Anda di halaman 1dari 61

TUGASAN BERKUMPULAN

MPU3113 – HUBUNGAN ETNIK

2021

KAJIAN ETNIK BAJAU DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR NOMBOR PELAJAR

MUHAMMAD ZAMEER HAKIM BIN MOHD AZMAN DBS200926175 / 10575321

EIZAM BEN JETTEY DBS200926197 / 10575343

NIK ANIS AQILAH BINTI ZAKPAR DBS200926100 / 10575246

NUR AINI MASHITAH BINTI MOHD YUNUS DBS200926131 / 10575277

KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA KESENIAN (KEPUJIAN) DALAM BIDANG


PERAKAUNAN DAN KEWANGAN DENGAN KERJASAMA DUBLIN BUSINESS SCHOOL

NAMA PENSYARAH:

PUAN NORIZA BINTI IBRAHIM

TARIKH HANTAR:

9 JULAI 2021
ISI KANDUNGAN

No. TAJUK MUKA SURAT


1.0 Objektif Kajian 1
2.0 Latar Belakang Kajian 2
3.0 Permasalahan Kajian 3
4.0 Pengenalan: 4–5
4.1 Komposisi Etnik 6-7
4.2 Sejarah Etnik Bajau 8–9
4.3 Tahap Pendidikan 10 – 11
4.4 Kegiatan Ekonomi Etnik 12 – 16
4.5 Interaksi Antara Etnik 17 – 18
4.6 Budaya dan Adat Resam Etnik Bajau 19 – 32
4.7 Tarian Tradisional Etnik Bajau 33 – 34
4.8 Makanan Tradisional 35 – 36
4.9 Pakaian Tradisional 37
4.10 Permainan Tradisional 38 – 39
4.11 Seni Bina 40 – 41
4.12 Agama Etnik Bajau 42 – 43
4.13 Bahasa 44 – 45

5.0 Cadangan 46
6.0 Kesimpulan 47
PENGHARGAAN
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat kami
siapkan kajian mengenai etnik Bajau ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada alma meter kami, Kolej Poly – Tech MARA (KPTM)
Bangi kerana memberikan kami peluang untuk menghasilkan satu laporan kajian berkenaan
etnik Bajau.

Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek Hubungan
Etnik kami, Puan Noriza Binti Ibrahim yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta
penerangan yang sempurna dari awal tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses
menyiapkan tugasan ini. Kami turut berterima kasih kepada Puan Noriza Binti Ibrahim kerana
member kepercayaan kepada kumpulan kami dalam menjayakan tugasan yang diberikan oleh
beliau.

Tidak lupa juga kami ucapakan jutaan terima kasih kepada para responden kami, yang
sudi meluangkan sedikit masa mereka bagi menjawab soalan – soalan yang diajukan dalam
borang selidik kami, menerusi platfrom Google Form. Malah, tidak lupa juga kepada ibu bapa
kami yang banyak memberikan sokongan dan dorongan sama ada secara langsung ataupun
tidak langsung dalam penghasilan laporan kajian ini. Seterusnya, ribuan terima kasih kami
ucapkan kepada rakan – rakan sekelas dan seperjuangan kami, yang bertungkus lumus
menyiapkan tugasan ini dan juga bertukar – tukar pendapat dalam membantu kami
menyiapkan laporan kajian ini.

Akhir sekali, kami menaruh harapan yang amat tinggi agar segala tugasan yang kami
hasilkan, dapat memberi manfaat dan menambahkan ilmu pengetahuan kepada sesiapa yang
membaca hasil kajian kami.
1.0 OBJEKTIF KAJIAN
Secara khasnya kajian ini dilakukan untuk memberikan penghayatan yang kukuh terhadap
individu tentang kehebatan dan keunikan dalam kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia.
Kajian ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kesepaduan yang tinggi dalam diri setiap
individu di Malaysia. Oleh itu, secara khususnya kajian ini dilakukan untuk:

1. Mengetahui tentang kepelbagaian etnik di Malaysia khususnya etnik Bajau.


2. Mengenali dan memahami mengenai etnik Bajau Pantai Barat dan Pantai Timur
Sabah di Malaysia.
3. Menambahkan dan memperluaskan lagi ilmu pengetahuan mengenai sejarah asal -
usul dan latar belakang etnik Bajau di Malaysia.
4. Mengetahui tentang kehidupan etnik Bajau dari segi pendidikan, ekonomi serta
peradaban dan kebudayaan mereka.
5. Memperlihatkan dan memperkenalkan dengan lebih dalam mengenai adat resam dan
kebudayaan etnik Bajau di Malaysia.
6. Mengenalpasti tentang kebudayaan tradisional etnik Bajau di Malaysia dari segi tarian,
makanan, pakaian, permainan, seni bina dan sebagainya.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian yang dilaksanakan oleh kumpulan kami ini bertujuan bagi mengkaji berkaitan etnik
Bajau yang terdapat di negeri Sabah. Kami melaksanakan kajian ini dengan berfokuskan
daerah Semporna, kerana populasi orang Bajau lebih banyak ditemui di daerah Semporna.
Secara amnya, orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Bajau Darat dan
Bajau Laut. Bagi etnik Bajau Darat, kehidupan mereka sudah berasimilasi dengan penduduk
tempatan, dan kebanyakan mereka juga mempunyai status kewarganegaraan sesebuah
negara tersebut. Manakala bagi etnik Bajau Laut pula, majoriti mereka merupakan orang yang
tiada kewarganegaraan “stateless people” dan juga hidup secara nomad.

Seterusnya, disebabkan pandemik COVID – 19 dan juga arahan duduk di rumah atas
faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kumpulan kami tidak dapat melakukan temu bual
secara berdepan mahupun melawat kawasan yang diduduki oleh etnik Bajau itu sendiri.
Namun demikian, kumpulan kami telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan sedikit data
tentang etnik Bajau dengan mengedarkan borang kaji selidik kepada beberapa orang
responden dengan menggunakan platform Google Form.
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Setiap kajian yang dibuat terdapat beberapa kesukaran untuk melengkapkan tugasan yang
diberi dan kumpulan kami tidak dapat mengelak dari maalah tetapi telah mencuba sedaya-
upaya untuk menangani masalah-masalah ini. Kumpulan kami Berjaya menyelesaikan
tugasan ini mengikut pada waktu yang telah ditetapkan walaupun masa yang diberi agak
singkat bagi semester ini untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi. Antara halangan
yang timbul bagi kumpulan kami untuk menyiapkan tugasan ini adalah kami menghadapi
kekurangan sumber rujukan dan kajian yang terbatas dan terikat dengan apa yang ada di
sesawang internet sahaja. Oleh kerana keadaan negara yang tidak berapa selamat didalam
menangani pandemic, kumpulan kami hanya boleh mencari maklumat menggunakan sistm
teknologi sahja iaitu dari sesawang internet dan juga beberapa informasi daripada responden
melalui google form untuk daptkan informasi tentang kajian ini.

Seterusnya, masalah yang kumpulan kami hadapi adalah kesukaran untuk


mendapatkan maklumat dari responden masyarakat Bajau oleh kerana masalah rangkaian
internet di kawasan responden adalah tidak kuat. Masalah ini bagaimanapun masalah ini kami
dapat tangani oleh kerana kumpulan kami memberikan tempoh masa yang lama untuk
responden kami untuk memberikan maklum balas supaya tidak membebankan responden
kami dengan masalah rangkaian internet yang lemah di tempat responden.

Sepanjang kajian ini dilakukan, kami hanya dapat mengkaji masyarakat Bajau ini
melalui apa yang kami dapat dari laman sesawang internet sahaja oleh kerana pergerakan
untuk kami menjalani kajian kesenian dan kebudayaan masyarakat bajau secara bersemuka
seperti pergi ke muzium ataupun melawat masyarakat Bajau sekalipun adalah terbatas. Oleh
itu, kumpulan kami tidak berkesempatan untuk menjalani kajian secara bersemuka dan
menjiwai keistimewaan masyarakat Bajau dengan sepenuhnya. Akan tetapi, masalah ini kami
atasi dengan menggunakan laman sesawang internet untuk mengkaji masyarakat Bajau dan
mempunyai data yang cukup untuk melengkapkan kajian masyarakat ini.
4.0 PENGENALAN

Pelbagai kaum dan etnik di seluruh dunia tidak kira di mana mereka berada mereka tetap
akan berpegang pada asal usul mereka. Seperti yang diketahui negara Malaysia mempunyai
penduduk terdiri daripada pelbagai kaum atau komuniti, yang mewujudkan perbezaan budaya
di kalangan mereka. Paling ketara ialah penduduk peribumi di Semenanjung dan peribumi di
Sabah dan Sarawak. Keadaan sedemikian melibatkan perkembangan dan peralihan
sosiobudaya sesuatu etnik, bukan sahaja terhadap tradisi budaya tetapi juga terhadap tradisi
lisan atau sastera antara mereka. Akibat tamadun budaya dan pemikiran masyarakat yang
semakin maju, tambahan pula dunia sekarang telah berada dalam era globalisasi, dunia tanpa
sempadan dan kemajuan drastik dalam teknologi bermaklumat sudah tentu berlaku
pengalihan cita rasa dan minat masyarakat terhadap cerita-cerita jenis ini.

Negeri Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai banyak suku kaum dan juga
kepelbagaian etnik yang hidup di dalam satu komuniti. Selain itu, Melalui banci dalam Siaran
Perangkaan tahun 1970, oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk Sabah berjumlah
432,078 orang. Tahun 1987 berjumlah 1,011.046 orang. Pada tahun 1991 meningkat lagi
kepada 1,736.902 orang. Kemudian berdasarkan Buku Maklumat Perangkaan tahun 1997,
penduduk Sabah berjumlah 2,663.000 orang, yang menunjukkan penduduknya sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa (Halim, 1999).

Penduduk negeri Sabah terdiri daripada lebih 35 suku kaum dan mempunyai lebih 90
dialek bahasa. Bahasa yang dituturkan pula boleh dibahagikan mengikut kelompok atau etnik
mereka. Kelompok bangsa Melayu pula terdiri daripada kaum Bajau, Kedayan, Melayu Brunei,
Tidong, Bugis, Jawa, Bisaya, Banjar, Kokos, Buton dan lain-lainnya. Istilah Melayu di negeri
Sabah, masih kurang jelas kalau dibandingkan kedudukannya dengan negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia. Pada hakikatnya pentakrifan terhadap bangsa Melayu itu bagi para
pengkaji sejarah dan bahasa, memberi makna bahawa semua penduduk asal yang telah
berkurun-kurun lamanya menetap di wilayah seluruh Kepulauan Melayu yang merangkumi
Malaysia, Indonesia, Selatan Thailand, Filipina, Singapura dan Brunei Darussalam.

Semua penduduk di wilayah itu dengan sendirinya dikenali sebagai orang Melayu iaitu
mengambil sempena kedudukan geografi bangsa tersebut berada. Begitu juga dengan kaum
Bajau Laut di Sabah, mereka mempunyai pendudukan yang tetap di perairan mereka
tersendiri terutama di antara Sabah dan negara Filipina. Nenek rnoyang orang-orang Bajau
di daerah Borneo dan Filipina berasal dari Kepulauan Riau-Lingga dan satu ketika dahulu
rnereka itu dikenali sebagai pengernbara laut (Halim, 1999). Satu migrasi besar -besaran yang
rnelibatkan perpindahan orang-orang Bajau dari daerah Kepulauan Riau-Lingga telah berlaku
pada kurun ke-14, iaitu sejurus sebelum agama Islam disebarkan secara rasmi di negeri Johor
(Sopher, E. David., 1965).

Oleh itu, kaum Bajau Laut ini sebenarnya hendaklah merujuk kepada 2 kelompok
Orang Bajau. Ini kerana Orang Bajau terbahagi kepada 2 kelompok Suku iaitu Bajau Pantai
Barat dan Bajau Pantai Timur. Oleh kerana Orang Bajau mendiami dua kawasan berbeza
iaitu di pantai barat dan pantai timur Sabah, ini memungkinkan adanya variasi di dalam
pelbagai aspek sama ada slanga bahasa, budaya dan adat istiadat. Perbezaan ini dapat
dilihat dari segi pertuturan, pakaian tradisi, adat resam dan budaya. Dari segi geo-politik dulu
kala sebelum zaman pemerintahan SBBUB pula Bajau Pantai Barat terdedah secara
langsung kepada pengaruh ketuanan Kesultanan Brunei dan Bajau Pantai Timur terdedah
kepada pengaruh Kesultanan Magindanau dan Kesultanan Sulu.
4.1 KOMPOSISI ETNIK

Rajah 1: Komposisi Etnik Bajau di Malaysia

Rajah 1 menunjukkan jumlah penduduk di Malaysia pada suku pertama tahun 2021
mengikut kumpulan etnik. Menurut sumber daripada laman sesawang Jabatan Perangkaan
Malaysia, populasi penduduk warganegara Malaysia pada suku pertama tahun 2021 adalah
berjumlah 32.75 juta, di mana berlaku peningkatan sebanyak 0.4 peratus berbanding suku
pertama tahun 2020. Rajah di atas turut menunjukkan bahawa kaum Bumiputera merupakan
kaum majoriti terbesar di Malaysia iaitu meliputi seramai 20.9 juta atau 69.7% masyarakat
Malaysia dan seterusnya diikuti oleh kaum Cina dengan jumlah penduduk seramai 6.7 juta
atau 22.5% daripada jumlah penduduk Malaysia. Kaum ketiga terbesar di Malaysia ialah kaum
India di mana jumlah penduduk India pada suku pertama tahun 2021 adalah seramai 2 juta
orang ataupun meliputi 6.8 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Seterusnya,
peratusan bagi kaum – kaum lain di Malaysia hanyalah 1 peratus ataupun 0.3 juta orang
sahaja. Kaum ini merupakan kaum minoriti yang berketurunan selain daripada keturunan
Melayu, Cina dan India.
Rajah 2: Populasi Penduduk Di Negeri Sabah Mengikut Pecahan Etnik

Menurut sumber daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, negeri Sabah, populasi


penduduk di negeri Sabah adalah sebanyak 3,206,742 orang, di mana 14.04 peratus ataupun
450,279 terdiri daripada etnik Bajau, yang tergolong dalam peratusan kaum Bumiputera di
Malaysia. Komposisi etnik Bajau boleh dipecahkan kepada 2 jantina iaitu lelaki dan
perempuan, di mana etnik Bajau terdiri daripada 227,659 orang lelaki dan 222,620 orang
perempuan. Menurut rajah di atas juga, taburan penduduk etnik Bajau lebih tertumpu di
kawasan berdekatan dengan laut mahupun di pusat bandar, di mana jumlah penduduk di
daerah Semporna adalah berjumlah seramai 78,550 orang. Daerah kedua yang mempunyai
jumlah etnik Bajau tertinggi adalah di Kota Kinabalu, iaitu seramai 74,731 orang dan daerah
ketiga tertinggi ialah di daerah Sandakan dengan jumlah etnik Bajau dicatatkan adalah
seramai 40,288 orang.
4.2 SEJARAH ETNIK BAJAU
Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra yang terbesar selepas kaum
Kadazan/Dusun dan Murut di Sabah. Kaum Bajau telah mendiami Sabah sejak lebih kurang
900 tahun lalu. Bajau merupakan gabungan dua imbuhan iaitu ‘Ba’ dan ‘Jau’ yang membawa
maksud jauh. Istilah Bajau dikatakan lahir daripada masyarakat etnik yang kebanyakkan di
antara mereka yang tinggal berjauhan antara satu sama lain. Walaupun mereka tinggal
berjauhan dan terpisah, etnik ini saling mengenali antara satu sama lain kerana mereka
berasal dari kumpulan yang sama. Istilah Bajau didapati daripada sebutan orang Tausug atau
Suluk yang berasal daripada Filipina. Perkataan ‘jauh’ dalam bahasa orang Sulu adalah
Melayu. Oleh itu, lahirlah perkataan ‘Ta’u Melayu’ yang membawa maksud orang jauh
sehingga lah bertukar menjadi Bajau.

Mereka merupakan pelaut dan penunggang kuda yang terkenal pada zaman dahulu
sebelum kedatangan penjajah di Sabah. Mereka memiliki kemahiran dalam membina sampan
atau kapal yang sederhana saiznya atau lebih dikenali sebagai “Lepa”. Kebanyakkan dari
mereka telah memeluk agama Islam dan berasal dari dua kumpulan kaum yang tidak jauh
perbezaannya iaitu Bajau di Pantai Timur Sabah dan Pantai Barat Sabah.

Mereka merupakan pelaut yang amat mahir dan handal terutamanya dalam kegiatan
seperti pelanunan serta penangkapan ikan. Seterusnya, mereka mempunyai kemahiran
menunggang kuda. Ini menjadikan mereka antara golongan kaum yang paling berjaya di
Sabah. Kemahiran mereka telah menjadikan mereka terkenal di Sabah sehingga mendapat
gelaran “Koboi Timur” serta “Koboi Selatan”. Mereka menggunakan kemahiran menunggang
kuda dalam majlis-majlis yang tertentu seperti pesta dan hari perayaan. Mereka akan
mengenakan pakaian yang bewarna-warni malah kuda ditunggang turut dipakaikan kain
sebagai perhiasan sama seperti penunggangnya.

Jika kita lihat kaum lelaki Bajau mahir di dalam aktiviti menunggang kuda serta
penangkapan ikan di laut. Bagi kaum wanita Bajau, mereka terkenal dengan tenunan kain
yang dihasilkan oleh mereka adalah Dastar seperti tanjak atau tengkolok yang disulam
dengan kain yang bewarna merah, hijau, oren, emas dan putih.

Kaum Bajau terbahagi kepada beberapa golongan mengikut pecahan seperti di Pantai
Barat dan Pantai Timur, Sabah sejak beberap ratus tahun yang lalu dan diiktiraf sebagai
penduduk asli. Kaum Bajau di Pantai Barat lebih dikenali sebagai Bajau Samah dan mereka
menjalankan aktiviti pertanian, penangkapan ikan disamping menunggang kuda. Bagi kaum
Bajau di Pantai Timur, mereka menjalankan aktiviti penangkapan hasil laut serta menjadi
penyelam yang mahir.
Kaum Bajau di Pantai Barat terkenal dengan aktiviti menunggang kuda, pembuatan
parang dan menjadi pesawah serta penternak. Mereka juga dikenali sebagai “cowboy of the
east” kerana kemahiran dan kecekapan yang dimiliki dalam menunggang kuda yang tiada
tolok tandingnya. Kaum Bajau di Pantai Timur terkenal dengan aktiviti penangkapan ikan dan
khususnya bagi Bajau di daerah Semporna, mereka mendapat gelaran istimewa dan unik
seperti “sea gypsies”, Panglima Dilaut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.

Golongan Bajau di Pantai Barat Sabah digelar mengikut nama kawasan yang mereka
diami seperti Bajau Kota Belud, Bajau Kota Marudu, Bajau Bajau Kudat, Bajau Papar serta
Bajau Pitas. Bagi golongan Bajau di Pantai Timur Sabah digelar sebagai Bajau Semporna,
Bajau Kubang, Bajau Balangingi, Bajau Banaran, Bajau Laminusa, Bajau Sibutu, Bajau
Simunul, Bajau Kagayan, Bajau Ubian dan Bajau Laut.

Kaum Bajau yang tinggal di sebelah Pantai Barat Sabah kebanyakkannya menetap di
beberapa kawasan dari Kota Belud sehingga ke Pitas. Kaum Bajau yang tinggal di bahagian
Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau serta Semporna. Kaum
Bajau di Pantai Timur Sabah masih mengamalkan kehidupan tradisional seperti nelayan dan
penyelam yang mahir. Mereka juga menjalankan kegiatan menangkap ikan serta digelar
sebagai Bajau Laut. Tambahan pula, kebanyakkan kaum Bajau di bahagian Pantai Timur
Sabah telah menetap di darat atau perkampungan tepian pantai yang digelar sebagai Bajau
Darat dan ada juga dipecahkan mengikut kategori kaum Bajau. Mereka menjalankan aktiviti
harian seperti masyarakat-masyarakat yang lain.

Segelintir Bajau Laut masih tinggal di dalam perahu serta tinggal di rumah atas laut.
Mereka enggan untuk tinggal atau menetap di darat kerana kebanyyakan Bajau Laut akan
mengalami kepeningan dan kemabukan Darat “Mabuk Darat”. Kita sering dengar dimana
segelintir manusia ada yang mengalami kemabukan laut “Mabuk Laut”, jadi hal ini terjadi
dalam kalangan masyarakat Bajau Laut jika mereka pergi ke darat. Mereka juga memilik
perasaan takut terhadap haiwan di darat seperti anjing.

Oleh itu, Kaum Bajau telah bekerjasama dari segala aktiviti ekonomi, perdagangan,
perhubungan sosial serta kebudayaan menyebabkan mereka semakin maju khususnya dari
segi ekonomi. Pengaruh mereka juga dapat dilihat dari segi kesenian, kebudayaan dan reka
bentuk.
4.3 TAHAP PENDIDIKAN

Sabah mempunyai populasi penduduk sebanyak 3.2 juta orang di mana 55.5% penduduk
terdiri daripada Orang Asal, dan kaum Kadazan/Dusun dan Bajau pula merupakan antara dua
suku etnik terbesar di Sabah. Menurut laporan yang dikeluarkan walaupun Kadar Keluaran
Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi negeri Sabah mencatatkan purata sebanyak RM25,861
pada tahun 2018, yang nilainya lagi tinggi daripada negeri Perlis (RM24,442), Kedah (RM
21,410) dan juga Kelantan (RM13,668), tetapi akses bagi kemudahan asas terutamanya di
kawasan luar bandar Sabah masih lagi pada tahap yang rendah berbanding negeri – negeri
lain.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh United Nations Children’s Emergency Fund
(UNICEF), di bawah tajuk Children Out of School: Malaysia, The Sabah Context, 2 daripada
5 isi rumah di kawasan pedalaman Sabah, yang mencatatkan peratusan sebanyak 37.4%
tinggal lebih daripada 9 kilometer daripada sekolah menengah. Peratusan yang dicatatkan
oleh Sabah ini lebih tinggi daripada yang dicatatkan oleh beberapa negeri lain seperti Perlis
(0.3%), Kedah (1.9%) serta Kelantan (4.9%). Malahan, peratusan yang dicatatkan oleh negeri
Sabah ini juga tujuh (7) kali ganda lebih tinggi daripada kadar kebangsaan (5.3%) and kedua
tertinggi selepas Sarawak (50.9%).

Isu pendidikan bagi etnik Bajau terutamanya Bajau Laut merupakan satu perkara yang
tidak asing lagi dalam norma masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian kerana, Sabah secara
umumnya merupakan negeri yang banyak didiami oleh pelbagai kategori rakyat bukan
warganegara Malaysia, di mana antara mereka ini terdapatnya bekas pelarian Filipino, orang
yang tidak mempunyai dokumentasi yang sah atau orang yang tidak mempunyai
kewarganegaraan (stateless people) dan juga masyarakat Bajau Laut. Malahan terdapat juga
migran yang berhijrah dari Indonesia dan Filipina yang menetap di negeri Sabah.

Kesukaran etnik Bajau bagi mendapatkan akses mudah terhadap sistem pendidikan
di Malaysia adalah disebabkan akta – akta yang tertakluk dalam perlembagaan negara
Malaysia. Misalnya, pada tahun 2002, Akta Pendidikan 1996 Pindaan 2002 telah menetapkan
bahawa hanya kanak – kanak yang memiliki dokumentasi yang sah sahaja dibenarkan untuk
mendaftar di sekolah milik kerajaan. Pada Januari 2019, proses kemasukan ke sekolah
kerajaan telah dipermudahkan, di mana kanak – kanak yang tidak mempunyai sebarang
dokumentasi yang sah, tetapi mempunyai ibu ataupun bapa yang mempunyai
kewarganegaraan Malaysia dibenarkan untuk mendaftar di sekolah milik kerajaan.
Bagaimanapun, kanak – kanak yang tidak mempunyai dokumentasi yang sah dan kedua ibu
bapanya merupakan warga asing, tidak dibenarkan untuk mendaftar di sekolah milik kerajaan.
Menurut laporan yang diterbitkan oleh UNICEF iaitu Children Out of School: Malaysia,
The Sabah Context, kanak – kanak yang tidak dapat mengikuti pendidikan asas di sekolah
milik kerajaan mahupun sekolah swasta kebiasaannya hanya akan dapat menikmati akses
pendidikan melalui Alternative Learning Centres (ALCs), yang ditawarkan oleh pertubuhan
bukan kerajaan (NGO), komuniti mahupun individu – individu yang prihatin. Bagi ALC yang
berfokuskan kepada masyarakat Bajau iaitu Persatuan Kebajikan Pendidikan Kanak – Kanak
(PKPKM), NGO tersebut memberikan peluang pendidikan yang rata – ratanya berfokuskan
kepada pelarian dan orang yang tidak mempunyai sebarang dokumentasi sah di daerah
Semporna dan Lahad Datu. Antara kaum yang banyak dibantu oleh PKPKM ini adalah Bajau
Laut, Filipino, Suluk dan Visaya. Buat masa ini, PKPKM mempunyai enam (6) ALCs yang
beroperasi di premis – premis yang disewakan mahupun pusat pendidikan bergerak yang
terdekat dengan komuniti Bajau Laut.
4.4 KEGIATAN EKONOMI ETNIK (Aini)

Secara amnya, Semporna yang pernah dikenali sebagai Tong Talun (Saidatul Nornis, 2008),
merupakan sebuah daerah di negeri Sabah, yang majoriti penduduknya terdiri daripada etnik
Bajau yang mempunyai pelbagai suku seperti Bajau Kubang, Bajau Ubian, Bajau Sengkuang,
Bajau Sampul, dan Bajau Simunul (Ismail Ali, 2010). Kegiatan ekonomi bagi orang Bajau
boleh dibahagikan kepada beberapa sektor iaitu sektor pertanian, sektor perikanan, dan
sektor kemahiran pertukangan.

4.4.1 SEKTOR PERTANIAN

Kegiatan ekonomi yang banyak bersumberkan laut dan daratan merupakan antara sumber
pendapatan utama bagi etnik Bajau terutamanya di kawasan Semporna. Penglibatan etnik
Bajau dalam sektor pertanian juga sudah bermula sejak zaman kesultanan Sulu dan semakin
ketara apabila Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB) mula memerintah Sabah dari
tahun 1881 sehingga 1946. Antara jenis tanaman yang diusahakan oleh etnik Bajau adalah
kelapa, kelapa sawit, koko, ubi kayu dan jagung yang kebiasaannya akan ditanam secara
komersial. Selain pertanian yang dijalankan secara komersial, etnik Bajau juga turut
menanam tanaman lain seperti mangga untuk dijual di pasar tani dan sebagainya.

Malahan, dalam Kertas Kerja Seminar Sabah Setelah 50 Tahun Malaysia Merdeka,
Universiti Teknologi MARA (Md. Shaffie Abdul Rahim, 2007) juga turut dinyatakan bahawa
perusahaan penanaman kelapa sawit daam kalangan etnik Bajau di Semporna sudah
bermula pada tahun 1970 – an, tetapi tidak ramai masyarakat Bajau yang berani menceburkan
diri dalam bidang pertanian ketika itu kerana mereka lebih memfokuskan sumber pendapatan
mereka dalam sektor perikanan. Selain itu, penanaman koko mula diberikan tumpuan oleh
entik Bajau pada awal tahun 1970 – an sebagai salah satu bentuk komoditi pertanian. Menurut
laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sabah, yang bertajuk Agriculture
Statistics of Sabah 1985 – 1986, data yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sabah pada
ketika itu menunjukkan bahawa penanaman koko di Sabah adalah sebanyak 172,713 hektar,
di mana daerah Semporna mencatatkan penanaman koko sebanyak 11,723 hektar.
4.4.2 SEKTOR PERIKANAN

Rajah 3: Tripang (Sea Cucumber) Rajah 4: Landak Laut (Sea Urchins)

Rajah 5: Siput Rajah 6: Kerang

Rajah 7: Lato' (Latok)

Ekonomi etnik Bajau juga turut masih bergantung kepada sektor perikanan ataupun
tangkapan hasil laut. Hasil tangkapan laut yang diperoleh bukan sahaja untuk keperluan
keluarga mereka, malahan ada yang dijual di pasar – pasar bagi memenuhi kehendak dan
keperluan masyarakat kampung. Antara aktiviti ekonomi berasaskan sektor ini adalah
memungut hasil laut, menangkap hasil laut, menternak ikan dalam sangkar dan menanam
rumpai laut secara komersial. Antara hasil laut yang biasa diperoleh etnik Bajau ialah bat
(teripang atau gamat), siput, pehe – pehe (landak laut), kerang dan lato (latok).
4.4.3 SEKTOR KEMAHIRAN PERTUKANGAN
Selain bergiat dalam sektor perikanan dan pertanian, etnik Bajau juga amat terkenal dengan
kemahiran pertukangan mereka. Walaupun kadar upah bagi pertukangan tidaklah selumayan
kegiatan ekonomi lain, namun etnik Bajau masih menjadikan sektor kemahiran pertukangan
sebagai salah satu sumber ekonomi mereka. Malahan, menurut SA Marinsah (2013), sektor
kemahiran pertukangan merupakan antara sumber pendapatan utama bagi sesetengah
penduduk kampung disebabkan kekurangan pakar dalam kemahiran pertukangan.

Antara kemahiran pertukangan yang dikuasai oleh etnik Bajau adalah kemahiran
dalam membuat perahu, parang dan rumah. Secara amnya, perahu merupakan antara salah
satu kemudahan pengangkutan utama dalam menjana ekonomi bagi kaum Bajau. Hal ini
demikian kerana, perahu digunakan oleh orang Bajau bagi mendapatkan hasil tangkapan di
laut seperti menangkap ikan, dan juga digunakan sebagai alat pengangkutan bagi penduduk
berketurunan Bajau.

Rajah 8: Lepa Rajah 9: Kumpit

Rajah 10: Contoh Jenis Perahu Yang Dibina Oleh Etnik Bajau
Antara contoh perahu yang dibuat oleh kaum Bajau adalah lepa, kumpit dan boggo –
boggo. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh SA Marinsah (2013) di bawah UM Students’
Repository juga, harga perahu pada tahun 1960 - an dikatakan mencecah RM 300 hingga RM
600, manakala pada tahun 1980 – an, harga perahu telah meningkatkan kepada RM 600
hingga RM 800. Jadi tidak mustahil sekiranya pada tahun 2021 ini, harga perahu boleh
mencecah ribuan ringgit disebabkan kekurangan pakar dalam bidang pertukangan dan juga
peningkatan permintaan terhadap perahu bagi tujuan komersial dan sebagainya.

Selain daripada bidang pertukangan dalam membuat perahu, kaum Bajau juga mahir
dalam membuat rumah. Hal ini demikian kerana, masih terdapat suku etnik Bajau, iaitu Bajau
Laut, yang membina rumah di lautan dan mengamalkan budaya hidup yang agak berbeza
berbanding Bajau Darat. Malahan, perusahaan membuat rumah juga menjadi antara salah
satu perusahaan yang membawa pulangan yang lumayan kerana kebanyakan kaum Bajau
telah menceburi sektor – sektor ekonomi lain seperti pertanian dan juga kerja – kerja kontrak
seperti mengambil upah untuk membina bangunan.

Akhir sekali, sektor pertukangan lain yang turut diceburi oleh kaum Bagai bagi menjana
ekonomi mereka ialah kemahiran dalam membuat parang dan anyaman. Pembuatan parang
tradisional amat sinonim dan sudah lama wujud dalam diri masyarakat kaum Bajau. Selain
dairpada itu, perusahaan anyaman tikar turut mendapat tempat dalam kehidupan kaum Bajau
kerana kebanyakan hasil anyaman mereka akan dijual kepada para pelancong masing dan
juga turut dijadikan sebagai salah satu bahan pameran kepada orang awam.
4.5 INTERAKSI ANTARA ETNIK

Suku Badjoo, Bajus, Bajo, Badjao, Badjau, Bajao, Bajaw, Bajak Laut, Orang Laut, Orang Selat,
Sama Dilaut, Gipsi Laut adalah nama-nama lain yang merujuk kepada satu suku pribumi di
Sabah iaitu suku kaum Bajau. Suku pribumi ini merupakan suku kedua terbesar populasinya
di Sabah selepas suku Kadazandusun. Menurut satu kajian, orang Bajo adalah orang laut
kelompok masyarakat maritim yang mengamalkan ragam hidup di laut. Suku kaum Bajau ini
sebenarnya merujuk kepada 2 kelompok orang Bajau iaitu Bajau Pantai Barat dan Bajau
Pantai Timur. Oleh kerana orang Bajau mendiami dua kawasan berbeza iaitu di pantai barat
dan pantai timur Sabah, hal ini menyebabkan wujudnya variasi dalam pelbagai aspek
kehidupan masyarakat Bajau, sama ada bahasa, budaya dan adat istiadat.

Perbezaan ini dapat dilihat dari segi pertuturan, pakaian tradisi, adat resam dan
budaya. Dari segi geo-politik dulu kala, Bajau Pantai Barat terdedah secara langsung kepada
pengaruh ketuanan Kesultanan Brunei dan Bajau Pantai Timur terdedah kepada pengaruh
Kesultanan Magindanau dan Kesultanan Sulu. Dari segi populasi pula, suku Bajau pantai
barat menetap di sekitar Tempasuk, Abai, Pendasan, Mengkabong, Inanam, Darau,
Menggatal, Likas, Sembulan, Tanjung Aru, Petagas, Putatan,Kinarut, Kawang dan Papar dan
suku Bajau pantai timur pula menetap di sekitar Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Kunak
dan Tawau.

Jika di negara Filipina pula, populasi orang Bajau terdapat di kawasan Zamboanga
dan juga gugusan kepulauannya seperti di Basilan, Jolo, Siasi, Tawi-Tawi dan Sibutu. Di
Indonesia pula, populasi orang Bajau juga banyak tertumpu di daerah pantai timur Sulawesi.
Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Orang Bajau juga ada di Negara Australia. Mengikut
sejarah, orang Bajau Australia telah pun wujud di bumi Australia Barat lebih kurang 200 tahun
yang dahulu kerana mereka adalah bangsa pengembara. Namun, tuntutan ekonomi
menyebabkan mereka menjadikan bumi Australia Barat sebagai tempat tinggal mereka.
Daerah - daerah seperti Perth, Port Hedland, Katanning, Geraldton, Shay Gap, Kathara,
Albury, Broome dan Tom adalah daerah - daerah tumpuan penempatan mereka.

Selain itu, para antropologi juga cuba menyelidik maksud sebenar di sebalik istilah
nama Bajau itu sendiri. Menurut satu kajian, nama “Bajau” itu berasal daripada satu perkataan
Bugis iaitu Waju. Waju bererti orang yang bergerak secara kumpulan. Malahan, orang Bajau
Kota Belud juga menjelaskan bahawa penggunaan “Sama” itu merujuk kepada satu peristiwa
yang mana mereka bertemu di satu kawasan setelah sekian lama tidak berjumpa. Masyarakat
Bajau Kota Belud turut sering beranggapan bahawa mereka sebenarnya dating dari susur
galur yang sama, tetapi tinggal berjauhan antara satu sama lain.
Bajau Darat dan Bajau Laut secara amnya terdiri dari dua (2) kelompok Orang Bajau,
iaitu orang Bajau Pantai Barat (Bajau Darat) dan orang Bajau Pantai Timur (Bajau Laut).
Sebenarnya, kedua - dua kelompok etnik ini berasal daripada rumpun yang sama walaupun
memiliki pelbagai perbezaan sama ada dari bentuk fizikal sehinggalah ke beberapa aspek
budaya dan adat resam tertentu. Bajau Darat ini tidak tinggal di laut sebaliknya mereka tinggal
secara tetap di darat dan mempunyai perkampungan mereka sendiri. Bajau Laut atau turut
dikenali sebagai “Palau” adalah sekelompok orang Bajau yang tinggal di lautan. Nama lain
bagi Bajau Laut adalah nomad laut (sea gypsy) atau pengembara laut kerana kebanyakan
aktiviti harian mereka dan cara hidup amat sinonim dengan lautan dan juga perahu. Bajau
Laut ini dapat kita kenali dengan mudah kerana mereka lebih gemar untuk mendirikan rumah
di atas air dan penempatan mereka banyak tertumpu di daerah Semporna, Sabah. Namun
demikian, terdapat sesetengah Bajau Laut yang tinggal di daratan, seperti di Kampung
Bangau – Bangau, tetapi jumlah mereka amat sedikit.

Terdapat banyak teori yang membincangkan tentang asal - usul kedatangan orang
Bajau ke Sabah. Teori ini dibahagikan kepada dua iaitu orang Bajau yang berasal daripada
Selatan Filipina dan juga orang Bajau yang berasal daripada Johor Riau. Teori pertama yang
mengatakan bahawa orang Bajau berasal dari selatan Filipina banyak diterima oleh para
pengkaji. Malahan, sudut geografi antara Semporna dan Kepulauan Sulu terutamanya Pulau
Mindanao lebih menguatkan lagi teori ini kerana Kepulauan Sulu merupakan pulau kyang
paling hampir dengan pantai timur Sabah. Selain itu, sekiranya dilihat dari aspek linguistik,
bahasa yang digunakan oleh orang Bajau Semporna dan Samal di Selatan Filipina serta
persamaan cara hidup dan budaya kedua – dua masyarakat ini amatlah serupa, lantas
menyokong teori pertama mengenai asal - usul orang Bajau.
4.6 BUDAYA DAN ADAT RESAM ETNIK BAJAU

Setiap kaum mempunyai adat dan kebudayaan tersendiri. Adat merupakan salah satu
tatacara yang diamalkan sejak dahulu kala secara turun-temurun oleh masyarakat yang
pelbagai kaum sehingga menjadi satu peraturan yang harus dilakukan. Kebudayaan pula
merupakan tatacara kehidupan dalam sesebuah masyarakat. Adat dan kebudayaan adalah
sesuatu yang tidak dapat dipisahkan sejak dari dulu lagi. Sekiranya adat dan kebudayaan
tidak wujud, masyarakat tidak dapat menyusun, mengatur dan mengarah kehidupan menjadi
sesebuah masyarakat yang mampu memperkenalkan identiti sesuatu kaum. Keunggulan
sesuatu kaum itu bermula dengan terhasilnya nilai-nilai adat dan budaya. Ia mencerminkan
sesuatu keunikan dan keistimewaan yang terdapat pada sesuatu kaum.

Secara umumnya, adat dan kebudayaan masyarakat Bajau hampir sama dengan adat
dan kebudayaan orang Melayu di Semenanjung Malaysia. Ini bukanlah sesuatu yang luar
biasa kerana kedua-dua etnik iaitu Bajau Pantai Darat dan Bajau Pantai Timur ini beragama
Islam. Ia memberi impak dan pengaruh yang besar kepada adat dan budaya mereka. Mereka
lebih terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik, mereka mewarisinya
secara verbal daripada nenek moyang turun temurun hingga ke kini. Mereka mengalami
asimilasi dengan ajaran agama Islam sehingga berlaku pencampuran di dalam adat tradisi.
Justeru itu, amalan yang diwarisi oleh mereka secara turun-temurun dianggap sebagai salah
satu ajaran agama Islam.

Aspek kebudayaan dan adat resam yang merangkumi beberapa aspek seperti
perkahwinan, kelahiran, kematian serta pantang larang dan kepercayaan. Secara amnya,
amalan tradisi kepercayaan mereka merupakan daripada kepercayaan anismisme seperti
pemujaan dan kepercayaan kepada perkara ghaib dan tahyul. Namun, kepercayaan mereka
mengalami perubahan kerana mereka menganut beberapa ajaran agama seperti agama
Islam. Walau bagaimanapun, adat resam dan kebudayaan masih dilakukan dengan
menerapkan nilai-nilai agama Islam. Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat Bajau
masih mengamalkan kepercayaan tradisi nenek moyang mereka kerana tidak dapat
menerima perubahan yang berlaku dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan ajaran agama
Islam secara menyeluruh.
4.6.1 PERKAHWINAN

Rajah 11: Majlis Persandingan

Masyarakat Bajau mempunyai Adat Istiadat Perkahwinan Kaum Bajau yang tersendiri. Adat
perkahwinan yang dijalankan oleh mereka mempunyai persamaan dengan adat istiadat
perkahwinan kaum Melayu. Masyarkat Bajau berpegang kepada pantang larang kaumnya
semasa melakukan majlis perkahwinan. Mereka amat teliti dalam melaksanakan sesuatu
majlis perkahwinan. Terdapat beberapa adat yang dilakukan oleh masyarakat seperti adat
merisik, adat meminang dan adat semasa majlis perkahwinan pengantin Bajau dijalankan.

Setiap tradisi perkahwinan bermula dengan merisik. Merisik merupakan adat serta
amalan tradisi yang dilakukan dalam kalangan masyarakat Melayu, ia bertujuan untuk
mengetahui sekiranya calon isteri telah berpunya atau tidak berpunya (Hasrul Hamimie, 2021).
Adat merisik ini tidak banyak bezanya daripada adat masyarkat Melayu. Sebelum majlis
perkahwinan dilangsungkan, adat merisik dilakukan terlebih dahulu oleh para lelaki kepada
para perempuan untuk menjadi calon isteri. Cara adat merisik sama dengan cara yang
diamalkan oleh suku kaum lain dengan melantik seseorang atau wakil bagi menemui keluarga
si perempuan. Sekiranya pihak lelaki telah mendapat kepastian bahawa perempuan dirisik
tidak mempunyai sebarang ikatan dan amat sesuai dengan keinginan pihak lelaki mengikut
rupa paras, budi bahasa serta martabat keluarganya. Upacara seterusnya dijalankan dengan
upacara seruan iaitu upacara menyimpul tali pertunangan.

Seterusnya, adat pinang meminang akan dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan
seruan. Ketika majlis perminangan dijalankan, pihak lelaki akan membawa sebentuk cincin,
sepersalinan pakaian serta wang tunai sebanyak RM100 sebagai pengikat tali pertunangan.
Tempoh pertunangan biasanya berlangsung selama setahun sahaja, ini membolehkan pihak
lelaki membuat perlengkapan dan persediaan yang secukupnya. Apabila tempoh majlis yang
ditentukan telah tiba dikemuncak, pihak lelaki akan menghantar segala barang yang telah
disediakan mengikut perjanjian yang ditetapkan semasa majlis seruan itu kepada pihak
perempuan. Semasa majlis penyerahan segala barang tersebut, maka tarikh perkahwinan
akan ditentukan. Seterusnya, pihak keluarga perempuan akan menentukan jumlah kerbau
yang akan dihadiahkan untuk menjalankan majlis perkahwinan tersebut. Jumlah kerbau
ditentukan mengikut kasta keluarga, tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi
keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa. Mas kahwin dan hadiah lain seperti
sepersalinan pakaian yang lengkap, sirih pinang, alat persolekan dan sebagainya akan
diberikan semasa majlis perkahwinan dijalankan.

Selain itu, majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Bilangan hari untuk
majlis perkahwinan dijalankan mengikut kasta sesebuah keluarga iaitu keluarga yang berada
akan mengadakan majlis selama tujuh hari berturut-turut, keluarga yang sederhana akan
mengadakan majlis selama tiga hari manakala bagi keluarga biasa atau lebih digelar miskin
akan mengadakan majlis selama sehari sahaja. Pada masa kini, masyarakat Bajau akan
mengadakan majlis selama dua hari satu malam sahaja. Terdapat segelintir masyarakat
Bajau masih mengikut tradisi untuk menjalankan majlis mengikut keberadaan keluarga
tersebut.

Pada hari pertama majlis dijalankan dengan meriah pada waktu malam dan siang.
Sambutan yang dijalankan disambut secara maglami-lami iaitu secara beramai-ramai.
Semasa majlis dijalankan, ahli keluarga serta tetamu akan berkumpul untuk menjamu selera
bagi mmeperingati nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia dan mereka akan
menyaksikan beberapa jenis hiburan yang disediakan oleh pihak pengantin perempuan.
Kebiasannya, dalam majlis memperingati nenek moyang, mereka akan berzikir bersama
tetamu yang lain dan menyediakan nasi kunyit bersama lauknya serta kuih panyam.

Pada sebelah malamnya, majlis titik didakan dengan memainkan alat muzik yang
terdiri daripada kulintangan, gong, bebandil dan gegendang di kediaman kedua-dua belah
pihak pengantin. Kumpulan muzik ini terdiri daripada enam orang pemain yang diketuai oleh
seorang wanita yang akan bermain kulintangan, dua orang pemain akan memukul gendang,
dua orang lagi akan memainkan gong dan seorang lagi akan memainkan bebandil. Majlis
tersebut dilakukan sehingga larut malam, kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang
dikenali sebagai runsai atau igal-igal. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan orang
penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi meriah apabila diserikan dengan kalang
iaitu pantun dua kerat yang akan dijual dan dibeli oleh penari lelaki serta penari perempuan.
Rajah 12: Contoh Pakaian Pengantin Bagi Etnik Bajau

Sebelum menjelang majlis perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan
didandan oleh beberapa orang mak andam. Mandi bedak adalah salah satu dandanan yang
dilakukan terhadap bakal pengantin pada sebelah malam. Mandi bedak merupakan ramuan
bedak tepung beras yang bercampur dengan bunga-bungaan. Pada hari perkahwinan,
pengantin akan dihiaskan dengan pakaian yang baru, dimana pakaian tersebut selalunya
bewarna kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera. Bagi rambut pengantin perempuan
dihaisi dengan serempak iaitu sejenis mahkota. Bagi pengantin lelaki akan dipakaikan
pakaian yang serba kuning lengkap dengan tanjak dan bersenjatakan sebilah keris yang
diusung dengan tandu oleh beberapa orang ahli keluarganya.

Pada hari keduanya, majlis perkahwinan akan bermula dengan pukulan titik diallau
iaitu pukulan tagungguk khas. Pukulan tersebut dibuat pada pukul lima pagi sebelum subuh
bagi mengingatkan penduduk kampung tentang majlis perkahwinan mereka. Di sebelah pagi,
selepas bakal pengantin dan ahli keluarga selesai menikmati sarapan, kedua-dua bakal
pengantin akan dimandikan oleh beberapa ahli-ahli agama dirumah masing-masing serta
diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai doa selamat. Setelah selesai upacara
memandikan dan doa selamat kepada kedua-dua pengantin, pengantin lelaki akan
menunggang kuda ketika menuju ke rumah pengantin perempuan dengan diiringi pukulan
gong berirama tigad-tigad iaitu sejenis irama yang rancak dan cepat semasa melalui jalan
yang dihiasi dengan bendera yang bewarna-warni.

Seterusnya, beberapa das tembakan akan dilepaskan semasa ketibaan rombongan


pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan atau di masjid sebagai tanda hormat
serta alu-aluan. Pengantin lelaki yang turun dari tandu atau kuda yang ditunggangnya akan
dijulang atau didukung oleh dua orang lelaki ke rumah pengantin perempuan atau masjid bagi
menjalankan majlis akad nikah. Kemudian, pengantin lelaki akan dipersilakan duduk di tempat
yang dikhaskan buatnya. Proses akad nikah yang dilakukan oleh masyarkat Bajau adalah
sama seperti adat perkahwinan masyarakat Melayu.

Setelah selesai majlis akad nikah, pengantin lelaki akan diberikan sehelai kain
selendang serta akan dipimpin oleh pengapitnya ke pelamin. Sepanjang perjalanan menuju
ke pelaminan, pengantin lelaki diiringi oleh pukulan tagungguk dan nyanyian. Apabila
rombongan pengantin lelaki semakin hampir dengan pelamin, pihak perempuan yang
mewakili pengantin perempuan akan menurunkan tirai di hadapan pelamin untuk melindungi
pengantin perempuan daripada dilihat oleh pengantin lelaki. Kain yang digunakan sebanyak
dua sehingga tiga helai yang bewarna putih bagi kegunaan tirai.

Rajah 13: Majlis Penutupan Tirai

Terdapat beberapa syarat yang dikenakan kepada pengantin lelaki sekiranya ingin
melihat pengantin perempuan disebalik tirai. Proses yang dilakukan untuk membuka tirai
adalah sekiranya pihak pengantin perempuan melakukan adat penutupan pintu. Jika
penutupan pintu berlaku, pihak pengantin lelaki perlulah membayar sejumlah wang sebagai
wang tebus pintu atau digelar sebagai kaukaban lawang. Oleh itu, pihak lelaki akan membayar
sejumlah wang sebanyak RM10 atau RM20 atau membaca sebuah pantun, syair dan nasyid
empat kerat yang dilagukan bagi menembusi tiga lapis tirai yang dijadikan halangan untuk ke
pengantin perempuan. Pengantin perempuan akan tunggu di pelaminan setelah pengantin
lelaki atau rombongannya membayar wang tebus tersebut. Tirai tersebut mestilah dibuka
selapis demi selapis setelah pengantin lelaki membayar wang tebus mengikut apa yang
diminta oleh pihak pengantin perempuan.

Kemudian setelah tiga lapis tirai dibuka, pengantin lelaki hendaklah memutarkan kain
selendang yang didapatinya ketika selesai majlis akad nikah sebanyak tiga kali diatas kepala
pengantin perempuan. Selepas itu, pengantin lelaki perlulah menyentuh dahi pengantin
perempuan dengan ibu jari tangan kanannya. Proses ini dinamakan sebagai tutukan yang
sama seperti proses membatalkan air sembahnyang dalam perkahwinan Melayu.

Akhir sekali, majlis akan diteruskan dengan majlis persandingan serta kedua-dua
pengantin akan berjalan keluar untuk bertemu dan bersalaman bersama tetamu yang hadir.
Tambahan pula, kedua-dua pengantin serta tetamu akan dihiburkan dengan tarian igal-igal
dan nyanyian, segelintir pengantin akan ditarik untuk bersama-sama menari tarian igal-igal di
hari perkahwinan mereka. Selepas majlis persandingan, pengantin lelaki akan terus tinggal di
rumah pengantin perempuan selama tiga malam.

Sepanjang tempoh pengantin lelaki di rumah pengantin perempuan, beberapa ahli


agama akan bergilir-gilir memberikan nasihat tentang rukun berumahtangga, persefahaman
suami isteri dan lain-lain nasihat yang dirasakan perlu. Setelah selesai bermalam selama tiga
hari, ibu dan bapa pengantin lelaki akan datang dan meminta izin dari pihak pengantin
perempuan untuk menjemput kedua-dua pengantin berpindah ke rumah pihak pengantin
lelaki. Perpindahan yang dilakukan ini digelar sebagai tingkuang. Kedua-dua pengantin boleh
tinggal di rumah pihak pengantin lelaki selama-lamanya sekiranya mereka mahu atau mahu
tinggal sendirian.

Secara ringkasnya, masyarakat Bajau masih mengekalkan beberapa adat tradisi dari
segi perkahwinan antaranya majlis yang disambut secara maglami-lami iaitu secara besar-
besaran selama dua hari. Dimana pada hari pertama mereka masih mengadakan majlis
besar-besaran dari pagi hingga ke lewat malam dengan mengadakan majlis doa selamat
sebagai tanda memperingati nenek moyang mereka pada sebelah siang, manakala sebelah
malam akan dijalankan majlis titik dimana majlis dimeriahkan dengan pelbagai tarian dan
nyanyian dari para tarian dan para tetamu. Mereka juga masih mengamalkan adat tradisi
penutupa pintu iaitu dengan menyediakan tiga lapis kain untuk dijadikan tirai semasa majlis
perkahwinan. Bagi adat yang lain, segelintir masyarkat Bajau tidak mengamalkan seperti adat
tradisi yang dilakukan seperti proses pembatalan air sembahyang iaitu dengan cara melilitkan
kain yang diberikan selepas proses akad nikah dikepala pengantin perempuan.
4.6.2 KELAHIRAN

Rajah 14: Upacara Naik Buai Bagi Adat Kelahiran Etnik Bajau

Pelbagai adat dan amalan yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia dalam proses kelahiran
telah menunjukkan bahawa masyarakat kita kaya dengan adat dan budaya. Bagi proses
kelahiran, terdapat beberapa upacara adat yang harus dilaksanakan oleh setiap kaum di
Malaysia termasuk kaum Bajau. Kaum Bajau mempunyai beberapa adat serta amalan yang
dilakukan semasa seseorang wanita itu mengandung, ia bertujuan untuk menjaga segala
emosi ibu yang mengandung. Antara adat yang dijalankan adalah berpantang, menempah
bidan, menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran, melenggang perut, adat semasa
bersalin, potong tali pusat, qamat atau azan, menanam tembuni iaitu uri, naik buai dan
menimbang bayi bulan safar.

Adat sewaktu mengandung yang dilakukan oleh masyarakat Bajau adalah berpantang.
Selepas seseorang wanita melahirkan seorang anak, mereka akan menjalani proses
berpantang. Berpantang adalah untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita
tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang yang telah ditetapkan. Ia bertujuan demi
menjaga keselamatan si ibu serta anak di dalam kandungannya. Ia juga bagi memudahkan
proses kelahiran kelak.

Adat pertama yang dilakukan kepada si ibu yang mengandung adalah adat menempah
bidan. Masyarakat Bajau akan menempah bidan kerana bagi mereka bidan adalah seseorang
yang dikenali sebagai pengulin atau pandai. Penempahaan bidan dilakukan ketika si ibu
mencapai usia kehamilan yang mencecah tujuh bulan. Si ibu berkenaan akan menempah
bidan dan satu majlis doa selamat akan diuruskan oleh bidan tersebut. Semasa tempoh
penggunaan bidan tersebut, terdapat beberapa barangan tertentu yang perlu diberikan atau
dihadiahkan kepada bidan tersebut. Hadiah diberikan bermula hari pertama bidan tersebut
mula bekerja sehingga hari ke empat puluh empat (44) selepa kelahiran bayi. Ianya
menunjukkan secara rasminya bidan tersebut bertanggungjawab dalam menjaga si ibu.

Selain itu, adat tanda kelahiran dilakukan apabila usia kehamilan mencapai tujuh bulan
genap. Semasa proses tanda kelahiran dijalankan, sebiji kelapa tua yang baru tumbuh
tunasnya akan dibalut dengan kain puti dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga.
Kemudian pasu tersebut diletakkan di atas talam yang telah diisi segantang padi. Terdapat
segelintir masyarakat Bajau meletakkan seutas rantai emas di atas kelapa tua itu, dimana
rantai emas itu akan menjadi milik anak yang akan dilahirkan nanti. Talam yang digunakan itu
akan diletakkan di bahagian kepala tempat tidur si ibu yang mengandung itu sehinggan
bayinya lahir. Setelah si ibu melahirkan anaknya, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama
tembuni iaitu uri sebagai tanda kelahiran bayi tersebut. Sementara itu, padi pula akan dimasak
untuk menjamu si ibu dan para jemputan. Kelapa tua yang bertunas melambangkan bayi yang
sedang berada dalam kandungan ibunya, sementara padi dan rantai emas pula
melambangkan tenaga dan cahaya yang dapat menyuburkan tunas kelapa tersebut. Upacara
tanda kelahiran ini dilakukan untuk menyambut kelahiran anak pertama tetapi ada juga yang
melakukannya untuk anak seterusnya.

Seterusnya, adat melenggang perut merupakan adat terakhir yang dilakukan sewaktu
si ibu mengandung. Selain adat-adat yang dinyatakan diatas, masyarkat Bajau perlu
mengadakan upacara melenggang perut atau lebih dikenali sebagai maglenggang dalam
kalangan masyarakat Bajau. Adat melenggang perut merupakan adat yang dilakukan oleh
seorang bidan kepada si ibu yang mengandungkan anak pertama dan mencapai usia
kehamilan tujuh bulan. Ia bertujuan bagi mengelakkan si ibu dan kandungannya daripada
segala malapetaka dan bahaya. Cara melenggang perut dilakukan hampi sama dengan adat
melenggang perut masyarakat Melayu semenanjung.

Rajah 15: Majlis Tahnik


Tambahan pula, masyarakat Bajau mempunyai beberapa adat yang dilakukan
semasa bersalin atau selepas bersalin. Pihak keluarga akan memanggil atau menempah
bidan, beberapa alatan tertentu akan disediakan. Barang yang disediakan oleh bidan adalah
duri atau barang-barang yang tajam seperti besi dan parang. Barang-barang tersebut
digunakan bagi mengelakkan atau menjauhkan si ibu dan bayi yang baru dilahir daripada
gangguan makhluk halus. Masyarakat Bajau berfikiran bahawa jika adanya barang-barang
tajam diletakkan di bawah rumah, makhluk halus akan takut untuk menyinggah.

Adat yang dijalankan semasa bersalin atau selepas bersalin adalah adat memotong
tali pusat. Semasa si ibu hendak melahirkan anaknya, dia akan dibaringkan dia atas tikar
sementara bidan akan mengurut badannya serta membaca doa selatamt agar proses
kelahiran itu tidak mengalami sebarang kesulitan. Apabila si ibu selesai melahirkan anaknya,
bidan akan memotong tali pusat bayi tersebut, setelah itu bidan tersebut akan mengikat atau
menyimoul pusat bayi dengan benang. Pemotongan tali pusat itu hendaklah dilakukan
dihadapan saksinya yang terdiri daripada segantang beras, emas, dan lilin yang dinyalakan.
Bahan-bahan tersebut akan disertakan bersama sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh
hasta, ianya akan diberikan kepada bidan.

Selain itu, qamat atau azan dilakukan kepada bayi tersebut. Kebiasannya masyarakat
Islam akan mengazan atau mengqamatkan bayi yang baru dilahirkan. Kebanyyakkan
masyarakat Bajau beragama Islam dan mereka melakukan perbuatan itu. Qamat atau azan
bukan merupakan suatu adat tetapi ianya merupakan suatu ajaran yang dianjurkan oleh Islam
buat masyarakat Islam. Qamat dan azan dilakukan untuk mengusir gangguan syaitan atau jin
dari anak yang baru dilahirkan. Qamat atau azan akan dilakukan selepas tali pusat bayi
tersebut diikat dan dimandikan untuk beberapa minit. Qamat dilakukan kepada bayi
perempuan manakala azan dilakukan kepada bayi lelaki, ianya dilakukan kepada telinga bayi
tersebut. Semasa qamat atau azan diserukan, bayi tersebut akan diletakkan sedikit garam
dan gula di lidahnya, kemudian setelah itu baru bayi tersebut boleh diberikan susu oleh ibunya.

Seterusnya, adat menanam tembuni iaitu uri. Pada hari kelahiran itu, tembuni akan
dicuci, dibungkus dengan kain putih dan diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung yang
telah diisi tembuni akan ditanama bersama-sama kelapa tua yang telah disediakan di suatu
tempat berdekatan dengan rumah si ibu sebagai tanda kelahiran anaknya. Penanaman
tembuni akan dilakukan oleh bidan itu sendiri. Beras yang disediakan bersama kelapa tua
ditumbuk sederhana halus dan dimasak untuk disajikan kepada si ibu yang baru melahirkan
dan para tetamu, ia juga disajikan bersama tujuh biji telur rebus untuk dimakan bersama nasi.
Oleh itu, si ibu akan kembali menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat yang tertentu,
begitu juga dengan bayi tersebut akan menjalani beberapa upacara bermula dari kelahirannya
sehingga dia membesar.

Selepas itu, si ibu akan menjalani rawatan bidan. Bidan akan memberi si ibu ubat dan
menjaga keadaannya dan anaknya sehingga hari ke empat puluh empat (44). Bagi
memulihkan kesihatan si ibu, bidan tersebut akan memandikan si ibu dan bayinya sambil
membaca doa selamat. Proses pemulihan tersebut akan dilakukan pada malam hari ketiga,
ketujuh, kedua puluh dan keempat puluh empat. Seletah selesai tempoh berpantang, bidan
dengan rasminya menyerahkan tugas untuk mejaga si ibu dan anak kepada suami dan ahli
keluarga si ibu.

Di samping itu, masyarakat Bajau mengadakan upacara naik buai. Naik buai diadakan
sempena kelahiran anak pertama kerana ianya dianggap sebagai peristiwa istimewa. Nai buai
merupakan majlis cukur jambul yang dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam tetapi bagi
masyarakat Bajau, mereka melakukannya secara mengikut adat tradisi. Ibu dan bapa kepada
si bayi akan mengadakan kenduri yang disertai doa selamat yang akan dibacakan oleh bidan.
Bidan yang terlibat akan dibayar upah oleh ibu dan bapa kepada si bayi iaitu bidan akan
diberikan tiga helai kain putih dan limi biji buah kelapa tua. Selain kenduri yang dijalankan,
upacara naik buai atau digelar pesakat nirundangan dalam kalangan masyarakat Bajau. Bayi
tersebut akan dinaikkan ke dalam buai buat pertama kalinya. Upacara naik buai ini dijalankan
secara besar-besaran dan dijalankan menyerupai upacara melenggang perut semasa si ibu
mengandung. Semasa upacara dijalankan, tetamu akan berzanji selama setengah jam dan
apabila tiba pada ayat-ayat tertentu, ia menunjukkan bahawa masanya untuk menggunting
rambut bayi. Semasa tetamu mengalunkan zanji, bayi akan didukung dan rambutnya akan
digunting bergilir-gilir mengikut tetamu yang hadir. Kebiasaannya upacara ini diadakan
dikalangan sanak-saudara dan jiran tetangga, pihak keluarga si bayi akan memberikan para
tetamu bunga telur yang dilekatkan wang padanya sebagai tanda penghargaan.

Rajah 16: Upacara Menimbang Bayi Bulan Safar


Adat menimbang bayi bulan safar merupakan salah satu upacara yang dijalankan
selepas si ibu melahirkan anaknya. Masyarakat Bajau amat teliti dengan adat yang dilakukan
ketika seibu melahirkan anaknya. Penimbangan bayi akan diadakan ketika maulud nabi, bayi
tersebut akan dibawa ke masjid untuk ditimbang. Penimbangan yang dilakuka bukanlah untuk
mengetahui berat bayi tersebut tetapi meminta pertimbangan dari Tuhan agar nasib bayi tidak
diburukkan. Terdapat beberapa alatan yang digunakan iaitu penumbuk padi yand dijadikan
batang penimbang, batang tersebut akan dibalut dengan kain putih yang mempunyai panjang
sebanyak tujuh hasta. Bagi batu-batu penimbang terdiri daripada sebekas air, seikat kayu
yang sederhana besarnya, seperiuk nasi dan tujuh biji buah kelapa muda. Batang penimbang
akan diletakkan di alang bumbung masjid sebagai tempat gantungan. Di setiap penjuru
batang penimbang akan diletakkan ayunan kanak-kanak serta ayunan untuk batu-batu
timbang. Oleh itu, mereka akan meletakkan bayi pada ayunan kanak-kanak, manakala
ayunan sebelah lagi akan diletakkan barang-barang yang diperlukan dalam upacara ini. Tujuh
biji buah kelapa muda yang disediakan akan digunakan sekiranya batu-batu timbangan tidak
mencapai keseimbangan. Apabila batu-batu penimbang sudah mencapai keseimbangan,
batang penimbang akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan sehingga kembali kepada
keadaanya yang asal. Maka dengan berakhirnya pusingan tersebut, upacara penimbangan
bayi bulan safar akan ditamatkan dengan disertai pennguntingan rambut bayi tersebut.

Secara keseluruhannya, masyarakat Bajau masih mengekalkan beberapa adat tradisi


dari segi kelahiran tetapi ada juga yang masih tidak mengekalkannya seperti upacara
penimbangan bayi bulan safar. Adat penimbangan bayi tidak lagi dilakukan oleh masyarakat
Bajau tetapi dilakukan oleh masyarakat Bajau yang terdapat di Sulawesi dan Kalimantan
Indonesia. Hal ini kerana, mereka beranggapan bahawa upacara ini melanggar kepercayaan
agama Islam dimana tujuan upacara ini adalah untuk meminta pertimbangan daripada tuhan
agar nasib ini tidak diburukkan, sedangkan agama Islam meminta untuk manusia selalu
beriman kepada qada dan qadar dengan menerima setiap keputusan yang diberikan oleh
Tuhan.
4.6.3 KEMATIAN

Rajah 17: Adat Tradisi Kematian Dalam Masyarakat Bajau

Upacara kematian bagi masyarakat Bajau ini mempunyai persamaan dengan masyarakat
Melayu Islam. Perkara fardu seperti memandikan jenazah sehingga pengebumian dilakukan
menurut agam Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan (JKKN
Negeri Sabah,2021). Masyarakat Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggal
dunia akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan secara betul,
maka keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggungjawab mereka.
Upacara kematian ini dilakukan dengan teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana
melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan yang
baru di akhirat.

Apabila seseorang meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup
dengan kain. Pada masa itu juga, tawak-tawak patai atau dikenali dengan pukulan gong akan
dibunyikan sebagai tanda seseorang meninggal dunia. Mengikut adat masyarakat Bajau,
mereka perlulah menangisi kematian tersebut bagi menunjukkan lambang kesedihan mereka.
Bagi pengurusan dan pengebumian jenazah akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan
agama Islam. Sebelum jenazah dikebumikan, jenazah akan dimandikan terlebih dahulu
dengan beberapa jenis air oleh ahli agama. Air yang digunakan mestilah air yang telah ditapis
dengan kain putih, diasap dengan kemenyan dan dibacakan dengan ayat-ayat suci oleh imam
supaya terlepas daripada sebarang kotoran.

Semasa proses pengebumian atau dikenali sebagai pagkubulan, jenazah akan dibawa
ke tanah perkuburan sambil gong dibunyikan sebagai tanda isyarat. Masyarakat Bajau akan
melakukan adat naja-naja atau pasuhuk iaitu berjalan berulang-alik dibawah keranda
sebanyak tiga kali. Adat ini dilakukan oleh keluarga si mati dan saudara-mara terdekat supaya
semangat mereka akan sentiasa bersama dengan si mati di alam baqa dan supaya si mati
tidak akan mengingati keluarganya yang masih hidup.

Selepas pengebumian selesai, kebiasaannya ahli keluarga dan saudara-mara yang


terdekat akan mengadakan majlis mangan bangi atau kenduri tahlil serta mereka akan
melakukan beberapa adat seperti adat magjaga-jaga dimana ahli keluarga akan menyediakan
bangkai-bangkaian iaitu tempat tidur yang lengkap dengan segala barang kepunyaan si mati
seperti pakaian, bantal dan lain-lain. Bangkai-bangkaian akan diletakkan diruang tamu rumah
sepanjang kenduri tahlil dijalankan. Kenduri tahlil akan dijalankan sepanjang tujuh hari tujuh
malam. Kenduri ini akan disambut secara besar-besaran, disamping menyediakan makanan
untuk disajikan kepada para tetamu yang hadir dan duang atau bakul yang akan diisikan
makanan sebagai sedekah kepada para tetamu.

Seterusnya, adat mengawal kubur. Masyarakat Bajau mengamalkan adat magjaga-


jaga atau digelar sebagai mengawal kubur, dimana ia dilakukan selama tujuh hari kerana
mereka mempercayai bahawa si mati akan didatangi balan-balan iaitu lembaga atau mahkluk
halus dalam tempoh tersebut. Masyarakat Bajau mengamalkan adat ini kerana mempercayai
bahawa kubur akan diselongkar oleh kang-kang laut atau lembaga yang akan mengambil
jasad si mati. Kebiasaannya adat ini diamalkan oleh Suku Bajau Ubian dan Bajau Sikubung.

Rumusannya, masyarakat Bajau kini tidak mengamalkan lagi segala adat tradisi dalam
menjalankan proses kematian kecuali segelintir daripada mereka masih mengamalkan adat
tradisi dengan penyediaan Bangkai-bangkaian iaitu meletakkan barang-barang keperibadian
si mati diatas tilam ditengah-tengah ruang tamu semasa majlis tahlil dijalankan sepanjang
tujuh hari. Bagi adat tradisi yang lain mereka tidak mengamalkannya kerana bagi mereka ia
bertentangan dengan ajaran agama Islam.
4.6.4 PANTANG LARANG DAN KEPERCAYAAN

Kepelbagaian etnik di Malaysia termasuk masyarakat Bajau juga memilik pantang


larang serta kepercayaan tersendiri dalam kebudayaan mereka. Antara contoh pantang
larang dalam perkahwinan adalah seperti tarikh penetapan perkahwinan hendaklah pada hari
selain hari rabu dan ahad. Hal ini kerana, masyarakat Bajau menganggap bahawa hari rabu
dan ahad merupakan hari yang kurang baik untuk menjalankan majlis tersebut. Jika pantang
larang ini dipatuhi, berkemungkinan bakal pengantin akan mendapat sakit serta tidak
mendapat rezeki yang baik. Kebiasaannya hari yang dipilih untuk mengadakan majlis
perkahwinan adalah pada hari yang ke empat belas atau lima belas mengikut calendar islam
kerana pada Tarikh tersebut cahaya bulan terang serta rezeki bakal pengantin akan menjadi
murah.

Selain itu, pantang larang dan kepercayaan yang dipercayai masyarkat Bajau dalam
adat kelahiran juga dinyatakan seperti si ibu yang mengandung tidak dibenarkan untuk makan
sotong keran dikhuatiri akan menyukarkan proses kelahiran, tidak boleh meminum atau mandi
dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana bimbang tembuni atau uri akan terus mati
terutama bagi si ibu yang mengandungkan anak pertama, tidak dibenarkan untuk berjalan
malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus serta tidak boleh mengunjungi ke
rumah si mati atau tempat berlakunya kematian kerana dikhuatiri anak yang dikandung akan
menjadi lemah dan terkena penyakit ketimbalun.

Seterusnya, masyarakat Bajau menjalankan adat magjaga-jaga dimana mereka akan


menyediakan bangkai-bangkaian iaitu tempat tidur yang dilengkap dengan segala barang-
barang si mati diruang tamu sepanjang majlis arwah atau tahlil dijalankan. Hal ini kerana
mereka mempercayai bahawa roh si mati akan pulang kerumah dan duduk di bangkai-
bangkain sepanjang majlis arwah atau tahlil dijalankan khas buat si mati. Kepercayaan ini
masih dilakukan oleh masyarakat Bajau khususnya Bajau Pantai Timur iaitu di daerah
Semporna,Sabah tetapi ada dikalangan mereka tidak menjalankan kepercayaan ini.

Walau bagaimanapun, segelintir masyarakat Bajau masih mempercayai dan


mengamalkan pantang larang dan kepercayaan yang dibawa oleh nenek moyang tetapi ada
juga dikalangan Masyarakat Bajau tidak megamalkan perkara tersebut kerana bagi mereka
ianya adakala bertentangan dengan ajaran agama Islam.
4.7 TARIAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU

Kaum Bajau mempunyai tarian tradisional yang diwarisi oleh nenek moyang mereka
yang sangat unik. Tarian tradisional ini dikenali sebagai Tarian Igal ataupun Igal-Igal dan
tarian ini masih lagi digunapakai ketika menyambut perayaan tradisi oleh kaum bajau
sehingga ke hari ini. Tarian ini sangat dipelihara oleh orang Bajau bukan sahaja di Sabah,
tetapi juga di Selatan Filipina dan beberapa kepulauan Indonesia. “Igal” juga membawa
maksud “tari” ataupun “tarian” manakala “magigal” bermaksud “menari” didalam penggunaan
bahasa orang bajau. Tarian Igal ini boleh dipersembahkan secara berseorangan,
berpasangan ataupun berkumpulan. Tarian Igal ini ditarikan dengan sistem pergerakan
berstruktur orang bajau iaitu paad pelenturan jari dan telapak tangan, Gerakan tangan, postur
badan dan kehalusan pergerakan bahu. Selain itu, pergerakan kaki juga memainkan peranan
yang minimal dimana pergerakan kaki hanya dipersembahkan dengan pergerakan yang
perlahan dan dicampurkan sekali dengan pergerakan yang cepat dimana ianya tergantung
kepada muzik tagunggu yang diiring sekali dengan tarian.

Lagu tagunggu akan dimainkan daripada 6 hingga 8 gong cerek kecil atau gong kecil
yang berupa seperti sebuah periuk, gong gantung besar dan gendang yang dikenali sebagai
tambul. Lagu yang dimainkan daripada tagunggu untuk mengiringi tarian igal dikenali sebagai
titik dimana ia menunjukkan bentuk-bentuk spesifik igal yang dipersembahkan oleh seorang
lelaki atau wanita atau kumpulan yang bercampuran jantina. Tarian Igal turut dipersembahkan
ketika menyambut upacara magpaiibahau, magpaigal dan juga acara perkahwinan, sambutan
tetamu luar dan lain-lain. Ketika acara perkahwinan, penari yang menarikan tarian akan
diselitkan wang di celahan jari oleh ahli keluarga pengantin dan tetamu yang hadir sebagai
hadiah dan tanda penghargaan kepada penari.

Tarian ini juga dikenali oleh masyarakat setempat dengan panggilan Igal, namun
pengamal budaya tarian igal di Semporna mengatakan bahawa tarian ini lebih tepat jika
diiringi dengan muzik tanguggu. Masyarakat Bajau juga merujuk tarian Igal dengan kata
panggilan lain iaitu “pangalay” dan istilah ini telah merupakan pinjaman kata daripada
masyarakat yang bernama Suluk dengan persilangan budaya yang rapat dengan kedua-dua
kaum yang berhampiran dari segi geografi itu. “Mangalay bermaksud menari atau bergerak
dalam Langkah berirama, meluncur dengan gerak isyarat berirama sementara Panggalay
menunjukkan tari atau tarian, tanpa mengira fungsi atau bentuknya. Oleh itu, Panggalay
adalah lebih sesuai digunakan untuk merujuk kepada tarian orang Suluk, manakala Igal lebih
tepat jika dirujuk kepada tarian orang Bajau di Semporna.
Tempo tarian ini adalah dirujuk berdasarkan pada titik lagu daripada alat muzik yang
dimainkan. Sekiranya titik “lellang” dimainkan oleh pemuzik, maka tarian yang mengiringinya
disebut sebagai igal lellang. Tarian ini juga dipersembahkan dalam acara sosial atau
persembahan pentas dimana penari yang menarikan tarian ini boleh menggunakan “janggay”
atau “salingkuku” (sejenis kuku palsu yang panjang dan diletakkan dihujung setiap jari di
tangan) untuk menyerlahkan lagi pelenturan tangan dan jari. Ketika menari tarian igal, penari
juga boleh menggunakan prop tangan yang dipanggil bola'-bola' dimana prop ini adalah
merupakan sepasang kayu belian yang dimainkan ketika menari pada kedua-dua belah
tangan penari.

Seni persembahan masyarakat Bajau seperti tarian igal dengan menggunakan irama
muzik tagunggu' memainkan peranan penting dalam sambutan festival “Regatta Lepa”. Pesta
Regatta Lepa adalah sambutan orang Bajau termasuk kepada kedua dua Bajau Laut dan
Bajau Kubang yang menampilkan perarakan perahu tradisional yang dipanggil “lepa”. Lepa
dihiasi dengan kain hiasan yang dipanggil “tipas-tipas”, “sambulayang”, serta dihiasi dengan
“panji-panji”. Festival ini dianjurkan pada setiap tahun untuk menghidupkan semula tradisi
orang Bajau yang kian pudar.

Orang Bajau juga turut menarikan Tarian “Daling-daling” namun, tarian daling-daling
lebih tepat dirujuk sebagai sebuah budaya tarian yang berasal dari masyarakat Suluk di
sekitar Sabah dan Filipina. Masyarakat Bajau di Borneo Utara Sabah khususnya di Semporna
telah mengembangkan seni tarian dalling-dalling di kalangan generasi muda pada zaman kini
supaya tarian ini tidak ditelan zaman dan dapat dikekalkan budaya identiti masyarakat kaum
bajau. Perkataan dalling-dalling ialah kata ganda "dalling" yang berubah menjadi "dalling-
dalling", daripada perkataan Bahasa Bajau Sinamah yang bermaksud gerakan seluruh badan
mengikut rentak yang tertentu. Tarian ini ialah tarian hiburan di majlis-majlis perkahwinan.
Tarian dalling-dalling ini diiringi oleh "sangbai" iaitu pantun memuji yang dinyanyikan oleh
seorang ataupun dua penyanyi. Alat muzik yang digunakan pula dikenali sebagai “gabbang”.
Kadang-kadang pemuzik ini juga dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya adalah
kaum wanita.
4.8 MAKANAN TRADISIONAL

Orang Bajau kebanyakannya menjadi petani serta nelayan di pesisir pantai barat seta
menunggang kuda. Malah, ada juga yang menjadi penyelam yang mahir membuatkan orang
bajau mempunyai pengalaman yang hebat di hidupan laut dan eko sistemnya. Selain itu, ada
juga yang menjadi penternak dan pesawah. Makanan tradisional masyarakat Bajau ini
beraskan makanan laut dan makanan berasaskan ubi. Makanan tradisi orang bajau juga
boleh dihidangkan dengan dua cara sama ada ianya dihidangkan dimana ianya dimasak dan
ada juga dihidangkan dimana ianya dimakan secara mentah atau “inta’an”. Makanan yang
dimasak oleh orang bajau akan disediakan sama ada digoreng, direbus, dibakar dan
dipanggang manakala makanan yng dimakan secara mentah terdiri daripada makanan laut
seperti bantutan, ballog-ballog dan banyak lagi.

Antara makanan tradisional orang bajau yang amat digemari adalah masakan Loho.
Hidangan ini merupakan makanan masyarakat Bajau yang agak mudah untuk dihidangkan
oleh kerana resipinya yang tidak beberapa kompleks seperti masakan lain yang disediakan
oleh orang Bajau. Hidangan ini amat menyerupai asam pedas mahupun singgang jika orang
luar pertama kali melihatnya. Kebiasaanya, Loho ini akan dimakan bersama “tompek” atau
“Putu” ataupun hanya dihidangkan dengan nasi putih sahaja sudah memadai. Resipi masakan
ini pun tidaklah sukar untuk diperolehi dan bahan bahan yang diperlukan untuk
menghidangkan masakan ini adalah terdiri daripada ikan segar, haliam limau dan juga cili
hijau atau merah. Kesemuanya kemudian dicampur dan direbus sehingga masak tetapi ada
juga yang menghidangkan masakan ini menggunakan teknik tumisan terlebih dahulu untuk
dapat tekstur yang lebih garing dan pekat. Ikan yang sering digunakan untuk memasak
hidangan ini adalah ikan batu yang diktaakan isinya agak sukar untuk hancur walaupun ianya
dimasak dengan lama.

Selain itu, masyarakat Bajau juga mempunyai hidangan makanan yang amat mudah
untuk dihidang tanpa dimasak dan beberapa yang hidangan sahaja yang memerlukannya
untuk dimasak. Antara makanan yang memerlukan teknik memasak yang minimal adalah
Sagol, dan Putu manakala antara contoh makanan yang dimakan mentah adalah Tehe-Tehe
dan Latok.

Masakan Sagol atau Siagol ini mempunyai banyak nama panggilan seperti Siagol dan
Senagol. Maksud Sagol ini adalah ianya dicampur atau mencampuradukkan bahan-bahan
masakkan yang lain untuk meghasilkan hidangan ini. Secara khususnya merujuk kepada
sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan yang kebiasaanya adalah ikan pari
dan ikan buntal dimana ikan ikan ini mempunyai ciri yang sama iaitu hati ikan itu sendiri adalah
bersaiz besar. Hati ikan pula akan dicincang untuk menghasilkan minyak yang terdapat pada
isi kandung hati ikan itu dan minyak ini akan mengenakkan rasa kepada masakkan itu sendiri.

Putu pula adalah salah satu makanan tradisi suku kaum Bajau Pantai Timur di Sabah.
Makanan ini mempunyai peranan yang lebih kurang sama dengan nasi putih iaitu dimakan
sebagai makanan utama. Putu ini juga dikenali sebagai Piutu boleh dijadikan makanan untuk
menggantikan nasi. Makanan ini amat digemari oleh orang tua suku kaum Bajau dan lebih
digemari untuk dimakan oleh orang tua berbanding dengan nasi putih. Putu ini dihasilkan dari
ubi kayu yang diparut halus. Tekstur makanan ini adalah agak kenyal dan sedikit masam
membuatkan ianya sesuai dimakan dengan ikan bakar, ikan goreng, sagol dan lain lain lauk
tradisi orang Bajau.

Makanan mentah yang digemari untuk dimakan oleh orang Bajau laut adalah amat
unik sekali oleh kerana orang Bajau ini mempunyai akses kepada hasil laut yang mudah dan
membuatkan setiap hidangan makanan laut mereka segar dan enak untuk dimakan.
Hidangan yang dimakan mentah adalah Tehe-Tehe. Tehe-Tehe adalah sejenis makanan laut
yang terkenal di kalangan orang Bajau yang tinggal berhampiran dengan pantai timur Sabah.
Lauk utama hidangan ini adalah terdiri daripada landak laut yang terdapat di dalam sekitar
batu karang laut yang tidak beberapa dalam dan berhampiran dengan persisiran pandai.
Menurut orang bajau, mereka berkata yang hidangan ini penuh dengan khasiat dan boleh
meingkatkan kesihatan tubuh badan. Cara untuk menyediakan hidangan ini adalah amat
mudah sekali dimana penghidang hanya perlu mencuci Tehe-Tehe tersebut terlebih dahulu
dan kemudian masukkan beras ke dalamnya dan terus direbus. Selepas nasi sudah masak,
potong Tehe-Tehe tersebut dan turut menghidangkannya ke sebuah pinggan.

Selain itu, Latok juga merupakan makanan yang dikenali sebagai makanan tradisi
orang Bajau dimana makanan ini boleh diperoleh dari rumpai laut yang terdapat daripada laut
yang tidak dalam. Latok sememangnya terkenal di kalangan suku kaum Bajau Laut yang
kebanyakkannya tinggal di persisiran pantai Sabah dan pada zaman kini sekalipun, Latok
boleh didapati di mana-mana pasar di Sabah dan juga dihidangkan di restoran makanan laut
di Malaysia terutamanya Sabah.
4.9 PAKAIAN TRADISIONAL

Kaum Bajau ini mempunyai pakaian tradisional khusus yang kebiasaanya dipakai
untuk menyambut majlis atau upacara yang tertentu seperti majlis perkahwinan. Seperti etnik
lain di Sabah, etnik Bajau juga mempunyai pakaian trdisional yang istimewa yang dipakai oleh
mereka lebih lagi bila tibanya majlis keramaian yang tertentu. Pada zaman dahulu kala,
mereka dikenali sebagai oang yang kuat bercucuk tanam dan banyak dari orang-orang bajau
ini terdiri daripada keluarga petani yang rajin menunggang kuda yang cekap.

Bagi kaum lelaki orang Bajau, mereka kebiasaanya menggunakan perhiasan yang
dipanggil “supu” iaitu satu perhiasan yang digunakan untuk menyimpan sigup atau rokok daun.
Kebanyakkan lelaki kaum Bajau ini pada zaman dahulu adalah pahlawan-pahlawan yang
gagah, maka mereka juga meggunakan perhiasan seperti keris dan pida. Sebagai perhiasan
pahlawan ini, mereka sering kali menggunakan keris, pida dan juga parang panjang untuk
melambangkan kepahlawanan etnik Bajau.

Bagi kaum wanita orang Bajau pula, mereka kebiasaanya memakai baju yang
dipanggil “badu sipak”. Baju ini diperbuat daripada kain satin yang terang dan selalunya warna
yang menyerlah seperti kuning keemasan. Sementara baju di bahagian dalamnya pula
berwarna kontra dan lengan baju mereka akan dilabuhkan dan dibelah hingga ke paras siku
bagi meampakkan lengan baju di bahagian dalam. Belahan baju ini pula akan dihiasi dengan
butang yang dipanggil “Betawi”. Butang Betawi ini berasal daripada nama Batavia yang
berasal dari negeri jiran iaitu Jakarta. Butang ini juga masih lagi digunakan sehingga ke hari
ini untuk pakaian tradisi bagi bangsa Belanda di Eropah. Baju ini juga sering kali dipakai untuk
menghadiri majlis perkahwinan.

Majlis perkahwinan pula, kaum Wanita Bajau ini kebiasaanya mengenakan baju yang
dipanggil “badu sampit”. Badu sampit ini biasanya dipilih daripada kain satin yang lembut dan
berwarna terang. Mereka akan memakainya bersama skirt panjang yang dipanggil “olos
berangkit”. Skirt ini seringnya digunakan untuk majlis perkahwinan semata sahaja dimana kain
ini ditekat dengan benang warna yang dijahit mengikut corak flora dan kebiasaanya adalah
corak bunga kapas atau pucuk rebung. Selain itu, kaum Wanita bajau juga memakai “suar”
atau seluar panjang yang berwarna putih dimana ianya akan dipakai untuk melakukan
persembahan tarian. Selain itu, mereka juga memakai selendang yang disangkut pada bahu
dan membawa sapu tangan atau “puyut berumbai” yang turut dihiasi di bahagian tepinya
dengan “rumbai-rumbai”.
4.10 PERMAINAN TRADISIONAL

Setiap etnik mempunyai permainan tradisional warisan mereka tersendiri, begitu juga dengan
etnik Bajau. Permainan tradisional yang amat popular dalam kalangan masyarakat etnik Bajau
adalah Sepak Manggis. Permainan tradisional yang dinamakan sebagai Sepak Manggis ini
amat terkenal di kawasan utara negeri Sabah, di mana permainan ini merupakan satu simbol
bagi melambangkan budaya masyarakat etnik Bajau. Sepak Manggis merupakan satu
permainan yang menjadi kemestian untuk dimainkan, terutama apabila adanya majlis – majlis
keramaian seperti kenduri kahwin, tamu besar atau ketika menyambut kunjungan orang –
orang kenamaan. Malahan, permainan Sepak Manggis ini juga menjadi salah satu daya
tarikan bagi pelancong asing semasa mereka mengunjungi Sabah.

Asal – usul kewujudan permainan atau nama Sepak Manggis ini tidak dapat ditentukan
berikutan ketiadaan fakta yang jelas dan tepat mengenai sejarah kewujudan permainan
Sepak Manggis ini. Menurut masyarakat tempatan, Sepak Manggis membawa maksud
menendang bola tinggi sehingga mengenai sasaran, yang turut boleh ditafsirkan sebagai
membawa semangat juang yang jitu bagi masyarakat Bajau. Sepak secara umumnya merujuk
kepada permainan sepak raga yang selalu dimainkan oleh kaum Melayu, manakala perkataan
Manggis pula merupakan satu bidalan bagi bakul berhias yang digantung tinggi seperti buah
manggis. Manakala isi putih manis manggis digambarkan sebagai bahan – bahan yang
terdapat dalam bakul, yang membawa kepada perasaan gembira dan keseronokan tuan
rumah untuk memberikan hadiah tersebut kepada sesiapa yang berjaya menurunkan bakul
tersebut.

Malahan, bagi masyarakat etnik Bajau, cerita turun temurun yang diwarisi dari nenek
moyang mereka mengatakan bahawa kewujudan permainan Sepak Manggis ini amat berkait
rapat dengan sosialiasi masyarakat setempat. Menurut penduduk setempat juga, permainan
Sepak Manggis ini turut berkait rapat dengan permainan sepak takraw atau sepak raga yang
kerap dimainkan dalam kalangan masyarakat Melayu.

Sepak Manggis ini secara asasnya memerlukan beberapa peralatan seperti satu biji
bola takraw, satu batang buluh panjang dan juga kotak berhias yang diisi dengan wang, gula
– gula, makanan ringan, sapu tangan, rokok, dan sebagainya. Permainan Sepak Manggis ini
dimainkan dengan cara memacakkan buluh yang berukuran lebih kurang 15 meter sehingga
25 meter di atas tanah. Kemudian, pada hujung buluh tersebut akan diikat sebuah kotak
berhias yang diisikan dengan pelbagai hadiah, dan kebiasaannya dalam bentuk wang tunai.
Seterusnya, pasangan pengantin yang diiringi oleh pengapit dan ibu bapa pengantin akan
mengelilingi tiang buluh tersebut sebanyak tujuh (7) kali. Kemudian, pengantin perempuan
akan membaling satu biji bola takraw kepada pengantin lelaki dan pengantin lelaki tersebut
akan menyepak bola takraw tersebut kearah kotak berhias yang digantung di atas buluh. Bola
takraw tersebut akan disepak sebanyak tujuh kali diikuti oleh pengapit. Permainan Sepak
Manggis akan bermula apabila pihak pengantin mula menyepak bola takraw tersebut.

Oleh kerana kotak berhias itu digantung terlalu tinggi, maka permainan Sepak
Manggis akan menjadi satu cabaran lalu membuka peluang kepada orang ramai yang hadir
untuk mencuba permainan tradisional tersebut. Para tetamu yang ingin mencuba permainan
tersebut haruslah berbaris untuk menunggu giliran bagi menyepak bola takraw sehingga
mengenai kotak berhias tersebut. Peraturan bagi permainan Sepak Manggis itu adalah
apabila ada salah seorang pemain berjaya menyepak kotak berhias tersebut, maka pemain
tersebut akan dikira sebagai pemenang dan segala hadiah yang diisi dalam kotak berhias
tersebut akan menjadi milik pemenang. Namun, sekiranya tiada pemain yang berjaya
menyepak kotak berhias tersebut, maka jarak kotak tersebut akan direndahkan sehinggalah
pemenang dapat dijumpai.
4.11 SENI BINA

Setiap kaum dan etnik mempunyai pelbagai seni bina tersendiri yang dianggap sangat unik
bagi mereka. Bagi etnik Bajau, seni bina memainkan peranan sangat penting bagi
mengekalkan identiti mereka sebagai sebuah suku kaum yang bertamadun di mata dunia.
Mereka juga beranggapan bahawa seni bina mereka membawa bukti bahawa mereka
mempunyai tamadun tersendiri suatu ketika dahulu.

Seni bina etnik Bajau Laut dapat dilihat daripada ukiran bunga-bunga pada bot dan
rumah kegunaan mereka bagi melambangkan kebudayaan mereka dalam mencipta seni bina
tersendiri. Kaum mini juga amat unik kerana merak berkongsi budaya bersama kaum Bajau
Darat. Seni bina mereka dapat dilihat dan upacara dan perayaan seperti Regetta Lepa.

Regatta Lepa adalah perayaan tahunan yang disambut oleh Bajau Laut (juga dikenali
sebagai gypsies laut). Lepa adalah bot berlayar tunggal tradisional di Bajau Semporna. Pada
hari itu, beribu-ribu Lepa berlayar ke bandar untuk bersaing untuk 'Lepa Paling Cantik'. Tahun
2019 adalah Jubli perak Regatta Lepa Semporna dan adalah pertama kali kami menghadiri
acara Bajau ini di Semporna. Penduduk tempatan mendakwa bahawa 2019 adalah yang
tertinggi dari segi bilangan bot yang menyertai. Gong dan gendang boleh didengar bermain
dari perahu.

Rajah 18: Pesta Regatta Lepa

Dalam perayaan ini, kita dapat lihat Bahasa etnik Bajau membudayakan keseniaan
mereka sejak turun temurun lagi. Selain daripada itu, etnik bajau juga menunjukkan kesenian
mereka kepada pelancong yang hadir semasa perayaan diadakan. Etnik Bajau Laut juga
dapat mengekalkan seni bina mereka kepada generasi yang akan mewarisi budaya dan seni
bina mereka yang unik ini. Pihak kerajaan juga dapat mempromosikan slogan melancong ke
Malaysia dalam pada masa yang sama dapat menarik pelabur-pelabur untuk melabur dalam
pelaksaan pesta Regetta Lepa ini.
Rajah 19: Ukiran Seni Bina Gubahan Bunga

Dalam pada itu, etnik Bajau Laut juga membudayakan seni ukiran gubahan bunga
pada bot-bot mereka dan juga pada tiang-tiang rumah kediaman mereka. Seni ukiran adalah
satu seni bina yang menarik minat bukan sahaja jiwa anak tempatan akan tetapi pelancong
juga amat meminatinya. Ukiran gubahan bunga ini amat menarik kerana ukiran yang dibuat
adalah daripada pengalaman dan ajaran turun termurun daripada moyang mereka. Seni bina
ini juga berkongsi budaya bersama etnik Bajau Darat dimana mereka juga membudayakan
ukiran seni bina ini.

Secara keluruhan, seni bina yang diwarisi masih lagi di budaya oleh masyarakat etnik
Bajau Laut mahupun Bajau Darat. Walaubagaimanapun, budaya ini harus dipelihara agar ia
tidak di telan zaman. Pada era yang serba moden ini, pelbagai rintangan yang perlu di harungi
oleh masyarakat bagi mengekalkan kebudayaan mereka dan menarik minat anak-anak muda
tempatan untuk mengkaji dan mempelajari bagi mewarisi ketamadunan yang diperjuangkan
oleh nenek moyang mereka sebelum ini.
4.12 AGAMA ETNIK BAJAU

Terdapat pelbagai agama yang dianuti di dunia bagi pelbagai kaum tidak kira tempat dan
penempatan. Agama adalah satu prinsip atau tunjang bagi setiap ketamadunan bagi
memupuk semangat spiritual dalam masyarakat dan bangsa. Selain tu, agama juga
berperanan penting bagi mengekalkan identiti sesuatu kaum masa ada di Malaysia atau luar
negara. Bagi masyarakat etnik Bajau Laut, majoriti agama yang dianuti oleh mereka adalah
agama islam. Ini kerana semasa era menyebaran agama Islam si serata nusantara
diperluaskan sehingga ke Sulu (Selatan Filipina). Islam juga adalah agama kedua terbesar di
dunia setelah agama Kristian. Sejarah mengatakan bahawa penyebaran agama Islam adalah
melalui hubungan maritim antara kerajaan Brunei dan Sulu.

Rajah 20: Peta Kesultanan Sulu

Kebanyakan etnik Bajau menetap diantara wilayah & kepulauan Sabah dan Sulu
(Selatan Filipina) lebih cenderung kepada agama yang tersebar luasnya disitu. Selain
daripada itu, melalui keratan akhbar yang mengatakan bahawa etnik bajau majoritinya
memeluk agama islam melalui badan agama Islam Sabah. Islam yang disebut oleh agensi
berkenaan adalah etnik Bajau yang memeluknya melalui penyebaran islam dari Kesultanan
Sulu yang meluas ketika itu.
Rajah 21: Pendaratan Tentera Sepanyol di Filipina

Semasa era penjajahan Sepanyol di Filipina, tujuan mereka adalah untuk


memperkenalkan agama Kristian dan juga menguasai sumber-sumber ekonomi disana.
Justeru itu, agama yang dianuti oleh etnik bajau selain agama islam adalah Kristian yang
dibawa dari Sepanyol semasa era penjajahannya dan dasar mereka yang memaksa bangsa-
bangsa dan etnik yang tinggal di Filipina menganuti agama tersebut.

Secara keseluruhan, agama yang majoriti dianuti oleh etnik Bajau adalah agama islam
dan mereka telah berasimilasi bersama dengan kebudayaan dan kemuliaan yang dibawa oleh
islam dan menerapkannya dalam kebudayaan mereka. Walau bagaimanapun, agama seperti
Kristian juga dianuti oleh mereka yang menetap di Selatan Filipina akibat daripada penjajahan
Sepanyol.
4.13 BAHASA

Masyarakat Bajau mempunyai pelbagai dialek dalam penggunaan bahasa pertuturan mereka
tetapi ada juga dikalangan mereka menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan.
Bahasa Bajau di Sabah dikategorikan kepada dua bahagian iaitu bahasa Bajau Pantai Barat
dan bahasa Bajau Pantai Timur. Bahasa Bajau di pantai timur merupakan bahasa yang
mempunyai pertalian dengan bahasa Sama dan Tausug yang dituturkan di Selatan Filipina.
Bagi bahasa bajau di pantai barat merupakan bahasa tersendiri, dimana terdapat tiga dialek
iaitu dialek utama yang dituturkan oleh masyarakat Bajau di Pantai Barat, kedua ialah dialek
masyarakat daerah Pitas dan ketiga dialek masyarakat daerah Sandakan. Bagi bahasa
masyarakat Bajau Pantai Darat kebanyakkan lebih dekat dan mempunyai persamaan dengan
Bahasa Melayu.

Kedua-dua kategori bahasa yang dituturkan memperlihatkan bentuk kata yang sama.
Walau bagaimanapun, kedua-dua bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Bajau Pantai
Darat dan Pantai Timur merupakan keluarga bahasa atau lebih dikatakan iaitu rumpun
Austronesia di bawah Keluarga Besar Bajau. Berdasarkan rajah dibawah menunujukkan
perbezaan Bahasa masyarakat Bajau Pantai Darat, Pantai Timur serta Bajau Laut atau
dikenali sebagai Pala’u.
Rajah 22: Carta Perbezaan Bahasa Antara Etnik Bajau Mengikut Daerah

Kesimpulannya, masyarakat Bajau masih mengekalkan bahasa yang mereka pelajari


secara turun-temurun dari nenek moyang mereka sebagai bahasa perantaraan bersama suku
kaum mereka. Bagi masyarakat yang bukan suku kaum Bajau, mereka akan menggunakan
Bahasa Melayu dan slang bahasa Sabah sebagai bahasa perantaraan. Selain itu, masyarakat
yang menetap di Sabah kebanyakkan mengetahui bahasa Bajau, ia amat mudah bagi suku kaum
Bajau untuk bertutur dengan mereka, masyarakat Bajau juga kebanyakkannya mengetahui
bahasa-bahasa yang dipertuturkan oleh suku kaum lain yang ada di Sabah.
5.0 CADANGAN

Cadangan yang dapat kami berikan ialah mengharapkan pihak Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara (JKKN) dapat membukukan dan membanyakkan lagi maklumat mengenai
sejarah asal-usul, budaya dan adat resam dari segi perkahwinan, kelahiran serta kematian,
pantang larang dan kepercayaan, kebudayaan tradisional dan seni bina kaum Bajau. Hal ini
kerana kami sukar untuk menambahkan lagi mengenai fakta dan maklumat mengenai etnik
Bajau yang terdapat di Malaysia khususnya di negeri Sabah. Ia bertujuan untuk memelihara
segala asal-usul dan adat istiadat etnik Bajau di negeri Sabah. Ia juga bertujuan sebagai
pertambahan ilmu bagi generasi yang akan datang untuk mengenali dan mempelajari
mengenai etnik Bajau dengan lebih mendalam.

Selain itu, kami mencadangkan agar pihak muzium bekerjasama dengan pihak
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta masyarakat kaum Bajau untuk
menambahkan lagi banyak fakta dan maklumat tentang kesemua etnik yang ada di seluruh
negeri khususnya pihak Muzium Tun Sakaran, Semporna, Sabah bagi etnik Bajau. Ianya bagi
memudahkan masyarakat khususnya generasi yang akan datang serta para pelancong untuk
mengenali dan membuat kajian mengenai sesuatu etnik tersebut. Seperti di Muzium Tun
Sakaran, Semporna, Sabah melalui laman sesawang yang disediakan tidak mengandungi
maklumat yang secukupnya mengenai etnik Bajau. Oleh itu, dengan adanya penambahan, ia
mampu membantu masyarkat untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai etnik
tersebut.
6.0 KESIMPULAN

Masyarakat Bajau merupakan salah satu etnik yang sering dipandang sebelah mata oleh
kebanyakan rakyat Malaysia. Malahan, tidak ramai rakyat Malaysia yang cakna akan
kesusahan dan kedaifan masyarakat Bajau yang hidup di negeri Sabah dek kerana kurangnya
informasi mengenai etnik ini disiarkan kepada orang awam. Proses pengumpulan maklumat
tentang etnik Bajau ini telah mewujudkan satu perasaan empati dan belas kasihan terhadap
etnik Bajau yang turut menyebabkan kami sedar bahawa terdapat banyak perkara menarik
yang boleh ditawarkan oleh masyarakat Bajau, andai diberi peluang oleh kerajaan negeri
mahupun kerajaan persekutuan. Malahan, kesusahan hidup masyarakat Bajau terutamanya
Bajau Laut dalam mendapatkan akses bagi pendidikan asas telah mencuit sedikit hati kami
agar sentiasa mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan, dan dalam masa yang sama
menggunakan keistimewaan yang kami miliki untuk membantu orang lain. Akhir kata, setiap
suku kaum di Malaysia mempunyai keunikan yang tersendiri, dan sebagai seorang rakyat
Malaysia, kita seyogianya mengambil inisiatif untuk mengangkat sisi budaya sesebuah kaum
dan memperkenalkan kepada masyarakat tentang keunikan sesebuah kaum tersebut.
RUJUKAN

Auni, N., Tarmizi, A., Rahman, A., Dahlan, M. and Malek, A. (n.d.). Kehidupan Harian
Komuniti Penanam Rumpai Laut dan Pengamalan Nilai-Nilai Murni dalam Matān Arba`īn
oleh Imam an-Nawawī : Satu Kajian di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. [online] .
Available at:
https://www.ums.edu.my/fpp/images/download/proseding_skik2014/Nurul_aini_jamal.pdf.

Bandan, A., 1999. Cerita Rakyat Kaum Bajau Semporna Sabah. [online] Psasir.upm.edu.my.
Available at: <http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8746/1/FBMK_1999_2_A.pdf> [Accessed 6
July 2021].

Bajau, K., 2012. Kebudayaan Kaum Bajau. [online] Bukuskrapbudaya. Available at:
<http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-bajau.html> [Accessed 6
July 2021].

Children Out of School. (n.d.). [online] . Available at:


https://www.unicef.org/malaysia/media/921/file/Out%20of%20School%20children%20%20(
OOSCI)%20Accessible%20version.pdf.

Dosm.gov.my. (2021). Department of Statistics Malaysia Official Portal. [online] Available


at:
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cone&menu_id=dTZ0K2o4YXgrSDRtaE
JyVmZ1R2h5dz09 [Accessed 9 Jul. 2021].
H

Hamimie, H., 2021. Maksud Merisik Dan 4 Tips Untuk Merisik. [online] BaitulMuslim.com.
Available at: <https://baitulmuslim.com/artikel-tips-dan-petua/maksud-merisik-dan-4-tips-
untuk-merisik> [Accessed 6 July 2021].

Hj. Mahali, S., 2019. BAHASA GIPSI LAUT/PALA’U: PENELITIAN DINI DI SABAH.. [online]
Research Gate. Available at:
<https://www.researchgate.net/publication/338101622_BAHASA_GIPSI_LAUTPALA'U_PEN
ELITIAN_DINI_DI_SABAH> [Accessed 6 July 2021].

Hj. Mahali, S., 2018. Cerakinan Bahasa Ubian Mantanani: Satu Rungkasan Awal. [online]
Journalarticle.ukm.my. Available at: <http://journalarticle.ukm.my/12475/1/jatma-2018-0602-
07.pdf> [Accessed 6 July 2021].

Harith Najmuddin (2017). How a smile brought schooling to Bajau Laut kids. [online]
Malaysiakini. Available at: https://www.malaysiakini.com/news/369888 [Accessed 9 Jul.
2021].

Ipgkpm.edu.my. 2015. PUSAT SUMBER PUTERI IPGKPM - News: Asal-usul Suku Bajau Di
Sabah. [online] Available at: <http://ipgkpm.edu.my/psputeri/news.php?readmore=138>
[Accessed 6 July 2021].

Kaman, S., 2014. Mengenali Kaum Bajau. [online] SKBL2113. Available at:
<https://sumatra93.wordpress.com/2014/03/26/mengenali-kaum-bajau/> [Accessed 6 July
2021].
Koko.gov.my. (2011). Kawasan Tanaman Mengikut Wilayah (ha). [online] Available at:
https://www.koko.gov.my/lkmbm/industry/statistic/cocoacultivated.cfm [Accessed 9 Jul.
2021].

Kajian Malaysia, J. and Xxv (2007). [online] (1). Available at:


http://web.usm.my/km/25(1)2007/KM%20ART%2025(1)_4.pdf [Accessed 9 Jul. 2021].

LIM CHIA YING (2012). Bringing hope to the sea gypsies. [online] The Star. Available at:
https://www.thestar.com.my/lifestyle/features/2012/12/17/bringing-hope-to-the-sea-
gypsies_1 [Accessed 9 Jul. 2021].

Pengantin.com.my. 2018. Adat Istiadat Perkahwinan Kaum Bajau. [online] Available at:
<https://www.pengantin.com.my/dunia-perkahwinan/adat-istiadat-perkahwinan-kaum-bajau/>
[Accessed 6 July 2021].

Pemetaanbudaya.my. 2021. JKKN Pemetaan Budaya | ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM
BAJAU ADAT DAN PANTANG LARANG KEMATIAN. [online] Available at:
<https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/423> [Accessed 6 July 2021].

Studentsrepo.um.edu.my. 2021. [online] Available at:


<http://studentsrepo.um.edu.my/5069/4/bab_1-5.pdf> [Accessed 6 July 2021].

SAFRZ (2011). SEJARAH RINGKAS PERMAINAN SEPAK MANGGIS. [online]


Blogspot.com. Available at: http://safrz.blogspot.com/p/sejarah-ringkas-permainan-sepak-
manggis.html [Accessed 9 Jul. 2021].
U

Unknown (2021). PERMAINAN TRADISIONAL DI SABAH (SEPAK MANGGIS). [online]


Blogspot.com. Available at: http://tintanynaa.blogspot.com/2016/10/permainan-tradisional-
di-sabah-sepak.html [Accessed 9 Jul. 2021].
LAMPIRAN

Soalan – Soalan Borang Kaji Selidik

Anda mungkin juga menyukai