Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan perkembangan ekonomi feudalism di Perancis pada abad ke-16 hingga 18 Masihi.

Negara Perancis muncul sebagai negara yang kuat dengan ekonomi kapitalisme dan
mekantilisme. Ekonomi feudalsime berkembang semasa pemerintahan Raja Louis XIV- Raja Louis
XVI. Golongan bangsawan mempunyai kedudukan dominan. Perkembangan ekonomi feudalism di
Perancis berlaku sebab ekonomi pertanian , perdagangan dan industri.

Ekonomi pertanian ,masyarakat Perancis masih bergantung kepada bidang pertanian pada
awal abad ke-16. Kemewahan masyarakat masih diukur dari keluasan ladang yang dimiliki.
Masyarakat masih lagi tinggal di desa berbanding di bandar. Sepanjang abad ke-16 hingga 18,
Perancis muncul sebagai sebuah negara yang kuat dengan mengamalkan ekonomi feudalisme. Raja-
raja Perancis bermula dari Louis XIV hingga Louis XVI mengekalkan sistem ekonomi feudalisme untuk
mengukuhkan kekuasaan mereka. Pada era ini golongan bangsawan mempunyai kedudukan yang
dominan dalam sistem ekonomi negara.Ketika ini rejim Perancis didominasi golongan bangsawan
yang memiliki kuasa kewangan dan politik. Golongan bangsawan mendapat faedah dalam sistem
ekonomi feudal dengan melabur dalam tanah, memiliki estet yang banyak , menjadi tuan tanah atau
manor dan mengusir petani daripada tanah yang mereka usahakan.Masyarakat yang muncul waktu
ini dianggap feudal kerana ketidaksamaan sosial kekal dalam masyarakat dan membenarkan hak
milik tradisional kekal dari segi perundangan. Tuan tanah golongan bangsawan yang menjadi tuan
tanah.Petani menjadi hamba atau serf.Petani yang menjadi serf pada abad ke-18 ialah seramai 1.5
juta orang daripada keseluruhan penduduk seramai 15 juta orang. Sebahagian besar petani ialah
orang bebas dan mereka memiliki tanah yang mereka usahakan. Walaupun petani ini bebas tetapi
mereka dikehendaki menunaikan obligsi yang diwarisi sejak zaman pertengahan (500-100M). Salah
satu dari kewajipan ialah pembayaran sewa tahunan kepada tuan tanah yang sebelumnya
mempunyai kekuasaan atau hak milik atas tanah petani. Terdapat juga petani yang menjadi
penyewa atau buruh yang diupah tuan tanah. Masyarakat petani kini digelar metayers. Metayers
mula mempelbagaikan pekerjaan, bukan hanya bercucuk tanam sahaja, tetapi mula mengusahakan
penternakan lembu daging dan lembu susu serta menjualnya ke pasar-pasar. Mereka juga
menggunakan kaedah moden dalam pertanian. Pada zaman Raja Henry, beliau memerintah
menterinya Duke Sully memberi tumpuan kepada bidang pertanian. Duke Sully merupakan Menteri
Kewangan dan pemikir ekonomi. Idea dan pembaharuan beliau banyak digunakan untuk memajukan
pertanian di Perancis. Antara pembaharuan yang dicadangakan beliau ialah menghapuskan cara
kebiasaan petani di kawasan pedalaman, memberi bijih benih percuma, membiayai kegiatan
penternakan, melarang pemusnahan hutan rimba dan mengeringkan paya serta membina jalan raya,
jambatan dan sistem terusan. Pembaharuan tersebut membuahkan hasil apabila sumber pertanian
bijirin dan anggur merah Perancis menjadi bahan dagangan utama yang didagangkan di pelabuhan
Bruges, Belanda. Penanaman pokok mulberi dan penternakan ulat sutera diusahakan olehRajaHenry
Iv telah meningkatkan ekonomi rakyat dan membawa perkembangan bandar Paris, Lyon dan
Marseilles. Pada zaman Raja Louis XIV, menterinya, Jean Baptiste Colbert memajukan bidang
pertanian. Dasar pertanian Colbert; tidak membenarkan peralatan pertanian dirampas hanya kerana
petani mempunyai hutang, menggalakan penternakan lembu dan kuda dan membaiki jalan raya di
kawasan pedalaman.

Selain itu, kepesatan perdagangan di Perancis dapat dilihat pada masa pemerintahan Raja
Henry IV 1598-1610. Baginda telah menubuhkan sebuah angkatan laut bagi melindungi perdagangan
di Perancis. Seterusnya Perancis mula menerajui perdagangan di seberang laut dan bersaing dengan
Belanda dan British. Perancis mula membuka pusat perdagangan di India dan Amerika Utara. Pada
tahun 1620-an, Perancis membuka petempatan di Hindia Barat dan pangkalan di Chandernagore,
Timur India.Pembukaan pangkalan ini meningkatkan perdagangan Perancis di luar negara.
Perkembangan perdagangan dalam negara turut berlaku di Perancis. Kawasan Utara Perancis seperti
Champagne, Lyon dan Beaucaire muncul sebagai bandar perdagangan antara Eropah Utara dan
pedagngan Mediterranean.Perkembangan ini turut mempengaruhi pertambahan penduduk dan
kewujudan perusahaan kecil-kecilan.

Perkembangan perdagangan turut dipengaruhi oleh faktor perkembangan sistem kewangan.


Pada tahun 1500 wang tidak perlu dibawa dengan banyak untuk melakukan urusan perdagangan.
Keadaan tersebut memudahkan perdagang dan pengeluar mengawal dan memasarkan barangan
bebas. Urusan pengutipan cukai juga mudah dilaksanakan. Misalnya, 200 cukai berjaya dikutip dalam
satu masa di 120 tempat yang berlainan di Sungai Loire dan daerah-daerah yang lain. Sistem
perbankan di Perancis hanya berkembang pesat pada abad ke-18. Contohnya pembukaan Paris
Bourse pada tahun 1724, Casse d’Escompte pada tahun 1776 dan Loterie Royale pada tahun 1783.
Syarikat Joint-stock berkembang pada pertengahan abad ke-18. Pada tahun 1788 syarikat Perancis
memperkenalkan insuran kebakaran.[6]

Industri tekstil diusahakan secara besar-besaran pada abad ke-16 untuk pasaran dalam
negeri dan dieksport. Kain dan teknik pengeluaran sutera yang diimpot dari China ke Eropah oleh
perdagangan Arab pada abad ke-10 di Itali telah berkembang luas ke seluruh Eropah. Perancis telah
mengusahakan perusahaan sutera dan tidak lagi bergantung kepada kain impot dari Asia dan Persia.
Industri perusahaan kain berkembang di Tuscany, Utara Perancis. Industri desa ini berkembang pesat
di Utara Perancis 1450-1550. Petani desa mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen.
Masyarakat bandar pula menggunakan mesin untuk mewarna dan memutihkan kain dan kemudian
memasarkannya.Di Perancis industri pertukangan juga berkembang iaitu tukang yang berkelayakan
akan bekerja tanpa menerima upah selama beberapa tahun di rumah guru atau ahli pertukangan
sebelum membuka pusat pertukangan sendiri apabila mereka kembali ke tempat asalnya. Mereka
akhirnya menubuhkan kesatuan tukang untuk menjaga hasil pertukangan mereka. Barangan
pertukangan Perancis seperti perabut telah mendapat tempat di pasaran pada tahun 1770.
Perkembangan perdagangan dan galakan daripada kerajaan telah mengukuhkan kedudukan
golongan saudagar. Keadaan ini membolehkan golongan saudagar muncul sebagai satu kuasa politik
dan mula menyaingi kedudukan golongan aristokrat dalam bidang politik.

Kesimpulannya ialah , perkembangan ini Berjaya kukuhkan maharaja dan golongan bangsawan . Ia
menyebabkan Perancis muncul sebagai sebuah kuasa politik yang unggul.

Anda mungkin juga menyukai