Anda di halaman 1dari 4

NURUL SYUHADA BT MD SAFAR

MAIZATUL NAJWA BT ABU BAKAR


SITI FARHANAH BT MOHD NASRI
LATIHAN 1: MASYARAKAT ARAB JAHILIAH
SOALAN: Sejauhmanakah Masyarakat Arab Jahiliah dianggap masyarakat tidak
bertamadun?
Masyarakat di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam disebut sebagai masyarakat jahiliah.
Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud bodoh atau sesat. Zaman
jahiliyah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba kira-kira 300 tahun (3 abad) sebelum
kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan berakhir apabila turunnya wahyu al Quran kepada
Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 610 M. Zaman ini memperlihatkan segelintir
masyarakatnya hidup tanpa berlandaskan undang-undang dan segelintir masyarakatnya tidak
mempunyai agama yang sebenar di sisi Allah s.w.t.. Terdapat faktor masyarakat Arab
Jahiliah dianggap tidak bertamadun.
Akidah kepercayaan yang sesat merupakan faktor masyarakat jahiliah dianggap
Masyarakat tidak bertamadun. Zaman jahiliyah dianggap zaman yang mengalami keruntuhan
dari segi agama dan kesesatan dalam beragama di Semenanjung Arab. Masyarakat Arab
pada era zaman jahiliyah dikatakan hilang pedoman dan dilanda kejahilan dalam beragama.
Tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung Arab kerana hubungan masyarakatnya dengan
dunia luar menerusi hubungan perdagangan. Contohnya, Orang Parsi berusaha untuk
menyebarkan agama Majusi, manakala orang Rom berusaha menyebarkan agama Nasrani
yang diselewengkan di kalangan masyarakat pesisiran pantai Semenanjung Arab. Terdapat
juga yang menganut agama Yahudi yang juga telah diselewengkan oleh pendeta agama
mereka . Manakala orang Arab di bahagian tengah Semenanjung Arab berpegang teguh
dengan agama nenek moyang mereka, iaitu agama menyembah berhala.(Agama Wathani).
Terdapat juga kepercayaan animisme dan tahyul diamalkan. Jelaslah, akidah kepercayaan
yang sesat menyebabkan masyarakat Arab Jahiliah dianggap tidak bertamadun.

Selain itu, Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk juga
merupakan sebab masyarakat arab jahiliah tidak bertamadun. Pada zaman Jahiliyah,
masyarakatnya tidak mempunyai pemimpin agama yang boleh membimbing mereka
mengenal agama yang benar dan hidup bersyariat yang baik. Tidak ada nabi dan rasul
yang menyeru mereka ke arah agama yang benar dan menyampaikan ajaran Allah (swt).
Berbeza dengan zaman sebelum runtuhnya empangan Maarib di mana terdapatnya beberapa
orang nabi dan rasul yang menyeru masyarakat Arab ke arah agama Allah (swt). Masyarakat
arab jahiliyah juga tidak menggunakan kitab-kitab suci asal yang diturunkan kepada nabinabi sebelum mereka sebagai panduan dan rujukan daripada kesesatan. Malah mereka
menjadi pengikut memesongkan isi kitab suci terdahulu untuk kepentingan puak-puak
masing-masing. Seperti kaum Yahudi yang mengubah isi kandungan kitab Taurat dan
mengingkari ayat-ayat Allah s.w.t.. Jelaslah, masyarakat jahiliah yang tidak mempunyai
pegangan agama dan kepercayaan yang sebenar di sisi Allah sw.t. menyebabkan mereka terus
berada dalam kesesatan.
Masyarakat Arab jahiliah yang mempunyai moral dan akhlak yang sangat rendah juga
merupakan sebab masyarakat arab jahiliah dianggap tidak bertamadun.Sebagai contoh,
Kedudukan wanita di dalam masyarakat Arab Jahiliah sangat rendah dan hina. Mereka malu
sekiranya mendapat anak perempuan. Hal ini jelas disebutkan dalam al-Quran, Surah al-Nahl.
Kedudukan wanita yang dipandang rendah menyebabkan timbulnya amalan membunuh anak
perempuan sebaik sahaja dilahirkan. Sesetengahnya ditanam hidup-hidup.Kaum wanita
biasanya dijadikan sebagai alat untuk memuaskan nafsu lelaki. Jelaslah, hal ini terjadi kerana
mereka tiada pegangan agama yang sebenar yang dapat memimpin mereka ke jalan yang
betul.
Seterusnya, faktor masyarakat arab jahiliah dianggap tidak bertamadun ialah kekurangan
Ilmu pengetahuan. orang arab yang tahu membaca dan menulis sangat sedikit dan tiada
tradisi penyebaran ilmu dan pendidikan dalam masyarakat Arab jahiliyah. Masyarakatnya
hidup dalam keadaan buta huruf. Penyebaran ilmu pengetahuan berlaku di kawasan pinggir

iaitu Selatan dan Barat Semenanjung Tanah Arab kerana adanya hubungan perdagangan
dengan dunia luar. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak dipraktis dengan sepenuhnya.
Ilmu pengetahuan tidak diwarisi kepada generasi baru juga. Hal ini menyebabkan orang Arab
tidak berupaya membina semula Empangan Maarib yang telah runtuh. Dikatakan hampir
semua orang Arab buta huruf. Buktinya, sejarah telah melaporkan bahawa pada zaman
jahiliah , hanya 17 orang Arab sahaja yang tahu membaca dan menulis. Jelaslah, sebelum
kedatangan islam, keadaan masyarakat Arab berada dalam kekufuran dan kejahilan dalam
ilmu pengetahuan
Sistem pemerintahan yang tidak sistematik juga merupakan sebab masyarakat arab
jahiliah dianggap tidak bertamadun. Tidak terdapat satu bentuk kerajaan yang teratur dan
mempunyai sistem pemerintahan yang kukuh. Keseluruhan Semenanjung Arab dikuasai oleh
suku atau puak-puak Arab yang berpecah mengikut sistem kabilah. Sistem politik Arab
Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah, keturunan yang
memerintah atau kuasa asing yang menjajah. Di bahagian Utara Semenanjung Tanah Arab,
sistem politiknya berbentuk negara naungan. Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom
manakala Hirah adalah naungan Parsi. Orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik
berkabilah. Sistem ini adalah berbentuk primitif di mana peraturan yang diwujudkan
hanyalah untuk kabilah mereka sendiri. Ketua kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang
bertanggungjawab terhadap kabilah. Segala peraturan perlu dipatuhi, jika tidak mereka boleh
disingkirkan dari kabilah tersebut dan mereka perlu memasuki kabilah yang lain. Tegasnya,
ketidakstabilan politik dan pentadbiran menyebabkan penjajahan besar seperti Rom dan
Parsi di Tanah Arab.
Kesimpulannya, masyarakat zaman jahiliah menjalani kehidupan yang jauh terpesong
dari norma hidup yang sebenar. Namun, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kedatangan
Islam ke Tanah Arab dilihat sebagai titik perubahan yang membawa fasa baru perkembangan
tamadun dan agama di Tanah Arab, malah baginda turut membawa perubahan positif dalam
sistem dan struktur masyarakat Arab jahiliah di Tanah Arab pada zaman tersebut.

Anda mungkin juga menyukai