Anda di halaman 1dari 2

Morfologi

Baca atur cara di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata akronim. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

ATUR CARA KARNIVAL KERJAYA


Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Pengerang Utama

Tarikh : 6 Februari 2020 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Dataran Semai Bakti, SMK Pengerang Utama
8.00 pagi : Senamrobik
8,15 pagi : Ketibaan tetamu khas
8.30 pagi : Nyanyian lagu “Negaraku”, lagu “Bangsa Johor” dan lagu sekolah
8.45 pagi : Ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Pengetua SMK Pengerang Utama
9.20 pagi : Persembahan tarian zapin dan kugiran
10.00 pagi : Lawatan ke tapak pameran barangan tempatan pelbagai jenama
10.30 pagi : Pertandingan mewarna bagi tadika dan sekolah rendah
: Program Bicara Sasterawan yang mengupas karya cerpen
11.00 pagi : Penyampaian hadiah
12.00 tengah hari : Bersurai

Kata Akronim :

i) ___________________________

ii ) __________________________

iii) __________________________

iv ) __________________________

Bina Ayat :

i) _______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
ii) _______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
iii) _______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
iv) _______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

( 8 Markah )
Sintaksis

Baca perbualan di bawah dengan teliti. Kemudian nyatakan ayat yang bernombor itu sama ada ayat
penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah

Ahmad : i) Apabila dewasa nanti, saya mahu menjadi seorang juruterbang

Meng Kong : ii) Wah, kerjaya di awan biru !

Ranjit : iii) Apakah pula cita-cita kamu Meng Kong ?

Meng Kong : iv) Saya pula mahu menjadi animator kerana sangat berminat dengan lukisan

animasi . (iv) Tapi , ibu bapa saya tidak menyokong minat saya sejak kecil

lagi.

Ahmad : v) Mengapakah mereka tidak menyokong cita-cita kamu ?

Meng Kong : Ibu menyuruh saya menjadi peniaga bagi mewarisi syarikat ayah. (sedih)

Ranjit : Saya bangga kerana kalian telah mempunyai hala tuju. (vi) Janganlah kamu

berputus asa untuk mengejar cita-cita kerana usaha dan rajin tangga kejayaan.

i)__________________________________

ii) _________________________________

iii) _________________________________

iv) _________________________________

v) _________________________________

vi)_________________________________

( 6 markah )

Anda mungkin juga menyukai