Anda di halaman 1dari 4

BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Nama : _______________________________________ Tingkatan : 1 ________________

Arahan : Jawab semua soalan.

1 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
[9 markah]

(i) Pulau Redang merupakan salah sebuah pulau yang paling tercantik di Malaysia.

tercantik / paling cantik


___________________________________________________________________
(ii) Pembesar istana itu membaca surat daripada Raja Melewar di hadapan penduduk
kampung dengan suara yang lantang.

___________________________________________________________________
(iii) Daging rendang yang dijual di pasar malam Kuala Kubu Bharu itu sungguh mahal tetapi
kuantitinya sedikit.

___________________________________________________________________
(iv) Tarikh Hari Kebangsaan saya sentiasa ingati kerana tarikh itu sama dengan tarikh lahir
ibu saya.

___________________________________________________________________
(v) Fakhreen dilantik sebagai Ketua tingkatan oleh cikgu Suhaini.

___________________________________________________________________
(vi) Pak Rashid kelihatan termengah-mengah selepas menangkap si jalak.

___________________________________________________________________
(vii) Kedengaran samar-samar suara orang menjerit meminta tolong ketika kami sedang
berbual pada petang itu.

___________________________________________________________________
(viii) Perkerja itu diberhentikan kerana terlibat dalam kes pecah amanah.

__________________________________________________________________
(ix) Cikgu Hafliyati menyiapkan lapuran program perkhemahan untuk dihantar ke pejabat
pendidikan.

___________________________________________________________________
(x) Amirul Naim mencatit semua maklumat yang diperlukannya ketika pensyarah
menyampaikan taklimat kajian lapangan.

__________________________________________________________________

2. Baca petikan dibawah dan pilih kata bandingan yang sesuai.

1
[7 markah]

* gagah seperti gergasi * besar macam gajah * malas seperti keldai

* ligat seperti gasing * berat macam batu * jernih seperti cermin

* lambat seperti siput

ROCIM Robot Ciptaanku

Pertandingan mencipta robot hanya tinggal tiga hari lagi. Sudah hampir sebulan aku cuba menggerakkan
robot ciptaanku ini tetapi hampa. Kekecewaan ini membuatkan aku menjadi

___________________________, malas untuk meneruskan usahaku selama ini. Hari ini aku bertekad.
Aku mesti meneruskan usahaku ini. Aku tidak mahu gagal di tengah jalan. Robot ciptaan yang aku
namakan ROCIM ini mesti boleh bergerak hari ini. Ya, hari ini! Bukan esok atau lusa!
Aku memasukkan sejenis cecair yang dicipta khas ke dalam badan ROCIM. ROCIM masih tidak
bergerak walaupun hampir setengah jam aku menunggu reaksinya, 45 minit kemudian,

tiba-tiba mata ROCIM mula berputar ______________________________ . Aku menjerit

gembira, gembira yang tidak terhingga. Saiz robotku yang _____________________________ itu sudah
menunjukkan reaksi untuk bergerak. Kini, kakinya pula mula diangkat. ROCIM mula bergerak perlahan-
lahan.
Binaan badan ROCIM yang ___________________________ itu membuat ROCIM

bergerak perlahan dan ______________________________ . Aku ketawa sendirian melihat gelagat


ROCIM. Pada dada ROCIM aku letakkan sekeping kaca tahan lasak yang

_____________________________ . Di situlah terpancarnya cahaya yang mengeluarkan abjad untuk aku


berkomunikasi dengan ROCIM. ROCIM mula mengeluarkan kata-kata di dadanya. Aku

gembira tidak terkira. Robot ciptaanku yang _______________________________ ini mesti memenangi
hadiah utama dalam pertandingan mencpta robot pada tahun ini. Aku mesti menang! Aku mesti!

(dipetik dari Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, Seni Bahasa)

3. Lengkapkan ayat dalam perenggan dengan kata kerja tak transitif yang sesuai.

* belajar * berjaya * wujud * menjadi


2
* berkualiti * pulang * terkenal * berseni
Sarawak atau nama julukannya Bumi Kenyalang __________ oleh hasil kraftangan yang unik dan

______________ . Satu daripada hasil kraf tangan yang mendapat perhatian pelancong asing

ialah pasu Sarawak. Pasu Sarawak dikatakan telah ___________ sejak sekian lama.
Di Sarawak, kaum Iban adalah antara kaum peribumi yang mewarisi kerja tangan ini. Mereka
menghasilkan pasu tersebut untuk tujuan kerohanian dan upacara-upacara rasmi kaum mereka.

Kerja-kerja seni ini dilakukan dengan teliti sehingga ______________ menghasilkan pasu Sarawak

yang tahan lama, ___________________, memuaskan hati pengguna.


Sebenarnya, proses pembuatan pasu Sarawak tidak mudah. Proses untuk menyiapkan sebuah pasu
Sarawak dengan menggunakan tangan mengambil masa yang agak lama iaitu kira-kira

sebulan. Oleh itu, seseorang yang ingin _______________ tentang cara menghasilkan pasu Sarawak mesti
memberikan tumpuan yang sepenuhnya hingga pasu yang dihasilkan

_________________ . Walau bagaimanapun, penggunaan mesin bagi menggantikan kaedah tradisional ini
telah mempercepat proses penghasilan pasu Sarawak.
Menurut sejarah, tujuan asal penghasilan seni kraf ini adalah sebagai peralatan memasak makanan dan
kegunaan rumah tangga. Namun demikian, seiring dengan peredaran masa, fungsi pasu Sarawak sudah
dipelbagaikan menjadi lampu sisi, bekas payung, pasu bunga, bekas potpuri, dan lain-lain. Semua hasil
kraftangan ini amat indah buatannya. Harga yang ditawarkan pula tidak terlalu tinggi. Oleh sebab itu, pasu
Sarawak sering dijadikan sebagai cenderamata oleh pelancong

untuk dibawa ______________ ke tempat asal mereka.


[8 markah]

4. Kata Seru dan Kata Tanya.


Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Ah, sakitnya kakiku ini.

Aduh
________________________________________________________________

(ii) Wah, malang sungguh nasib budak lelaki itu!

______________________________________________________________________
(iii) “Oh, banyaknya buah durian yang gugur di kebun ayah!” kata Nurin.

____________________________________________________________________
(iv) Mengapakah cara kamu membuat kek lapis ini?

____________________________________________________________________
3
(v) Apakah Encik Baihaqif akan bertolak ke London?

____________________________________________________________________
(vi) “Siapakah nama kucing kamu?” Tanya Harlena kepada Marsya.

____________________________________________________________________

[10 markah]

5. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan telitinya. Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat tersebut.
Kemudian, tulis subjek dan predikat pada ruang yang disediakan.
[8 markah]
(i) Ayah dan abang menyiapkan pondok itu dengan bantuan datuk.

SUBJEK

PREDIKAT

(ii) Lelaki yang berkereta mewah itu bekerja di Menara Telekom.


SUBJEK

PREDIKAT

(iii) Ramah sekali kanak-kanak perempuan itu.


SUBJEK

PREDIKAT

(iv) Bertani dengan kaedah moden mendatangkan hasil yang lumayan.


SUBJEK

PREDIKAT

============================== SOALAN TAMAT ================================

Disediakan oleh,
Cikgu Siti Marwani
SMK Petra Jaya 2021

Anda mungkin juga menyukai