Anda di halaman 1dari 4

LATIHAN PERIBAHASA

SPM 2009

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat
kosong dalam dialog tersebut.

Ayah : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan
budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua, iaitu ________(i)_______

Syafik : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

Ayah : Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak,
berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan
negara, bak kata peribahasa _______(ii)_________

Syafik : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak
banyaknya kerana _________(iii)_________

SPM 2010

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan
memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat
dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai ___________(i)__________.
Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan
kerana ________(ii)__________ . Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid
ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk
meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah
diperoleh kerana ________(iii)__________.

SPM 2011

Baca maksud peribahasa dibawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud peribahasa tersebut.

(i) Pasangan yang sepadan


(ii) Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.
(iii) Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.

SPM 2012

Berikan maksud peribahasa di bawah.


(i) Membaca jambatan Ilmu.
(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
SPM 2013

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud ayat tersebut.

(i) Sengaja mencari susah atau bahaya.


(ii) sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.
(iii) Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai juga.

SPM 2014

Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.

(i) Menurut sahaja kehendak orang lain.


(ii) Segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya.
(iii) Orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana sahaja.

1. Membina ayat menggunakan peribahasa


Contoh soalan:-
Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.
(i) Alah bisa tegal biasa
(ii) Bagai melukut di tepi gantang
(iii) Laut mana yang tidak bergelora

2. Melengkapkan petikan atau dialog dengan peribahasa yang sesuai


Contoh soalan:-
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

.................(i)................., demikian peribahasa yang menggambarkan pelbagai golongan harus


bekerjasama. Mereka dituntut agar bersefahaman dan bersatu untuk membangunkan negara. Mereka
tidak wajar mementingkan diri, yakni bersikap .............(ii)............. Tambahan pula, perbuatan seperti
itu bertentangan dengan norma hidup masyarakat Timur yang mengambil kira kepentingan semua
pihak dalam setiap urusan yang dilakukan dan mereka mementingkan permuafakatan kerana mereka
yakin bahawa ...............(iii)..........

3. Menentukan atau menyesuaikan peribahasa dengan maksud petikan


Contoh soalan:-
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga
situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan di bawah.

Pada zaman penjajahan, semua penduduk bersatu hati berjuang menentang penjajah sehingga negara
mencapai kemerdekaan. Sekalipun mereka menghadapi pelbagai kesusahan tetapi hal itu tidak
melunturkan semangat mereka kerana situasi itu sudah dilalui mereka sepanjang masa dan menjadi
lumrah hidup. Walaupun ada pejuang yang ditangkap dan dituduh sebagai penderhaka, namun hal itu
tidak melemahkan semangat mereka yang berkobar-kobar itu kerana mereka tidak mahu tanah air
tercinta ini terus dijajah. Malah mereka lebih rela mati daripada hidup sebagai abdi di tanah air
sendiri.
4. Menentukan peribahasa berdasarkan ayat yang diberikan
Contoh soalan:-
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat
tersebut.

(i) Sebelum melakukan sesuatu perkara, kita hendaklah berfikir dengan semasak-masaknya agar tidak
menyesal kemudian hari.

(ii) Janganlah kita boros berbelanja, sebaliknya berbelanjalah mengikut kemampuan atau bersesuaian
dengan pendapatan yang kita peroleh.

(iii) Apabila kita berada di tempat orang, janganlah kita meninggi diri dan patuhilah adat resam
tempat tersebut.

5. Menyatakan maksud peribahasa yang diberikan


Contoh soalan:-
Berikan maksud peribahasa-peribahasa di bawah.

(i) Ada gula ada semut


(ii) Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
(iii) Alah membeli menang memakai

Latihan 1:

Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. bagaikan kera mendapat bunga

2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit

3. burung terbang dipipiskan lada

4. menegakkan benang yang basah

5. bagaikan telur dihujung tanduk

6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

7. bagaikan tikus jatuh di kepuk

8. matinya semut kerana gula

9. air dicincang tidak akan putus

10. bagaikan embun di hujung rumput


KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

Gambarajah di atas menunjukkan sebahagian daripada sambutan kemerdekaan negara.


Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan mengadakan sambutan
kemerdekaan negara pada setiap tahun. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga
250 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan
Hari ulang tahun kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun mempunyai banyak
kepentingannya

Isi-isi (Sudah disediakan dalam bahan rangsangan)


Memupuk semangat patriotik
Memupuk perpaduan kaum
Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan

Penutup
Hari ulang tahun kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat

Anda mungkin juga menyukai