Anda di halaman 1dari 4

SOALAN PERIBAHASA SPM 2004-2014

SPM 2014
Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.
(i) Menurut sahaja kehendak orang lain.
(ii) Segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya.
(iii) Orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana sahaja.
Jawapan:
(i) seperti lembu dicucuk hidung.
(ii) perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan
(iii) di mana ada gula di situ ada semut.
SPM 2013
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud ayat tersebut.
(i) Sengaja mencari susah atau bahaya.
(ii) sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.
(iii) Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai
juga.
Jawapan:
(i) tiada beban batu digalas.
(ii) dalam tangan
(iii) belakang parang jika diasah nescaya menjadi tajam
SPM 2012
Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i) Membaca jambatan Ilmu.
(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
Jawapan:
(i) Ilmu pengetahuan dapat dipertingkatkan melalui pembacaan.
(ii) sedikit-demi sedikit lama-lama berhasil juga.
(iii) kata sepakat tercapai dengan rundingan/perbincangan/mesyuarat.
SPM 2011
Baca maksud peribahasa dibawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.
(i) Pasangan yang sepadan
(ii) Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.
(iii) Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.
Jawapan:
(i) bagai pinang dibelah dua
(ii) bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
(iii) belut pulang ke lumpur/ haruan pulang ke lubuk

SPM 2010
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan
memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan
yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai ___________(i)__________.
Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa
kecemerlangan kerana ________(ii)__________ . Sebagaimana yang diketahui, resepi
kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam
melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik.
Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana ________(iii)__________.
Jawapan:
i. bagai aur dengan tebing
ii. usaha tangga kejayaan/di mana ada kemahuan, di situ ada jalan/yang bulat tidak datang
bergoleh, yang pipih tidak datang melayang/kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya.
iii. muafakat membawa berkat/bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
SPM 2009
Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi
mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.
Ayah
: Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri
dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua, iaitu
________(i)_______
Syafik

: Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

Ayah
: Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya
kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk
membangunkan negara, bak kata peribahasa _______(ii)_________
Syafik

: Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah
: Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman
sebanyak banyaknya kerana _________(iii)_________
Jawapan:
i. di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung/masuk kandang kambing mengembek, masuk
kandang kerbau menguak.
ii. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
iii. jauh berjalan luas pandangan/pemandangan.

SPM 2008
Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud
dan penggunaannya.
(i) Bagai menatang minyak yang penuh
(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
(iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah
Jawapan:
i. Mak Jah menjaga anak angkatnya bagai menatang minyak yang penuh kerana dia tidak
mempunyai anak sendiri.
ii. Walaupun Ahmad hanya belajar di sekolah yang biasa, tetapi dia mampu mendapat
semua A dalam peperiksaan SPM kerana benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
iii. Penduduk kampung itu sentiasa menghadapi susah senang bersama ibarat hati gajah
sama dilapah hati kuman sama dicecah.
SPM 2007
Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i) Bahasa Jiwa Bangsa
(ii) Bagai dakwat dengan kertas
(iii) Seperti air dalam kolam
Jawapan:
i. bahasa merupakan lambang keperibadian bangsa/bahasa identiti bangsa
ii. tidah pernah bercerai/suami isteri yang saling mencintai/tidak pernah bercerai/saling
memerlukan/serasi/intim/akrab
iii. orang yang bersikap tenang/keadaan/suasana/situasi yang tenang
SPM 2006
Baca dialog di bawah dengan teliti kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat
yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Amir : Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa
berkomunikasi.
Sofea : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan
bahasa yang betul.
Amir : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada
setiap masa dan keadaan, kerana ___________(i)_________________
Sofea : Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam
mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah
________(ii)__________________
Amir : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan
kritika dengan lebih berkesan kerana ____________(iii)__________________
Jawapan:
i. Bahasa Menunjukkan Bangsa/Bahasa Jiwa Bangsa/Bahasa Melambangkan Bangsa
ii. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
iii. mata pena lebih tajam daripada mata pedang

SPM 2005
(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang
menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
(ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak
gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja
berlebih-lebihan.
Jawapan:
(i) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
(ii) Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.
(iii) Ukur baju di badan sendiri.
SPM 2004
Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling
membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif
akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka
tiada sesiapa pun yang untung. Sebalinya mereka akan kehilangan segala-galanya.
Jawapan:
1. Bersatu teguh, bercerai roboh.
2. Bagai tanduk diberkas.
3. Kalah jadi abu, menang jadi arang

Anda mungkin juga menyukai