Anda di halaman 1dari 116

3.

0 PEMBANGUNAN NEGARA
3.1 POLITIK
3.1.1 KEPEMIMPINAN

OBJEKTIF:
Menghuraikan kepelbagaian gaya kepemimpinan dalam pembangunan negara

3.1.2 NASIONALISME

OBJEKTIF:
Menghuraikan kepentingan nasionalisme dalam pembangunan negara

3.1.3 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

OBJEKTIF:
Menyatakan sejauh mana pentingnya peraturan dan undang-undang dalam
pembangunan negara.
3.2 EKONOMI

3.2.1 Pertanian
3.2.2 Usahawan
3.2.3 Perdagangan

OBJEKTIF:
Mengenal pasti bidang ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan
negara.
3.1 POLITIK
3.1.1 KEPEMIMPINAN
1.0 PENGENALAN
1.1 Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing,
pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa
berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepemimpinan membawa erti “keupayaaan
memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang
pemimpin” (Kamus Dewan 1994).

1.2 Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan
sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tertentu dalam usaha
mencapai objektif organisasi. Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut
kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat
mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender 1960) dan
(Halpin 1960).

1.3 Kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepada semua golongan
masyarakat. Kepimpinan memberi gambaran individu yang berkuasa dan dinamik,
yang memerintah tentera atau mengarah empayar korporat. Sejarah manusia penuh
dengan pemimpin tentera, politik, agama dan sosial. Perjuangan pemimpin yang
berani dan bijaksana menjadi intipati legenda dan mitos.
kepemimpnan merupakan kemampuan mempengaruhi orang lain, bawahan atau
kelompok, kemampuan mengarahkan tingkah laku bawahan atau kelompok,
memiliki kemampuan atau keahlian khusus dalam bidang yang diinginkan oleh
kelompoknya, untuk mencapai tujuan organisasi atau kelompok.

Kepemimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain


untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang
pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja
dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga
harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk
menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.
Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau
khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai
kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang
peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang
membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin
mempengaruhi dan pengikut mematuhi” (Gordon 1955).

Seorang ahli pengurusan pula, mendefinasikan kepimpinan sebagai “satu proses


cubaan mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang
dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat
bersama” (Gribben 1972).
Dalam pandangan Islam kepemimpinan tidak jauh berbeda dengan model kepemimpinan
pada umumnya, karena prinsip-prinsip dan sistem-sistem yang digunakan terdapat
beberapa kesamaan. Kepemimpinan dalam Islam pertama kali dicontohkan oleh
Rasulullah SAW, kepemimpinan Rasulullah tidak bisa dipisahkan dengan fungsi
kehadirannya sebagai pemimpin spiritual dan masyarakat. Prinsip dasar kepemimpinan
beliau adalah keteladanan. Dalam kepemimpinannya mengutamakan uswatun hasanah
pemberian contoh kepada para sahabatnya yang dipimpin. Rasulullah memang
mempunyai kepribadian yang sangat agung, hal ini seperti yang digambarkan dalam al
Qur'an:

Artinya: “Dan Sesungguhnya engkau Muhammad benar-benar berada dalam akhlak yang
agung”. (Q. S. al-Qalam: 4)

Dari ayat di atas menunjukkan bahwa Rasullullah memang mempunyai kelebihan yaitu
berupa akhlak yang mulia, sehingga dalam hal memimpin dan memberikan teladan
memang tidak lagi diragukan. Kepemimpinan Rasullullah memang tidak dapat ditiru
sepenuhnya, namun setidaknya sebagai umat Islam harus berusaha meneladani
kepemimpinan-Nya.
2.0 CIRI-CIRI KEPIMPINAN
MENGKOMUNIKASIKAN MEMOTIVASIKAN
DASAR DAN RANCANGAN PEKERJA

KEPENTINGAN
KEPEMIMPINAN

MEMBERIKAN TUNJUK MEMBENTUK KEYAKINAN


AJAR DAN BIMBINGAN YANG TINGGI

PENYELARASAN SEMUA
AKTIVITI
Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang sangat kerap membuat penilaian terhadap
pelaksanaan tugas dantanggungjawab serta memiliki tahap-tahap pencapaian dan natijah
atau hasil usahanya
Pemimpin yang mempunyai prinsip akan tetap mempertahannya dan sanggup berkorban
demi prinsipnya.

Pemimpin yang sentiasa berwaspada dan berprihatin terhadap urusan kepemimpinan


pasti akan beroleh kejayaan dan kemenangan.

Pimpinan Yang Sanggup Berkorban dan Tidak ada Kepentingan Diri Pemimpin yang
cemerlang ialah pemimpin yang prihatin terhadap kepentingan anak buahnya dan
kepentingan umum.

Mengingati Allah Zikrullah dalam ertinya yang lebih luas iaitu meletakkan Allah sebagai
matlamat terakhir dalam sesuatu tindakan dan urusan. Zikrullah bukanlah hanya
dengan mengingat di dalam hati atau menyebut dengan tulisan semata-mata bahkan
termasuk juga segala bentuk tindakan atau amalan.
3.0 Gaya Kepimpinan
Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang
dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai
objektif organisasi.

Kepimpinan
Kepimpinan
Autokratik
Demokrasi

GAYA
KEPEMIMPINAN

Kepimpinan Kepimpinan Laissez-


Berperikemanusiaan Faire (kebebasan)

12
Kepimpinan Autokratik
1. Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia
memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal
2. Membuat keputusan dan bertindak atas keputusan yang dibuat secara berseorangan.
3. Pemimpin hanya memaklumkan kepada pekerja.

Ciri-ciri gaya kepemimpinan autokratik:


1. Pemimpin tidak mendapatkan pandangan daripada pekerja
2. Pemimpin membuat semua keputusan
3. Pemimpin mengarahkan pekerja melakukan tugas tanpa perbincangan
4. Pemimpin menentukan semua kaedah dan proses kerja.

Kepimpinan Berperikemanusiaan
Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap
kakitangannya. Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan
persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan
Kepimpinan Demokrasi
1.pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam
organisasinya
2. Dikenali juga sebagai gaya kepemimipinan penglibatan.
3. Kepemimpinan ini melibatkan kakitangan dalam membuat keputusan.
Ciri-ciri Gaya kepemimpinan Demokrasi:
1. Pekerja digalakkan berkongsi idea dan pendapat dalam keputusan
2. Ketua akan berbincang dengan pekerja dalam membuat keputusan
3. Ketua dan pekerja bersama-sama menentukan semua kaedah dan proses kerja.

Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan)


Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan
urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja
mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan
Ciri-ciri:
1. Ketua tidak memberi bimbingan yang banyak kepada pekerja.
2. Ketua memberi kebebasan penuh kepada pekerja
3. Pekerja diharapkan dapat menyelesaikan masalah kerja sendiri.
4. Pekerja lebih memahami kerja dan tugas diri mereka.
PRASYARAT KEPEMIMPINAN YANG BERKUALITI

MEMILIKI SAHSIAH ATAU


PENGHAYATAN BUDAYA ILMU
AKHLAK YANG BAIK

BERANI DAN SEDIA


KETERBUKAAN
MENANGGUNG RISIKO

SENTIASA MEMBERI
SENTIASA BERMUHASABAH
DORONGAN
SAUDAGAR BESAR
DARI KUALA LUMPUR
ENCIK
MUHAMMAD YB MUHD. YUSOF

WATAK-WATAK
PEMIMPIN

DATUK TAN PENGHULU


MAHMUD
TUK EMPAT
DAHLAN
GAYA KEPEMIMPINAN ENCIK MUHAMMAD

Kepimpinan
Autokratik

Fakta 1: Memberi arahan kepada pekerja untuk melakukan tugas


Arahan yang diberikan kepada pekerja bersifat mutlak tanpa adanya perbincangan dan
perlu dilaksanakan.
Encik Muhammad memberi arahan kepada Mahani selaku setiausahanya agar
melaksanakan tugas antara
nya menghubungi presiden Syarikat Frankfurt Import Eksport menerusi telek untuk
tandatangan dokumen pembekalan lada hitam. Mahani juga telah diarahkan agar
memaklumkan kepada semua pegawai dan kakitangan tentang jamuan makan akan
diadakan di Paddock. Mahani juga diarahkan agar menghubungi Tuan Von Braun.
(Berdasarkan petikan hlm. 8)
Fakta 2: Menentukan kaedah atau bidang tugas yang perlu dibuat
Gaya kepemimpinan ini akan menetukan kaedah atau bidang tugas yang perlu dilakukan
oleh pekerjanya
Encik Muhammad mengarahkan Mahani selaku setiausahanya agar menggunakan telek
bagi menghubungi Presiden Syarikat Frankfurt Import eksport.

Encik Muhammad juga menentukan mesej yang perlu ditulis oleh Mahani bagi tujuan
menghubungi rakan niaganya dari Jerman untuk menandatangani kontrak pembekalan
lada hitam.
(Berdasarkan petikan hlm. 8)

Fakta 3: Membuat sendiri keputusan


Sebarang keputusan yang hendak dibuat dalam sesebuah organisasi akan ditentukan
sendiri oleh pemimpin.
Encik Muhammad membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan kakitangannya
tentang jamuan yang akan diadakan, yang telah ditetapkannya berupa makan tengah
hari di Padocck.
(Berdasarkan petikan hlm. 8)
Fakta 4: Memaksa pengikut membuat sesuatu tanpa mengambilkira keperluan
individu pengikut
H/C: Pemimpin yang autoktratik menggunakan kuasa formal yang dimilikinya untuk
memaksa pekerja di bawahannya menbuat apa yang diarahkannya.
Encik Muhammad memarahi Mahani yang ingkar dengan arahanya agar dia dipanggil
dengan panggilan pak cik bukannya dengan panggilan tuan, biarpun Mahani berasa
tidak selesa dengan situasi tersebut. Kesannya Encik Muhammad dapat terus
menganggap Mahani seperti anaknya sendiri. (petikan halaman. 9)
YB MUHD. YUSOF

Kepimpinan
Berikemanusiaan

PETIKAN HALAMAN 69

Fakta 1: Membela nasib rakyat


Pemimpin yang berperikemanusiaan akan memberi keutamaan kepada orang bawahan
dibawah kawalannya.
YB. Muhd. Yusof, memberitahu Encik Muhammad yang tugasnya sebagai ahli politik
bertanggungjawab untuk membela nasib rakyat di kawasan pilihanrayanya, terutamanya
penduduk di Kampung Pulai yang masih lagi hidup dalam kemiskinan.
Beliau bercadang untuk membantu mereka keluar dari belenggu kemiskinan dengan
meminta bantuan Encik Muhammad sebagai ahli perniagaan. Akhirnya menerusi
kerjasama tersebut YB.Muhd. Yusof berjaya membawa penduduk Kampung Pulai ke
rancangan FELDA sebagai langkah membebaskan mereka dari kemiskinan. (hlm.70)
Fakta 2: Memajukan rakyat
Pemimpin yang berperikemanusiaan akan memberi perhatian untuk memajukan rakyat di
kawasan pilihan rayanya.
YB. Muhd. Yusof, memberitahu Encik Muhammad yang dia berhasrat memajukan orang
Melayu di Tualang dan khasnya Pekan Tualang, menerusi rancangannya untuk bekerja
sama dengan tauke Chan untuk projek perumahan di kawasan Jeram Medang. (hlm. 71)

Fakta 3: Bekerjasama
H/C: Pemimpin yang berperikemanusiaan akan menjalinkan kerjasama dengan pihak lain
untuk memjayakan kepemimpinannya.
YB. Muhd. Yusof sedia untuk bekerjasama dengan Encik Muhammad untuk mencapai
cita-citanya bagi memajukan Wilayah Tualang dengan rakyatnya yang masih dibelenggu
dengan kemiskinan. (hlm.73)
Fakta 4: Bersedia menanggung risiko
H/C: Pemimpin yang berperikemanusiaan akan mencuba dan sanggup menanggung risiko
demi melaksanakan tugasnya. YB. Muhd. Yusof sedia menghadapi risiko dalam
menjayakan hasratnya untuk membina projek perumahan di Jeram Medang berdepan
dengan Encik Muhammad yang merupakan waris yang sah ke atas tanah di kawasan
tersebut.

Fakta 5: Bersikap terbuka


H/C: Pemimpin yang berperikemanusiaan akan bersikap terbuka dalam menerima
pandangan dan pendapat daripada pihak lain.YB Mohd. Yusof bersikap terbuka dalam
menerima cadangan daripada Encik Muhammad untuk bekerjasama bagi
membangunkan wilayah Tualang menerusi projek penempatan semula penduduk di
rancangan FELDA.
SULALATUS SALATIN

SULTAN SULTAN MUZAFFAR


MUHAMMAD SYAH SYAH

WATAK-WATAK
PEMIMPIN

SULTAN MANSUR SULTAN MAHMUD


SYAH SYAH
SULTAN ALAUDDIN
RIAYAT SYAH
SISTEM PEMERINTAHAN
DALAM SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU)

Sistem pemerintahan yang diamalkan dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah melayu)
ialah Sistem pemerintahan beraja berkuasa mutlak. Di mana raja mempunyai
autoriti dan kuasa penuh ke atas rakyat dan semua urusan yang berkaitan dengan
kerajaannya. Kedudukkan serta hak raja tidak boleh dipersoalkan apatah lagi untuk
diganggu-gugat.

Konsep Raja Berdaulat turut menjadi elemen penting dalam teks Sulalatus
Salatin (Sejarah melayu) , Raja dikatakan mempunyai kebolehan luar biasa ,
dipercayai rakyat yang menderhaka akan mendapat balasan, sepertimana yang
berlaku ke atas Maharaja China yang terpaksa minum air basuh kaki Raja Melaka
bagi mengubati penyakitnya.

Dari segi Pelaksanaan/penguatkuasaan undang-undang pula raja seringkali


akan mendapat nasihat dan pandangan daripada para pembesar negeri. Pelaksanaan
undang-undang melibatkan kerjasama di kalangan para pembesar. Pelaksanaannya
akan mendapat perkenan raja.
Sistem pemerintahan dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah melayu) meletakan
Bendahara sebagai penasihat kepada raja.Tun Perak merupakan antara bandahara
yang penting di mana beliau pernah menasihatkan Sultan Mansur agar memulihkan
hubungan dengan Siam, beliau turut menjadi pemangku raja sewaktu Sultan Mansur ke
majapahit.

Selain itu jawatan Laksamana yang berfungsi menjaga


keamanan/keselamatan negara di laut turut dilantik. Hang Tuah telah berjaya
mengusir Semerluki yang datang ke kawasan jajahan takluk Melaka untuk melanun.

Penghulu bendahari yang bertugas menjaga pembendaharaan negara turut


memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan dalam teks Sulalatus Salatin
(Sejarah melayu) , beliau berperanan mengetuai para pegawai menguruskan hasil
mahsyul kerajaan dan di samping turut menjadi ketua angkatan perang, pada zaman
sultan Mansor penghulu bendahari Seri Nara Diraja Tun tahirlah yang ditugaskan
sebagai angkatan perang Melaka dan telah mencapai kejayaan.
MENGHURAIKAN KEPELBAGAIAN
GAYA KEPEMIMPINAN
SULTAN MUHAMMAD SYAH
Gaya kepemimpinan Demokrasi
F1: Berbincang dengan orang bawahannya
H/C: Pemerintah atau pemimpin yang mengamalkan gaya kepemimpinan demokrasi
selalunya bersikap terbuka dan sering berbincang dengan orang bawahannya terutama
para pembesar dalam apa jua perkara. Sultan Muhammad menceritakan perihal dia
bermimpi bertemu dengan Rasulullah . Malah beliau turut menerima pandangan
bendahara yang mengatakan jika sekiranya betul apa yang dimimpikan itu iaitu pada
waktu asar akan datang satu kapal dari Jeddah maka mimpinya itu benar jika sebaliknya
mimpi itu adalah hasutan syaitan.
Gaya kepemimpinan Autokratik

F1 : Membuat keputusan sendiri


H/C: Pemimpin yang berwibawa akan membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada
orang bawahannya terutama perkara yang baik dari segi pelaksanaanya. Sultan
Muhammad Syah setelah memeluk Islam beliau telah mengarahkan semua penduduk
Melaka baik golongan pembesar mahupun rakyat jelata memeluk Islam. Jika beliau tidak
menggunakan kuasanya sebagai pemimpin tertinggi pasti agama Islam tidak akan
berkembang di Melaka.

F2 : Menggunakan kuasa formal / kuasa mutlak sebagai raja


H/C: Pemimpin yang berwibawa akan menggunakan sumber kuasa yang ada pada mereka
untuk menentukan dasar, peraturan bagi mengukuhkan lagi kedudukan sebagai
pemimpin . Sultan Muhammad Syah merupakan sultan Melaka yang pertama
menetapkan perletakan adat dan pantang larang terutama yang berkaitan dengan istana
ianya adalahntara rakyat lambang kebesaran raja di samping berfungsi mengatur
hubungan antara rakyat dengan golongan istana sekaligus meletakkan kedudukan raja di
tahap yang tinggi dan mulia .
SULTAN MANSUR
SYAH

Pemimpin yang berwawasan berupaya membangunkan negara. Bincangkan


penyataan ini dengan mengambil contoh Sultan Mansur Syah dalam Sulalatus
Salatin(Sejarah Melayu).

A. Pendahuluan( Biodata tokoh)


F1: Nama sebenar Raja Abdullah dan menaiki takhta ketika berusia 27 tahun
F2: Sultan yang baik parasnya, adil dan pemurah –diakui oleh Betara
Majapahit
F3: Gemar meluaskan jajahan takluk, contoh Pahang, Kampar dan Siak
F4: Bertanggung jawab terhadap tanah jajahan – menyelesaikan kes
Semerluki
F5: Bijak menjalinkan hubungan diplomatik
F1: Meluaskan jajahan takluk (hlm. 96-99)
H/C: Perluasan jajahan takluk oleh seseorang pemimpin
menggambarkan kebolehan pemimpin tersebut menjalankan
pemerintahannya dengan baik. Kepemimpinan hebat Sultan Mansor
Syah dapat dilihat apabila dia meluaskan jajahan takluknya dengan
menawan Indera Pura yang memiliki khazanah alam yang tidak ternilai.
Kejayaannya menakluki Indera Pura telah membawa Melaka ke satu
tahap di mana, setiap tahun Pahang akan menghantar ufti sebanyak 7
kati. Penaklukan ini juga member kesan baik kepada pembangunan
Melaka kerana Maharaja Dewa Sura seorang yang pandai ilmu gajah.
Sekiranya Sultan Mansur Syah tidak meluaskan jajahannya,
kemungkinan perbendaharaan Melaka tidak akan bertambah. Ilmu
gajah juga tidak berkembang di Melaka. Kesannya Melaka muncul
antara kuasa yang disegani pada era pemerintahan Sultan Mansur
Syah.
F2: menjalinkan hubungan diplomatik
H/C: Pemimpin yang berwawasan mampu memikirkan
kesan jangka masa panjang ke atas negara yang
dikuasainya. Sultan Mansur Syah telah meminta supaya
bendahara menghantar utusan ke Mengkasar dalam
usahanya untuk menjalinkan hubungan diplomatik kerana
Mengkasar adalah sebuah kerajaan besar. Natijahnya,
Sultan Mengkasar telah menghadiahi Sultan Mansur Syah
seorang budak Lelaki yang kemudiannya diberi nama Hang
Tuah, yang merupakan hulubalang Melaka yang telah
banyak menyumbang jasa kepada kerajaan Melaka
sehingga Melaka muncul kuasa yang disegani pada era
pemerintahan Sultan Mansur Syah.
F3: perkahwinan
H/C: Perkahwinan juga merupakan satu wawasan penting dalam
kepemimpinan seseorang pemimpin yang berwibawa, kerana ianya
boleh mengukuhkan lagi kedudukan seseorang pemimpin.
Perkahwinan Sultan Mansur dengan Puteri Hang Liu dari negara Cina
telah mengukuhkan lagi kedudukan Sultan Mansur sebagai antara
pemerintah yang unggul dalam kerajaan Melayu Melaka.
Perkahwinan tersebut menjadi pengikat antara Melaka dengan Cina,
sehingga Cina tidak menjadikan Melaka sebagai jajahan takhluknya.
Sebaliknya jika Sultan Mansur tidak memandang masa depan
dengan tidak berkahwin dengan Puteri hang Liu sudah pasti Melaka
akan menjadi sasaran negara Cina dalam usaha mereka untuk
menakhluki negeri-negeri seperti Melaka. Melaka kekal menjai
sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan yang menjadi pilihan para
pedagang termasuklah dari negara Cina.
F4: Mementingkan ilmu pengetahuan
H/C Pemimpin yang berwawasan juga
mementingkan perkembangan ilmu terutama ilmu
yang boleh member sumbangan dalam
pembangunan pemerintahannya. Sultan Mansur
yang mengetahui Maharaja Dewa Sura yang
ditawannya memiliki ilmu gajah menyebabkan
beliau mengarahkan semua anak-anak orang besar
menuntut ilmu tersebut bagi persediaan jika
sekirannya berdepan dengan musuh ilmu ini boleh
dimanfaatkan untuk menangkis serangan musuh.
F5: menghormati golongan pembesar
H/C: Golongan pembesar yang turut memainkan
peranan penting dalam kejayaan seseorang
pemerintah sewajarnya dihormati dan diberi
kedudukan yang baik. Sultan Mansur seorang
pemimpin yang menunjukkan ciri-ciri kepemimpinan
yang berkesan beliau bersikap demokrasi dalam
kepemimpinannya. Dia sering mendapatkan
pandangan dan pendapat dari para pembesarnya
terutama bendahara, menunjukkan dia seorang
yang sangat menghormati golongan ini.
F6: Bersifat terbuka / diplomasi dalam pemerintahan
H/C: Bersifat terbuka dan bersedia menerima pandangan dan
pendapat dari orang bawahan juga akan membolehkan seseorang
pemimpin melaksanakan tugasnya dengan baik. Sultan Mansur bersifat
terbuka apabila menerima hasrat Bendahara yang tidak mahu
berajakan Raja Muhammad yang telah membunuh anaknya Tun Besar.
Ini adalah kerana anak buah bendahara akan mengamuk jika Sultan
Mansur berkeras hendak melantik anaknya itu. Demi masa depan
kerajaan Melaka Sultan Sanggup menerima permintaan Bendahara
biarpun dia sememangnya mahu Raja Muhammad menggantikan
tempatnya. Pertelingkahan dan konflik berjaya dielakkan dan Melaka
terus gemilang di bawah pemerintahannya.
C. Kesimpulan
Calon dikehendaki menyimpulkan tentang Pemimpin yang berwawasan berupaya
membangunkan negara yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/saranan.
F1: kepemimpinan Sultan Mansur yang berwawasan telah berjaya membawa Melaka
mencapai zaman kegemilangannya.
F2: Keupayaan beliau memimpin dengan kepelbagaian gaya kepemimpinan dalam
menjadikan beliau antara pemerintah Melaka yang cemerlang .
3.1.2
3.1.2 NASIONALISME
NASIONALISME
OBJEKTIF:
Menghuraikan kepentingan nasionalisme dalam pembangunan negara

PENGENALAN:
Pengertian Nasionalisme:
Nasionalisme berasal dari kata nation (Inggeris) yang berarti bangsa

Semangat nasionalisme adalah perlakuan yang dizahirkan bagi menunjukkan rasa kasih
sayang dan cinta kepada tanah air. Ia adalah manisfestasi daripada penyuburan semangat
patriotik yang wujud dalam diri seseorang warganegara. Dengan kata lain, nasionalisme
ialah perasaan yang ditunjukkan oleh seseorang rakyat kerana cinta pada negaranya

Abdul Latif Bakar (1998), “Nasionalisme adalah sentimen di kalangan penghuni sesuatu
wilayah itu menggunakan lambang-lambang tertentu sempadan dan ibu kota bagi
menentu taraf negara bangsa, keperibadian kebangsaan, kewarganegaraan, bahasa
kebangsaan, ekonomi, kebudayaan dan kesenian, bendera, lagu kebangsaan dan lain-lain
DEFINISI NASIONALISME

Satu bentuk perasaan cintakan bangsa dan negara


sendiri secara mendalam

Merujuk kepada perasaan kebangsaan dan


semangat cintakan tanahair. Biasanya bermatlamatkan untuk
membebaskan tanahair dari belenggu penjajahan serta
berusaha untuk membentuk satu identiti kebangsaan
yang bercirikan politik dan budaya tempatan

37
DEFINISI NASIONALISME

Satu pergerakan idealogi untuk mencapai dan memelihara


pemerintahan sendiri atau membebaskan diri dari
belenggu penjajahan (A.D. Smith)

Satu aliran idea yang lahir daripada perasaan bersifat


politik yang bertujuan untuk mendorong orang kebanyakan
bertindak bagi menjaga serta memajukan kepentingan
bangsa dan negara sendiri (K.R Minogue)

38
ASAS UTAMA

Nasionalisme merupakan rasa atau pemikiran


yang mengarah kesetiaan kepada negara.

3 asas utama menurut J. Romein:


i. Keinginan mahu bebas daripada penjajahan.
ii. Keinginan mahu bebas dari belenggu ekonomi asing.
iii. Keinginan melihat taraf hidup bangsa sendiri itu sama
dengan bangsa-bangsa lain yang maju dalam bidang
ekonomi, sosial dan politik.

Maka, nasionalisme merupakan sentimen di kalangan


penghuni di sesebuah wilayah yang tertentu.

39
KEPENTINGAN
NASIONALISME
DALAM
TEKS
SAUDAGAR BESAR
DARI
KUALA LUMPUR
F1: membangunkan ekonomi penduduk kampung
sentimen kasih sayang terhadap kampung halaman sendiri telah mendorong Encik
Muhammad berusaha dengan gigih untuk memajukan ekonomi penduduk Kampung
Pulai. Menerusi usahasamanya dengan YB Mohd.Yusof beliau berusaha untuk
menempatkan semula penduduk Kampung Pulai yang rata-rata masih miskin di
penempatan Rancangan FELDA.

F2: Berbangga dengan tanah tumpah


H/C: Bertuah kerana memiliki tanah yang boleh dimajukan dan dibangunkan untuk
dapat menjana sumber ekonomi. Encik Muhammad memaklumkan kepada abangnya
yang mereka sangat bertuah kerana Jeram Medang terletak dalam tanah milik mereka.
Dia mencadangkan agar kawasan tersebut dibangunkan bagi pelancongan yang boleh
menjana ekonomi setempat. (hlm.39)

F3: memupuk perpaduan


H/C: Nasionalisme juga penting bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan
masyarakat yang berbilang kaum. Rahim , Robert dan Mahani telah berkawan akrab
sejak dibangku sekolah lagi. Keakraban mereka terjalin kukuh kerana rasa
nasionalisme .
F4: Menabur bakti
H/C: Kecintaan terhadap negara dan lambang-lambang negara akan mendorong
seseorang yang mempunyai semangat nasionalisme untuk menyumbang . Datuk Tan
menyumbang hampir setengah juta ringgit kepada astana bagi projek pembinaan
padang golf. Sumbangan ini dihulur kerana Datuk Tan mengerti akan kepentingan
menabur bakti dalam menjelaskan semangat nasionalisme. (hlm.13)

F5: Tanda kesetiaan kepada negara


H/C: Biarpun berada jauh d rantau orang kerana menuntut ilmu, kerana semangat
nasionalisme yang menebal pasti akan kembali semula ke tanah air. Robert dan Rahim
yang menuntut di luar negara (London) bertekad untuk kembali berkhidmat di negara
sendiri dalam bidang masing-masing.

F6: kerjasama dalam perniagaan


H/C: Bagi membangunkan negara, semangat nasionalisme akan mengukuhkan lagi
jalinan kerjasama khasnya dalam bidang perniagaan. Datuk Tan dan Encik
Muhammad yang menyedari peri pentingnya perkongsian dalam dunia dagang antara
orang Melayu dan Cina telah berusaha mengukuhkanlagi kerjasama antara mereka
menerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang.
F7: rasa bertanggungjawab membantu
H/C: Semangat nasionalisme juga akan memupuk rasa tanggungjawab untuk
membantu mereka yang teraniaya. Rahim rasa bertanggungjawab membantu
penduduk Kampung Pulai yang dirasakan teraniaya lantaran pembukaan Syarikat
Lombong Lembah Tualang kerana mereka akan diusir dari perkampungan mereka.

F8: Bersedia untuk berjuang


H/C: Semangat nasionalisme yang menebal akan membolehkan seseorang bersedia
untuk melakukan apa sahaja biarpun terpaksa menentang darah daging sendiri.
Rahim bersedia untuk berjuang menentang Encik Muhammad dan konco-konconya
termasuklah Tan Sri Syed Aris, berjuang menentang penyelewengan , atas nama
pembangunan kemanusiaan menjadi korban. (hlm. 211)

F9: Menghormati lambang negara


H/C: Nasionalisme adalah sentimen di kalangan penghuni sesuatu wilayah itu
menggunakan lambang-lambang tertentu sebagai tanda menghormati dan
menyayangi negara. Encik Muhammad sanggup membiayai majlis sambutan
keberangkatan Sultan ke kampung Pulai sebagai bukti penghormatannya pada
institusi beraja bagi mezahirkan semangat cintakan negara.
KEPENTINGAN
NASIONALISME
DALAM
TEKS
SULALATUS SALATIN
F1: mempertahankan negara
H/C: melalui tindakan individu menggunakan segala kemahiran dan kebolehan yang ada
bagi mempertahankan negara, Tun Perak merupakan penghulu di Kelang. Beliau telah
mengarahkan orang-orang Melaka membawa anak isteri masing-masing semasa
berperang bagi menaikkan semangat orang-orang Melaka. Taktik mempertahankan
Melaka melalui penglibatan rakyat dalam peperangan ini berhasil apabila Melaka telah
memenangi peperangan tersebut

F2: keberanian
H/C: Tun Umar telah diarahkan untuk mematahkan serangan Siam. Tun Umar dengan
beraninya telah melanggar kapal Siam berkali-kali. Perbuatan Tun Umar itu telah
disaksikan oleh tentera Siam yang hairan melihat keberanian dan kelakuan Tun Umar
yang gila-gila bahasa itu.
F3: tindakan peperangan
H/C: Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah, baginda telah berhasrat utuk meluaskan
tanah jajahannya. Oleh itu, baginda telah menghantar Paduka Raja, hulubalang, Tun
Pikrama, Tun Menteri dan Seri Bija Diraja (Datuk Bongkok) ke Pahang. Dalam peperangan
ini Pahang telah berjaya dikalahkan oleh Melaka. Maharaja Dewa Sura telah ditangkap
oleh Seri Bija Diraja dan dibawa ke Melaka manakala anak Maharaja Dewa Sura, Puteri
Wanang Seri telah dikahwini oleh Sultan Mansor Syah. Langkah peperangan adalah untuk
mengelakkan berlakunya banyak kejadian penentangan terhadap raja. Negeri Kampar
tidak tunduk kepada Melaka. Ini menyebabkan Kampar telah diserang oleh Melaka.
Negeri Kampar kalah manakala rajanya Maharaja Jaya telah dapat dibunuh. Seri Nara
Diraja telah diberi kuasa untuk memerintah Kampar.

F3: menolak ketidakadilan dan kezaliman


H/C: Sultan Zainal Abidin telah diusir oleh adiknya ke Melaka. Sultan Mansor Syah telah
menitahkan Laksamana, Bendahara, Tun Hamzah dan Seri Bija Diraja untuk menyerang
Pasai. Peperangan antara Pasai dan Melaka amat sengit menyebabkan angkatan Melaka
hampir kalah. Pada serangan yang kedua kebijaksanaan dan kehandalan para pembesar
Melaka seperti Tun Pikrama, Hang Isap, Nina Isyak dan Tun Hamzah telah berjaya
mematahkan serangan Pasai. Sekali gus membolehkan Sultan Zainal Abidin menaiki
takhta. Namun tindakan Sultan Zainal Abidin menyuruh orang-orang Melaka balik ke
Melaka membuatkan Bendahara marah. Lalu apabila Pasai telah diserang sekali lagi oleh
adik Sultan Zainal Abidin, Bendahara enggan menghantar bantuan.
F5: Menjaga nama baik dan maruah negara
H/C: Kepentingan menjaga maruah negara dan tidak sesekali memalukan raja dan
kerajaan merupakan amalan nasionalisme dalam masyarakat Melaka. Sewaktu utusan
Melaka berada di negeri Siam Tun Telanai telah memainkan peranan penting untuk tidak
memalukan raja dan kerajaan serta dipandang rendah oleh kerajaan lain. Raja Siam
bertanyakan Tun Telanai maksud nama Sultan Mansur Syah

F6: Kesetiaan terhadap raja dan negara


H/C: Dalam usaha mempertahankan maruah dan negara kepentingan negara lebih utama
dari kepentingan diri sendiri. Kesetiaan Bendahara Seri Maharaja dapat dilihat apabila
beliau telah menjadi mangsa fitnah oleh Kitul, Raja Mendeliar dan Laksamana Khoja
Hassan yang mengatakan beliau telah mengumpulkan harta kekayaan melebihi kekayaan
sultan. Sultan Mahmud yang telah lama mendendami Bendahara Seri Maharaja apabila
Bendahara Seri Maharaja tidak menunjukkkan anak gadisnya Tun Fatimah yang rupawan
dan dikahwinkan dengan Tun Ali, ini menyebabkan Tun Mutahir dan keluarganya telah
dijatuhi hukuman bunuh dan tindakan sultan ini telah menimbulkan kemarahan para
pengikutnya tetapi Bendahara Seri Maharaja telah memujuk para pengikutnya bersabar
dan beliau sanggup menerima hukuman bunuh
KEPENTINGAN
NASIONALISME
DALAM
TEKS
SULALATUS SALATIN

WATAK-WATAK PENTING

HANG TUAH TUN PERAK


Pengenalan (Soalan Tokoh-latarbelakang)

F1 – Asal keturunan – anak raja Bajung. Nama


asal ialah Daeang Mempawah
F2- Aspek fizikal – segak, tampan, perkasa
F3 – Bijak bermain senjata dan mempunyai
ilmu hulubalang
F4 – Dapat gelaran Laksamana anugerah Sultan
kerana Berjaya mengalah orang Jawa
mengamuk.
F5 – Bijaksana
F1 – Seorang hamba raja yang setia
Hang Tuah menjunjung tinggi nilai-nilai masyarakat feudal melalui konsep
“Pantang Melayu Derhaka Kepada Raja”. Contoh Hang Tuah rela menerima
hukuman bunuh tanpa rasa dendam. ( hal 130-131). Menjaga sultan Mahmud
ketika gering (hal 187-188)

F2 – Semangat nasionalisme yang tinggi


Semangat cintakan kepada raja dan Negara. Hang Tuah ditampilkan sebagai wira
untuk menghapuskan kejahatan demi menegakkan kebenaran dan keamanan.
Contohnya Hang Tuah sanggup membunuh sahabat karibnya Hang Jebat yang
menderhaka kepada raja (hal. 142)
F3- Bermoral dan berhemah tinggi
Hang Tuah memiliki sifat-sifat terpuji dan tidak mementingkan diri sendiri
Contoh. Hang Tuah sanggup membunuh sahabatnya sendiri Hang Jebat. Hang
Tuah juga menjalankan tugas dengan jujur, amanah dan penuh tanggung jawab.
Tanpa megharapkan apa-apa balasan.

F4 – Menjadi pengiring raja


Sebagai pengiring raja, Hang Tuah mengiring raja semasa Sultan Mansur Shah
ke Majapahit untuk meminang puteri Majapahahit. Hang Tuah telah melindung
raja semasa di Majapahit.

F5- Kesanggupan untuk berkorban


Hang Tuah sanggup berkorban apa saja demi raja dan Negara. Contoh Hang
Tuah sanggup menerima hukuman bunuh oleh rahja Melaka walaupun beliau
tidak bersalah. Beliau di fitnah oleh pembesar Melaka yang dengki kepada
beliau.
3.1.3 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

OBJEKTIF:
Menyatakan sejauh mana pentingnya peraturan dan undang-undang dalam
pembangunan negara.

PERATURAN
DEFINISI / KONSEP

Kamus Dewan edisi 1989 (hlm. 65)


1. Segala yang telah ditentukan (ditetapkan) dan harus diturut atau dipatuhi.
2. Ketentuan, garis panduan yang dibuat oleh pihak kerajaan
PERATURAN
DALAM SBDKL

MENGEKALKAN WARISAN
(BAB 2, hlm.13)

Perlantikan Orangkaya Wilayah Sungai Tualang adalah satu warisan yang diwarisi secara
turun temurun dalam keluarga Encik Muhammad dan waris yang sah ialah anak sulung.
Datuk Tan mahu jawatan tersebut diberikan kepada Encik Muhammad yang lebih layak.
Tetapi Encik Muhammad mahu abangnya yang menjawat jawatan tersebut bagi
mengekalkan warisan keturunannya.

KELAYAKAN
(BAB 22, HLM 180)

Peraturan yang ditetapkan untuk menyertai rancangan FELDA, pemohon yang layak ialah
mereka yang berumur tidak melebihi empat puluh tahun.
Peraturan yang ditetapkan oleh pihak FELDA telah meninggalkan kesan ke atas
rancangan Encik Muhammad terutamanya yang melibatkan golongan tua yang
berpengaruh sehingga dia mencari jalan penyelesaian antaranya melantik Imam Saad
sebagai imam di pekan Tualang manakala Tuk Empat dahlan dilantik menjadi Penghulu di
Pekan Tualang..
CALON YANG TEPAT
(BAB 29, HLM 233-234)
Pemilihan pekerja perlu melalui proses temuduga sebagai peraturan untuk memilih
calon yang tepat dengan jawatan yang ditawarkan.

Encik Muhammad telah mengadakan sesi temuduga untuk memilih calon bagi mengisi
jawatan pembantu setiausaha , proses temuduga melibatkan bebarapa orang calon dan
akhirnya Encik Muhammad memilih seorang gadis yang bernama Azilah kerana beliau
calon yang paling tepat kerana dia memiliki diploma kesetiausahaan dari ITM.

MENDAPAT KETERANGAN
(BAB 42, HLM 316-320)
Peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak polis apabila berlakunya kes-kes yang
melibatkan jenayah, saksi-saksi kejadian akan dipanggil untuk memberi kerterangan
kepada pihak polis bagi membantu pihak polis menyelesaikan kes tersebut.
Sudin dan Bilal Endut dikehendaki ke balai polis untuk memberi keterangan tentang
kejadian serangan / cubaan membunuh yang telah dilakukan oleh Mat Akil dan kawan-
kawannya ke atas Lebai Maaruf. Keterangan akan diambil seorang-seorang , kemudian
keterangan tersebut akan dibacakan kepada saksi dan saksi diminta untuk
menandatangani keterangan tersebut.
JAMINAN
(HLM. 191-192
Peraturan yang ditetapkan oleh ahli perniagaan apabila hendak membantu seseorang
menyelesaikan masalah hutang tidak dilakukan secara percuma sebaliknya memerlukan
jaminan bagi bantuan yang diberikan itu tidak sia-sia.
Encik Muhammad bersetuju untuk membantu Sani menyelesaikan masalah hutang
dengan menentapkan peraturan agar Sani perlu menandatangani surat perjanjian
hutang dengan jaminan YB Mohd. Yusof. Peraturan ini bertujuan untuk menjamin agar
sani akan terikat dengan peraturan tersebut dan dia akan komited dalam melaksanakan
tugasnya.

PERATURAN BERKAITAN
TANAH UNTUK AKTIVITI
PERTANIAN (hlm.22)
Jabatan Pertanian Daerah menjadi badan yang akan memantau tanah-tanah yang akan
diteroka untuk aktiviti pertanian bagi memastikan kesesuaian tanah tersebut dengan
jenis pertanian yang akan dijalankan.
Cik Puan Tipah telah meminta Jahid membantunya untuk meminta pertolongan pegawai
pertanian daerah memantau tanah kepunyaan keluarga Encik Muhammad di jeram
medang untuk membolehkan rancangannya membuka ladang orkid di situ, dan menurut
surat yang dihantar oleh jahid kepadanya, pegawai pertanian daerah memaklumkan
tanah tersebut memang sesuai untuk ditanam orkid.
SAMBUTAN PERAYAAN
PUJA USIA SULTAN
(hlm.150)
Bagi mengadakan sambutan hari puja usia Sultan perancangan yang melibatkan
peraturan-peraturan tertentu perlu dilaksanakan supaya ianya berjalan lancar.

Satu Jawatankuasa telah dibentuk bagi melicinkan sambutan perayaan tersebut di mana
Sudin telah dilantik menjadi Pengerusi , jahid pula bertindak sebagai setiausaha
manakala Pak Salim menjadi bendahari serta Tuk empat Dahlan dan Imam Saad menjadi
penasihat. Peraturan ini dibuat bagi melancarkan sambutan agar ianya tidak akan
menjejaskan majlis.
UNDANG-UNDANG
DEFINISI / KONSEP

Kamus Dewan edisi 1989 (hlm. 1435)


1. Sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti
dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan.
2. Peraturan-peraturan yang digubal untuk sesuatu perbadanan
3. Undang-undang yang menetukan hukuman untuk perbuatan jenayah.

Undang-undang diadakan untuk faedah masyarakat. Dengan perkataan lain, adanya


undang-undang dapat menjamin ketertiban masyarakat; ia bererti orang dapat hidup
dengan lebih bahagia.
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu
(ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang)

“Undang-undang merupakan satu sistem peraturan


atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli
masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu
negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang
yang melanggar peraturan tersebut mungkin
dihukum atau didenda oleh mahkamah/polis.
Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara
tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan
bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-
undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang
berfikiran sama.”
UNDANG-UNANG
DALAM
SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

1. Bab 28 (Kes Perkelahian yang melibatkan watak Ali dan pemusnahan ladang orkid Cik
Puan Tipah)

Undang-undang telah menetapkan persalah yang terlibat dengan kes perkelahian perlu
diikat jamin
Undang-undang telah memperuntukkan orang yang dituduh dalam mencetuskan kes
dalam perkelahian akan ditangkap dan perlu diikat jamin.
Ali yang terlibat dalam kes perkelahian dengan Pendekar Omar di pekan Tualang telah
dijamin oleh Jahid manakala Pendekar Omar pula telah dijamin oleh Tauke Chan. Jika
sekiranya mereka berdua tidak mengikut undang-undang yang memerlukan mereka
diikat jamin mereka pasti akan meringkuk dalam penjara.
2. Bab 40 (Kes Mat Akil dan kawan-kawannya dalam cubaan mereka untuk
membunuh Lebai maaruf)
Undang-undang telah menetapkan persalah yang terlibat dengan kes cubaan membunuh
tidak boleh diikat jamin.

Undang-undang berkaitan dengan kes jenayah telah memperuntukkan orang yang


dituduh dan ditangkap kerana kes jenayah berat seperti cubaan membunuh tidak boleh
diikat jamin. Mat Akil dan rakan-rakannya yang telibat dalam cubaan hendak membunuh
Lebai Maarugf telah ditangkap oleh pihak polis dan terpaksa ditahan di balai polis. Kes
mereka sebenarnya tidak boleh diikat jamin sebagaimana yang difikirkan oleh Sudin
kerana perbuatan mereka dilakukan dikhalayak ramai. (hlm.318)
3. Bab 46 (Pembahagian harta mengikut undang-undang Islam / hukum faraid)

Undang-undang Islam telah menetapkan pembahagian harta mengikut faraid.

Undang-undang Islam telah memperuntukkan pembahagian harta secara faraid yang


perlu dipatuhi oleh semua anggota sesebuah keluarga. Encik Muhammad menerusi
peguamnya telah mengiklankan pertemuan ahli keluarganya bagi menyelesaikan
pembahagian harta mengikut faraid.
PERATURAN &
UNDANG-UNDANG
DALAM
TEKS
SULALATUS SALATIN
Konsep undang- undang yang terdapat dalam konteks ini tidak
boleh disamakan dengan istilah undang- undang moden kerana
undang- undang Melayu tradisional dibentuk berteraskan adat.
Justeru itu undang–undang tersebut lebih tepat dipanggil undang-
undang adat. Berdasarkan Sulalatus Salatin (berikutnya disebut
sebagai Sejarah Melayu), boleh dikatakan asas undang- undang itu
terbentuk semasa berlangsungnya persetiaan antara Demang Lebar
Daun dengan Seri Teri Buana di Palembang. Ia meletakkan raja
sebagai sesuatu  yang agung dan wajib dihormati oleh rakyat.
Manakala golongan rakyat pula tidak boleh dizalimi oleh raja.
Untuk menjamin status dan kedudukan raja, lahirlah konsep daulat
dan derhaka yang sekaligus memberi kuasa kepada raja membuat
undang- undang.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

(Melibatkan hukuman)
Undang-undang Peraturan / larangan

Pelaksanaan undang-undang berdasar- Melibatkan larangan mengenai


kan kepada hukuman melanggar perhiasan pakaian dan peralatan
Undang-undang raja
Contoh Peraturan /larangan yang
Contoh kesalahan dikenakan
Menderhaka Memakai kain kuning
Engkar perintah raja Membuat rumah mengikut bentuk
Tindakan yang menyinggung dan tertentu
mencabar hak raja Membuat perahu dengan kelengkapan
Memakai sesuatu hak raja
Menyebar fitnah tertentu
Mencerca dan kelakuan biadap Memakai keris tertentu
Mengambil isteri orang Memakai payung putih atau kuning
Hukuman yang paling berat yang dijatuhkan ialah bunuh. Ia boleh dijatuhkan ke
atas orang yang menderhaka, membuat fitnah, mencerca atau biadab dan
mengambil isteri orang. Berdasarkan hukuman yang dijatuhkan ke atas
seseorang yang menderhaka di dalam Sejarah Melayu, penderhakaan bolehlah
dimaksudkan sebagai orang yang tidak mengikut perintah raja atau melakukan
sebarang perbuatan dan tindakan yang menyinggung atau mencabar hak dan
kedudukan raja

Pelaksanaan undang-undang berdasarkan kepada hukuman melanggar


Undang-undang

Menderhaka
Engkar perintah raja
Tindakan yang menyinggung dan
mencabar hak raja
Memakai sesuatu hak raja
Menyebar fitnah
Mencerca dan kelakuan biadap
Mengambil isteri orang
Undang-undang yang membawa hukuman mati ke atas
penderhaka(undang-undang) buat pertama kalinya dijatuhkan
kepada Tun Jana Khatib, seorang ahli ilmu khayallilah dari Pasai
yang pergi ke Singapura. Beliau disifatkan sebagai penderhaka oleh
Paduka Seri Maharaja kerana disyaki cuba menawan hati isteri
baginda dengan menunjukkan kebijaksanaannya membelah pohon
pinang melalui tilikan mata. (peristiwa)
(Kepentingan kepada pembangunan negara):
Memberi pengajaran dan teladan kepada anggota masyarakat agar
tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang yang
menyebabkan seseorang dianggap penderhaka dan hukuman
bunuh boleh dijatuhkan ke atasnya. Kesannya rakyat akan taat dan
setia kepada raja seterusnya negara akan aman daripada
penderhaka.
Selain daripada itu juga, undang-undang adat yang melibatkan hukuman ini
adalah mengambil atau bersekedudukan dengan isteri orang. Sesiapa yang
melanggarnya boleh dihukum bunuh oleh suami perempuan itu tanpa mengira
ia seorang pembesar atau sultan. Dalam Sejarah Melayu hal ini jelas berlaku
episod Sultan Mahmud Syah berlaku curang dengan isteri Tun Biajid. Jika Tun
Biajid tidak berpegang kepada konsep pantanag Melayu menderhaka sudah
tentu Sultan Mahmud Syah ditikam dengan lembing yang ditimangnya. Namun
begitu, tindakannya menimbulkan kemarahan pengawal- pengawal baginda.
Mereka cuba bertindak balas untuk membunuh Tun Biajid, tetapi mereka
dilarang oleh sultan kerana baginda sedar bahawa perbuatan Tun Biajid itu
memang benar di sisi undang-undang, malah baginda sendiri mengaku bersalah
dalam hal tersebut.
3.2 EKONOMI
Pengertian Ekonomi
1. Satu kajian manusia di dalam pekerjaan sehari-hari
2. Ianya menyelidiki perbuatan-perbuatan seseorang dalam
masyarakat yang berkait rapat dengan cara memenuhkan
kehendak-kehendak material dan penggunaannya.
3. Segala kegiatan atau pekerjaan yang dijalankan untuk
mendapat hasil bagi keperluan hidup
4. Sama ada dalam bentuk makanan atau barangan lain

“Di sini tak ada mata pencarian selain dari menoreh getah, menjadi buruh JKR atau
buruh Tali Air. Lain dari itu orang kampung seperti di kampung hilir sana tu pergilah ke
hutan mencari buluh, mencari rotan,mencari atap bertam. Apa sajalah yang boleh jadi
duit. Ada juga seorang berdua yang bekrja menangkap ikan, menjala di Sungai Tualang.
Kadang-kadang munasabah juga dapatnya. Harga ikan sekarang mahal. Budak-budak
muda ada yang mencuba-cuba meniaga, jual asam garam, sayur-sayur kampung di
market.” (petikan halaman 41)
“Mungkin juga dia terus membangkang. Tetapi Syarikat Lombong Lembah Tualang
bukan bergantung kepadanya. Bagi pak cik Syarikat Lombong Lembah Tualang adalah
salah satu kegiatan ekonomi yang perlu untuk pembangunan ekonomi orang Melayu.
Kebetulan orang Kampung Pulai terlibat secara langsung. Bagi bangsa dan negara kita ini
pembangunan ekonomi adalah penting. Apa saja yang berdiri di depan arus
pembangunan yang penting ini akan rebah.” (hlm. 244)

Orang Kampung Pulai memang patut diberi pertolongan untuk memajukan


penghidupan mereka. Situasi ekonomi kampung itu amat menyedihkan. Situasi
sosialnya juga menyedihkan. (hlm.232)
3.2 EKONOMI
TEKS SULALATUS SALATIN
3.2 EKONOMI

3.2.1 Pertanian
3.2.2 Usahawan
3.2.3 Perdagangan

OBJEKTIF:
Mengenal pasti bidang ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan
negara.
sistem ekonomi sara diri
Kegiatan ekonomi yang penting bagi teks Sulalatus Salatin dikaitkan dengan
kegiatan pertanian

PERTANIAN

PENANAMAN
PADI HUMA

BERBURU &
PERIKANAN MENANGKAP
MENTERNAK BINATANG
BINATANG
PERTANIAN: PENANAMAN PADI HUMA
Kegiatan ekonomi yang penting bagi teks Sulalatus Salatin dikaitkan dengan kegiatan
pertanian. Bukit Siguntang adalah kawasan perhumaan yang menggambarkan wujud
kegiatan pertanian iaitu penanaman padi huma. Diceritakan dihulunya ada sungai yang
dikenali sebagai Melayu ada padang iaitu Padang Penjaringan dan disitulah terdapat dua
wanita iaitu Wan Empuk dan Wan Malini menjalankan aktiviti pertanian menanam padi
huma yang sangat subur dan menjadi padinya. (halaman 19)

KAWASAN PERHUMAAN DIROSAKKAN (hlm.28)


Perhumaan yang dikerjakan oleh penduduk Minangkabau telah mengalami
kemusnahan akibat dirosakkan oleh seekor ular besar iaitu Ular Sakti Mona. Penduduk
Minangkabau yang telah memilih Sang Sapurba menjadi raja Minangkabau telah
diminta untuk membunuh ular tersebut

KEPENTINGAN:
1. Padi merupakan sesuatu yang penting bagi kehidupan masyarakat Melayu tradisional.
2. Dipandang mulia dan dipuja semangatnya.
DUSUN BUAH-BUAHAN (hlm.
Raja Bentan dalam usahanya menghalang menantunya, Sang Nila Utama dari
meninggalkan negeri itu telah memberi alasan antaranya di situ (Bentan) sudah
kedapatan pelbagai jenis buah-buahan yang tidak perlu dicari di tempat lain.

DUSUN BUAH-BUAHAN (hlm.


Di Taman Puteri Gunung Ledang ; Tun Mamat dikatakan melihat segala jenis buah
sebelum sampai ke pondok puteri itu. Sudah kelaziman bagi orang-orang Melayu
membuat dusun yang kebiasaanya berhampiran dengan tempat tinggal mereka.
Kegiatan sara diri yang paling hampir dengan menanam padi ialah menangkap ikan.

Badang digambarkan sebagai seorang penangkap ikan yang berperang dengan


unsur alam termasuk unsur ghaib seperti hantu. Persoalan tentang kaedah untuk
mendapat sumber pendapatan ini ditunjukkan bagaimana Badang menggunakan
lukah untuk menangkap ikan. Namun lukahnya sering tidak berhasil dan rosak
kerana ada faktor halangan yang diungkap melalui kehadiran seekor hantu.

Merah Silu juga turut menggunakan lukah untuk menangkap ikan sebagai sumber
pendapatan. Namun lukahnya tidak dimasuki ikan sebaliknya dipenuhi oleh cacing-
cacing gelang.

Raja Kasim yang telah dihalau dari menduduki tahkta oleh Raja Rekan. Semasa dalam
buangan Raja Kasim menjadi seorang nelayan dengan mengail ikan di laut. Beliau
turut menjual ikan tangkapannya kepada pedagang yang datang ke Melaka, di
mana dia telah menjual ikan kepada Maulana Jalalu’din (hlm.84)
MENTERNAK
BINATANG

Aktiviti menternak binatang juga turut menjadi sumber pendapatan kepada golongan
tertentu yang turut mencerminkan kedudukan ekonomi mereka. Antara haiwan ternakan
yang disebutkan dalam Teks Sulalatus Salatin ialah kerbau. Bendahara Seri Maharaja
dikatakan mempunyai kandang kerbau yang banyak ini membuktikan aktiviti menternak
haiwan turut dijalanakn oleh masyarakat Melayu Tradisional. Kenyataan ini berdasarkan
peristiwa yang berlaku pada Bendahara Seri Maharaja, apabila anak buahnya yang keluar
berburu tidak mendapat hasil perburuan, kerbau bendahara di kandang akan diambil oleh
mereka.(hlm.253)

Wan Seri Beni pemerintah di Bintan digambarkan mempunyai pelanduk dan kijang
berpuluh reban, kerbau lembu berpuluh kandang, ikan udang berpuluh-puluh kolam, ada
bunga, buah, burung dalam taman. (halaman 36)

Raja Pasai iaitu Sultan Maliku’t Tahir telah ditangkap oleh raja Syahru’n Nuwi (raja Siam)
dan disuruh menggembala ayam.(halaman 61)
BERBURU &
MENANGKAP
BINATANG

Kegiatan ini dikaitkan dengan hobi atau kebiasaan yang dilakukan oleh golongan diraja
bagi aktiviti riadah.
3.2.2 Usahawan
Perniagaan Makanan
Perniagaan makanan tradisional walaupun secara kecil-kecilan dalam kalangan
masyarakat Melayu mampu menambahkan lagi pendapatan mereka.

Contoh: Halaman 67
(peristiwa Singapura di langgar Todak)

Paduka Seri Maharaja menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Tuan Jana Khatib
berhampiran dengan pembuat bikang. Perempuan pembuat bikang itu menutup
darah yang menitik itu dengan tudung bikang. Hasilnya, perempuan itu menjadi
lebih kaya daripada hasil penjualan bikangnya dengan berkat darah wali Allah.
Perniagaan Beras
Hasil pertanian seperti padi atau beras merupakan bahan makanan asas masyarakat
Melayu sejak dahulu kala. Tanpa bekalan beras yang mencukupi sudah tentu boleh
mengakibatkan pelbagai masalah keselamatan dan kemerosotan ekonomi sesebuah
negara.
Majapahit menyerang Singapura setelah Sang Rajuna Tapa belot. Apabila Raja
Iskandar Syah bertanyakan Sang Rajuna Tapa tentang bekalan beras untuk
menguatkan tenaga tentera Singapura, Sang Rajuna Tapa memberitahu tiada siapa
lagi menjual beras. Raja Iskandar Syah memberitahu Sang Rajuna Tapa supaya tidak
tawar menawar harga asalkan beras ada. Akhirnya orang Singapura kehilangan tenaga
dan tewas. [ms 70]
PERDAGANGAN
KEGIATAN EKONOMI: PERDAGANGAN
Kegiatan ekonomi perdagangan
mementingkan keuntungan dan
pengumpulan harta melalui proses
penukaran barangan atau jual beli serta
pembayaran-pembayaran lain.

Aktiviti ini dijalankan oleh kebanyakan


golongan pemerintah terutama para
pembesar.
Antara golongan pembesar yang terlibat dalam aktiviti
perdagangan ialah:
•-Tun Tahir
•-Tun Mutahir.

•Pada peringkat awal setelah kematian Seri Nara Diraja


Bendahara Seri Maharaja hanya memberi sepuluh tahil
emas sebagai modal
pinjaman.
Setelah mereka berniaga dan memperoleh untung
akhirnya Bendahara menyerahkan kepada mereka harta
pusaka masing-masing.
Mereka melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan
sebelum memegang jawatan pembesar di Melaka.
• Watak-watak lain yang terlibat dalam aktiviti
perdagangan ialah:

• i)Hang Nadim-pernah dihantar ke Benua Keling oleh


Sultan Mahmud untuk membeli
kain 40 jenis dengan 40 warna.(hlm.218)

ii) Maulana Jalalaudin- saudagar dari Arab yang


berperanan membantu Raja Kassim merebut kuasa
daripada Sultan Abu Syahid (hlm.84)
• iii) Nina Sura Dewana- memegang jawatan sebagai
penghulu segala saudagar.(hlm. 255)
• iv)Raja Mendeliar saudagar dari benua keling tetapi
menetap di Melaka antara saudagar yang kaya
sehingga dia jadi Syahbandar(memiliki 5 bahara
emas) hlm. 252
• v) Ali Manu Nayan seorang biaperi (saudagar) yang
sangat kaya di Melaka –selalu memberi hadiah
berupa kain, atau emas atau barang benda yang
gharib-gharib(hlm.254)
• vi).Hang Isap yang selalu berulang-alik untuk
berdagang ke benua Keling dengan kapalnya sendiri
(hlm. 218 & 219)
Barang-barang yang diperdagangkan di
Melaka ialah seperti,
i) Kain
ii) minyak wangi
iii) Batu permata
iv)pinggan mangkuk
v) rempah ratus
vi) hasil-hasil hutan.
Faktor-Faktor Melaka sebuah pusat perdagangan yang dikunjungi
segala dagang.

F1: Penyebaran agama Islam (hlm.80)


H/C: Kedudukan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan menjadi
semakin pesat apabila Raja Kecil Besar memeluk Islam dan bergelar Sultan
Muhammad Syah, Melaka dikunjungi oleh segala dagang dar atas angin dan
bawah angin.

F2: Hubungan persahabatan dengan kuasa besar /hubungan diplomatik


(hlm.242-244)
H/C: Kebesaran Melaka menarik perhatian raja-raja jiran bersahabat
dengannya. Raja Patani yang memeluk Islam setelah mengalahkan Raja
Sulaiman dari Kota Mahligai meminta nobat ke Melaka Keadaan yang sama
juga berlaku ke atas Raja Kedah.
F3: Jajahan takluk Melaka yang luas
H/C: Melaka menjalankan dasar penaklukan yang secara langsung wilayahnya besar dan
ramai orang datang terutama para pedagang yang datang untuk tinggal dan mencari
rezeki di Melaka, wilayahnya termasuklah Pahang.

F4: Sisitem Pentadbiran yang bersistematik


H/C: Di Melaka ketika itu terdapat satu sistem pemerintahan yang tersusun. Ada Raja,
Bendahara, Temenggung, Shahbandar, Laksamana, Bendahari dan sebagainya yang
mengurus jentera pentadbiran negara. Jentera pentadbiran sebegini menggalakkan
kedatangan orang luar untuk datang dan berurusan di Melaka.

F5: Kecekapan pentadbir / Sultan


H/C: Sultan-sultan yang mentadbir Melaka merupakan sultan yang cekap dan dapat
menjalankan pentadbiran dengan berkesan hingga mampu menarik para pedagang
datang berkumpul di Melaka antaranya Sultan Alauddin yang cekap menghapuskan
pencuri sehingga menyakinkan pedagang untuk terus berurusan dei Melaka sehingga
Melaka muncul sebagai negara kota yang maju.
F6: Kecekapan Bendahara Seri Maharaja sebagai pentadbir
H/C: Melaka bertuah kerana mempunyai tonggak pentadbiran kerajaan seperti
Bendahara Seri Maharaja. Beliau sangat bijak mentadbir dan sangat disenangi oleh
anak buah serta rakyat Melaka sekaliannya. Beliau juga disanjung dan dikenang oleh
sesiapa sahaja yang pernah datang ke Melaka.

F7: Melaka pusat perdagangan yang maju


H/C: Kepesatan ekonomi Melaka khususnya dari segi perdagangan telah
mengalakkan kedatangan ramai pedagang dan saudagar untuk berniaga di Melaka
sama ada dari Barat mahupun Timur serta termasuk juga di wilayah Nusantara. Oleh
itu, keadaan ini menggalakan ramai orang yang datang untuk mencari rezeki di
Melaka.
.
KEPENTINGAN KEGIATAN PERDAGANGAN DI MELAKA.

1) Aktiviti perdagangan menyumbang kepada


pendapatan negara.
2)Mampu memberikan peluang kepada penduduk tempatan dari
sudut memenuhi keperluan hidup samada dalam bentuk
barangan ataupun perkhidmatan.
3)Melaka muncul sebagai bandar pelabuhan entrepot yang
terkenal.
4). Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing untuk
terus berdagang di Melaka.
5) Kerajaan Melaka telah muncul sebagai satu kuasa besar dan
kuat di Selat Melaka
3.2 EKONOMI

3.2.1 Pertanian
3.2.2 Usahawan
3.2.3 Perdagangan

OBJEKTIF:
Mengenal pasti bidang ekonomi yang
menyumbang kepada pembangunan
negara.
PERTANIAN DLM SBDKL
1. Pembukaan Ladang / Estet Getah
- Datuk Tan memiliki estet getah seluas 180 ekar di Pekan
Tualang yang merupakan sebahagian dari baki tanah lombong
mendiang ayahnya. (hlm.11)
Estet getah kepunyaan Datuk Tan menyumbang pembangunan
negara telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk
sekitarnya termasuklah Jahid yang diambil bekerja sebagai
pengelola ladang getah dan pengalaman yang diperolehinya itu
telah menyebabkan Datuk Tan berura-ura hendak menaikkan
pangkatnya menjadi pengurus.(hlm23)
2. Pembukaan Ladang orkid
Cik Puan Tipah membuka ladang orkid di Jeram Medang di atas tanah
pusaka keluarga Peghulu Mahmud. Pembukaan ladang orkid tersebut
telah memberi peluang pekerjaan kepada beberapa pemuda kampung
pulai termasuklah Ali yang sebelum ini hanyalah pemandu kepada
Encik Muhammad telah dilantik menjadi pengurus ladang orki tersebut
Pembukaan ladang orkid ini memandangkan potensi pasaran orkid
yang sangat menggalakkan sama ada dalam mahupun luar negara yang
sememang boleh membangunkan ekonomi negara. (hlm.39)
3. Pembukaan Ladang lada hitam
• En. Muhammad berhasrat membuka ladang lada
hitam di Johor dan hasrat tersebut sudah diluluskan.
pembukaan ladang lada hitam di Johor adalah
bertujuan untuk mengimbangi monopoli perusahaan
lada oleh negeri Sarawak. (hlm. 61)

4.Pertanian sara diri


Penduduk kampung Pulai mengamal pertanian sara
diri seperti menoreh getah, mencari hasil hutan spt
buluh, rotan dan atap bertam serta menangkap ikan di
Sungai Tualang, menjual sayur-sayur kampung
(hlm.41)
5. Pembukaan tanah Rancangan FELDA
Pembukaan tanah pertanian ladang getah dan kelapa sawit oleh
pihak kerajaan bagi membantu membasmi kemiskinan di kalangan
orang Melayu khususnya mereka yang tidak memiliki tanah.

6. Tanaman Padi (hlm.329)


Tanjung Karang merupakan kawasan bendang yang tanaman padi
merupakan hasil utamanya. Lebai Maaruf menceritakan yang kedua ibu
bapanya berhijrah ke Tanjung karang menyewa tanah orang mengambil
upah menuai.
6. Tanaman Padi (hlm.329)
Tanjung Karang merupakan kawasan bendang yang tanaman padi
merupakan hasil utamanya. Lebai Maaruf menceritakan yang kedua ibu
bapanya berhijrah ke Tanjung karang menyewa tanah orang mengambil
upah menuai.

7. Kegiatan perikanan (hlm. 41)


Penduduk Kampung Pulai bercerita kepada Encik Muhammad terdapat
segelintir pemuda yang bekerja menangkap dan menjala ikan di Sungai
Tualang. Pendapatan hasil jualan ikan kadang-kadang menguntungkan
juga kerana harga ikan yang semakin mahal.
3.2.2 Usahawan

DEFINISI
Usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu
perusahaan iaitu Pengusaha.

Usahawan ialah orang yang mengambil risiko memulakan


atau menubuh sesuatu pernigaan atau perusahaan dan
mengusahakannya.
Melonjakkan diri menjadi usahawan berjaya dan terbilang wajib mempunyai 6 ciri-ciri
ini:
IMEJ DIRI
Tingkah laku,perwatakan dan pembawaan diri yang terpuji di samping pembangunan
diri,amanah,ikhlas dan berhemah tinggi.

MAHIR BERKOMUNIKASI
Mahir berunding,bermesyuarat,tawar-menawar dan menulis dengan bahasa mudah
dan dapat meningkatkan diri serta perniagaan

KEMAHIRAN MENTADBIR DAN MENGURUS


Bijak menurus kewangan, menterjemahkan teori pemasaran kepada
realiti,menggunakan sumber tenaga dan pengeluaran dengan berkesan.
KOMITMEN SERTA PENGORBANAN
Bersungguh-sungguh dan serius untuk menjadi usahawan berjaya
Istiqamah  dan Sabar.

MOTIVASI
Sentiasa bermotivasi untuk mengerakkan dan membangunkan diri serta perniagaan

VISI DAN MATLAMAT


Berkeupayaan membuat perancangan, mencari ilmu dan membuat persediaan yang
lengkap sebelum dan semasa menjadi usahawan
SENTIASA MEREBUT SANGGUP BEKERJA
INISIATIF TINGGI
PELUANG BERAT

CIRI-CIRI
BERANI MENGAMBIL @ BERTANGGUNGJAWA
RISIKO SIFAT YANG B
PERLU ADA
PADA
KREATIF USAHAWAN KEPIMPINAN

INOVATIF KEYAKINAN DIRI MEMPUNYAI


WAWASAN

SANGGUP BERORIENTASI MASA BERKEINGINAN


BERKORBAN DEPAN UNTUK PENCAPAIAN
F1: Usahawan Kedai runcit / kopi (hlm.87)
H/C: Menjadi sumber pendapatan serta dapat memenuhi keperluan masyarkkat
Setempat dari segi keperluan hidup. Pak Salim merupakan usahawan kedai runcit dan
kedai kopi di kampung Pulai yang memenuhi keperluan penduduk setempat. Mat Akil
dan rakan-rakannya sering lepak dan minum di kedai Pak Salim.

F2: Usahawan kilang papan (hlm.56)


H/C: YB Muhd. Yusof memiliki kilang papan dekat Pekan Kuala yang akan menjadi
sumber pendapatannya nanti selepas dia bersara dari bidang politik dan dia berhasrat
membesarkan lagi kilang papannya menerusi pertolongan daripada tauke Chan agar dia
dapat menetapkan kedudukannya lebih tinggi sedikit dalam masyarakat. Kilang papan
kepunyaannya telah membantu pemuda-pemuda kampung mendapat pekerjaan.
(hlm.42)

F3: mengusahakan gerai makanan dan minuman (hlm.47)


H/C: Gerai makanan minuman yang diusahakan terutama di kawasan reakreasi pasti
akan mendapat sambutan pengunjung. Gerai sate dan minuman air tebu yang
diusahakan penduduk kampung Pulai di kawasan Jeram Medang mendapat sambutan
yang menggalakkan sebagaimana yang diceritakan oleh Sharip kepada Sudin.
F4: usahawan orkid (hlm. 39)
H/C: Penanaman orkid juga mampu menjana pendapatan yang lumayan jika ianya
diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan mampu menjana sumber pendapatan
yang lumayan. Cik Puan Tipah yang melihat peluang tersebut telah mengambil inisiatif
mengusahakan penanaman orkid di kawasan yang berhampiran dengan Jeram Medang .

F5: Mengusahakan ladang lada (hlm. 69)


H/C: Encik Muhammad bercadang untuk mengusahakan ladang lada hitam di Johor
memandangkan pasaran lada hitam yang semakin mendapat sambutan yang
memberansangkan di peringkat antarabangsa.

F6: Mengusahakan lombong (hlm.)


H/C: Encik Muhammad bercadang untuk mengusahakan lombong menerusi penubuhan
syarikat barunya iaitu Syarikat Lombong Lembah Tualang (SLLT).
3.2.3 Perdagangan

Kegiatan ekonomi perdagangan


mementingkan keuntungan
dan pengumpulan harta melalui proses
Kegiatan mengeksport
dan mengimport barangan antara negara
dengan negara lain.
Perdagangan lada hitam (hlm.6)
Encik Muhammad merancang mengeksport lada hitam dengan
meluaskan pasaran lada hitam ke Jerman melalui syarikat Frankfurt
import-eksport. Encik Muhammad yang sudah membuat penyelidikkan
telah berani membuat kontrak membekalkan lada sebanyak 800 hingga
1,000 tan ke negara barat.

menyumbang kepada pembangunan negara

F1: peluasan ladang lada di semenanjung.


H/C: Encik Muhammad mempunyai wawasan yang jelas hendak membuka
ladang dan perusahaan Lada Muhammad dan Tan. Wawasannya telah
dinyatakan kepada Tan Sri Syed Aris yang telah dilantik sebagai pengarah
Eskekutif menerusi pembukaan ladang lada di Johor dan dia yakin projek
tersebut akan menguntungkan syarikatnya. (hlm. 61)
F2: Mengisi matlamat kerajaan
H/C: Penglibatan orang Melayu dalam dunia dagang adalah bertujuan untuk menyahut
seruan kerajaan agar orang Melayu dapat menguasai tiga puluh peratus penyertaan
orang Melayu dalam bidang ekonomi. (hlm.61)

F3: Perkongsian perniagaan


H/C: sokongan Datuk Tan terhadap projek lada hitam yang dikemukakan oleh Encik
Muhammad kerana Datuk Tan yakin projek itu akan menguntungkan syarikat miliknya.
Sumbangan terhadap pembangunan negara kerana ianya akan mengukuhkan lagi
perpaduan kaum menerusi usahasama dalam perdagangan. Bukan bersikap perlauman
sepertimana Tauke Lim yang bertujuan untuk memelihara kepentingan saudagar-
saudagar Cina dalam lapangan lada hitam (hlm.60)
F4: Kontrak pembekalan lada hitam(hlm.6)
H/C: Perdagangan lada hitam telah membuka peluang kepada syarikat Encik Muhammad
mendapat kontrak pembekalan lada hitam ke Jerman Barat selama 7 tahun yang mampu
menjana pendapatan antara 3 hingga 4 juta. (hlm.4)

F5: pelabuhan semakin sibuk (hlm.8)


H/C: Perdagangan lada hitam telah membuka peluang kepada syarikat Encik Muhammad
mengeksport lada ke benua Eropah menerusi syarikat Jerman dan dia membayangkan
pelabuhan Pasir Gudang akan sibuk engan kapal dagang yang memuatkan guni-guni lada
hitam dari ladang kepunyaan Muhammad & Tan.

F6: menguntungkan syarikat (hlm.61)


H/C: Perdagangan lada hitam yang dirintis oleh Encik Muhammad diyakini oleh Tan akan
membawa keuntungan pada syaikatnya. Ini kerana sebelum Encik Muhammad menyertai
bidang perdagangan ini dia terlebih dahulu telah membuat penyelidikan pusaran jualan
import-eksport lada hitam diperingkat antarabangsa. Pasaran lada hitam di benua Eropah
mempunyai pasaran besar (hlm.6)
F6: pengekspot utama lada hitam (hlm.6)
H/C: Pengeksport utama lada hitam terbesar ke luar negara ialah Singapura, sedangkan
ladang lada keseluruhannya ada di Sarawak. Encik Muhammad berusaha untuk
mengubah senario tersebut untuk mengambilalih tempat Singapura sebagai pengeksport
utama lada menerusi rancangannya hendak membuka ladang lada hitam di negeri Johor.
(hlm.61)

F7: menyokong Jabatan Pertanian (hlm.61)


H/C: Kerajaan menerusi Jabatan Pertanian memang menggalakkan orang-orang muda
Melayu berkoperasi membuka ladang lada.

Anda mungkin juga menyukai