Anda di halaman 1dari 17

Talibun

Definisi
• Talibun ialah puisi berangkp tentang
perincian sesuatu objek atau peristiwa
dan umumnya terdapat dalam genre lipur
lara
Kepentingan Talibun
• Untuk memberikan secara terperinci
tentang sesuatu gambaran seperti
suasana, benda dan sifat manusia dalam
bentuk yang ringkas, teliti dan menyeluruh

• Gambaran pemikiran masyarakat


khalayak yang mementingkan perincian
tentang sesuatu, tetapi disusun dan
dibentuk dengan keindahan terutamanya
dalam penggunaan gaya bahasa.
• Kata-kata yang digunakan dapat menimbulkan
pemikiran dan pendengaran tentang imej yang
lantang dan bermakna.

• Baris-barisnya memberikan dua macam


gambaran

• Talibun sangat mementingkan bahasa yang


berirama yang menjadi kegemaran masyarakat
terutamanya dalam kalangan masyarakat
minangkabau.
TALIBUN

KEINDAHAN DAN KEAMANAN NEGERI


KEINDAHAN DAN KEAMANAN NEGERI

Medannya indah bukan kepalang


Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinggi bagai diraut
Pasirnya serong bentuk taji
Batunya ada besar kecil
Yang kecil pelontar balam
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Menderu selawat ibu ayam
Helang disambar punai tanah
Seumpama kundur dengan labu
Kecil pohon besar buahnya
Negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh di tengah hutan
Sejuk dingin seperti ular cintamani
Di negeri Teluk Bidung Kota Lama.
Maksud
• Mengisahkan tentang keindahan
sesebuah negeri yang bernama Teluk
Bidung Kata Lama. Gambaran
keindahannya boleh dilihat dari aspek
persekitaran sempadannya. Digambarkan
medan (Sempadan) dan rantaunya luas
terbentang. Tebingnya (kawasan
pertahanan) cukup indah bagai diraut
diikuti dengan gambaran pasirnya yang
serong seperti taji. Batu-batunya pula ada
yang bersaiz besar dan kecil.
• Batu digambarkan mempunyai pelbagai
kegunaan antaranya untuk melontar objek
seperti balam (sejenis pokok kayu) dan juga
sebagai peluru untuk menentang musuh. Jika
batu tersebut tidak kena pada sasaran ia akan
kembali menutupi tanah. 'Ibu ayam' memberi
gambaran pemerintah termasuk menterinya
yang berusaha menjaga keselamatan dari
ancaman 'helang' yang boleh dianggap sebagai
musuh. 'Punai' pula gambaran kepada angkatan
tentera yang mempertahankan negeri tersebut.
• Hasil negeri makmur diibaratkan seperti
pokok kundur dan labu yang memberi
gambaran walaupun pokoknya kecil tetapi
mampu berbuah lebat dan besar. Ia
menunjukkan bahawa sesebuah negeri
yang makmur adalah negeri yang
mempunyai hasil mahsul yang banyak.
Selain itu, sumber rezekinya merata-rata
sama ada di darat dan juga di laut
termasuklah lembu dan kerbau yang
banyak. Di hutan pulak pelbagai mergastua
digambarkan banyak seperti gajah , badak
dan ular yang memberikan persekitaran
yang aman dan seimbang.
TEMA
• KECANTIKAN SEBUAH NEGERI YANG TIDAK
TERKATA

Teluk Bidung Kota Lama digambarkan sebagai


sebuah negeri yang luas dan indah serta
makmur dengan pelbagai hasil mahsulnya sama
ada didarat mahupun di laut. Persekitarannya
juga mengkagumkan dengan flora dan fauna
menyumbang kepada kekayaan dan
kemakmuran negara.
Persoalan
• Kekayaan: Negeri tersebut kaya dengan
sumber khazanah alam

• Kesenangan: Masyarakat yang hidup


dalam kemewahan dan mempunyai
ekonomi yang kukuh

• Keamanan: Masyarakat yang hidup dalam


keadaan aman dan murah rezeki.
Teknik Penulisan
• Bentuk: Bebas
• Rangkap: 1 Rangkap
• Jumlah perkataan dalam sebaris: 4-6
patah perkataan
• Jumlah suku kata: 9-15 suku kata
Nada
• Nada: Romantis
• Irama: Melankolik
Gaya bahasa
• Simile: Baris ke 11
Contoh: Seumpama kundur
dengan labu
• Anafora: Baris ke 7-8
• Epifora: Baris ke 6-7
• Inversi-Pembalikan rangkai kata dalam
ayat
• Responsi- Perulangan di tengah baris
• Personifikasi- Menderu selawat ibu ayam
Mesej
• Masyarakat yang menunjukkan nilai
integriti yang tinggi dakam sesebuah
negeri yang makmur

• Suasana sesebuah negeri yang terlalu


indah, aman dan permai.
Kamus Melayu
• Ular cintamani ialah seekor ular yang
membawa kepada keamanan dan
kemakmuran di sesebuah negeri itu.
Gambaran Kehebatan Negara Kota
• Negerinya dikatakan luas terbentang dengan pemandangan yang indah.

• Tebingnya tinggi bagai diraut dengan hamparan pasir yang putih dan indah.

• Batunya pelbagai saiz kecil dan besar yang sesuai dijadikan pelontar balam

• Negerinya perolehi kenikmatan dan rezeki yang melimpah ruah.

• Rakyatnya boleh mendapatkan apa saja dengan mudah sama ada di darat
atau di laut

• Terdapat banyak binatang ternakan dan binatang liar di reban, kandang


atau hutan

• Cuacanya yang sejuk dan nyaman.

Anda mungkin juga menyukai