Anda di halaman 1dari 11

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN DALAM TALIAN

BAHASA MELAYU SEMESTER 1, 2020

SMK TENGHILAN, TUARAN

BAHAGIAN A (20 MARKAH)

Jawab semua soalan

1 Yang manakah padanan yang betul bagi kelompok bahasa dengan anggaran
usia bahasa tersebut?

Anggaran usia bahasa


Tidak melebihi 2500 tahun Antara 2500 hingga 5000 tahun
A Austronesia, Melanesia Mikronesia, Austroasia
B Nusantara, Mikronesia Austris, Austroasia
C Polinesia, Nusantara Austronesia, Tibet-China
D Melanesia, Polinesia Austronesia, Austris

2 Marlapas, niparwuat, sapuloh dua


Kata-kata bahasa Melayu kuno di atas bermaksud

A berlepas, dibuat, dua puluh B melepas, diperbuat, dua belas


C berlepas, diperbuat, dua belas D melepas, memperbuat, dua
puluh

3
Syahadan, anjing baginda yang bernama si Pasai itu pun mati di situ, maka
baginda pun menamatkan negeri itu dengan sebutan Pasai hingga datang
sekarang ini. Kemudian, baginda pun menabalkan anakanda baginda yang
bernama Malikul Tahir itu menjadi raja di negeri Pasai.
Yang manakah pernyataan yang benar tentang petikan klasik di atas?
I. Terdapat penggunaan partikel
II. Terdapat penggunaan ayat aktif
III. Terdapat penggunaan ayat pasif
IV. Terdapat penggunaan ayat songsang

A I dan II B I dan III C II dan IV D III


dan IV

1
4
Perihal tokoh X
• Tokoh bahasa yang tersohor di Pulau Penyengat
• Golongan bangsawan Riau yang memainkan peranan untuk
mengembangkan kebudayaan Melayu
• Menghasilkan karya bahasa, sejarah, dan sastera, khususnya syair dan
pantun

Yang manakah hasil karya X yang berkaitan dengan perkembangan bahasa


Melayu?
A Jalan Basa Melayu B Pelita Bahasa Melayu
C Ilmu Mengarang Melayu D Kitab Pengetahuan Bahasa

5 Menunjukkan bakat kesusasteraan, terutamanya dalam bahasa


kebangsaan
Menyelaras ejaan dan sebutan
X
Menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan
Menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa kebangsaan

X dalam carta di atas ialah

A Angkatan Sasterawan 50
B Pejabat Karang Mengarang
C Dewan Bahasa dan Pustaka
D Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa

6 Yang manakah konteks bahasa Melayu digunakan sebagai sebagai rasmi?


A Dalam sesi wawancara sukan di televisyen
B Dalam sistem penyampaian maklumat kerajaan
C Dalam perhubungan penutur daripada pelbagai latar belakang
D Dalam menyampaikan ilmu di institusi pengajian tinggi awam

7
Bahasa sumber Contoh perkataan
P Bola
I Bahasa Jawa Bendera
II Bahasa Arab Q Kursus
Duit
III Bahasa Portugis R Ayu
Matang
IV Bahasa Belanda S Awal
Sabar

2
Yang manakah padanan yang betul antara bahasa sumber dengan contoh
perkataannya?
I II III IV
A R S P Q
B Q P S R
C P Q R S
D S R Q P

8 Yang manakah pernyataan yang benar tentang kajian fonetik?


I. Menentukan lambang bagi bunyi bahasa
II. Menentukan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa
III. Mengenal pasti fungsi bunyi dalam sesuatu bahasa
IV. Mengkaji bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat pertuturan
manusia

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

P Q

Yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi yang diwakili oleh P dan Q
dalam gambar di atas?

P Q
A Besi Molek
B Lepak Soal
C Emak Sorak
D Lempar Telur

10 Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-dua mengandungi gabungan


dua huruf yang diwakili oleh satu lambang fonetik

3
A Hanyut, ragut
B Senyap, perang
C Akhir, tergugat
D Ternyata, berganti

11. Yang manakah perkataan yang bermula dengan bunyi letupan lelangit lembut
dan berakhir dengan bunyi geseran?

I Bilas

II Kerah

III Teguh

IV Ganas

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

12. Yang manakah ayat yang mempunyai kata yang mengandungi vokal rangkap?

I Pada hujung minggu lalu, kami berkelah di pantai Port Dickson.

II Persoalan itu terungkai setelah Ali mengakui akan kesalahannya.

III Puisi tetang kehidupan masyarakat desa itu ialah hasil karyanya.

IV Kaedah simulasi dalam pengajaran perlu untuk mengelakkan pelajar

bosan.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

4
13. Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya mengandungi konsonan
sengauan Lelangit lembut?

A Nasi, Tanya ,sering

B Mari, nyala, hangat

C Ngilu, bunga,wayang

D Punya , nganga, nyaring

14. Persamaan bagi bunyi konsonan [k], [g], dan [n] ialah ketiga-tiganya dihasilkan

A dengan cara udara dilepaskan

B Dengan menggetarkan pita suara

C dalam keadaan rongga hidung tertutup

D dengan sekatan dibuat pada titik artikulasi yang sama

15.

I Nyaris

II Syafaat

Yang manakah artikulasi sertaan yang terdapat pada perkataan I dan II?

I II

A Nasalisasi Labialisasi
B Labialisasi Palatalisasi
C Palatalisasi Nasalisasi
D Nasalisasi Glotalisasi

5
16.

I II
Untuk menyekat laluan udara, Kedua – dua bibir
kedua-dua bibir dirapatkan. dirapatkan .
Lelangit lembut dinaikkan. Rongga mulut ditutup.
Udara dilepaskan dengan Udara keluar melalui rongga
cepat. hidung.
Pita suara tidak bergetar Pita suara bergetar.

Apakah padanan bunyi yang sesuai bagi I dan II?

I II

A [b] [m]
B [p] [m]
C [b] [w]
D [p] [w]

17. Yang manakah padanan yang betul bagi contoh perkataan yang mengandungi
vokal rangkap dan diftong?

Rangkap vokal Diftong


A Lautan Saudagar
B Mulai Biola
C Gaung Saing
D Jengkaut Saintifik
18.

I II III IV

Kental Kroni Traktor Budak


masuk gatra kontras undi

Yang manakah padanan yang betul tentang pola suku kata bagi perkataan yang
disenaraikan dalam kumpulan I, II, III dan IV di atas?

I II III IV
A KVK KKV KKVK KV
B KKVK VKK KV KVKK
C KV KVK KKV KKVK
D KVK KV KKVK KKV

6
19. Yang manakah kumpulan kata pinjaman daripada bahasa Nusantara yang tidak
mematuhi pola keselarasan vokal bahasa Melayu?

A Telor,teater,borong

B Aneh,perabot,pepet

C Duet,celoteh,loteng

D Selekeh,engsel, tekong

20. Yang manakah ayat yang tidak memerlukan tanda koma (,) ?

I Dia tidak membeli kasut itu kerana harganya mahal.

II Lantaran ibunya tidak bersetuju dia menolak lamaran lelaki itu.

III Disebabkan hari hamper hujan pada ketika itu dia kerumah saya.

IV Kereta itu rosak teruk di bahagian enjin walaupun baru saja dibeli.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

7
BAHAGIAN B (30 Markah)

BAHAGIAN B – PEMBACAAN KRITIS DAN ANALITIS (20Markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.

Mahasiswa ialah sekelompok masyarakat yang melanjutkan pengajian atau menuntut di


institusi pengajian tinggi. Universiti merupakan tempat yang menjadi idaman setiap pelajar
untuk menuntut ilmu pengetahuan dan kepakaran. Mahasiswa mempunyai peranannya
tersendiri apabila menjejakkan kaki di Menara gading. Mereka perlu melihat dan memikirkan
sejauh mana potensi yang mereka perlu ada dan komited untuk membangunkan diri,
masyarakat dan negara apabila bergelar mahasiswa kini.

Seorang yang bergelar mahasiswa perlu berpegang utuh kepada nilai integriti dalam
pelbagai aspek kehidupan. Nilai integriti ialah nilai kejujuran yang wujud secara menyeluruh
sama ada pada individu atau organisasi. Ia berlandaskan etika dan pencerminan dalam
tindakan seharian. Masyarakat menyandarkan beberapa harapan kepada golongan mahasiswa
ini. Mahasiswa diharapkan menjadi pewaris kepimpinan negara, agen perubahan dalam
pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi dan sosial serta pengeluaran kualiti modal insan
dalam pasaran kerja berteraskan nilai integriti yang tinggi. Mahasiswa perlu memandang ke
hadapan dan berfikiran terbuka serta kreatif dan diharapkan dapat membawa nilai ini dalam
perkembangan masyarakat dan negara.

Aspek utama yang perlu diterapkan dalam diri mahasiswa ialah nilai keperibadian
terpuji atau akhlak mulia. Keperibadian terpuji ialah kualiti diri yang bertunjangkan ajaran
agama dan etika yang menjadi perisai kepada perbuatan tidak bermoral. Penerapan nilai-nilai
keagamaan yang mantap sentiasa dilaksanakan di kampus. Etika bermasyarakat juga boleh
dipupuk melalui gerak kerja sosial, khidmat masyarakat dan kajian luar. Masyarakat kini dan
akan datang bukan sahaja mengharapkan mahasiswa menimba ilmu pengetahuan, tetapi pada
masa yang sama dapat membina keperibadian terpuji dalam masyarakat. Dalam konteks
sosial, mahasiswa perlu mempunyai sikap boleh percaya dan jujur, sebagai contoh, mereka
melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah tanpa plagiat daripada mana-mana idea

8
orang lain. Nilai integriti ini juga dapat diserlahkan semasa menganjurkan program di
kampus.

Pemerkasaan nilai integriti mahasiswa di kampus bakal menghasilkan mahasiswa


yang berkualiti dan bermanfaat kepada diri, agama, masyarakat dan negara. Mahasiswa atau
para graduan yang berintegriti juga boleh melahirkan tenaga kerja yang berkualiti. Golongan
ini perlu memiliki pakej kualiti diri yang cemerlang agar dapat terjun dalam bidang kerjaya
dan masyarakat dengan penuh persediaan. Oleh itu, pemupukan nilai integriti ini wajar
menjadi satu budaya yang perlu diterapkan kepada warga kampus di institusi pengajian
tinggi.

( Dipetik dan diubahsuai daripada rencana Sinar Harian,Julai 2018)

21. Apakah nilai integriti yang perlu ada pada mahasiswa? (2m)

22. Jelaskan dua harapan masyarakat terhadap mahasiswa kini. (2m)

23. Huraikan aspek utama yang perlu diterapkan dalam diri mahasiswa ? (4m)

24. Apakah mesej penulis dalam petikan tersebut? (2m)

25.
Mahasiswa atau para graduan yang berintegriti juga boleh melahirkan
tenaga kerja yang berkualiti.

Apakah risiko yang akan dihadapi oleh majikan dan syarikat sekiranya mereka
mempunyai tenaga kerja yang tidak berintegriti? Panjang jawapan anda hendaklah
tidak melebihi 150 patah perkataan.

(20m)

9
BAHAGIAN C (50 MARKAH)

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600-650 patah perkataan berdasarkan
daripada tajuk - tajuk di bawah.

26. Kini masyarakat di negara kita terdedah kepada jenayah siber disebabkan oleh

penggunaan internet yang meluas di seluruh dunia. Pada pendapat anda, apakah faktor

yang menyebabkan jenayah tersebut berlaku dan apakah pula kesannya. Jelaskan.

27. Gejala buli dalam kalangan pelajar pada hari ini semakin meningkat dan hal ini dikatakan

berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Sejauh manakah aanda bersetuju dengan

pandangan tersebut?

28. Malaysia merupakan destinasi pilihan utama pelancong dari luar negara. Huraikan cara-

cara untuk menambahmajukan industri pelancongan di negara kita.

SOALAN TAMAT

10
11

Anda mungkin juga menyukai