Anda di halaman 1dari 9

SYAIR BIDASARI

NAMA AHLI KUMPULAN:

• KASEH
• NABILA
• LARISSA
• LAU PEI QI
MAKSUD SYAIR
RANGKAP 1
-Penyair mengajak pembaca untuk mendengar kisah seorang raja yang memerintah di
Negeri Kembayat.Kisah itu ditulis oleh seorang fakir untuk dijadikan contoh teladan.
RANGKAP 2
-Di negeri Kembayat terdapat seorang raja yang masyhur dan bijaksana.Baginda juga
merupakan seorang raja yang elok pekerti dan melayani para pedagang yang datang
mendalami pengajian dalam bidang agama Islam di negerinya itu dengan adil.
RANGKAP 3
-Diceritakan juga bahawa raja tersebut sangat berkuasa pada masa itu.Baginda
memerintah negara dalam suasana aman tanpa sedikit pun menghadapi
kesukaran.Namun,mereka tidak dapat menjangkakan ketentuan yang akan berlaku pada
masa yang mendatang.
RANGKAP 4
-Raja yang bijaksana telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu,permaisuri
baginda telah hamil
RANGKAP 5
-Sepanjang raja memerintah Negeri Kembayat dengan suasana yang aman damai dan
gembira,akhirnya pada suatu hari,Negeri Kembayat ditimpa bala menyebabkan baginda
terpaksa meninggalkan negerinya.
RANGKAP 6
-Dikisahkan pada suatu hari yang lain,Negeri Kembayat telah diserang oleh
burung garuda yang besar dan ganas.Serangan ini telah banyak mendatangkan
kemusnahan di Negeri Kembayat.
RANGKAP 7
-Digambarkan kisah burung garuda menyerang Negeri Kembayat dengan
ganas hingga menggemparkan rakyat dan menyebabkan negeri itu menjadi
huru-hara.Rakyat jelata lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing.
RANGKAP 8
-Di istana,rakyat jelata datang untuk menghadap raja yang sedang
bermesyuarat.Apabila mendengarkan keadaan di luar istana sangat bising dan
gegak-gempita,baginda yang prihatin berasa cemas dan hairan melihatkan
situasi itu dan menanyakan rakyatnya sebab keadaan itu berlaku.
TEMA DAN PERSOALAN
TEMA
-Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja sewaktu mentadbirkan negara.

PERSOALAN
-Kebijaksanaan memimpin sesebuah kerajaan
-Tanggungjawab seorang pemimpin
-Kasih saying terhadap ahli keluarga
-Musibah yang tidak boleh diramal.
BENTUK SYAIR,GAYA BAHASA DAN UNSUR
BUNYI
 BENTUK SYAIR
-Berbentuk terikat/tidak bebas
-Lapan rangkap
-Semua baris dalam setiap rangkap adalah maksud

 GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI


• Metafora - takhta kerajaan
• Hiperbola - Datanglah menyambar suaranya bahana
• Simile - Mendengar gempar seperti perang
• Inversi - Dengarkan tuan suatu riwayat
NILAI
• Nilai tanggungjawab
-Contohnya,Raja Negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir urus
negerinya dengan sempurna.
• Nilai ketaatan
-Contohnya,seluruh rakyat Negeri Kembayat taat dan setia terhadap Raja Negeri
Kembayat.
• Nilai kebijaksanaan
-Contohnya,Raja Negeri Kembayat bijak dan cekap memimpin rakyat.
• Nilai kasih saying
-Contohnya,Raja Negeri Kembayat amat menyayangi isterinya lebih-lebih lagi
setelah isterinya itu berbadan dua.
PENGAJARAN
• Sebagai pemimpin,kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang
diberikan oleh rakyat dengan amanah

• Kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau pemimpin demi
keharmonian organisasi

• Sebagai pemimpin,kita hendaklah melayani setiap orang dengan adil dan


saksama tanpa membeza-bezakan darjat atau kedudukan seseorang.

• Kita haruslah bersedia setiap masa bagi menghadapi sebarang ancaman


musuh atau malapetaka yang tidak dijangka.

Anda mungkin juga menyukai