembukaan kota Makkah telah menyebabkan Arab Quraisy menerima
islam & memberi sumbangan yg besar kepada Negara islam.
● Di zaman Khalifah Ar-Rasyidin, org Arab Madinah & Arab Quraisy
merupakan golongan yg penting membantu pentadbiran Negara.
● Khalifah Abu Bakar : khalid al-walid dan Amru al-as merupakan panglima
perang yg Berjaya mengatasi golongan Ar-Riddah.
● Khalifah Umar al-Khattab : melantik 6 org para sahabat spt Ali bin Abu
Talib, Uthman Affan & Zubir bin Al awwam sbg ahli majlis syura.
● Uthman bin affan : keluarga bani umaiyyah diberikan jawatan penting spt
Marwan al Hakkam & muawiyyah bin abu sufyan sbg gabenor.
2. Golongan Ar-Riddah
Ia wujud di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
Mereka terdiri drpd 3 golongan iaitu :

a] Golongan yg enggan membayar zakat


● Mereka berpendapat zakat merupakan cukai yg hanya dibayar kpd nabi
Muhammad. Mereka terdiri drpd penduduk Bahrain, Yamamah dan Hirah.
b) Golongan nabi palsu dan pengikutnya
● Nabi palsu ini spt Sajah & Musailammah al Kazab merupakan nabi palsu yg
berpengaruh. Mereka mendakwa menerima wahyu. Tujuannya utk mendapatkan
pengaruh & kepentingan peribadi.
c) Golongan murtad
● Terdiri drpd kabilah Arab yg menerima islam dgn tujuan mendapatkan perlindungan
politik drpd Negara islam. Setelah nabi wafat, mereka kembali semula ke amalan
jahiliah.
● Abu bakar mengambil tindakan dgn menghantar pendakwah supaya mereka
kembali kpd ajaran islam.
● Pasukan tentera islam telah Berjaya mengalahkan golongan ini & mereka kembali
semula kpd ajaran islam.
3. Golongan Ahl-Al-Ayyam

● Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab. Khalifah


Umar telah membuka tanah di wilayah Iraq, Syria, & Mesir. Orang Arab
yg menyertai pasukan tentera membuka & menetap di wilayah tersebut
dikenali sbg golongan ini terutamanya bekas golongan murtad.

● Terdiri drpd suku Arab yg kecil spt suku Syaiban & bekas golongan
murtad. Mereka diberi kuasa mentadbir lading & tanah di wilayah Iraq &
memungut cukai sbg mengenang jasa mereka dlm pentadbiran.

● Zaman Khalifah Umar al-Khattab, terdapat lebih kurang 12000 org.


Pemimpin mereka ialah Al-Ashtar, Malik al-Harith & Hujar al-Kindi.
4. Golongan Al- Qurra
● Berasal drpd golongan ahl al ayyam yg diberikan amanah utk menguruskan
tanah di Iraq

● Mereka menggelar diri mereka sbg al-Qurra bagi menjaga status &
membezakan drpd golongan ahl al ayyam yg lain terutama bekas golongan
murtad.

● Di zaman khalifah uthman, sebahagian besar mereka memberontak kerana


pengambilan kuasa pentadbiran.

● Tanah & cukai di wilayah Iraq oleh Bani Umaiyah.

● Golongan ini bertanggungjwb menyebabkan pembunuhan Khalifah Uthman.

● Mereka memberikan sokongan yg kuat kpd Khalifah Ali terutamanya Perang


Jamal & Perang Siffin.
5. Golongan Khawarij
● Mereka terdiri drpd bekas penyokong Khalifah Ali yg terlibat dlm Perang
Jamal & Perang Siffin.

● Mereka tidak bersetuju dgn tindakan Khalifah Ali menerima perdamaian dgn
tentera Muawiyyah dlm Perang Siffin & rundingan Majlis Tahkim.

● Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelar diri mereka


sbg golongan Khawarij.

● Mereka berpendapat perpecahan sepatutnya dipertanggungjawabkan ke


atas Khalifah Ali, Muawiyah bin Abu Sufyan dan Amru al-As.

● Mereka melancarkan gerakan utk membunuh ketiga pemimpin tersebut.

● Mereka membunuh Khalifah Ali & melancarkan gerakan menentang Bani


Umaiyyah.
6. Golongan Berkecuali

● Terdiri daripada golongan yg tidak mahu terlibat dalam konflik


antara Ali dan Muawiyyah

● Mereka tinggal di Hijjaz.


7. Golongan Bukan Arab (‘Ajam)

● Golongan Mawali.

● Terdiri daripada orang bukan Arab.

● Iaitu kaum parsi yg telah memeluk agama islam.

● Kebanyakan mereka tinggal di Iraq.

● Di zaman ini, mereka tidak dikenakan bayaran cukai jizyah.


8. Golongan Bukan Islam

● Terdiri daripada orang Arab & bukan Arab seperti kaum Yahudi,
Qibti, Parsi.

● Mereka tinggal di luar Semenanjung Tanah Arab.

● Mereka menganuti agama Kristian, Yahudi, Majusi dan juga


Nasrani.

● Mereka mendapat perlindungan politik dan layanan yg adil drpd


kerajaan islam dgn membayar cukai jizyah.
KESIMPULAN

● Nabi Muhammad saw berusaha membentuk masyarakat islam di makkah


melalui dakwah.

● Masyarakat islam di Madinah juga dibentuk melalui dakwah oleh


golongan muhajirin dgn sokongan penduduk tempatan Madinah sendiri,
iaitu golongan Ansar.

● Perkembangan masyarakat islam berlaku dgn pantas menerusi dakwah


& penaklukan yg membawa kpd perkembangan ufuk pemikiran &
kebudayaan.

Anda mungkin juga menyukai