Anda di halaman 1dari 1

FAKTOR EKONOMI BIDANGAN LUARAN

1. EKONOMI PENEMPATAN
Pemusatan kawasan perindustrian yang dilengkapi kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik
dan air, menjimatkan kos pengeluaran kerana firma tidak perlu menyediakan kemudahan ini.

2. BEKALAN BURUH MAHIR

Bekalan tenaga buruh mahir mudah diperoleh di kawasan perindustrian kerana ramai pekerja mahir terdapat
di kawasan tersebut. Hal ini menjimatkan kos latihan kemahiran buruh, maka kos purata berkurang.

3. TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT

Kemajuan teknologi dan maklumat membolehkan firma-firma dalam industri berkongsi hasil penemuan
penyelidikan dan pembangunan serta inovasi terbaru apabila disebarkan melalui pelbagai media massa.
Maka, firma dapat meningkatkan daya pengeluaran dan menurunkan kos purata apabila pengeluaran bertambah.

4. KEWANGAN
Pemusatan kawasan perindustrian akan disokong oleh perkhidmatan kewangan seperti penubuhan bank-bank
perdagangan dan bank saudagar.
Dengan ini memudahkan firma-firma besar dengan skala pengeluaran secara besar-besaran mendapat pinjaman
daripada bank-bank perdagangan dengan kadar bunga yang rendah dan tempoh bayaran yang lama.

5. EKONOMI INTEGRASI
Ekonomi integrasi wujud apabila beberapa buah firma yang sama atau berlainan bergabung.
Penggabungan firma yang menghasilkan keluaran yang sama dapat membantu menambahkan saiz pasaran keluaran
yang dihasilkan.
Kesan, firma dapat mengeluarkan output secara besar-besaran, kos purata menurun.

Anda mungkin juga menyukai