Anda di halaman 1dari 6

PANTUN RESAM HIDUP MANUSIA

NILAI

1. Nilai kesyukuran. Cth : Orang memberi kita merasa.

2. Nilai kesopanan. Cth : Sebab mulut badan binasa.


3. Nilai toleransi. Cth : Banyak orang banyak ragam.

4. Nilai kebijaksanaan. Cth : Hati terang senang faham.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berterima kasih/bersyukur atas pemberian orang lain. Cth : Orang memberi kita
merasa.
2. Kita janganlah bercakap kasar/buruk kepada orang lain kerana akan membawa akibat buruk kepada
diri sendiri. Cth : Sebab mulut badan binasa.
3. Kita hendaklah berbuat baik kepada orang lain kerana akan menerima balasan yang baik juga. Cth :
Ada budi ada balas.
4. Kita hendaklah memahami dan menerima pelbagai ragam sikap manusia. Cth: Banyak orang banyak
ragam

PANTUN KASIH JUALAN

NILAI

1. Nilai kesopanan. Cth : Mari encik marilah tuan.


2. Nilai hormat-menghormati. Cth : Minta maaf belum berhajat.
3. Nilai kasih sayang. Cth: Kasih bukan barang berniaga.
4. Nilai keberanian. Cth : Mengapa takut masuk berniaga.

PENGAJARAN

1) Kita mestilah bertolak ansur dalam urusan jual beli. Contohnya; peniaga bertolak ansur
dalam urusan jual beli.

2) Kita hendaklah bersopan-samtun dalam urusan jual beli. Contohnya; pembeli bersopan
santun dengan menolak pelawaan penjual dengan baik.

3) Kita mestilah mempunyai sikap keikhlasan dalam urusan jual beli. Contohnya peniaga tidak
menipu pembeli.

4) Kita hendaklah gigih dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya; penjual bersungguh-
sungguh untuk menjual ikan yang dijual.
5) Kita mestilah berjimat-cermat ketika membeli belah. Contohnya; pembeli berjimat cermat
dalam membeli sesuatu barang.

PANTUN NILAI INSAN

NILAI

1. Nilai ketaatan. Cth : Nilai anak kerana ketaatan.


2. Nilai tanggungjawab. Cth : Nilai bapa kerana tanggungan.
3. Nilai keadilan. Cth: Nilai penyelia adil saksama.
4. Nilai tolong-menolong. Cth : Nilai sekampung tolong-menolong.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah taat kepada ibu bapa. Contohnya, Nilai anak kerana ketaatan.
2. Sebagai bapa, kita hendaklah bertanggungjawab menyara keluarga. Contohnya, Nilai bapa
kerana tanggungan.
3. Sebagai pekerja, kita hendaklah rajin/bertanggungjawab menjalankan tugas dengan baik.
Contohnya, Nilai pekerja jalani tugas.
4. Sebagai penyelia, kita hendaklah berlaku adil dan saksama kepada pekerja. Contohnya, Nilai
penyelia adil saksama.
5. Kita hendaklah bersikap mesra dengan jiran tetangga. Contohnya, Nilai penghuni mesra
berjiran. Sebagai pemimpin, kita hendaklah mempunyai wawasan. Contohnya, Nilai pemimpin
ada wawasan.
SYAIR SERATUS SITI (JUNAINI KASDAN)
MAKSUD
RANGKAP SYAIR MAKSUD SYAIR
Tersebut pula suatu perkataan, Maka tersebut sebuah kisah Raja Malabari dan
Raja Malabari empunya kerajaan, kerajaannya yang hidup gembira bersuka ria serta
Sehari-hari bersuka-sukaan, rakyatnya terlalu ramai tidak terkira banyaknya.
Rakyatnya banyak tiada terkian.
Bangsanya Ajam baginda itu, Bangsa Ajam keturunan baginda memiliki kerajaan
Kerajaan besar bukan suatu, besar dan berkuasa kerana mempunyai jajahan takluk
Takluk banyak sudah tertentu, yang banyak dan semua memberi ufti kepada baginda.
Menghantar ufti sekalian ke situ.
Ada kepada suatu hari, Pada suatu hari Baginda berehat di balairung seri
Baginda semayam di balai seri, dihadap semua menteri dan hulubalang yang sangat
Dihadap sekalian hulubalang menteri, ramai.
Ramainya tidak lagi terperi.
Banyaknya tidak menderita, Ramai rakyatnya hidup aman sejahtera, dari desa
Berlimpah sampai ke tepi kota, hingga kota tiada sengsara dan mereka semua datang
Bahana gemuruh gegak gempita, menghadap baginda.
Menghadap baginda di atas takhta.
Lasykarnya banyak beribu laksa, Baginda mempunyai beribu kapal dan lasykar
Penuh sesak segenap desa, sehingga ceruk desa negeri aman makmur dan hidup
Negerinya makmur sangat sentosa, dengan gembira.
Sehari-hari suka termasa.
Baginda melihat kebesarannya, Baginda bangga dengan kebesarannya dan
Sangatlah takbur pada rasanya, kehebatannya kerajaan miliknya sehingga takbur dan
Lalu bertitah kepada menterinya, angkuh lalu berkata siapa lagi yang setara dengan
Aku nan siapa tara bandingnya. kebesarannya.
Adakah raja terlebih kaya, Baginda turut bertanya adakah lagi orang lebih kaya
Daripada aku terlebih mulia, daripadanya lebih mulia dan mempunyai kerajaan
Akulah raja di dalam dunia, besar setaranya, siapakah hebat lagi dari Aku?
Terlebih daripada aku manakah dia.
Baiklah segera kamu berkata, Baginda terus bertanya untuk mendapat jawapan
Kepada kau supaya nyata, siapa lagi lebih kaya dan hebat dari baginda raja
Aku nan hendak mendengar warta, bermahkota?
Adakah raja bermahkota.
Berdatang sembah seorang pahlawan, Lalu datang seorang pahlawan memberitahu tiada
Kaya tuanku tiada berlawan, siapa yang standing dengan Baginda Raja Malabari
Serta adil dengan kelimpahan, yang adil dan memiliki rakyat serta tentera yang
Rakyat tentera berkoyan-koyan. sangat ramai.
TEMA
Syair Seratus Siti bertemakan kehebatan dan keangkuhan seorang pemerintah.

PERSOALAN
1) Persoalan pemerintahan raja yang hebat dan besar jajahan takluknya. Raja Malabari
seorang baginda raja yang menguasai banyak negeri dan menerima ufti iaitu hadiah dari negeri
takluknya. Raja Malabari hebat dalam mentadbir dan mengurus negerinya.
2) Persoalan pentingnya Raja mempunyai tentera yang ramai dan menurut perintah. Raja
Malabari mempunyai tentera yang sangat ramai dan semuanya patuh dan tunduk kepada
baginda.
3) Persoalan kepentingan rakyat bersatu padu dan sejahtera. Rakyat jelata kerajaan Raja
Malabari hidup aman makmur dan bahagia.
4) Persoalan sikap angkuh dan takbur seorang pemerintah. Raja Malabari angkuh dan takbur
dengan kehebatan, kekayaan dan kemuliaan dirinya.Baginda bertanya pada semua siapa yang
setara dengannya untuk membandingkan dan menunjukkan bahawa dia adalah raja paling
hebat dan berkuasa.
5) Persoalan pentingnya menurut perintah raja. Rakyat jelata semua akur dan tunduk hormat
kepada baginda raja dan bersatu mempertahankan kesejahteraan dengan menjadi tentera
menjaga keamanan.
6) Persoalan kekayaan dan kehebatan raja. Raja Malabari mempunyai beribu lasykar dan
tentera.

BENTUK
1) Syair ini mempunyai 9 rangkap yang sekata barisnya.
2) Syair ini terdiri daripada 4 baris serangkap.
3) Syair ini terdiri daripada 2 hingga 5 patah perkataan serangkap
contohnya : Sehari-hari bersuka-sukaan ( 2 patah perkataan)
: Berlimpah sampai ke tepi kota (5 patah perkataan)
4) Syair ini terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata dalam sebaris
5) Syair ini mempunyai rima akhir yang sekata iaitu aaaa

GAYA BAHASA

1) Kata Ganda – contohnya : sehari-hari , bersuka-sukaan


2) Bahasa Melayu klasik – empunya, terkian, terperi,
3) Bahasa Istana – Raja, Baginda, Tuanku,
4) Sinkope – ku

NILAI

1) Ketaatan
2) Kejujuran
3) Kebijaksanaan
4) Kemegahan
5) Kemakmuran
6) Kedamaian
7) Keadiilan
PENGAJARAN

1) Kita hendaklah taat dan setia kepada pemerintah, raja dan negara. Rakyat Baginda Raja
Malabari taat dan setia kepada baginda dan ramai menjadi askar dan benteng negara.

2) Kita mestilah jujur dalam berkata. Contohnya, pahlawan jujur mengatakan tiada siapa
setanding dengan baginda raja Malabari dari segi kekayaan, kemewahan, kehebatan,
kebesaran, kekuasaan baginda.

3) Kita haruslah bijaksana dalam mentadbir dan mengurus negara. Raja Malabari bijak menjaga
kerajaan baginda dengan mempunyai ramai rakyat, lasykar dan tentera serta negeri jajahan
takluknya yang banyak.

4) kita perlulah bersikap adil dan saksama. Raja Malabari juga adil dan saksama dengan
rakyatnya.

5) Kita seharusnya menjaga negara dengan makmur dan sentosa. Contohnya, Raja Malabari
mempunyai kerajaan yang rakyatnya hidup makmur, aman dan sentosa.

SYAIR BIDASARI

Tema

Syair ini mengisahkan kesukaran untuk mendapatkan air sewaktu sesat di dalam hutan.

Persoalan

Persoalan pentingnya menurut perintah pemerintah atau raja. Menteri bertiga patuh dan taat
kepada perintah raja mereka untuk mencari dan mendapatkan air semasa mereka sesat di
hutan.

Persoalan kepentingannya berusaha dengan gigih, iaitu menteri bertiga berusaha mencari
sumber air untuk raja mereka dan berjumpa dengan Taman Bidasari namun taman itu dikunci.

Persoalan pentingnya air kepada manusia, air adalah salah satu sumber tenaga dan minuman
yang sangat diperlukan badan setelah berpeluh dan berpenat seharian. Manusia hidup
bergantung kepada air dan makanan.

Persoalan pentingnya menghargai air sumber khazanah ciptaan tuhan kepada manusia. Kita
perlu menjaga dan tidak boleh melakukan pembaziran air dengan sewenang-wenangnya.

Bentuk

1) Syair ini mempunyai 8 rangkap yang sekata barisnya.


2) Syari ini terdiri daripada 4 baris dalam setiap rangkap.
3) Syair ini mempunyai 4 hingga 6 patah perkataan.
4) Syair ini mempunyai 8 hingga 13 suku kata.
5) Syair ini mempunyai rima akhir yang terikat iaitu aaaa
6) Nada syair ini adalah melankolik.

Gaya Bahasa
1) Bahasa Klasik iaitu penggunaan bahasa klasik dari bahasa melayu dan nusantara
contohnya ; siluman – orang bunian
2) Sinkope – singkatan perkataan atau penyikatan kata
contohnya : ku
3) Bahasa Istana – Baginda, raja, duli, daulat, tuanku
4) Perlambangan – air

Nilai

Ketaatan – taat dan setia kepada seseorang atau ketua


Kesetiaan – setia dengan ketua
Kejujuran – jujur dalam perbuatan dan kata-kata
Kerjasama – bekerjasama dan berganding bahu melakukan sesuatu kerja atau tugasan
Kegigihan – tekun dan gigih dalam melakukan sesuatu
Kesabaran – tahan diri atau bertindak dengan waras dan rasional

Pengajaran

Kita hendaklah taat kepada raja dan ketua. Contohnya menteri bertiga patuh dan menurut
perintah raja.

Kita mestilah menumpahkan kesetiaan kepada raja. Contohnya, menteri bertiga berusaha
mencari air kepada raja mereka dan setia mengikut dan melakukan apa sahaja suruhan dan
perintah raja.

Kita perlulah jujur dalam melakukan apa sahaja tindakan. Contohnya, menteri bertiga jujur
mengatakan mereka tidak bertemu sumber air.

Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan tugas dan kerja. Contohnya, menteri bertiga
berganding bahu mencari air kepada raja mereka yang dahaga dan kehausan yang sesat
dalam hutan.

Kita hendaklah gigih berusaha dengan apa cara sekalipun. Contohnya, menteri berusaha
bersungguh-sungguh dengan gigih untuk mendapatkan air di Taman Bidasari namun pintu
pagar taman itu dikunci dengan sangat kuat menggunakan besi yang tegar iaitu sukar dibuka.

Anda mungkin juga menyukai