Anda di halaman 1dari 6

CADANGAN TAJUK BERKAITAN

1. PERKEMBANGAN MAKANAN WARISAN TRADISIONAL ‘ASAM LAKSA’


SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI PULAU PINANG DARI TAHUN 2000 –
2020.

2. PERKEMBANGAN SENI KULINARI DALAM MASAKAN NASI KANDAR DEEN


MAJU, GEORGETOWN PULAU PINANG DARI TAHUN 2000 -2020.

PERKEMBANGAN SENI KULINARI MAKANAN WARISAN TRADISIONAL


TARIKAN PELANCONGAN DI PULAU PINANG DARI TAHUN 2000 HINGGA
2020.

PENGENALAN

Makanan warisan tradisional ataupun makanan tempatan sekian lama digunakan


sebagai strategi tarikan pelancongan. Setiap negara, negeri mahupun daerah memiliki
keunikan makanan tempatan masing-masing. Ia mencerminkan identiti budaya sesebuah
tempat.

Sebagai contoh, nasi kerabu diketahui ramai sinonim dengan negeri Kelantan.
Masakan berasaskan tempoyak pula sinonim dengan negeri Perak manakala di Pulau Pinang
sinonim dengan makanan warisan tradisional seperti nasi kandar, asam laksa, pasembor,char
keoy teow, popia basah dan lain-lain. Makanan tempatan bukan hanya unik dari segi nama,
tetapi turut memiliki keunikan dari segi penggunaan bahan, peralatan memasak dan kaedah
memasak untuk menghasilkan sesuatu resipi

Umum tahu, Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanan tradisional diwarisi turun-
temurun. Sejarah pembentukan Malaysia sendiri memberi kesan kepada warna-warni
kepelbagaian makanan tempatan kita.

Semua pakej keunikan ini andai diketengahkan mampu menarik pelancong atau pengunjung
untuk mencuba sendiri cita rasa ditawarkan sesebuah destinasi pelancongan khususnya di
Pulau Pinang. Justeru, keunikan makanan warisan tradisional ini harus terus dijaga sama
seperti aset warisan lain dipulihara supaya tidak tenggelam ditelan zaman.

OBJEKTIF KAJIAN
1
Terdapat tiga objektif utama kajian. Secara umumnya, objektif kajian ini bertujuan
untuk menjelaskan sejarah seni kulinari masakan warisan tradisional khususnya di Pulau
Pinang, Objektif kajian seterusnya adalah untuk menghuraikan inovasi seni kulinari masakan
warisan tradisional Pulau Pinang sehingga ia menjadi tarikan pelancongan. Objektif kajian
selanjutnya bertujuan untuk menilai inisiatif dan strategi pemasaran makanan warisan
tradisional di Pulau Pinang dari tahun 2000 hingga 2020.

PERMASALAHAN KAJIAN
Permasalahan kajian merupakan fokus utama yang akan diberi perhatian oleh
pengkaji dalam pelaksanaan kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan bagaimana
sejarah kulinari makanan warisan tradisional Pulau Pinang mempengaruhi menu masyarakat
tempatan hari ini. Permasalahan kajian seterusnya adalah untuk mengenalpasti apakah
inovasi seni kulinari yang dilaksanakan untuk memartabatkan makanan warisan tradisional
Pulau Pinang sebagai tarikan pelancongan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menilai
sejauh manakah keberkesanan inisiatif dan strategi pemasaran kulinari makanan warisan
tradisional Pulau Pinang dalam tempoh 20 tahun. Dengan cara ini, Malaysia khususnya Pulau
Pinang berpotensi menarik lebih banyak pelancong yang menghargai kesenian dan keunikan
makanan warisan tradisional.

SOROTAN KAJIAN

1. Kajian makanan tradisional masyarakat Melayu Sarawak – berdasarkan penghasilan


makanan tradisional yang mengambilkira bahan-bahan yang digunakan, Teknik
pembuatan dan pantang larang semasa menghasilkan makanan tradisional. Kajian ini
dapat memberi pemahaman kepada pengkaji berkaitan kulinari makanan tradisional.

2. Kulinari tradisional Melayu tarikan pelancongan – artikel berkaitan hubungkait


makanan warisan tradisional Melayu dengan ekonomi – artikel ini dapat membantu
pengkaji memahami hubungkait makanan warisan tradsional dengan ekonomi
khususnya sebagai tarikan pelancongan.

3. Fungsi makanan dalam interaksi sosial masyarakat Melayu- kajian teks cerita rakyat
yang menceritakan kepelbagaian makanan tradisional, latar belakang masyarakat
dapat dikenal pasti termasuk keunikan budaya sesebuah kelompok masyarakat
2
termasuk cara interaksi dalam sistem sosial. Kajian kes : jenis makanan yg tercatat
dalam cerita rakyat Musang Berjanggut, terdapat 29 jenis makanan tradisional yang
tersurat dalam teks Musang Berjanggut., berdasarkan teks cerita rakyat ini, pengkaji
berpendapat bahawa makanan warisan tradidional ini boleh berubah dan berkembang
mengikut budaya masyarakat.

SKOP KAJIAN

Skop kajian meliputi empat aspek utama iaitu fungsional, biografikal, geografikal dan
kronologikal. Empas aspek ini dapat menentukan batasan kajian dan memudahkan pengkaji
melaksanakan kajian. Dari aspek fungsional, pengkaji mengkaji sejarah seni kulinari sebagai
tarikan pelancongan. Jika dilihat sejarah kulinari makanan tradisional Melayu, ia
sememangnya kaya dengan penggunaan bahan seperti herba dan rempah sejak zaman
berzaman termasuk penggunaan alat seperti lesung batu, batu giling, kukur kelapa dan dapur
kayu. Selain itu, penggunaan bahan perasa semula jadi, tumbuh-tumbuhan dan ulam-ulaman
juga merupakan sebahagian seni kulinari makanan warisan tradisional ini. Pengkaji turut
mengkaji inovasi yang berlaku dalam seni kulinari makanan warisan tradisional. Berdasarkan
aspek biografikal, batasan kajian pengkaji merangkumi makanan warisan tradisional Pulau
Pinang seperti nasi kandar, asam laksa dan lain-lain, manakala dari aspek geografikal,
pengkaji menghadkan kawasan kajian di Pulau Pinang. Batasan lokasi geografikal ini
ditentukan kerana kajian pengkaji tertumpu pada makanan warisan tradisional Pulau Pinang.
Bagi aspek kronologikal, pengkaji menggunakan tempoh masa selama 20 tahun, dari tahun
2000 hingga 2020 supaya pengkaji dapat meninjau perkembangan dan perubahan seni
kulinari makanan warisan tradisional Pulau Pinang.

KAEDAH KAJIAN

Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa kaedah kajian bagi

mendapatkan maklumat. Pengkaji menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk

3
mendapatkan maklumat dari sumber primer dan sumber sekunder. Pengkaji turut

menggunakan kaedah kajian lapangan. Penggunaan kaedah kajian lapangan membolehkan

pengkaji meninjau pembuatan makanan warisan tradisional oleh pengusaha makanan terpilih.

Pengkaji juga memperoleh sumber lisan menerusi kaedah temubual bagi mendapatkan

maklumat yang berkenaan.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara umumnya penulisan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian utama. Dalam
bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan seni kulinari makanan warisan tradisional
Pulau Pinang secara umum dan hubungkait makanan warisan tradisional ini sebagai satu
elemen penting dalam ekonomi pelancongan khususnya pelancongan makanan.

Pembahagian tubuh esei terbahagi kepada tiga sub topik. Sub topik pertama, pengkaji
akan menjelaskan sejarah kulinari masakan tradisional Melayu, ia sememangnya kaya dengan
penggunaan bahan seperti herba dan rempah sejak zaman berzaman. Pelbagai herba dan
rempah digunakan dalam masakan, mudah didapati sama ada sekeliling rumah ataupun di
dalam hutan. Malah penggunaan alat seperti lesung batu, batu giling, dapur kayu dan kukur
kelapa menjadikan makanan tradisional lebih unik dan sedap. Penggunaan bahan perasa
semula jadi dalam masakan Melayu tradisional menjadi ia satu kemestian dalam dapur
masyarakat Melayu. Tumbuh-tumbuhan dan ulam-ulaman juga sebahagian menu masyarakat
Melayu. Kerabu, masak lemak cili padi, laksa, nasi lemak, asam pedas, rendang, lemang,
dodol, wajik dan tapai antara menu sinonim dengan masyarakat Melayu yang dinikmati
hingga hari ini. Semua ini dihidangkan sama ada sebagai menu harian ataupun untuk majlis
keraian.

Inovasi pembuatan makanan warisan tradisional Pulau Pinang akan dibincangkan


dalam sub topik kedua. Pengkaji memberi tumpuan kepada aspek inovasi produk dan
pemasaran kerana cabaran besar untuk generasi sekarang memartabatkan warisan ini tidak
ketara kepada generasi seterusnya. Tidak dinafikan pelbagai cabaran dihadapi untuk
menjadikan makanan Melayu tradisional sebagai tarikan pelancongan. Antaranya, promosi
dilakukan lebih bersifat individual dan status makanan warisan tradisional Melayu kurang
4
dipromosikan ke peringkat lebih tinggi serta pengusaha makanan tradisional menganggap
makanan itu bukan tarikan atau yang dicari pelancong. Generasi sekarang juga semakin tidak
berbangga dengan makanan warisan tradisional, malah lebih mengagungkan makanan luar.
Bilangan restoran menawarkan produk makanan tradisional Melayu juga masih kurang.

Menerusi sub topik ketiga, pengkaji akan membincangkan inisiatif dan strategi perlu
diambil perhatian oleh semua pihak berwajib contohnya boleh menyediakan pakej menarik
dan merangkumi aktiviti berkaitan kulinari masakan tradisional, menyediakan fasiliti
berkaitan pelancongan makanan dengan lebih banyak serta mempromosi makanan warisan
tradisional ini di tempat tumpuan pelancong. Usaha menghubungkan pengusaha makanan
tradisional dengan ejen pelancongan juga penting, selain memperbanyakkan latihan
berkenaan pelancongan makanan kepada pengusaha makanan. Pengusaha inap desa perlu
memainkan peranan dengan memasukkan aktiviti atau program berkaitan penyediaan menu
masakan Melayu dan etika pemakanan masyarakat Melayu serta bekerjasama dengan
pengusaha makanan warisan Melayu tradisional.

Di bahagian penutup, pengkaji akan menghuraikan kepentingan seni kulinari makanan


tradisional terhadap ekonomi Pulau Pinang. Dalam masa yang sama, pelancong dapat
mempelajari ilmu warisan budaya makanan Melayu, selain menikmati makanan dihidangkan.
Dengan cara ini Malaysia berpotensi menarik lebih banyak pelancong khususnya yang
menghargai kesenian dan keunikan masakan Melayu tradisional.

PENUTUP

Makanan warisan tradisional ini merupakan salah satu aspek penting dalam
proses pembudayaan yang sentiasa dilalui kehidupan sesebuah masyarakat. Pengkaji berharap
seni kulinari makanan warisan tradisonal Pulau Pinang dapat diperluaskan bukan sahaja
dalam aspek budaya tetapi juga ekonomi.

BIBLIOGRAFI

1. Orang sumber

2. Surat khabar

3. Jurnal

4. Buku
5
5. Arkib

Anda mungkin juga menyukai