Anda di halaman 1dari 15

SKEMA PEMARKAHAN

SOALAN 1

1. Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Dari mana pipit melayang,


Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Air dalam bertambah dalam,


Hujan di hulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

(a) Jelaskan tiga pemikiran yang terdapat dalam pantun di atas. [9m]

F1: Pemikiran tentang unggas/burung


H/C: Unggas bermaksud segala jenis burung. Unggas ataupun burung-burung yang berada sekitar
masyarakat Melayu sesetengahnya sering dijadikan peliharaan. Hal ini digambarkan bahawasanya,
burung pipit dari paya akan berterbangan ke kawasan bendang padi yang juga merupakan tempat
untuk mereka mencari makan.

Contoh : Dari mana pipit melayang,


Dari paya turun ke padi;

F2: Pemikiran tentang hidup berkasih sayang


H/C: Kasih sayang merupakan nilai kemanusiaan yang sangat penting dalam kehidupan setiap insan.
Jalinan kasih sayang pasti mengeratkan ukhwah ataupun silaturrahim dalam kalangan sesiapa sahaja
dan akan melahirkan keharmonian hidup. Buktinya kasih sayang bermula dari pandangan mata
terhadap lahiriah yang kemudiannya disusuli rasa sayang ke hati sanubari.

Contoh : Dari mana datangnya sayang


Dari mata turun ke hati

F3: Pemikiran tentang tumbuh-tumbuhan / padi.


H/C: Keindahan dan kepelbagaian flora fauna di persekitaran kehidupan masyarakat Melayu tradisional
amatlah dihargai. Justeru masyarakat Melayu tradsisonal menterjemahkan penghargaan alam
kurniaan Tuhan ini melalui pantun yang dihasilkan. Tumbuhan seperti padi yang merupakan salah
satu sumber makanan atau sumber rezeki bagi kehidupan masyarakat Melayu digambarkan fungsinya
melalui pantun tersebut.

Contoh: Dari paya turun ke padi;,


F4: Pemikiran hubungan masyarakat Melayu dengan alam
H/C: Masyarakat Melayu mempunyai hubungan amat akrab dengan alam. Masyarakat Melayu tradisional
amat bergantung kepada alam untuk kelangsungan hidup mereka. Imej alam ini yang banyak
memberi sumbangan kepada kehidupan masyarakat Melayu tradisional telah dijelmakan dalam
penghasilan pantun iaitu ‘air’ dan ‘hujan’ merupakan unsur alam yang akrab dalam sanubari
masyarakat Melayu kerana hujan membekalkan air sebagai satu keperluan utama hidup.

Contoh : Air dalam bertambah dalam,


Hujan di hulu belumlah teduh;

F5: Pemikiran tentang terpaksa tinggal berjauhan dan berpisah


H/C: Berhadapan dengan perpisahan ataupun tinggal berjauhan antara satu sama lain selalunya akan dilalui
oleh sesiapa sahaja. Perpisahan yang terjadi merupakan pahit manis hidup berkasih sayang yang
mewujudkan perasaan amat rindu atau rindu dendam.

Contoh : Hati dendam bertambah dendam,


Dendam dahulu belumlah sembuh.

Pilih 3 isi sahaja


1 isi = 3 markah (1 markah fakta, 1 markah huraian , 1 markah contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

Nota: Contoh mesti dari petikan dan ditiru semua dari petikan

(b). Huraikan empat aspek estetik yang terdapat dalam pantun di atas. [16]

F1: Bahasa
H/C: Asonansi/aliterasi/anafora/perulangan kata dalam baris di dalam sesebuah puisi menjadikan puisi atau
pantun di atas menarik dan indah dari segi bunyinya. Keindahan bunyi ini terbit daripada kata atau
rangkai kata yang dipilih, teratur dan berfungsi dalam keseluruhan puisi di atas iaitu pantun. Antara
unsur keindahan yang menjana keindahan bunyi ialah asonansi iaitu perulangan bunyi vokal dalam
baris puisi. Contohnya pada rangkap 1 baris 3 :

Dari mana datangnya sayang, (pengulangan vokal a)

Atau

Antara unsur keindahan yang menjana keindahan bunyi ialah aliterasi iaitu perulangan bunyi
konsonan dalam baris puisi. Contohnya pada rangkap 1 baris 4 :

Dari mata turun ke hati, (pengulangan konsonan t)

Atau

Antara unsur keindahan yang menjana keindahan bunyi ialah anafora iaitu perulangan perkataan yang
sama pada setiap awal baris secara berjajar. Contohnya pada rangkap 1 baris 1 hingga 4 :
Dari mana datangnya pipit,
Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
Atau

Antara unsur keindahan yang menjana keindahan bunyi ialah Responsi/perulangan kata yang sama
dalam baris. Contohnya pada rangkap 2 baris 3 dan 4 :

Air dalam bertambah dalam,


Hati dendam betambah dendam
.
Nota : apa-apa bahasa diterima tetapi hanya 1 saja dipilih.

F2: Bentuk
H/C: Bentuk pantun di atas adalah terikat, sama ada dari sudut jumlah baris serangkap, jumlah perkataan
sebaris dan jumlah suku kata sebaris. Hal ini memperlihatkan keseimbangan dari sudut bentuk
pantun. Contohnya :

Dari mana pipit melayang,


Dari paya turun ke padi;
4 baris serangkap
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

F3: Rima akhir


H/C: Rima akhir ialah bunyi akhir dalam baris puisi. Aspek estetik dalam pantun di atas juga boleh dikesan
melalui penggunaan rima akhir yang menarik dan berkesan lantaran bunyinya yang berselang antara
baris dari segi bunyi vokal dan konsonan yang mana skema rima hujung/ akhir yang tetap/terikat iaitu
abab. Contohnya pada rangkap 1 baris 1 hingga 4 :

Dari mana pipit melayang, a


Dari paya turun ke padi; b
Dari mana datangnya sayang, a
Dari mata turun ke hati. b

F4: Pemikiran / Isi / Persoalan / Maksud / Idea


H/C: Keindahan sesuatu karya sastera khususnya pantun, boleh dilihat melalui pemikiran masyarakat yang
cuba diketengahkan oleh pengarang. Pemikiran yang diketengahkan menggambarkan ketinggian
pemikiran dan kehalusan perasaan pengarang. Antara pemikiran yang cuba diketengahkan oleh
pengarang dalam puisi atau pantun di atas ialah tentang terpaksa tinggal berjauhan dan berpisah.
Contohnya pada rangkap 2 baris 1 hingga 4 :

Air dalam bertambah dalam,


Hujan di hulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.
F5: Nilai
H/C: Nilai ialah sesuatu yang memberikan kebaikan kepada seseorang seperti nilai kasih sayang. Nilai
murni sebegini tentu memberi kesan harmoni hidup sesama manusia bahkan dapat mengeratkan
ukhwah yang terjalin. Contohnya pada rangkap 1 baris 3 hingga 4 :

Dari mana datangnya sayang,


Dari mata turun ke hati.

F6: Mesej
H/C: Mesej ialah sesuatu gagasan pengajaran yang hendak disampaikan. Contohnya pada rangkap 1:

Dari mana datngnya pipit,


Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

F7 Fungsi pantun
F8 Tema
F9 Pengajaran

Pilih 4 isi sahaja


1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian 1 contoh)
4 isi x 4 markah = 16 markah

Nota:
Bagi soalan petikan, contoh perlu disalin daripada petikan – 1m
Jika contoh yang diperturunkan tidak sama dengan petikan –0m

SOALAN 2
a) Tiga citra masyarakat [9m]
F1: Masyarakat yang berani dalam perjuangan
H: Kemerdekaan yang diperoleh ini adalah hasil keberanian para pejuang terdahulu untuk
membebaskan negara kita daripada cengkaman penjajah. Para pejuang terdahulu sangat berani dan bersumpah
untuk berjuang hingga ke titisan darah terakhir demi mendapatkan kemerdekaan negara tercinta.
C: telah gemilang sumpah kerelaan
Membelai bangsa sepanjang usia

F2: Masyarakat yang teruja untuk menyambut kemerdekaan


H: Apabila menjelangnya sambutan hari kemerdekaan, semangat kemerdekaan mula dirasai oleh
setiap warganegara. Masyarakat sangat teruja untuk menyambut kemerdekaan kerana dengan
kemerdekaan, ia membolehkan setiap rakyat hidup dalam keadaan yang selesa.
C: setiap menjelang kemerdekaan ini
bergemalah di hati anak peribumi

F3: Masyarakat yang bangga dengan nikmat kemerdekaan


H: Masyarakat berasa bangga kerana kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini telah membolehkan
setiap warganegara hidup dalam keadaan selesa. Kemerdekaan dan kebebasan ini dicapai hasil perjuangan
para pejuang tanah air yang menentang penjajah.Usaha dan keringat yang dicurahkan akhirnya mencapai
kejayaan apabila negara ini bebas dari cengkaman penjajah.
C sejahtera bangsa menggenggam kemenangan
keramat bangsa menentang keagungan.

F4: Masyarakat yang bersatu demi kemerdekaan negara


H: Setiap anggota masyarakat haruslah bersatu demi memastikan negara yang kita sayangi kekal
merdeka. Kesetiaan dan ketaatan pada negara tercinta perlu ada walaupun sering diancam oleh perselisihan
dan salah faham yang boleh mengganggu keamanan negara
C: Cinta kasih tiadakan retak
Mesti debar sengketa melanda jantung

F5: Masyarakat yang cintakan tanah air


H: Demi negara, rakyat perlu tanamkan semangat cintakan tanah air. Walau apa pun yang melanda
terhadap tanah air, cinta dan kasih terhadap tanah air hendaklah sentiasa tersemat dalam jiwa rakyat.
C: Tanah air tercinta hamparan setia
Cinta kasih tiadakan retak

F6: Masyarakat yang setia kepada negara


H: Setiap warganegara perlulah menanam sifat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara
tercinta. Hal ini kerana generasi hari ini ialah pewaris kebebasan dan kemerdekaan. Sesungguhnya sikap ini
dapat mengekalkan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini hasil daripada perjuangan dan pengorbanan
pejuang terdahulu.
C: tanah air tercinta hamparan setia

F7: Masyarakat yang mempertahankan kedaulatan negara/menghargai kedaulatan


H: Sebagai pewaris kemerdekaan, rakyat diseru menjaga kedaulatan negara. Generasi hari ini iaitu
pewaris kemerdekaan haruslah menanamkan semangat untuk mengekalkan kemerdekaan dan menjunjung
kedaulatan negara supaya negara kekal merdeka.
C: seluhur suara seteguh cita
menjunjung bakti mahkota kedaulatan.
F8: Masyarakat yang mensyukuri nikmat kemerdekaan
H: Warganegara haruslah menunjukkan rasa syukur dengan nikmat kemerdekaan dan kebebasan yang
kita miliki selama ini.
C Seluhur suara seteguh cita
Menjunjung bakti mahkota kedaulatan

Bergema di hati anak peribumi


Sejahtera bangsa mengenggam kemenangan

Kemukakan 3 isi sahaja


1 isi = 3 markah (1 markah fakta, 1 markah huraian 1 contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

b) Gaya bahasa dan kesannya:


F1: Asonansi
H: Perulangan bunyi vokal dalam sebaris
C: Tanah air tercinta hamparan setia iaitu perulangan vokal ‘a’ .
K: Menimbulkan kemerduan bunyi dan irama

F2: Aliterasi
H: Perulangan bunyi konsonan dalam sebaris
C: telah gemilang sumpah kerelaan iaitu perulangan konsonan ‘l’ .
K: Menimbulkan kesan keindahan irama/muzikal yang lantang/Menegaskan maksud atau menimbulkan
irama lantang/tegas
Nota : tidak diterima ng,ny

F3: Personifikasi
H: Memberikan sifat manusia kepada benda atau objek/perorangan
C: Telah datang angin kemerdekaan
Melambai tanah air berlagu sentosa
K: Menggerakkan daya imaginasi pembaca/ menjelaskan maksud

F4: Metafora
H: Kombinasi dua kata abstrak dan konkrit yang membawa maksud di luar kelaziman.
C: tanah air tercinta hamparan setia
menjunjung bakti mahkota kedaulatan
K: Mengerakkan imaginasi pembaca/ menjelaskan maksud/ kehalusan perasaan/mengundangkan kesan
emosi

F5: Hiperbola
H: Unsur perbandingan yang dibuat melampau-lampau
C: di sini langit jernihmu dijunjung
K: Menimbulkan kesan berlebih-lebihan/menjelaskan maksud.
F6: Responsi
H: Perulangan kata yang sama di tengah baris secara berjajar atau berturutan
C: Sejahtera bangsa mengenggam keamanan
Keramat bangsa menentang keagungan
K: Menimbulkan kesan kemerduan/ untuk menegaskan maksud yang hendak
disampaikan/ mengindahkan irama

Kemukakan 4 isi sahaja


1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 1 markah huraian, 1m contoh dan 1m kesan)
3 isi x 3 markah = 16 markah

SOALAN 3

3. Berdasarkan “Hikayat Pelanduk Jenaka”, yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, galurkan peristiwa
bagaimana Pelanduk (Tuan Syeikh Alam di-Rimba) mengalahkan raksasa. [25m]

A: Pengenalan [3]

- Definisi cerita binatang


- Ciri-ciri cerita binatang
- Fungsi cerita binatang
- Sinopsis Hikayat Pelanduk Jenaka
- menyenaraikan isi

B. ISI (20m)

F1: Meminta pertolongan Pelanduk.


H/C: Masyarakat binatang meminta pertolongan daripada Pelanduk (Syeikh Alam di Rimba). Pelanduk
meminta tempoh tujuh hari baru beliau hendak berangkat untuk melawan Raksasa.

F2: Meminta masa tujuh hari


H/C: Setelah genap tujuh hari Pelanduk pun pergi ke sungai Tinam tempat Raksasa dan mengarahkan isi
rimba mencari rotan untuk membuat simpai.

F3: Isi rimba bersembunyi


H/C: Pelanduk telah mengarahkan isi rimba menyembunyikan diri dan segera datang apabila mendengar
beliau bertempik, sementara Pelanduk pula menunggu ikan yang sedang dimasak.

F4: Menyediakan umpan


H/C: Pelanduk menghidupkan api untuk membakar ikan dan Raksasa datang menegurnya, apabila ditegur
oleh Raksasa, Pelanduk membuat helah dan menipu Raksasa, bahawa dia menggunakan simpai untuk
menyimpai tubuhnya yang sakit.

F5: Membuat helah


H/C: Raksasa mengatakan tubuhnya sakit dan meminta simpai untuk berubat tetapi Pelanduk mendakwa
simpai itu ubat pesaka peninggalan nenek moyangnya. Raksasa meminta ikan daripada Pelanduk tetapi tidak
diberi dengan alasan tidak elok makan ikan sebelum berubat
F6: Umpan mengena/terjerat
H/C: Pelanduk memasukkan simpai pada kedua-dua siku dan lutut sebanyak dua kali sehingga Raksasa tidak
dapat bergerak lagi. Akhirnya Raksasa terperangkap dengan simpai (diperbuat daripada rotan) yang dipasang
di badannya. Badan Raksasa terguling ke tanah semasa ia meronta-ronta.

F7: Mencakar mata Raksasa


H/C: Pelanduk merenung muka Raksasa dan kemudian mencakar mata Raksasa dengan taringnya sehingga
pecah. Raksasa telah menjerit kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan seluruh masyarakat rimba
terkejut.

F8: Pelanduk bertempik


H/C: Kemudian Pelanduk bertempik menyebabkan semua isi rimba datang dan terkejut melihat keadaan
raksasa yang sedemikian rupa.

F9: Membunuh raksasa


H/C: Akhirnya Raksasa mati ditendang dan diterajang (disiksa) oleh semua isi rimba. Setelah Raksasa dapat
dikalahkan, maka amanlah seluruh penduduk rimba dan dapat bermain-main di sungai Tinam.

Pilih 5 isi sahaja


1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 3 markah Huraian/Contoh)
5 isi x 4 markah = 20 markah

C Penutup [2]

Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan/saranan

Pembahagian markah
A: Pendahuluan = 3 markah
B: Isi = 20 markah
C: Penutup = 2 markah
Jumlah 25 markah
SOALAN 4

4 “Hikayat Hang Tuah ( Bab XIX )” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu mempamerkan kehebatan
Hang Tuah sebagai wira epik. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan perwatakan Hang Tuah sebagai
wira epik. [25m]

A: Pendahuluan. ( 3m )
- Definisi Sastera Epik
- Ciri-ciri Sastera Epik
- Fungsi Sastera Epik
- Biodata Hang Tuah
- Sinopsis Hikayat Hang Tuan Bab XIX
- menyenaraikan isi

(maksimun 3m–mana-mana daripada di atas.)

B. Isi

F1: Fasih berbahasa

H/C : Semasa berada di Benua Keling Hang Tuah pandai dan fasih berbahasa Nagaram (hlm 52), kefasihan
Hang Tuah berbahasa Nagaram sewaktu mengadap Kisna Rayan, telah menimbulkan rasa kagum dan
terpegun.

F2. Kebolehan menunggang kuda

H/C Hang tuah mempamerkan kelebihannya dengan ketangkasan menunggang kuda teji yang dikatakan boleh
melompat dengan cepat kilat dan tidak berpijak di bumi. Tidak ada seorang hulubalang keling yang mampu
menunggang kuda teji, (hlm 57). Namun Hang Tuah dapat menunggangnya dengan jayanya. Sifat luar biasa
yang dimiliki oleh Hang Tuah telah meletakkan beliau sebagai wira epik yang tiada tandingan.

F3. Menjadi Ketua Utusan ke China

H/C Dengan ketokohan Hang Tuah sebagai wira epik, beliau telah dilantik oleh Kisna Rayan sebagai ketua
utusan Keling ke negeri China. Kisna Rayan percaya Hang Tuah dapat melaksanakan tugas tersebut dengan
jayanya (hlm 64). Tapi Hang Tuah dapat melaksanakannya dan dapat mengadap raja China yang bersemayam
dalam mulut naga.

F4. Melihat wajah maharaja China

H/C Melalui kelebihan dan kecerdikan akal, Hang Tuah dan rombongannya dapat melihat wajah Maharaja
China yang bersemayam dalam mulut naga emas bersisik (hlm 70). Hang Tuah merupakan orang yang
pertama berjaya melihat wajah Maharaja China. Ini menunjukkan kelebihan Hang Tuah berbanding dengan
seluruh orang Cina dan lain-lain utusan yang datang ke negeri China.

F5. Membuat ubat


H/C Hang Tuah telah menghasilkan ubat yang dapat mengubati isteri Nala Sang Guna yang mandul. Hang
Tuah telah membuat ubat seperti madat dan disuruh hantar kepada Nala Sang Guna untuk isterinya (hlm 55).

F6. Kemahiran dalam menunjukkan pokok ajaib.

H/C Hang Tuah memperlihatkan pertunjukkan penanaman pokok ajaib kepada Kisna Rayan. Pokok itu
ditanam, kemudian tumbuh serta-merta, berdaun, berbunga dan berbuah. Setelah dimakan buahnya, pokok itu
ghaib. Keadaan ini menimbulkan kehairanan pada Kisna Rayan.(hlm 64). Sifat ketokohan inilah yang
menempatkan Hang Tuah sebagai tokoh epik.

F7. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah.

H/C Hang Tuah menyelamat maruah Nala Sang Guna dengan menyelesaikan masalah ketiadaan kayu api
untuk memasak bagi menyambut kehadiran Kisna Rayan. Hang Tuah mencadangkan menggunakan kain yang
dicelup minyak untuk memasak yang diperolehi dari gedung Nala Sang Guna. (hlm 60).

F8. Berani mencabar/berhadapan dengan Feringgi.

F9. Mengetahui pantang larang/budaya/hikmat orang China.


Peristiwa tidak menyingsing kain.

F10 Berjaya mengadap Maharaja China.


Surat-surat dan bingkisan hanya setakat menteri Empat saja.

Kemukakan 5 isi
1 isi = 4 markah ( 1m fakta, 3m huraian contoh)
5 isi x 4 markah = 20 markah.

C Penutup [2]

Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan/saranan

Pembahagian markah
A: Pendahuluan = 3 markah
B: Isi = 20 markah
C: Penutup = 2 markah
Jumlah 25 markah
SOALAN 5

a) Perwatakan ‘ aku’ sebagaimana yang terdapat dalam petikan di atas. [9m]

F1: Tawakal/ Yakin kepada kekuasaan Allah


H: Allah maha berkuasa atas seluruh kehidupan manusia. Justeru setiap insan perlulah sentiasa bertawakal
kepada Allah.
C1: Selama ini pun Engkau, ya Allah yang memberi rezeki. Bukan dia.”
C2: Aku tiba-tiba berasa fana dalam kekuasaan Allah yang memberi rezeki seluruh Makhluk!

F2: Menghormati Ayah


H: Hormat adalah mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberi layanan yang
penuh sopan. Menghormati orang lain pastinya mewujudkan suasana hidup yang harmoni.
C: Dia yang jatuh dan ikut melibatkan aku dan penghuni kampung kecil kami. Ketika aku mulai
terlelap, tiba-tiba aku dikejutkan oleh sentuhan tangan. Aku terperanjat dan hampir melaung.
Ayah dan ibu berada disisiku.
“Dia berada di pintu kita. Dengar suaranya. Dengar!” Ayah berbisik ke telingaku.

F3: Reda
H: Berlapang dada, pasrah dengan sepenuh hati merupakan antara sifat orang yang redha. Redha melahirkan
insan yang sabar, tenang dan berakhlak mulia.
C: Aku tiba-tiba berasa fana dalam kekuasaan Allah yang memberi rezeki seluruh makhluk.

F4: Insaf
H: Kita perlulah insaf dan kembali ke pangkal jalan apabila menyedari telah melakukan kesilapan dalam
hidup. Keinsafan akan menjadikan diri seseorang lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang
tindakan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
C: ….Selama ini pun Engkau, ya Allah, yang memberi rezeki. Bukan dia” Perteguhkan imanku. Kaulah
yang memberi rezeki itu. Bukan dia.”

F5: Berusaha memperteguhkan iman.


C: “ Ya Tuhan. Perteguhkan imanku. Biarlah aku tidak terjejas oleh kejatuhan kertas tisu seharga emas itu.

F6 merendah diri
C : Aku tiba-tiba berasa fana dalam kekuasaan Allah yang memberi rezeki seluruh Makhluk!

Pilih 3 isi sahaja


1 isi = 3 markah ( 1m fakta, 1m huraian, 1m contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

NOTA
Bagi soalan petikan, contoh perlu disalin daripada petikan – 1 m
Jika contoh yang diperturunkan tidak sama dengan petikan- 0 m
b) Huraikan EMPAT Teknik penceritaan berdasarkan petikan. [ 16m]

F1: Pemerian

H: Gambaran secara langsung oleh pengarang tentang sesuatu sama ada keadaan alam, suasana, peristiwa atau
watak seseorang. Dapat menghidupkan imej yang digambarkan oleh pengarang
C: Dia jatuh. Mereka ikut dukacita. Ada yang membunuh diri. Tiba-tiba dia mengetuk pintu Rumahku.
Mengetuk pintu rumah kita, kata ayah. Atau mengetuk semua pintu rumah dua puluh ribu penghuni kampung
kecil ini?

F2: Monolog Luaran


H: Tuturkata/ pengucapan oleh seseorang watak secara bersendirian, ia lebih merupakan usaha menyatakan
perasaan dan fikiran seperti doa, meratap, mengeluh, merintih dan sebagainya. Dapat memperjelaskan isi
hati watak secara tidak langsung menjadikan alur cerita lebih menarik.
C: “ Dia berada di pintu kita. Dengar suaranya. Dengar!. Ayah berbisik ke telingaku.

F3: Imbas kembali


H: Penyajian semula babak atau kisah atau peristiwa yang pernah terjadi, dialami dan dilihat oleh watak.
Muncul melalui ingatan watak, khayalan atau kenangan dan berupaya menguatkan perkembangan cerita.
C: Malam-malam berikutnya aku tidur kurang nyenyak. Teringat akan kejatuhannya. Dia yang jatuh dan ikut
melibatkan aku dan penghuni kampung kecil kami. ”

F4: Ketegangan/suspen
H: Ia merupakan kemuncak naluri ingin tahu pembaca terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku
berikutnya. Menimbulkan rasa ketegangan serta menyediakan pembaca supaya dapat menerima sesuatu
kejadian atau peristiwa di bahagian berikutnya.
C: Dia jatuh. Mereka ikut dukacita. Ada yang membunuh diri. Tiba-tiba dia mengetuk pintu Rumahku.

F5: Kejutan
H: Keadaan atau peristiwa yang berlaku tanpa disangka-sangka oleh pembaca. Berkesan menjelaskan sifat
watak serta memperkembangkan alur cerita.
C: Aku terperanjat dan hampir melaung. Ayah dan ibu berada disisiku.

F6: Monolog dalaman


H6: Percakapan atau pertuturan yang terlaksana antara dua watak atau lebih dalam sesebuah karya. Berkesan
dalam menjelaskan peranan dan peribadi seseorang watak seperti sikap dan tingkahlaku, konflik serta
pemasalahan yang dihadapi oleh watak.
C6: Aku menajamkan pendengaranku. Sahlah, fikirku.

Pilih 4 isi sahaja


1 isi = 4 markah ( 1m fakta, 2m huraian ,1m contoh)
4 isi x 4 markah = 16 markah.
NOTA
Bagi soalan petikan, contoh perlu disalin daripada petikan – 1 m
Jika contoh yang diperturunkan tidak sama dengan petikan- 0 m

SOALAN 6
(a) Jelaskan nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas. [9m]

F 1: Nilai prihatin
H/C Mengambil berat atau perhatian terhadap sesuatu perkara. Pak Leh dan Siti Bunirah telah
memelihara/menjaga Laila Anurisah selepas dibuang oleh ayahnya Misa Sigaraga. Contohnya :
“Saya dibuangnya, tapi Pak Leh dan Siti Bunirah memelihara saya”.

F2: Nilai mengenang budi


H/C Menghargai perbuatan baik yang dilakukan ke atas diri seseorang. Laila Anurisah Remaja
menghargai budi yang ditaburkan oleh Marga ketika dia masih lagi kecil. Contohnya :
“Gembiranya saya dapat berjumpa dengan Pak Marga. (Memeluk MARGA TUA) Saya banyak berhutang
budi pada Pak Marga!”

F 3: Nilai menghargai keindahan alam


H/C Menganggap keindahan alam merupakan sesuatu yang penting dan harus dipelihara.Laila Anurisah
Remaja menghargai kecantikan tempat tersebut kerana dapat melihat lembayung dan burung-burung pada
waktu petang. Contohnya :
“ Cantik tempat ini, Pak Marga. Siti Bunirah selalu bercerita tentang Pak Marga. Katanya Pak Marga selalu
bercerita tentang kisah zaman dalu, tentang putera perkasa dan puteri jelita kepada mak di sini. Kata siti,
kekasih mak, Anas Semanda selalu cemburu. Saya ingat, masa kecil, Pak Marga selalu bawa saya ke mari.
Saya ingat Pak Marga bercerita tempat ini. Pak Marga kata, mak suka senja di sini. Warna lembayung,
burung-burung yang pulang petang… “

F4: Nilai reda


H/C Menerima sesuatu peristiwa dengan seikhlas hati. Laila Anurisah Remaja sanggup menerima keadaan
ibunya walau dalam keadaan tidak siuman. Contohnya :
“... Saya tahu keadaan mak saya. Saya sedia menerima mak saya walau dalam keadaan apa sekalipun.”
F4: Nilai bersyukur
C Marga Tua : Aku Bersyukur kau selamat!
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1m fakta, 1m huraian ,1m contoh)
3 isi x 3 markah = 16 markah.

(b) Huraikan perubahan watak ‘mak’ yang terdapat dalam drama Asiah Samiah. [16m]

F1: Remaja kepada tua


H/C: Asiah Samiah merupakan seorang gadis remaja yang sedang membesar. Beliau digambarkan sebagai
seorang gadis yang baru berkembang, baru membina tubuh dan sedang mengerti seksualitinya. (Hal 200)
Asiah Samiah kemudian berubah menjadi seorang perempuan tua yang hidup keseorangan dan kacau jiwanya.
(Hal 191)
F2: Cantik kepada hodoh
H/C: Asiah Samiah merupakan seorang gadis yang sangat jelita dan menjadi igauan setiap jejaka.
Kecantikannya tidak kalah jika dibandingkan dengan Puteri Gunung Ledang dan Charlitz Teron (Hal 200).
Asiah Samiah kemudiannya berubah menjadi seorang perempuan yang hodoh wajahnya dan berpakaian
compang-camping.(Hal 193)
F3: Bujang/dara kepada berkahwin
H/C: Asiah Samiah merupakan anak dara yang terkawal hidupnya. Beliau sering ditemani oleh orang
gajinya iaitu Sari Saribiru ke mana saja dia pergi.(Hal 222) Keadaan ini berubah apabila Asiah Samiah
berkahwin dengan Misa Sagaraga apabila dipaksa oleh kedua ibubapanya. Perkahwinannya merupakan satu
mimpi ngeri dan hanya bertahan satu malam sahaja apabila Asiah Samiah mengambil keputusan untuk
melarikan diri. (hal 261)
F4: Waras kepada kurang siuman/gila
H/C: Asiah Samiah seorang gadis yang sempurna baik dari segi paras rupa mahupun dari segi kecerdikan.
Beliau dapat menguasai ilmu sastera dan sejarah. Hal ini sangat dikagumi oleh Marga Muda sebagai pemuda
dan gurunya.(Hal 201) Keadaan ini berubah apabila Asiah Samiah menjadi gila disebabkan perlakuan Misa
Sagaraga pada malam pertama. Apatah lagi selepas Asiah melahirkan anak Misa Sagaraga. Selama 15 tahun
Asiah meracau dan menyanyi mengenangkan nasib hidupnya.(Hal 192)
F5: Gembira/ceria kepada sedih/murung
H/C: Asiah Samiah seorang gadis remaja yang sentiasa gembira dan bersifat keanak-anakan. Pada sebelah
petang sering bermain tarik upih dengan Anas. Ketika dewasa juga sering gembira apabila diulit dengan
cerita-cerita agung oleh Marga.(Hal 202) Keadaan ini berubah apabila beliau mengetahui kedua ibu bapanya
menerima peminangan Misa Sigaraga tanpa persetujuannya. Asiah Samiah sering menangis. Beliau selalu
memikirkan keadaan Anas yang pergi berjuang tanpa khabar berita. Beliau tidak mahu berkahwin dengan
orang lain kecuali Anas Samanda.(hal 252)
F6: Lembut kepada kasar
H/C: Asiah Samiah seorang gadis yang bersopan santun dan lemah lembut. Beliau bercakap lemah lembut
dengan kedua ibu bapanya. Beliau juga bersifat lembut dan menghormati kedua orang gajinya iaitu Pak Leh
Lak Lak dan Siti Bunirah.(Hal 209) Keadaan ini berubah apabila beliau mengeraskan suara kepada
ibubapanya kerana mempersoalkan kebaikan kepada siapa apabila ibu bapanya menerima Misa Sagaraga
sebagai suaminya sedangkan beliau tidak mencintainya. (hal 248)
F7: Tenang kepada gelisah
H/C: Asiah Samiah hidup dalam penuh kemewahan. Beliau dididik dengan penuh kasih sayang. Kehidupan
sehari-hari penuh dengan ketenangan.(Hal 200) Keadaan ini berubah apabila beliau mengetahui pada malam
itu Misa Sagaraga merisiknya. Fikiran berkecamuk apabila memikirkan tindakan selepas ini. Adakah lari
mencari Anas? Tinggal di sini untuk dikahwini Misa Sagaraga. Atau membunuh diri seperti Juliet? (hal 249 )
F8 Taat kepada memberontak

Pilih 4 isi sahaja.


1 isi = 4 markah ( 2m fakta, 2 huraian / contoh)
4 isi = 4 X 4 markah = 16 markah.

Nota :
1. Fakta mesti ada perubahan watak, jika tidak ada 0M
2. Huraian mesti ada kedua-dua, sebelum berubah dan selepas berubah, dapat 2m
Jika 1 sahaja bahagian huraian dapat 1m

Anda mungkin juga menyukai