Anda di halaman 1dari 17

JPNK 2016

Skema Percubaan Sejarah Penggal 2, STPM 2016

1. Bincangkan penglibatan golongan Muhajirin dan Ansar dalam perkembangan


Islam. [20 markah]

PENDAHULUAN

- Muhajirin merupakan penduduk asal kota Makkah dan merupakan masyarakat Quraisy.
Golongan ini merupakan masyarakat yang terawal memeluk islam. Kemudiannya
mereka berhijrah ke Madinah kerana penentangan dari Musyrikin Makkah. Di Madinah
mereka dipanggil Muhajirin dimana istilah ini berasal daripada perkataan muhajir yang
bermaksud penghijrah.
- Ansar pula merupakan penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan
Khazraj yang telah memeluk islam hasil pertemuan mereka dengan Rasulullah di
Makkah melalui Perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2. Mereka menyatakan kesediaan
menerima dan mempertahankan islam serta mempelawa Rasulullah dan orang
Muhajirin berhijrah ke Madinah. Mereka juga bersetuju melantik Rasulullah sebagai
pemimpin mereka.
- Jelaslah bahawa melalui penglibatan golongan Muhajirin dan Ansar inilah membolehkan
islam terus berkembang di Mekkah dan Madinah
ISI

Penglibatan Muhajirin di Makkah

Menerima dan mempertahankan islam.

- Sewaktu di Makkah merekalah kelompok pertama yang menerima dan


mempertahankan keutuhan agama islam .Merekalah golongan pertama yang
melafazkan kesetiaan terhadap islam dan bersama-sama berjuang dengan Rasulullah .
Sebagai contoh Abu Bakar, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan lain-lain adalah
pendukung islam pada peringkat awal ketika dakwah secara sulit. Selepas pengislaman
Umar Al khattab ,umat islam berani berdakwah secara terangan.Mereka bertindak
membantu Nabi dalam usaha mengembangkan ajaran islam di Mekkah pada masa itu

Sanggup menghadapi rintangan dan penentangan.

Golongan Muhajirin juga sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan hebat
daripada kaum musyrikin Makkah dalam mengembangkan islam sama ada secara fizikal
atau mental. Meskipun mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan penyiksaan dan
pembunuhan. Bagaimanapun keimanan mereka tetap teguh dan kelompok ini terus
tabah bagi memastikan islam terus berkembang. Contohnya penyiksaan ke atas Bilal
bin Rabah dan pembunuhan ke atas keluarga Ammar bin Yassir tidak melemahkan
keimanan umat islam yang lain. Kesemua ini dilakukan demi mengembangkan agama
islam

1
JPNK 2016

- Sanggup berkorban nyawa dan harta

Kelompok ini banyak menyumbang harta benda dalam mengembangkan agama islam
menerusi gerakan dakwah. Sahabat-sahabat Rasulullah seperti Abu Bakar,
Umar,Uthman dan Siti Khadijah berusaha membeli dan membebaskan hamba.Al
Arqam pula sanggup menghadiahkan rumahnya untuk dijadikan markas dakwah. Ali bin
Abi Talib sanggup tidur ditempat tidur Rasulullah pada malam peristiwa hjrah manakala
Abu Bakar setia bersama Rasulullah sewaktu hijrah ke Madinah . Kesemua usaha ini
dilakukan demi untuk mengembangkan agama islam

- Menjalankan usaha dakwah

Sahabat-sahabat Rasulullah turut membantu mengembangkan islam samada secara


sembunyi mahupun secara terangan . Mereka menyeru kum keluarga, sahabat handai
dan penduduk Makkah kearah agama yang benar. Pada peringkat awal penyebaran
islam Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman bin Auf, Talhah, Zubair dan lain-
lain.Dakwah secara sulit selama tiga tahun diikuti secara terangan .Bermula dari sinilah
umat islam berdepan dengan cabaran ekoran usaha dakwah ditentang hebat oleh
musyrikn Makkah.

- Berhijrah ke Madinah

Golongan Muhajirin sanggup meninggalkan Makkah dan segala kekayaan untuk


berhijrah bersama Rasulullah ke Madinah demi mengembangkan agama islam. Ini
merupakan pengorbanan yang paling besar kerana mereka sanggup meninggalan
kampung halaman, harta benda, keluarga demi Allah dan RasulNya. Individu yang
pertama berhijrah ialah Abu Salamah bin Abdul Asad dan diikuti Amir bin Rabiah dan
isteriya Laila Jahsi. Pada peringkat awal seramai 70 orang islam ( Muhajirin
)berketurunan Quraisy berhijrah ke Madinah. Penghijrahan ini menandakan bermulanya
hubungan diplomatik dengan kerajaan asing dan pengembangan agama islam sebagai
agama yang benar.

Penglibatan Muhajirin di Madinah

- Membantu Rasulullah dalam Keagamaan dan Pentadbiran

Golongan Muhajirin merupakan pembantu utama kepada perkembangan agama islam


dalam aspek keagamaan dan pemerintahan.Contoh selepas peristiwa Aqabah 1 (622M)
Mus’ab bin Umair telah diutus sebagai pendakwah bagi membantu penduduk Madinah
mendalami ajaran islam. Mereka membina masjid di tengah kota Madinah dan dapat
melakukan amal ibadat secara terbuka yang tidak dapat dilakukan di Makkah.
Berkorban harta untuk agama

2
JPNK 2016

- Demi mengembangkan agama islam golongan Muhajirin juga telah mengorbankan


nyawa dan harta demi agama sebagai contoh Uthman bin Affan telah berkorban dengan
menyumbangkan 100 ekor unta dan 1000 dinar ketika perang Tabuk dalam membantu
tentera islam. Tindakan ini dibuat agama Islam dapat memenangi perang tersebut
seterusnya syiar islam dapat di kembangkan

- Mengukuhkan ketenteraan islam.

Selain itu golongan Muhajirin juga merupan tunggak ketenteraan dalam menghadapi
musuh dan mengembangkan agama. Contohnya Umar al Khattab, Hamzah bin Abdul
Muttalib, Ali bin Abi Talib merupakan pejuang islam terkemuka dalam mengembangkan
agama.

Menjadi utusan dakwah ke luar Negara

Dalam mengembangkan agama islam di Tanah Arab Rasulullah telah bertindak


menghantar golongan Muhajirin sebagai utusan dakwah keluar Semenanjung Arab.
Contohnya Amru bin Umayyah ke Habsyah dan Abdullah bin Huzaifah ke Parsi. Usaha
ini adalah amat penting dalam membantu gerakan dakwah Nabi terutama dalam
mengembangkan agama islam.

Penglibatan Golongan Ansar di Makkah

Menerima dan Menyokong ajaran Rasulullah.

Peranan golongan Ansar dalam mengembangkan agama islam yang utama


ialah menerima dan menyokong ajaran nabi. Dalam syarat perjanjian Aqabah 1
dan 2 misalnya mereka menyatakan kesanggupan menerima islam dalam
keadaan orang kafir Makkah menentangnya.Golongan Ansar berikrar berjuang
bersama –sama Rasulullah.

Merintis penghijrahan Rasulullah

Golongan ansar menjemput Rasulullah berhijrah ke Madinah . Mereka sanggup


melantik Rasulullah sebagai pemimpin di Madinah. Perjanjian Aqabah 1 dan 2 merintis
kepada peristiwa hijrah Rasulullah dan golongan Muhajirin. Penghijrahan ini menjadi
asas kepada penguasaan politik umat islam dan menamatkan penderitaan golongan
Muhajirin di Makkah. Kesemua usaha in dilakukan dalam membantu mengembangkan
agama islam

Peranan Golongan ansar di Madinah

.Membantu menyebarkan islam

- Golongan Ansar bertanggung jawab membawa masuk dan menyebarkan islam di


Madinah . Rasulullah bertanggung jawab melantik Naqib (9 khazraj) dan ( 3 Aus) untuk

3
JPNK 2016

membimbing umat islan di Madinah bagi membantu menyebarkan agama islam dengan
lebih meluas. Hasil usaha para Naqib ini menyebabkan agama islam sepat tersebar.

Membantu golongan Muhajirin

Golongan Ansar banyak membantu golongan Muhajirin yang datang dari Makkah
sehelai sepinggang. Mereka menyumbang pebgai bantuan sosioekonomi seperti
menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk perniagaan.Malah
ada yang sanggup menceraikan isterinya seperti Saad Bin Abi Waqa’ bagi
membolehkan Muhajirin mengambilnya sebagai isteri. Senario ini adalah menjadi
contoh kepada satu pengorbanan Ansar dalam mengembangkan agama islam di
Madinah

Membantu Rasulullah dalam aspek keagamaan dan pentadbiran

Di Madinah mereka sanggup menerima Rasulullah sebagai pemimpin. Sebahagian


golongan Ansar menjadi ahli majlis Syura tertinggi contohnya Abu Ubaidah Al-Jarrah
dan ramai lagi yang banyak membantu Rasulullah dalam pentadbiran.. Mereka
membantu Rasulullah menggubal Piagam Madinah yang merupakan asas penubuhan
Negara islam pertama.

Menjalankan Usaha dakwah

Sebahagian golngan Ansar menjadi guru agama dan pendakwah serta


mengembangkan islam di luar kota Madinah.Sebahagian mereka dilantik menjadi
utusan untuk memperkenalkan islam di dalam dan di luar Semenanjung Tanah Arab,
seterusnya berjaya menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara luar.

Mempertahankan agama dan Negara islam

Golongan Ansar saling berganding bahu dengan golongan Muhajirin agama dan
Negara islam sesuai dengan apa yang diperuntukkan dalam Piagam Madinah. Mereka
memainkan peranan penting dalam ekspedisi-ekspedisi ketenteraan seperti perang
Badar, Uhud ,Khandak dan lain-lain.

Menyumbankan harta benda dan buah fikiran .

Sebagai penduduk tempatan , mereka turut menyumbangkan harta bena dan buah
fikiran dalam menjayakan perjuangan danperkembangan islam termasuk menyertai
peperangan jihad. Contoh Salman al Farisi mencadangkan pembinaan parit dalam
perang Khandak ( Ahzab ). Golongnan Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta
benda dalam menghadapi serangan musuh dalam siri –siri peperangan seperti Badar
Uhud, dan Khandak.

4
JPNK 2016

KESIMPULAN

Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin telah terlibat sepenuhnya dalam membantu
mempertahankan dan mengembangkan islam yang dibawa oleh Rasulullah.Mereka juga
merupakan gandingan mantap bagi memastikan kejayaan perjuangan Rasulullah di
Makkah dan Madinah
Walau bagaimanapun selepas kewafatan Rasulullah penglibatan golongan muhajirin
lebih terserlah apabila di kalangan merekalah dilantik khalifah-khalifah untuk memimpin
umat dan negara islam Madinah

Peringatan:

• Pelajar jawab peranan markah 9 shj max.


• Calon jawab muhajirin shj – 9 markah max
• Calon jawab ansar shj – 9 markah max
• Jika calon hanya nyatakan sahaja penglibatan di Mekah & Madinah tanpa penjelasan yg baik
dpt markah max 15 shj

2. Huraikan aktiviti ekonomi penduduk Melaka pada zaman pemerintahan kerajaan


Islam di Melaka. [ 20 markah ]

PENGENALAN

1. Masyarakat Melayu tradisional di Melaka melakukan pelbagai aktiviti ekonomi seperti


bercucuk tanam, menangkap ikan, menternak dan memburu. Pada peringkat awal
aktiviti ini dijalankan bagi keperluan sendiri atau ekonomi sara diri sahaja. Keadaan ini
mengalami perubahan apabila aktiviti ekonomi perdagangan mula bertapak di Melaka
maka bermula satu perubahan dalam aktiviti ekonomi penduduk di Melaka.
2. Melaka dibuka oleh Parameswara pada tahun 1401. Kedudukannya di Selat Melaka
membolehkan Melaka berperanan sebagai pusat perdagangan yang penting di Asia
Tenggara. Melaka mencapai kegemilangan di zaman pemerintahan Sultan Muzafar
Syah dan Sultan Alaudin Riayat Syah dan dibantu oleh Bendahara Tun Perak.
3. Melaka mempunyai pelabuhan yang strategik serta mempunyai pelbagai kemudahan
untuk menarik pedagang-pedagang dari luar khususnya dari China, Arab dan India.

5
JPNK 2016

AKTIVITI EKONOMI PENDUDUK MELAKA

1. Pertanian.
 Kegiatan pertanian di Melaka dilihat menerusi aktiviti penanaman padi, Fasal 20
dalam Undang-undang Melaka yang menyatakan wujudnya tanah perhumaan,
bendang, sawah dan lading.
 Kegiatan penanaman padi dikatakan mula wujud di Melaka dan Semenanjung
Tanah Melayu bermula dengan kemunculan kerajaan Melaka dan kemasukan orang
Minangkabau. Orang Melaka hanya mengeluarkan sedikit sahaja beras, bagi
menampung keperluan penduduknya, Melaka telah mengimport dari Siam,
Palembang dan Jawa.
 Di samping menjalankan aktiviti bersawah orang Melaka juga menjalankan aktiviti
berdusun. Ini diperjelaskan lagi oleh Tom Pires, beliau mengatakan Sultan Iskandar
serta seribu pengikutnya telah menebas hutan untuk menanam pokok dan membuat
dusun. Antara tanaman yang ditanam ialah tebu, pisang, nenas dan lain-lain.
2. Menangkap ikan dan hasil laut.
 Selain menjalankan aktiviti pertanian dan menjalankan aktiviti berdusun, orang-
orang Melaka juga menjalankan aktiviti menangkap ikan. Ikan merupakan sumber
protein yang khusus bagi orang Melayu. Raja Iskandar Syah serta pengikutnya
pernah dikatakan menjadi nelayan semasa berada di Muar bagi menampung
keperluan seharian.
 Kegiatan menangkap ikan ini dan memungut hasil laut juga dilakukan oleh orang
Laut sebelum pemerintahan Parameswara lagi. Kebanyakan orang Melaka
bergantung hidup denagn aktiviti penangkapan ikan. Mereka ke laut untuk
menangkap ikan dengan menggunakan perahu yang diperbuat daripada kayu bulat
yang ditebuk menjadi perahu.
3. Memburu.
 Penduduk Melaka juga menjalankan kegiatan berburu untuk menampung kehidupan
seharian. Kegiatan berburu merupakan aktiviti yang diwarisi malahan ianya
merupakan aktiviti Raja-raja Melayu Melaka.
 Kegiatan berburu juga dijalankan oleh rakyat biasa kerana mereka yang tidak
terlibat dengan aktiviti perdagangan mereka menumpukan perhatian terhadap
aktiviti sara diri termasuklah aktiviti berburu. Selain itu ia juga dijalankan sebagai
aktiviti sampingan untuk menambah pendapatan.

6
JPNK 2016

4. Menternak binatang.
 Kegiatan ekonomi sara diri yang dijalankan oleh penduduk di Melaka termasuklah
aktivti penternakan binatang secara kecil-kecilan. Antara binatang ternakan yang
diternak ketika itu ialah kambing, kerbau, lembu, ayam, itik dan sebagainya. Di
Melaka, dikatakan Bendahara Seri Maharaja membela kerbau dan ada
kemungkinan beliau juga membela binatang-binatang lain.

5. Memungut hasil hutan.


 Aktiviti memungut hasil hutan juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi sara diri
yang dilakukan oleh penduduk di Melaka. Antara hasil huatn yang dikutip ialah
rotan, damar dan getah jelutong. Kegiatan memungut hasil hutan memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat di Melaka ketika itu. Ini kerana
mereka banyak bergantung dengan persekitaran seperti sungai, hutan dan tanah
pertanian. Hasil pertanian ini mendapat permintaan yang baik dari pedagang luar.

6. Kegiatan perdagangan.
 Kegiatan perdagangan di Melaka merupakan warisan dan penerusan aktiviti
ekonomi masyarakat peribumi yang dijalankan semasa zaman awal kerajaan
Melayu Langkasuka dan Srivijaya.
 Kegiatan perdagangan masyarakat Melaka dijalankan secara kecil-kecilan dan
besar-besaran. Secara kecil-kecilan melibatkan rakyat biasa yang berjaja di pasar-
pasar dan ada yang guna perahu kecil. Bagi golongan pembesar kegiatan
perdagangan diwakilkan kapada kiwi untuk berurus niaga pihaknya. Aktiviti
perdagangan besar-besaran melibatkan urusniaga dengan perdagangan luar.
7. Pertukangan dan kraftangan.
 Pertukangan kayu dihasilkan seperti pembinaan perahu, rumah dan istana.
Pertukangan besi melibatkan penciptaan senjata. Kraftangan seperti bubu dan tikar
mengkuang yang berasaskan rotan, buluh dan kayu.

KESIMPULAN

7
JPNK 2016

Terdapat pelbagai aktiviti ekonomi masyarakat Melayu Melaka seperti memburu, pertanian,
pertukangan, mencari hasil hutan, menangkap ikan dan perdagangan. Kebanyakan aktiviti
tersebut adalah bersifat tradisional dan kurang maju. Kegiatan masyarakat Melayu semakin
maju selepas pembentukan Kerajaan Melaka dan penyebaran agama Islam pada abad ke 15M.

Peringatan :

• Hanya aktiviti ekonomi sahaja diperlukan untuk jawapan soalan ini


• Jika isi pertama adalah perdagangan – wajib diceritakan sebagai warisan untuk
dapat markah maksima. Jika tidak nyatakan sebagai warisan markah maksima
keseluruhan esei ialah 11 markah sahaja.

3. Idea-idea al-Ghazali telah berjaya mengklasifikasikan semula pelbagai ilmu


falsafah. Huraikan. [ 20 markah ]

Pendahuluan

1. Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad al-Thusi al-Imam Abu
Hamid al-Ghazali. Dilahirkan di desa Ghazalah, pinggir kota Thus, timur laut Iran.
Gelaran al-Ghazali bersempena kerjaya bapanya sebagai pemintal bulu kambing (al-
Ghazzal). Pendapat lain mengatakan gelaran itu diambil sempena nama kampong
kelahirannya, Ghazalah.
2. Imam al-Ghazali pernah memegang jawatan pengetua di Madrasah Nizamiyah,
Baghdad selama 5 tahun (1091-1095M). Di universiti tersebut, beliau memberi kuliah
dalam bidang hukum dan teologi.
3. Dalam dunia Islam, al-Ghazali mendapat gelaran Hujjatul Islam (pembela Islam) kerana
kepetahan beliau berhujah membela Islam dan umatnya.
4. Sebagai individu yang tekun menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan, beliau telah
berjaya mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian iaitu
matematik, mantiq, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak.

Isi-isi penting

1. Matematik

- Menurut Imam al-Ghazali, matematik berkaitan dengan ilmu hisab dan kejuruteraan
serta tidak berkaitan dengan perbahasan daripada sudut agama.

- Baginya, ilmu matematik yang dibina di atas pembuktan yang tidak ada alasan untuk
menentang setelah memahami dan mengerti serta tidak berkaitan dengan agama.

- Umpamanya, Islam tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasil
pembuktiaan fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami. Cuma ilmu

8
JPNK 2016

tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan kritikal, antaranya ilmu matematik


terlalu mementingkan logik sehingga boleh menyebabkan timbul persoalan yang
berkaitan dengan ketuhanan, khususnya mengenai perkara yang tidak dapat
dihuraikan oleh akal fikiran

2. Mantiq
- Mantiq ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai agen
penyusun hujah-hujah yang dikemukakan.
- Ilmu mantiq atau ilmu logik yang membincangkan tentang dalil, syarat dan kalimah
ungkapan yang digunakan termasuk yang boleh dipelajari walaupun menimbulkan
bahaya seperti dalam ilmu pasti.
- Ilmu ini tidak ada pertalian langsung dengan syariah sama ada dalam hal menafikan
atau menetapkannya.
- Ilmu ini adalah ilmu untuk meneliti cara berdalil, syarat untuk mukadimah, syarat suatu
batasan yang benar dan cara bagaimana menyusun suatu batasan dan lain-lain.
- Contoh karya Imam al-Ghazali dalam ilmu mantiq ialah Mahakun Nadzar dan
Mi’yarul limi.

3. Fizik
- Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang-bintang, air, udara dan
seluruhnya.
- Dalam ilmu ini, sebahagiannya membincangkan tentang sifat sesuatu benda dan ciri-
cirinya serta terjadinya sesuatu perubahan.
- Sebahagian lain ilmu fizik pula membincangkan tentang hubungan beberapa sebab dan
akibat.
- Menurut Imam al-Ghazali, alam ini tunduk kepada kehendak Allah s.w.t., Tuhan
yang mengawasi seluruh alam ini.

4. Ilmu ketuhanan
- Ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek ketuhanan daripada perspektif akal dan
didasari perbincangan mantiq dan logik. Ilmu ini menurut Imam al-Ghazali tersimpang
daripada falsafah ketuhanan yang sebenar. Ilmu ketuhanan iaitu ilmu yang
membincangkan tentang zat Allah s.b.t. Dalam hal ini banyak terjadi kesalahan di
kalangan ahli falsafah dan orang ingin mencari kebenaran.

- Mereka tidak mampu untuk memberikan bukti masalah ketuhanan dengan apa yang
ditetapkan oleh ilmu logik.
- Kesalahan utama ahli falsafah ada dua puluh masalah. Tiga daripada masalah tersebut
wajib dikafirkan penganutnya sedangkan tujuh belas masalah lain hanya sampai
keperingkat bidaah yang menyesatkan (bida’ah dhalalah)

- Untuk mengungkapkan kesalahan pemikiran ahli falsafah berkaitan masalah tersebut,


Imam al- Ghazali telah menyusun kitab Tahafat al-Falasifah.

5. Siasah

9
JPNK 2016

- Siasah menurut Imam al-Ghazali adalah perkara yang bekaitan dengan unsur-unsur
keduniaan yang membantu manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.

- Siasah iaitu ilmu yang disusun untuk kemaslahatan duniawi dan mendidik jiwa serta
moral.

- Sumber ilmu diambil dari kitab-kitab Allah s.b.t., ketentuan para nabi, wali dan ahli
tasawuf.

- Beliau mempelajari ilmu siasah daripada gurunya, Imam Juwaini yang pernah menjadi
imam di masjidil al-Haram di Makkah dan masjid al-Nabawi di Madinah.

- Antara karya dalam bidang siasah boleh dikategorikan kepada dua aspek. Satu adalah
tentang teori Kenegaraan dan satu lagi ialah teori pemerintahan Al-Munqiz Minad Dhalal
dan Mustazh-hiri.
- Dalam buku-bukunya, beliau telah membincangkan aspek kepimpinan bagi sebuah
Negara Islam.

- Selain itu, beliau mencadangkan cara untuk memnbaiki urusan politik. Langkah pertama
ialah untuk memberikan pengertian permasalahan, kedua ialah menasihati pemmpin,
ketiga ialah menegur dengan bahasa yang keras dan akhir sekali ialah mencegah
dengan kekerasan.

6. Akhlak

- Akhlak merupakan ilmu yang berkaitan cara seseorang menjalani kehidupan seharian
dengan sikap dan peribadi yang mulia.

- Menurut imam al-Ghazali, bidang-bidang ini kadang kala selari dengan agama dan
kadang kala sebaliknya. Islamm tidak melarang umatnya mempelajari ilmu-ilmu
berkenaan sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudharatan

Kesimpulan

- Sebagai individu yang tekun menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan, beliau telah
berjaya mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian iaitu
matematik, mantiq, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak.
- Gelaran hujjatul Islam yang diberikan kepada Imam al-Ghazali sememangnya amat
tepat berdasarkan keberanian ilmiahnya untuk mengingkari kemaksuman falsafah di
samping memiliki ketinggian akal fikiran.

10
JPNK 2016

4. Bincangkan pengaruh Islam terhadap senibina di India pada abad ke 16 masihi.

[20 markah]

Pengenalan

- Perkembagan tamadun islam tidak dapat lari daripada keagungan seninya termasuklah
seni ukiran,khat,binaan dan sebagainya. Perkembangan seni bina islam selari
dengan pencapaian seni khat,ukir,sains dan teknologi serta seni lukis. Kesemuanya
saling melengkapi antara satu sama lain dan akhirnya menghasilkan satu binaan yang
dikagumi.
- Pengaruh Islam dalam senibina merupakan hasil usaha serta kreativiti orang Islam
untuk memenuhi keperluan jasmani dan rohani. Pada abad ke 16 masihi, zaman
kekuasaan kerajaan Mughul di India memperlihatkan perkembangan seni bina yang
menggabungkan seni bina Islam dengan seni bina tempatan dan Parsi. Pengaruh Islam
dalam senibina terdapat pada istana, kubah pada masjid, kota dan kubur.
Isi
1. Pengaruh Islam dalam pembinaan istana
Pengaruh Islam dalam senibina di India dapat dilihat dalam pembinaan istana. Dalam
proses pembinaan istana oleh kerajaan Islam di India pada abad ke 16 M yang
mementingkan kemudahan bercirikan Islam dalam kompleks istana yang mengandungi
istana, pusat pentadbiran dan perbendaharaan, bangunan sekolah, kawasan
permainan, masjid, gerbang, tempat persinggahan musafir, dewan, rumah-rumah
pekerja, hospital dan bilik rekod.
Kesenian Islam dalam istana lebih bercirikan kemudahan untuk umat Islam dalam
mengerjakan ibadat dan keilmuan disamping kemudahan kepada para pekerja dan
penghuninya. Contohnya, kompleks Fatehpur Sikri, iaitu sebuah bandar yang didirikan
oleh Akbar pada pertengahan abad ke-16 M dan kubu Kota Agra yang mengandungi
pelbagai kemudahan termasuk masjid dan istana.

2. Pengaruh Islam terhadap senibina berbentuk kubah


Pengaruh Islam dalam senibina di India dapat dilihat dengan pembinaan kubah untuk
masjid yang terdapat pada abad ke 16 M. Senibina kubah diambil dan diadaptasi dari
negara Arab zaman para Rasul dan Nabi-nabi. Pada Abad ke 16 M di India, bentuk
kubah dengan corak bawang merupakan unsur penting dalam pembinaan masjid dan
istana. Contoh kubah yang terpenting ialah Masjid Jama Delhi dengan dua menara, tiga
pintu gerbang, tiga kubah kecil, ruang solat terbuka, lantai marmar dan batu merah,
kolam takungan air dan dihiasi kaligrafi al-Quran khasnya pada mimbar di mihrab.
Dalam pembinaan Taj Mahal yang di bina oleh Shah Jahan bagi memperingati isterinya.
Taj Mahal telah dibina kubah dengan menggunakan batu berwarna warni dengan

11
JPNK 2016

kehalusan kesenian Islam dalam membentuk kubah. Pembinaan Taj Mahal berasaskan
campuran senibina Parsi, Turki, India dan Islam

3. Pengaruh Islam dalam corak hiasan yang Islamik


Senibina India menerima pengaruh Islam apabila para arkitek mengukir kaligrafi ayat-
ayat suci Al-Quran di dalam kesenian senibina terutamanya di istana dan masjid.
Disamping itu motif hiasan dalaman berasaskan unsur geometri dengan unsur alam
seperti bunga dan tumbuh-tumbuhan. Contohnya Al Quran menjadi hiasan utama Taj
Mahal dengan huruf khat thuluth yang merupakan ukiran utama yang terdapat pada
dinding-dinding Taj Mahal. Jurukhat bernama Amanat Khan telah dibawa dari Parsi.
Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91, Surah 112, Surah 89, Surah 93,
Surah 95, Surah 94, Surah 36, Surah 81, Surah 82, Surah 84, Surah 98, Surah 67,
Surah 48, Surah 77 dan Surah 39. Ini membuktikan pengaruh Islam terhadap senibina di
India amat ketara dalam menghias bangunan.

4. Pengaruh Islam dalam senibina kubur


Pembinaan kubur juga menerima pengaruh Islam dalam senibina di India abad ke 16
masihi. Dalam pembinaan makam diraja di India mengandungi kubah, mihrab, ukiran
ayat-ayat al-Quran dan kedudukan makam mengarah ke kiblat. Contohnya Taj Mahal
dengan cinta suami terhadap isteri dan Makam Humayun dengan cinta isteri terhadap
suami.

5. Pengaruh Islam dalam senibina taman


Dalam pembinan taman di India pada abad ke 16 masihi berkonsepkan Islam apabila
dibina sebuah kolam air marmar dengan diberi nama al-khawd al-khawthar yang
merujuk kepada “Telaga Al-Khausar” di syurga yang dikhabarkan oleh nabi Muhammad.
Di sekeliling taman dihiasi dengan pokok-pokok dan juga pancuran air. Taman Parsi ini
adalah simbolik kepada empat sungai yang mengalir di syurga (Jannah) dan
mengilustrasikan taman-taman syurga. Taman ini dapat di lihat di sekitar Taj Mahal.

Kesimpulan.

- Seni bina yang terdapat pada zaman kerajaan Mughal pada abad ke 16 Masihi banyak
mengadunkan seni bina tempatan dan Parsi yang mementingkan keindahan. Kewujudan
seni bina tersebut membuktikan bahawa agama Islam tidak menolak bidang kesenian.
Malah ia merupakan keagungan sesebuah kerajaan Islam. Ini kerana melalui senibina
dapatlah dilihat betapa halusnya seni dan pandangan pemerintah dalam mengadaptasi
corak keislaman dalam pembinaan bangunan dan sebagainya.

Peringatan:
• Jika jawapan adalah ciri senibina India = markah maksima ialah 9 sahaja

12
JPNK 2016

5. Bincangkan faktor – faktor pembentukan Negara bangsa Turki Uthmaniyyah pada


abad ke -20. [ 20 markah ]

A. Pengenalan.
a. Konsep ` Negara Bangsa’ ialah sebuah Negara yang berdaulat dan bebas dengan
penduduknya yang mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama
berasaskan bahasa, adat dan tradisi yang sama mempunyai pemerintah tersendiri ,
sempadan wilayah, dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri.
b. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Negara bangsa Turki Uthmaniyah pada
abad ke-20 ialah faktor kekalahan Turki dalam Perang Dunia Pertama, Pembentukan
kerajaan, Sekularisme dan faktor perundangan.

B. ISI
a. Kekalahan dalam Perang Dunia Pertama.
Pembentukan Negara bangsa Turki semakin ketara setelah Turki tewas dalam Perang
Dunia Pertama. Pada peringkat awalnya, Mustafa Kamal Attarturt melancarkan
penentangan terhadap campur tangan kuasa asing di Turki, kemudiannya perjuangan
Mustafa Kamal Attarturt berubah menjadi penentangan terhadap khalifah Uthmaniyyah.
Akhirnya,Mustafa Kamal Attarturt berjaya menghapuskan sistem khalifah dan Turki
menjadi sebuah negara bangsa tersendiri,terpisah daripada wilayah- wilayah dulu yang
merupakan kesatuan ` Khilafah Islamiah’. Pada tahun 1923 Turki dipanggil sebagai
Republik Turki
b. Pembentukan kerajaan.
Sejak Perang Dunia Pertama telah berlaku perubahan dalam struktur kerajaan
Uthmaniyyah.Perubahan ini memberi kesan kepada pembentukan Negara bangsa.
Sentimen kebangsaan nasionalisme bertambah kuat dengan lahirnya Pan Turkisme dan
Pan Arabisme. Selepas menguasai Istanbul, British cuba mencari pengaruh politik
dalam kerajaan Uthmaniyah. Campurtangan British dalam pentadbiran menyebabkan
berlaku ketidakstabilan politikdi Turki. Situasi ini dimanfaatkan oleh Mustafa Kemal
Attaturk untuk membentuk dan memimpin Dewan Perwakilan Nasional Turki. Beliau
menjadikan Ankara sebagai pusat aktiviti politiknya. Situasi ini telah menyebabkan
wujud dua bentuk pemerintahan di Turki iaitu pemerintahan Khilafah di Istanbul dan
pemerintahan Dewan Perwakilan Nasional yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Attaturt di
Ankara. Pada tahun 1963 , Dewan Perwakilan Nasional mengisytiharkan terbentuknya

13
JPNK 2016

Negara Republik Turki dan Mustafa Kamal Attaturk dilantik sebagai Presiden pertama.
Mustafa Kamal Attaturk memindahkan pusat pemerintahan dari Istanbul ke Ankara.
Mustafa Kamal Attaturt memecat Sultan Abdul Majid II ( Khalifah Uthmaniyyah) dengan
membubarkan sistem khilafah dan menghapuskan pengaruh Islam dari negara Turki.
Pemecatan Sultan Abdul Majid II menandakan berakhirnya Daulah Islamiah dan
digantikan dengan Daulah Republik Berpelembagaan yang demokratik dan sekular yang
dipimpin oleh Mustafa Kamal Attaturt.
c. Sekularisme.
Mustafa Kamal Attaturk melaksanakan pelbagai perubahan bagi melahirkan generasi
bangsa Turki moden dan mengikut model barat. Perubahan melibatkan pembangunan
sosial dan politik dalam usaha membentuk identiti kebangsaan yang baharu. Norma
hidup masyarakat yang baharu dan moden yang cuba diterapkan oleh kerajaan.
Republik Turki menerbitkan beberapa prinsip Kamalisme yang menjadi ideologi negara
Turki moden iaitu republikasme,sekularisme,nasionalisme, revolusionisme dan
modenisme. Sekularisme menjadi prinsip paling utama dalam proses pemodenan Turki
dan seterusnya melemahkan pengaruh Islam. Bagi Mustafa Kamal Attaturk, untuk
mencapai tahap bangsa bertamadun ,Turki perlu mengikut acuan Barat. Sebuah
jawatankuasa dibentuk di Fakulti Teologi di Universiti Istanbul untuk memodenisasikan
Islam.
d. Perundangan.
Mustafa Kamal Attaturk memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan digantikan
dengan badan kehakiman Sivil Turki yang mengikut acuan Barat. Pelaksanaan undang-
undang sivil ini bertentangan dengan undang-undang Syariah.. Bagi membentuk
generasi Turki sekular, undang-undang pendidikan negara diselaraskan. Pada
tahun1964, sistem pendidikan sekular telah dijadikan dasar utama di semua peringkat
pengajian. Pada tahun 1925, semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tarekat
dan amalan sufi dimansuhkan.

C. KESIMPULAN.
i. Mustafa Kamal Attaturk merupakan seorang pemimpin yang bertanggungjawab
membubarkan dan menamatkan sistem pemerintahan khalifah dan daulah Islamiah
dalam kerajaan Turki. Mustafa Kamal Attaturt juga merupakan seorang pemimpin
sekular yang berjaya membentuk negara bangsa Turki dan mengubahkan landskap
politik, ekonomi dan sosial rakyat Turki mengikut acuan barat.

14
JPNK 2016

6. Sejauhmanakah pengaruh Perang Dunia Pertama dalam gerakan nasionalisme di


Mesir. [20 markah ]

Pengenalan

• Nasionalisme dikaitkan dengan perasaan cinta terhadap bangsa dan negara serta
ingin membebaskan diri daripada penjajahan .
• Nasionalisme Mesir muncul apabila Perancis dan British (1882-1918) menguasai
negara ini walaupun negara ini berada di bawah naungan Turki di bawah pimpinan
khadef
• Perang Dunia Pertama memainkan peranan penting sebagai pencetus kebangkitan
semangat nasionalisme .

Isi

1. Pengaruh Perang Dunia Pertama


• Perang ini meletus di antara Jerman, Austria-Hungary (Triple Alliance/Perikatan Tiga
Kuasa) dengan British, Rusia dan Perancis (Triple Ententes/Pakatan Tiga Kuasa).
Mesir dipimpin Abbas II bertindak menyebelahi Turki atas dasar naungan dan
Persaudaraan Islam / Pan Islamisme.Abbas dipecat dan digantikan dengan Amir
Hussin. Mesir diistiharkan naungan British.
• Rakyat Mesir dieksploitasi menjadi sukarelawan Palang Merah dan hamba tentera di
Gallipoli,Palestine dan Perancis. Kehadiran tentera British dan Amerika di bumi
Mesir juga tidak disenangi dan menimbulkan kesedaran masyarakat bahawa mereka
perlu bebas daripada kuasa asing.
• Semasa Persidangan Damai Paris Saad Zaghloul melalui perwakilan yang dikenali
Wafd telah mendesak British agar memberikan kemerdekaan kepada Mesir. British
menolak dan saad dibuang negeri.
• Kesannya penentangan rakyat memuncak dan mencetuskan Revolusi Mesir
tahun1919. Sebanyak 800 penduduk terbunuh kampung dibakar,bangunan dan
kelengkapan British dimusnahkan.
• Suruhanjaya Milner telah dibentuk dan keputusannya British bersetuju Mesir
diberikan kemerdekaan pada 22 .2.22.
• Jelaslah Perang Dunia Pertama merupakan kemuncak kepada kebangkitan
nasionalosme di Mesir , namun faktor-faktor lain turut membantu, antaranya ialah
2. Pendidikan
• Pendidikan Mesir terbahagi dua iaitu pendidikan tradisional yang fokus kepada
keagamaan dan pendidikan moden yang diperkenalkan oleh Perancis bersifat
sekular. Muhammad Ali Pasha dan Muhammad Abduh telah melakukan
pembaharuan dalam pendidikan di Mesir . Kedua-dua sistem ini berperanan
menyedarkan rakyat.
• British yang memerintah Mesir pada peringkat awal tidak serius memajukan sistem
pendidikan di negara ini.British hanya memerlukan rakyat Mesir mengisi jawatan

15
JPNK 2016

rendah sahaja. Tambahan pula jawatan-jawatan penting dikongkong oleh golongan


bangsawan.Situasi ini membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat.
3. Tentera
• Kolonel Ahmad Urabi berketurunan Fellahin yang dipengaruhi gerakan Islah dan
tidak puas hati terhadap tindakan Turki mengurangkan tentera Mesir daripada
94,000 (1874) kepada 36,000 (1879) akibat kemelesetan telah melakukan
pemberontakan atau Revolusi Urabi menuntut kemerdekaan dan menentang kuasa
asing di Mesir terutama British dan Turki.
• Beliau telah memasuki Kaherah dan menyingkirkan jeneral-jeneral berbangsa Turki .
Pada 11 Jun 1882 berlaku rusuhan di Iskandariah menyebabkan kematian 50
bangsa Eropah
4. Media Massa dan Wartawan
• Akhbar-akhbar turut memainkan sentiment nasionalisma. Contohnya akhbar al Liwa,
yang diterbitkan oleh Mustafa Kamil dan akhbar Salafiya yang diterbitkan oleh
Rasyid Rida
• Malak Hifni Nasif seorang penulis wanita pula turut memainkan sentiment imasipasi
wanita dan pendidikan
• Media massa dan wartawan telah memberikan maklumat dan pendedahan kepada
rakyat.
5. Bahasa dan Kesusasteraan
• Rasyid Rida memperjuangkan agar Bahasa Arab Mesir dijadikan bahasa rasmi
menggantikan Bahasa Perancis dan Inggeris
• Ahmad Shawqi dan Hafiz Ibrahim melalui puisi telah mengabadikan kematian
Boutrus Ghali yang dibunuh kerana enggan bekerjasama dengan British.
• Perkembangan Bahasa Arab Mesir sebagai alat penghubung dan sentuhan karya-
karya sastera telah berjaya membangkitkan kesedaran rakyat.
6. Golongan intelektual
• Intlektual samada yang berpendidikan Barat dan Islam turut menyemarakkan
kebangkitan rakyat. Contoh Mustafa Kamil Pasha yang berpendidikan Barat
menuntut agar diwujudkan kerajaan berparlimen di Mesir.
• Rasyid Rida pula membangkitkan kesedaran terhadap rakyat melalui penyesuaian
ilmu moden dengan Islam.
• Intlektual kalangan tentera berketurunan Fellahin turut menentang British dan
pemerintahan Khadef yang bersekongkol dengan penjajah.
7. Kepincangan Penjajah dan Kerajaan
• Masyarakat tidak puas hati terhadap pemerintah yang lemah, korup,mengutamakan
golongan bangsawan dan menurut kehendak penjajah.
• British turut membawa masuk pendatang asing seperti orang Greek,Yahudi dan
Armenia pada tahun 1840-an hanya 10,000 telah meningkat kepada 90,000 orang
pada tahun 1880-an
• Pentadbiran British pula hanya ingin mengaut kekayaan ekonomi Mesir dan
mengabaikan kebajikan,pendidikan dan ekonomi penduduk tempatan. Majoriti
masyarakat Mesir buta huruf, miskin dan melarat.

16
JPNK 2016

• Rakyat mula menyedari penjajah perlu diusir demi masa depan mereka.
8. Agama
• Pembaratan Mesir dan kemunculan fahamn skular menyebabkan mencul golongan
agama yang membangkitkan kesedaran terhadap rakyat bahawa Mesir dalam
bahaya seandainya tiada usaha untuk kembali kepada Quran dan sunnah.
• Hassan al Bana muncul membangkitkan kesedaran terhadap rakyat supaya kembali
kepada Quran dan sunnah , beliau seterusnya telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin
tahun 1928.
9. Pengaruh Luar
• Penjajahan Perancis dan British telah mengubah ilmu, pemikiran dan pandangan
rakyat Mesir. Situasi ini telah mempercepatkan kesedaran kebangsaan dalam
kalangan rakyat
• Pelajar-pelajar Mesir yang menuntut di Eropah turut menjadi pencetus kesedaran
tersebut apabila mereka melihat kepincangan yang berlaku dalam negara. Mereka
juga turut membawa fahaman demokrasi, hak dan kebebasan.

Kesimpulan

• Perang Dunia Pertama memainkan peranan penting dalam membangkitkan


semangat nasionalisme di Mesir sehingga membawa kepada kemerdekaan di
samping itu faktor-faktor lain turut bersama membantu dalam membangkitkan
semangat nasionalisme dalam negara tersebut.

Peringatan :

• Isi yang ada pada soalan wajib menjadi isi pertama


• Isi pertama, jika dihuraikan secara detail dan jelas, isi lain hanya perlu satu sahaja
untuk menjawab subjek soalan dan markahnya cemerlang tinggi 18 markah ke atas

17

Anda mungkin juga menyukai