Anda di halaman 1dari 7

1.

TAJUK

Sejarah perkembangan asal usul Puding Raja di Pekan, Pahang dari tahun 1990 hingga 2020

2. PENGENALAN

Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang kaya

dengan pelbagai adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum di

Malaysia. Makanan tradisional terbahagi kepada makanan basah dan makanan kering.

Terdapat pelbagai usaha dalam memajukan industri makanan tradisional di negara Malaysia.

DI Malaysia mempunyai banyak negeri, setiap negeri mempunyai makanan tradisional

tersendiri seperti Terengganu mempunyai keropok lekor manakala Pahang mempunyai

puding raja.

Dalam memajukan industri makanan tradisional ini, ia juga dapat mempelbagaikan produk

industri makanan yang sedia ada. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian sesuatu

produk dapat menarik minat pelanggannya. Sebagai contoh, pudding raja dahulunya, puding

raja ini dianggap sebagai makanan yang hanya layak dimakan oleh kerabat diraja sahaja

kerana ia dianggap sebagai hidangan yang istimewa. Namun, stigma itu mula berubah dari

masa ke masa seiring dengan perkembangan zaman. Kini, ia telah menjadi hidangan pencuci

mulut yang boleh dinikmati oleh semua orang tanpa mengira darjat dan kedudukan dalam

masyarakat.
3. OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji asal usul sejarah makanan tradisional melayu

iaitu puding raja. Melalui kajian ini masyarakat dapat mengetahui sejarah asal usul tentang

makanan tradisional iaitu puding raja.

Selain itu, pengkaji melaksanakan kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejarah

perkembangan puding raja di Pekan, Malaysia. Dengan cara ini masyarakat dapat mengikuti

perkembangan puding raja dari awal puding raja diperkenalkan sehinga sekarang.

Seterusnya, pengkaji ingin mengkaji perubahan Teknik penyediaan puding raja dari tahun

1978 hingga 2020.

Akhir sekali, pengkaji ingin mengetahui keistimewaan puding raja ini. Oleh itu, masyarakat

dapat mengetahui perbezaan puding raja ini dengan makanan tradisional yang lain.

4) PERMASALAHAN KAJIAN
Permasalahan kajian ini dilakukan untuk mengkaji apakah sejarah asal usul makanan

tradisional yang meliputi bagaimana makanan ini diperkenalkan kepada masyarakat. Tidak

hanya itu pengkaji ingin mengetahui bagaimana puding raja ini menjadi terkenal di golongan

masyarakat.

Selain itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti apakah sejarah perkembangan puding

raja di golongan masyarakat. Hal ini untuk memberi gambaran kepada masyarakat tentang

sejarah perkembangan puding raja ini dari mula diperkenalkan sehingga hari ini.

Seterusnya, pengkaji ingin mengkaji apakah perubahan teknik penyediaan puding raja. Secara

tidak langsung,kajian ini dapat melihat sejauhmanakah perubahan teknik penyediaan puding

raja yang telah membuatkan ia menjadi terkenal.

Akhir sekali, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti apakah keistimewaan puding raja

berbanding makanan tradisional yang lain sehingga ia Berjaya dikomersilkan di peringkat

antarabangsa.

5) SKOP KAJIAN

Terdapat tiga skop kajian yang dapat dilihat dalam kajian ini. Yang pertama ialah tempat

kajian dilakukan. Tempat kajian yang dipilih untuk melakukan kajian adalah di Pekan,

Pahang. Pekan merupakan lokasi yang terkenal dengan makanan tradisional Puding raja. Jadi,

ini dapat memudahkan kajian dilaksanakan. Geografikal meliputi seluruh kawasan pekan.
Seterusnya, tempoh masa kajian dilakukan adalah dalam tempoh tahun 1990-2000. Awal

tahun 1990, Puding raja masih belum mengalami perkembangan dan hanya dihidangkan

kepada golongan penghuni istana dan kerabat diraja.

Akhir sekali adalah berkenaan aspek yang dikaji, dalam kajian ini aspek yang akan dikaji

adalah asal usul nama puding raja, perkembangan puding raja dalam golongan rakyat biasa

dan sejarah puding raja.

6)SOROTAN LEPAS KAJIAN:

Secara umumnya, kajian-kajian yang pernah dilakukan serta menepati fokus pengkaji

tentang sejarah perkembangan asal usul makanan tradisional puding raja di pekan Pahang

dari tahun 1990-2000 boleh dikatakan agak mudah untuk diperoleh. Hal ini dikatakan kerana,

puding raja merupakan makanan tradisional yang agak popular dalam masyarakat Malaysia.

Selain itu, menurut sebuah artiketl yang bertajuk manisan kayangan santapan istana,

puding diraja yang disediakan oleh A.mohd menyatakan tentang asal usul perkembangan

puding raja dalam golongan rakyat biasa di pekan, Pahang.

Akhir sekali, melalui sebuah artikel yang ditulis oleh Farahi Kamarudin yang bertajuk kuih

muih diraja Pahang telah menerangkan langkah langkah dalam penyediaan puding raja dan

asal usul nama yang diberi kepada manisan ini.


7) KAEDAH KAJIAN

Dalam pengelibatan kajian sejarah ini, kaedah kajian yang diguna pakai sangat penting dalam

usaha mendapatkan maklumat berkaitan makanan yang dikaji

Antaranya, pengkaji akan melakukan kaedah keperpustakaan dimana pusat sumber menjadi

lokasi utama bagi mendapatkan sumber rujukan bertulis yang sesuai.

Seterusnya, kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah temu bual bagi memperoleh

sumber primer secara lisan. Kaedah temubual dianggap antara kaedah yang paling penting

kerana melalu kaedah tersebut pengkaji dapat pelbagai sumber primer. Temubual ini boleh

dijalankan dengan individu-individu yang berautoriti dan berpengalaman serta mampu

memberikan maklumat yang sahih kepada pengakji.

Kaedah yang terakhir yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah lapangan. Kerja lapangan

ini melibatkan pengkaji mengunjungi tempat pembuatan makanan tersebut bagi menjalankan

soal seilidik terhadap responden. Pengkaji dapat melihat dan mendapatkan maklumat

berkaitan perkembangan makanan melalui kaedah ini.

8) PEMBAHAGIAN STRUKTUR

Secara keseluruhannya kajian dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pengenalan,isi dan

kesimpulan.

8.1 Bahgaian Pengenalan


Bahagian ini menerangkan perkara umum berkaitan makanan tradisional seperti asal usul dan

mengaitkan secara umum tujuan kajian ini. Melalui pengenalan, ia dapat membantu

masyarakat mengenali makanan tradisional secara umum. Dalam bahagian ini pengkaji

menjelaskan salah satu makanan tradisional iaitu puding raja di negeri Pahang dan daerahnya

Pekan.

8.2.1 Asal usul puding raja

8.2.2 Mengenalpasti sejarah perkembangan puding raja

8.2.3 Perubahan teknik penyediaan puding raja

8.2.4 Keistimewaan puding raja

8.2.5 Kesimpulan

9) PENUTUP

Kepentingan kajian dilakukan adalah sebagai kajian yang seterusnya berkaitan puding raja

kerana telah ramai orang awam menulis tentang puding raja. Di samping itu, kajian ini

berperanan dalam menilai sejarah puding raja dan perkembangnya. Pengkaji telah

menjalankan kajian terhadap puding raja dan berharap kajian boleh membantu orang luar

untuk mengenali makanan tradisional di Malaysia,Pahang. Akhirnya,kajian ini juga menjadi

panduan dan rujukan berharga kepada pengkaji sejarah berkaitan kulinari di masa akan

datang.
10.BIBLOGRAFI

SUMBER PRIMER

Kad perniagaan

SUMBER LISAN Temubual Bersama Dato Hanizah Binti Dato Sri Ghazali (pembuat puding

raja) 15 March 2023

Anda mungkin juga menyukai