Anda di halaman 1dari 4

Cikgu Roslan Daud

GOLONGAN KATA KERJA

Standard Pembelajaran
5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan kata kerja dengan betul mengikut konteks.

Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan perbuatan atau tindakan. Kata kerja boleh ditentukan dengan menggunakan
kata bantu seperti ayat berikut:
(a) Pak Mat sedang bertukang manakala pekerjanya masih memotong kayu.
(b) Nanas yang baru dipetik itu akan dihantar ke kilang pemprosesan sebelum dapat menjadi pelbagai produk.

Kata kerja transitif Kata kerja tak transitif


Aktif Pasif Tanpa berpelengkap Berpelengkap
Kata kerja yang menerima Kata kerja yang menerima Kata kerja ini boleh berdiri Kata kerja ini mesti diikuti
awalan meN- dengan atau awalan di- dengan atau sendiri tanpa objek atau pelengkap untuk menjadikan
tanpa akhiran –kan atau –i. tanpa akhiran –kan atau –i, penyambut. maksud ayat sempurna.
juga awalan ter- dan
perkataan kena.
1. Saya membelah kayu api. 1. Kayu api saya belah. 1. Tanah itu runtuh. 1. Kami tinggal di Pahang.
2. Kami perlu mengadakan 2. Mesyuarat perlu kami 2. Guru itu sudah pulang. 2. Penyakitnya beransur
mesyuarat segera. adakan segera. 3. Budak yang ditinggalkan sembuh.
3. Anda akan menduduki 3. Ujian akan anda duduki abangnya itu menangis. 3. Mukanya bertambah
ujian pada bulan Ogos. pada bulan Ogos. 4. Bayi yang diagah itu mulus.
4. Bas itu melanggar 4. Sebatang pokok dilanggar tersenyum. 4. Dia menjadi penulis.
sebatang pokok. bas itu. 5. Jangan mudah terpedaya. 5. Rumahnya hanya
5. Baginda menitahkan 5. Temenggung dititahkan 6. Kami sudah bersarapan. berlantaikan buluh.
Temenggung berkawal. oleh baginda berkawal. 6. Kamu ada pensel warna?
*** unsur yang hadir di
6. Mereka akan 6. Sungai akan diharungi
belakang kata kerja yang *** unsur yang condong
mengharungi sungai. oleh mereka.
bergaris dinamakan sebagai tidak boleh digugurkan.
7. Ayah memukul adik 7. Adik kena pukul oleh ayah
keterangan. Contoh : Misalnya:
menggunakan rotan. menggunakan rotan.
1. Tanah itu runtuh tadi. 1. Kami tinggal. [X]
8. Rakyat yang patuh 8. Istana itu terbina oleh
2. Guru itu sudah pulang ke 2. Rumahnya hanya
membina istana itu. rakyat yang patuh.
rumah. berlantaikan. [X]

LATIHAN 1
Baca cerita melalui gambar bersiri yang disediakan. Kemudian, isikan tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.

berkunjung berkembang berebutan dianjurkan


sertai diiktiraf menawarkan memperlebar
termenung mencurahkan tumbuh berbekalkan

Oleh sebab minat yang mendalam dalam dunia masakan, saya sering menghadiri pelbagai
kursus masakan yang (4)____________________ oleh individu berpengalaman di sekitar
bandar raya Kuching. Tenaga pengajar banyak (5)____________________ ilmu kepada
peserta terutamanya petua dan pantang larang. Ilmu daripada kursus yang saya
(6)_________________ akan diaplikasikan di rumah. Biasalah, untung sabut timbul, untung
batu tenggelam kerana kadang-kadang kek yang saya masak tidak gebu, keras atau hangus.

1
Cikgu Roslan Daud

Pada mulanya, saya menjual kek lapis Sarawak secara dalam talian sahaja. Apabila
tempahan meningkat dan peniagaan saya (7)___________________ maju, saya berfikir
mahu membuka sebuah kafe di bandar raya Kuching. Ibarat peribahasa orang mengantuk
disorongkan bantal, pihak bank telah (8)___________________ pinjaman modal kerana
ingin menggalakkan usahawanita seperti saya menceburi bidang perniagaan. Oleh itu, dengan
(9)__________________ nasihat dan dorongan daripada rakan-rakan yang telah berniaga,
saya mencuba nasib.
Pada awal pembukaan kafe itu, sambutannya agak luar biasa. Ramai pelancong dan pembeli
yang (10)_________________ ke kafe untuk membeli kek lapis Sarawak yang berbagai-
bagai warna dan perisa untuk dijadikan buah tangan. Namun, mengharap panas sampai ke
petang, rupanya hujan di tengah hari. Kewujudan banyak kedai yang menjual kek lapis
Sarawak, bak cendawan (11)_________________ selepas hujan, menimbulkan persaingan.
Hal itu menjadikan keuntungan saya merosot menyebabkan hutang menjadi tinggi. Saya
terduduk dan (12)____________________ memikirkan masalah.

Kata orang tua-tua, genggam bara api, biar sampai jadi arang, maka saya meneruskan
perniagaan yang penuh cabaran. Keuntungan yang diperoleh saya gunakan untuk
(13)____________________ sayap perniagaan dengan membuka beberapa cawangan kedai
di Semenanjung Malaysia. Baru-baru ini, usaha saya (14)___________________ oleh
kerajaan negeri Sarawak apabila mendapat gelaran Tokoh Usahawanita Sarawak 2021 atas
usaha mempopularkan kek lapis Sarawak sebagai produk pelancongan negeri ini. Para
wartawan (15)___________________ menemu ramah saya untuk menggali rahsia kejayaan.
Ingatlah bahawa usaha tangga kejayaan!

LATIHAN 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja transitif dan dua kata kerja tak transitif. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Penghasilan arang daripada kayu bakau industri paling tua di Kuala Sepetang. Untuk peringkat pertama dan kedua, kedua-
duanya bermula dengan pembakaran api besar dan api kecil selama 20 hari sebelum dapur berbentuk iglu itu ditutup
sepenuhnya selama 10 hari lagi untuk proses penyejukan. Sepanjang tempoh itu, proses penyejukan ialah masa paling kritikal
dan perlu dikawal rapi bagi memastikan arang di dalam relau tidak terbakar menjadi abu. Arang kayu bakau yang dihasilkan
di Kuala Sepetang antara yang terbaik di dunia dan memperoleh sambutan yang tinggi di Jepun, Arab dan Korea.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kilang arang, industri paling tua di Kuala Sepetang’
oleh Freddie Aziz Jasbindar,
www.orangperak.com, 24 Januari 2017

[8 markah]
Dua kata kerja transitif Dua kata kerja tak transitif
1. _________________________________ 1. _________________________________
2. _________________________________ 2. _________________________________

Ayat kata kerja transitif


1. _________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
2. _________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________

Ayat kata kerja tak transitif


1. _________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
2. _________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________

2
Cikgu Roslan Daud

JAWAPAN GOLONGAN KATA KERJA

LATIHAN 1
Baca cerita melalui gambar bersiri yang disediakan. Kemudian, isikan tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.

berkunjung berkembang berebutan dianjurkan


sertai diiktiraf menawarkan memperlebar
termenung mencurahkan tumbuh berbekalkan

Oleh sebab minat yang mendalam dalam dunia masakan, saya sering menghadiri pelbagai
kursus masakan yang (1)dianjurkan oleh individu berpengalaman di sekitar bandar raya
Kuching. Tenaga pengajar banyak (2)mencurahkan ilmu kepada peserta terutamanya petua
dan pantang larang. Ilmu daripada kursus yang saya (3)sertai akan diaplikasikan di rumah.
Biasalah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam kerana kadang-kadang kek yang saya
masak tidak gebu, keras atau hangus.

Pada mulanya, saya menjual kek lapis Sarawak secara dalam talian sahaja. Apabila
tempahan meningkat dan peniagaan saya (4)berkembang maju, saya berfikir mahu membuka
sebuah kafe di bandar raya Kuching. Ibarat peribahasa orang mengantuk disorongkan bantal,
pihak bank telah (5)menawarkan pinjaman modal kerana ingin menggalakkan usahawanita
seperti saya menceburi bidang perniagaan. Oleh itu, dengan (6)berbekalkan nasihat dan
dorongan daripada rakan-rakan yang telah berniaga, saya mencuba nasib.

Pada awal pembukaan kafe itu, sambutannya agak luar biasa. Ramai pelancong dan pembeli
yang (7)berkunjung ke kafe untuk membeli kek lapis Sarawak yang berbagai-bagai warna dan
perisa untuk dijadikan buah tangan. Namun, mengharap panas sampai ke petang, rupanya
hujan di tengah hari. Kewujudan banyak kedai yang menjual kek lapis Sarawak, bak cendawan
(8)tumbuh selepas hujan, menimbulkan persaingan. Hal itu menjadikan keuntungan saya
merosot menyebabkan hutang menjadi tinggi. Saya terduduk dan (9)termenung memikirkan
masalah.

Kata orang tua-tua, genggam bara api, biar sampai jadi arang, maka saya meneruskan
perniagaan yang penuh cabaran. Keuntungan yang diperoleh saya gunakan untuk
(10)memperlebar sayap perniagaan dengan membuka beberapa cawangan kedai di
Semenanjung Malaysia. Baru-baru ini, usaha saya (11)diiktiraf oleh kerajaan negeri Sarawak
apabila mendapat gelaran Tokoh Usahawanita Sarawak 2021 atas usaha mempopularkan kek
lapis Sarawak sebagai produk pelancongan negeri ini. Para wartawan (12)berebutan menemu
ramah saya untuk menggali rahsia kejayaan. Ingatlah bahawa usaha tangga kejayaan!

LATIHAN 2
Dua kata kerja transitif [pilih dua sahaja]
1. ditutup
2. dikawal
3. memastikan
4. dihasilkan
5. memperoleh

Ayat kata kerja transitif


1. Kedai runcit itu ditutup selama tiga hari untuk proses penyahkumanan setelah pekerjanya dijangkiti wabak COVID-19.
2. Remaja yang ditahan berlumba haram itu telah dikawal oleh pihak polis dengan ketat untuk mengelakkan mereka lari.
3. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat kasih sayang yang secukupnya dengan meluangkan masa bersama.
4. Model rumah tradsional Melaka itu telah dihasilkan kumpulan Syamil menggunakan barangan terpakai secara bekerjasama.
5. Syarikat itu memperoleh keuntungan yang besar apabila produk baharunya mendapat sambutan yang tinggi.

Dua kata kerja tak transitif [pilih dua sahaja]


1. bermula

3
Cikgu Roslan Daud

2. berbentuk
3. terbakar
4. menjadi

Ayat kata kerja tak transitif


1. Perlawanan bola sepak yang dijadualkan pada pukul 4.00 petang itu bermula agak lewat kerana hujan turun dengan lebatnya.
2. Objek yang berbentuk lonjong itu dikatakan sebagai bom oleh penduduk yang menjumpainya ketika bercucuk tanam.
3. Deretan rumah setinggan itu terbakar kerana berlaku letupan tong gas di sebuah rumah.
4. Nelayan itu menjadi kaya apabila memenangi cabutan bertuah di bank sebanyak RM1 juta.

Anda mungkin juga menyukai