Anda di halaman 1dari 8

Sastera dan Pembangunan: Pembangunan Insan

Catatan: Para pelajar perlu melakukan perbincangan berkumpulan untuk


mengaitkan aspek pembangunan insan di bawah dengan isi teks. Malah
sebahagian daripada penulisan di bawa adalah merupakan definisi pengenalan
sahaja. Penulis hanya menyentuh sebahagian isi teks sahaja, selebihnya perlu
dilakukan oleh pelajar sendiri malah para pelajar perlu membina ayat sendiri
bagi menerangkan kefahaman mereka terhadap definisi. Selamat belajar dan
teruskan usaha.

Pembangunan Insan
Definisi Pembangunan Insan
Cara atau kaedah untuk mengenal / mengkategorikan kemahiran dan kebolehan
orang/individu dalam sesuatu bidang terutamanya dalam memberi sumbangan
kepada pembangunan negara.
Pendekatan kemanusiaan bermaksud cara-cara mengurus yang menggunakan
asas yang berkaitan sifat-sifat manusia yang baik.
Merujuk pada watak-watak yang ada dalam teks kajian (Sulalatus Salatin dan
Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur) dan dikaitkan dengan calon/ pelajar
dalam konteks pembangunan

Keagamaan
Pelajar perlu: menghuraikan nilai Islam dan kehidupan beragama sebagai
tonggak pembangunan sahsiah. Perkara-perkara yang menjadi pokok atas asas
dalam hal-hal keagamaan seperti rukun iman dan rukun Islam dalam agama
Islam. Terjemahan amalan agama yang lahir dari rukun Iman dan Islam adalah
seperti berikut:

1. Amanah:
Amanah adalah satu hak yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang
samada tanggungjawab itu milik Allah (hak Allah) mahupun hak manusia (hak
insan) baik berupa pekerjaan mahupun perkataan dan pekerjaan hati.
Pengertian amanah bererti menempatkan sesuatu pada tempatnya yang wajar,
seperti sesuatu kedudukan tidak diberikan kecuali kepada orang yang betul-betul
berhak dan yang betul-betul mampu menunaikan tugas dan kewajipannya
dengan benar.

2. Ikhlas
hati yg bersih dan jujur; suci hati; rela: Kalau hendak menolong, tolonglah dgn ~.
mengikhlaskan melakukan (memberikan) sesuatu dgn ikhlas; merelakan
Ikhlas berkait dengan redha. Redha ialah menerima dengan rasa tenang tanpa
ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada
kita baik berupa hukum dan peraturan qadha' mahupun sesuatu ketentuan
daripadaNya. Sebenarnya, sifat redha ini adalah daripada sifat makrifah serta
mahabbah kita kepada Allah Taala untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.

3. Dedikasi
pengorbanan tenaga (masa dll) utk sesuatu. 2 ketekunan; kesungguhan:
Tekun pula bermakna sungguh-sungguh (bekerja, belajar dll); rajin: Belajarlah
dgn ~ supaya lulus dlm peperiksaan. bertekun 1 berbuat sesuatu (bekerja,
belajar dsb) dgn tekun; bersungguh-sungguh: Selepas itu, Pasteur ~ dlm
kerjanya dan berjaya mendapat ubat bagi beberapa jenis penyakit. 2 berbuat
sesuatu dgn asyik. 3 berpegang teguh pd (adat dsb). menekuni mengerjakan
sesuatu dgn tekun. ketekunan 1 keadaan atau sifat tekun; kerajinan. 2 keasyikan
(melakukan sesuatu).
Kesungguhan pula adalah perihal (sikap dsb) sungguh-sungguh, kebulatan hati,
minat serta ketekunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn
penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah
ketegasan dan ~ kerajaan dlm usahanya melaksanakan penggunaan bahasa
Melayu;
4. Tanggungjawab
sesuatu (spt kerja, tugas) yg mesti dilakukan; kewajipan:
keadaan wajib menanggung segala sesuatunya (kalau terjadi apa-apa boleh
dituntut, dipersalahkan, diperkarakan, dsb): pemogokan itu menjadi -- pemimpin
serikat buruh; 2 Huk fungsi menerima pembebanan, sbg akibat sikap pihak
sendiri atau pihak lain;
1. sesuatu yg diwajibkan, kemestian, keharusan 2. tugas (tanggungjawab) yg
harus dilakukan atas perintah
5. Sederhana

Tidak berlebih lebihan dalam hidup. Maksud lain dalam bahasa arab disebut
"wasatiah". Walaupun seseorang itu berharta seperti Encik Muhammad dalam
SBDKL, dia tidak keterlaluan ketika berbelanja. Anak dan isterinya diajar hidup
sederhana dan sering ingat asal usulnya iaitu dari kampung. Sesekali sahaja
beliau menunjukkan kemewahan lantaran kepentingan perniagaannya iaitu
ketika berjumpa pelanggannya. Lalu ketika itu beliau minum di tempat yang
agak eksklusif.

6. Bekerjasama
1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau
beberapa pihak), gotong-royong: ~ antara semua pihak yg terlibat amat perlu
utk menjayakan projek ini; 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan
tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah
bersama: jabatan itu dapat bergerak dgn licin hanya jika ada ~ dr pihak orang
ramai; seseorang ketua memerlukan ~ drpd orang-orang bawahannya supaya
segala yg diselenggarakan berhasil; syarikat ~ syarikat yg dikendalikan bersama
oleh ahli-ahlinya (dgn cara saling membantu, menyumbang, dsb) utk faedah
bersama; bekerjasama bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dgn cara
saling membantu (menyumbang dsb), bergotong-royong: mereka tidak dapat
membuat satu-satu kerja dgn sempurna kalau tidak dgn ~.
7. Berbudi mulia
1. mempunyai budi. 2. bijaksana, berakal. 3. berkelakuan baik; sopan. 4. murah
hati; baik hati.

bahasa tingkah laku dan tutur kata; tingkah laku dan kesopanan; -- bicaraakal
budi; --pekerti tingkah laku; perangai; akhlak;

Berbudi mulia juga boleh dikaitkan dengan perkataan berhemah iaitu budi
pekerti (yg mulia) atau tingkah laku (yg baik
8. Bersih
Tidak kotor: pakaiannya sentiasa ~; 2. bebas drpd pencemaran udara dll, tidak
mengandungi unsur-unsur dsb yg boleh (dapat) merosakkan atau mengganggu
kesihatan: menyedut udara ~ di kawasan pergunungan; meminum air yg ~; 3. ki
jujur dan ikhlas, suci, murni: hati yg ~; 4. ki bebas drpd amalan yg tidak baik (spt
rasuah, penyelewengan, dsb): mewujudkan sebuah kerajaan yg ~, cekap, dan
amanah; 5. ki bebas drpd anasir yg tidak baik (spt pengaruh, tuduhan, dsb): ~
drpd pengaruh budaya kuning; ~ drpd tuduhan menerima rasuah; 6. (bkn
pendapatan, keuntungan, dsb) yg tinggal setelah ditolak cukai (hutang, kerugian,

dsb): keuntungan ~; membersihkan 1. menjadikan sesuatu bersih (dgn cara


membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak; 2.
menjadikan bersih (drpd sifat-sifat keji, tidak baik), menyucikan: ~ diri drpd
segala dosa; 3. ki menjadikan bersih (bebas drpd anasir yg tidak dikehendaki),
membebaskan: ~ jabatan-jabatan kerajaan drpd amalan rasuah; ~ bandar itu
drpd sarang kongsi gelap; 4. menghapuskan anggapan (tuduhan dll) yg tidak
baik pd diri seseorang: ~ nama yg tercemar oleh fitnah;kebersihan 1. keadaan
bersih (tidak kotor): menjaga ~ sekolah; 2. perihal bersih (udara, air): ~ udara yg
menyihatkan badan; 3. perihal bersih (hati), kesucian, kemurnian: ~ hati
nurani;pembersihan 1. perbuatan membersihkan: ~ kawasan yg dilanda banjir;
2. perbuatan membersihkan (drpd pencemaran udara dll): ~ udara; 3. perbuatan
membersihkan (hati), penyucian: ~ jiwa dgn cara bertapa; 4. perbuatan
(tindakan, gerakan, dsb) membersihkan (anasir yg tidak baik): gerakan ~ di
kawasan-kawasan yg disyaki menjadi sarang komunis;pembersih 1. orang (alat)
yg membersihkan sesuatu: ~ udara; 2. (orang yg sifatnya) suka dan sentiasa
menjaga kebersihan: dia memang ~ orangnya.
9. Berdisiplin
1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh
pd tatatertib: ~ ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih
seseorang supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan
terhadap pelajar yg melanggar ~; 3. kepatuhan kpd peraturan yg telah
ditetapkan: mereka sentiasa menunjukkan ~ yg baik utk menjaga nama baik
sekolah mereka; 4. hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan
yg ditetapkan: tindakan ~ akan dikenakan terhadap pemandu bas yg tidak
cermat; 5. bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu ~ dlm bidang
linguistik; berdisiplin patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg
~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan sesuatu usaha yg dilakukan
bergantung pd kumpulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~; mendisiplinkan
membuat supaya berdisiplin: ibu bapa dan guru-guru bertanggungjawab ~
kanak-kanak; pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila
kepujanggaan; pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan
orang lain: menggunakan kekuasaan sbg ~ bagi seseorang.
10. Tekun
sungguh-sungguh (bekerja, belajar dll); rajin: Belajarlah dgn ~ supaya lulus dlm
peperiksaan. bertekun 1 berbuat sesuatu (bekerja, belajar dsb) dgn tekun;
bersungguh-sungguh: Selepas itu, Pasteur ~ dlm kerjanya dan berjaya mendapat
ubat bagi beberapa jenis penyakit. 2 berbuat sesuatu dgn asyik. 3 berpegang
teguh pd (adat dsb). menekuni mengerjakan sesuatu dgn tekun. ketekunan 1
keadaan atau sifat tekun; kerajinan. 2 keasyikan (melakukan sesuatu).
11. Bersyukur
1 terima kasih (kpd Tuhan): Dia mengucapkan beribu-ribu ~ kpd Tuhan yg telah
menyelamatkan keluarganya. 2 beruntung; bernasib baik; mujur: Saya berasa ~
dpt bertemu dgn datuk. bersyukur berasa syukur; berterima kasih: Aku ~ kpd

Tuhan. mensyukuri mengucapkan syukur terhadap: ~ nikmat Allah. kesyukuran


hal atau rasa syukur.

Ilmu
Pelajar perlu : menerangkan kepentingan ilmu dalam memartabatkan diri setiap
insan.
Aktiviti pelajar ialah mini syarahan tentang tajuk-tajuk kepentingan ilmu berikut.
1. Membangunkan modal insan pada masa hadapan.
Orang berilmu adalah sebahagian sumber tenaga manusia yang bernilai tinggi.
Mungkin proses menuntut ilmu memerlukan belanja yang besar tetapi ia adalah
satu pelaburan penting. Golongan berilmu akan mampu menjadi golongan
pemikir dan perancang kepada sesuatu program dan tugas. Rahim, anak encik
Muhammad telah dihantar belajar ke luar negeri kerana dia adalah aset penting
pada masa hadapan. Akhirnya dia telah berjaya dalam pelajaran dan pulang
untuk memberi sumbangan yang baik kepada perniagaan ayahnya. Sekiranya
beliau tidak dihantar belajar, mungkin dirinya akan menjadi beban kepada
keluarga dan tidak mungkin dapat membantu keluarga. Begitu juga apa yang
terjadi ke atas rakannya Robert.
Begitu juga dalam sejarah melayu, Maulana Abu Bakar telah mengajar ramai
orang termasuk Sultan Melaka.
Sultan Mahmud telah diajar supaya mengormati guru dan menjadi manusia yang
sentiasa merendah diri (tawaduk). Baginda diminta datang sebagai seorang
murid dan bukannya seorang sultan. Jika Maulana Abu Bakar tidak bertindak
demikian sudah tentu beliau akan mempunyai masalah untuk menyampaikan
ilmu. Seterusnya tidak mampu melahirkan modal insan yang baik pada masa
hadapan. Apabila ilmu sudah diterapkan dan diamalkan dengan sendirinya

akhlak manusia akan semakin baik dan mereka akan menjadi insan berguna
termasuklah para pemimpin.

2. Keluar dari kepompong kemiskinan.


Manusia yang mempunyai ilmu biasanya mampu berfikir dengan baik. Mereka
mampu merancang kehidupan dan bijak menggunakan akal untuk mencari
rezeki. Segala kegiatan mencari rezeki dapat dilaksanakan dengan baik samada
dalam bidang pertanian, perniagaan, perusahaan dan lain-lain. Orang yang
berilmu mampu merancang perolehan rezeki masing-masing samada untuk
kegunaan perbelanjaan, pelaburan dan simpanan.
Encik Mohamamad dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur adalah
contoh terbaik insan berilmu yang hebat kerana beliau menggunakan ilmu untuk
menjadi seorang yang berharta. Beliau berjaya mengembangkan ilmu
perniagaan.
3. Membuka peluang pekerjaan ( Perjawatan)
Golongan yang menuntut ilmu mampu mencari rezeki samada secara berdikari
ataupun menjawat jawatan berdasarkan kelulusan yang mereka perolehi.
Imam Saad berilmu agama dan mampu menjawat jawatan imam
Encik Mohammad mampu mengembangkan perniagaan.
4. Melahirkan insan yang bermoral/ beriman/bertanggungjawab /amanah.
Keilmuan yang tinggi akan membentuk insan yang bermoral dan mempunyai
maruah tinggi.
Sebaliknya..jika tidak berilmu.

- Dihormati dan disanjungi


Keilmuan seseorang menyebabkan diri seseorang dihormati dan disanjung tinggi.
Lebai Maarup disanjung tinggi kerana ketinggian ilmu.

2 Jati diri
Pelajar perlu : mengenal pasti jati diri mulia dalam konteks pembangunan
masyarakat.
Definisi/konsep

Adalah sifat keperibadian atau ciri unik, utuh dan istemewa dari segi adat,
bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian
seseorang individu atau bangsa.
Terjemahan bahasa Inggeris bagi Jati Diri ialah identity

- Amanah/Jujur
- Bijak
- Cergas
- Dedikasi
- Bertanggungjawab
- Berdikari
- Telus
- Elok peribadi
- Gigih
- Motivasi tinggi
- Beriman

3 Kemanusiaan
Pelajar perlu: menganalisis nilai kemanusiaan yang terdapat dalam masyarakat.
Definisi kemanusiaan : nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan
terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan
kemerdekaannya, nama baik
- Simpati
- Hormat
- Bersopan
- Kasih sayang
- Mengkagumi
- Belas kasihan
- Prihatin- ambil berat

- Bertimbang rasa
- Insaf

Anda mungkin juga menyukai