Anda di halaman 1dari 2

Kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Syah

Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan sultan Melaka yang ke-7 dan baginda seorang sultan yang
sangat mementingkan keamanan negeri Melaka. Hal ini dapat dilihat ketika baginda menyamar
sebagai rakyat biasa dan meronda kota Melaka pada waktu malam. Pada zaman pemerintahannya,
terdapat banyak kes kecurian dan perkara ini perlu dibanteras dengan cepat. Baginda telah menyeru
rakyatnya dengan tegas agar memulangkan harta yang dijumpai kepada pemilik barang. Tambahan
lagi, baginda juga adalah seorang sultan yang adil dan warak. Oleh kerana itu, Melaka menjadi negeri
yang selamat untuk berdagang. Peranan kepimpinan baginda yang lain adalah bersikap adil dan
tegas menyelesaikan masalah dalam negerinya. 

Kepimpinan Sultan Mansur Syah


Peranan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Sultan Mansur Syah lebih kepada menjaga kemakmuran
negeri Melaka daripada serangan pihak luar. Ia dilihat apabila Sultan Mansur Syah bertindak untuk
mengadakan hubungan diplomatik dengan beberapa negara lain seperti Siam dan China. Perkara ini
dapat dibuktikan melalui perkahwinan yang dilangsungkan antara Sultan Mansur Syah dengan Puteri
Kerajaan China iaitu Puteri Hang Lipur. Sultan Mansur Syah merupakan pemimpin yang bijaksana.
Hal ini dapat dilihat menerusi hubungan diplomatik dengan Siam yang ingin diadakan oleh baginda
setelah sekian lama bermusuhan. Bendahara Paduka Raja memilih Tun Telanai dan Menteri Jana
Putera sebagai ketua utusan ke Siam. Tun Telanai telah berjaya meyakinkan Raja Siam bahawa
orang-orang Melaka mempunyai kelebihan dengan menerangkan maksud nama Sultan Mansur Syah
apabila ditanya oleh Raja Siam. 

Bincangkan apa itu sudut sastera dan sudut sejarah?


Pada pendapat saya, sudut sastera merupakan satu sudut yang memperlihatkan dan memaparkan
unsur-unsur yang tidak realistik, fantasi, kreatif, imaginasi dan unik dalam sesebuah penceritaan.
Perkataan sastera kita diperdampingkan dengan hasil-hasil yang semestinya bercorak kreatif dan
imaginatif manakala sudut sejarah pula ialah ruang lingkup yang mengandungi fakta-fakta tentang
sesuatu penempatan, tamadun dan sebagainya serta jalan cerita yang realistik.

Mengapa kedua-dua unsur ini tidak dapat dipisahkan apabila membaca teks Sejarah?
Gabungan antara sastera dan sejarah tidak boleh dipisahkan dan perlu difahami pembacaannya
melalui pemahaman mengenai budaya masyarakat melayu itu sendiri. Hal ini kerana, keterpisahan
kedua-dua aspek menyebabkan mereka cenderung untuk mencari fakta sejarah di dalam teks sastera
sejarah sedangkan dalam teks sastera sejarah, fakta sejarah telah bercampur dengan unsur sastera.
Sekiranya kedua unsur itu dipisahkan pembaca tidak akan mendapat maksud sebenar yang ingin
disampaikan oleh pengarang dalam karyanya.

Bincangkan mengapa Orientalis Barat mengatakan teks sastera penuh dengan


pembohongan dan penipuan?
Orientalis Barat mengatakan teks sastera sejarah penuh dengan pembohongan dan penipuan kerana
kecenderungan para orientalis yang cuba mencari fakta sejarah menyebabkan mereka mengganggap
teks sastera melayu ( terutamanya sastera sejarah ) sebagai teks yang membosankan, tidak bernilai
serta bermutu rendah. Para orientalis barat mengatakan teks sastera sejarah pembohongan dan
penipuan adalah kerana mereka telah salah faham mengenai teks sastera sejarah kerana pada
pandangan mereka apabila tajuk teks sastera sejarah yang kebanyakannya bermula dengan
perkataan siarah, sejarah, dan salasilah maka teks sastera sejarah itu mestilah dapat memberi
gambaran sejarah sebenar masyarakat melayu.
1) Bincangkan peranan kepimpinan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mansur Shah
dengan merujuk video yang diberikan serta teks Sulalatus Salatin. Sila jawab juga tugasan
yang diberikan dalam kuliah.
1) Kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Syah
Merujuk kepada teks Sulalatus Salatin, terdapat beberapa kepimpinan Sultan
Alauddin Riayat Shah. Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan sultan Melaka yang
ke-7. Baginda merupakan seorang pemimpin yang mementingkan keamanan dan
pentadbiran negara. Hal ini kerana, baginda sanggup keluar malam dan menyamar
sebagai rakyat biasa demi menangkap pencuri. Daripada peristiwa yang sama juga,
dapat dilihat bahawa baginda Sultan merupakan seorang yang amanah dan tidak
gemar untuk melepaskan tanggungjawab baginda kepada orang lain.

2) Kepimpinan Sultan Mansur Syah


Sultan Mansur Syah merupakan sultan yang terbaik dalam sejarah Melaka. Baginda
sering membuat keputusan yang adil. Hal ini kerana, Sultan Mansur hanya akan
bertindak selepas mendengar penjelasan dari semua pihak yang terlibat berikutan
daripada insiden di mana Raja Muhammad telah menikam Tun Besar sehingga
meninggal dunia. Sultan Mansur Syah juga mengambil inisiatif untuk menjalinkan
hubungan diplomatik dengan Siam dan Cina demi mempertingkatkan kedaulatan
Melaka.

3) Bincangkan apa itu sudut sastera dan sudut sejarah


Sudut sastera bermaksud sebagai sebuah kisah yang mempunyai mitos, lagenda, dan
juga karya fiksyen. Sudut sejarah pula membawa kepada perkara yang fakta dan nyata
dengan menunjukkan perkara sebenar yang terjadi dalam sesebuah cerita dengan
mengaitkan seseorang tokoh.

4) Mengapa dua unsur ini tidak boleh dipisahkan apabila membaca teks sastera
sejarah?
Kedua unsur ini tidak boleh dipisahkan kerana ianya mempunyai kecenderungan
untuk mencari fakta sejarah di dalam teks. Ini juga boleh menyebabkan pembaca
gagal untuk memahami isi dalam sastera sejarah kerana fakta sejarah telah bercampur
dengan unsur sastera.

5) Bincangkan mengapa Orientalis Barat mengatakan teks sastera penuh dengan


pembohongan dan penipuan?
Orientalis Barat menganggap teks sastera penuh dengan pembohongan dan penipuan
kerana para Orientalis hanya mencari fakta sejarah yang akhirnya menyebabkan
mereka salah faham dan menganggap bahawa teks sastera Melayu merupakan teks
yang membosankan dan tidak mempunyai nilai. Mereka juga berpandangan bahawa
tajuk teks sastera sejarah yang kebanyakkannya bermula dengan pangkal perkataan
siarah, sejarah dan salasilah adalah teks sastera sejarah yang menggambarkan sejarah
sebenar masyarakat melayu.

Anda mungkin juga menyukai