Anda di halaman 1dari 13

FRASA SENDI NAMA

FRASA SENDI NAMA


Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam binaan
ayat yang yerdiri daripada satu kata sendi nama
dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap
kepada kata sendi nama itu.
Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata
yang terletak di hadapan frasa nama
Amirul pergi ke sekolah dengan basikal.
Khalis berasal dari Selangor.

Binaan Frasa Sendi Nama


Kata

(i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama

Frasa Sendi Nama


Kata Sendi Nama

Frasa Nama

di

sekolah

pada

waktu petang

daripada

kayu

kepada

cikgu

sejak

zaman Paleolitik

(ii) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama


Frasa Sendi Nama
Frasa Nama

Kata Sendi Nama

Kata Arah

Frasa Nama

di

depan

sekolah

ke

belakang

bilik darjah

dari

hulu

sungai

dengan

belakang

parang

untuk

dalam

negara

* Frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa kata


arah.

(iii) Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan

Frasa Sendi Nama


Frasa Nama
Kata Sendi Nama
Kata Arah

Frasa Keterangan

di

dalam bilik

sejak semalam

ke

gunung Tahan

untuk mencaricalon
isteri

dari

Melaka

dengan menaiki bas

(iv) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa


Keterangan
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi
Nama

Kata Arah

Frasa Nama

Frasa Nama
Keterangan

ke

hadapan

rumah

pada waktu senja

di

dalam

bilik darjah

sepanjang waktu
sekolah

dari

belakang

almari

dengan cara tiba-tiba

pada

hujung

minggu

setiap bulan

KEDUDUKAN FRASA SENDI NAMA


DALAM AYAT

1. Predikat Frasa Sendi Nama


Predikat F.S.N ialah konstituen yang hadir selepas subjek
dalam ayat yang mempunyai susunan yang biasa.

1. Mereka ke sawah setiap pagi.


2. Hadiah tersebut untuk pelajar yang terbaik.
3. Surat daripada ibu tersayang.
4. Pelancong itu dari Korea.
5. Rumahnya di pinggir bandar.

2. Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan


(i) F.S.N keterangan frasa kerja
F.S.N yang menjadi keterangan kepada frasa
kerja boleh mendukung beberapa makna,
antaranya keterangan masa,tempat,
bandingan, tujuan, hal, penyertaan dan alat.
1. Saya pergi ke sekolah pada pukul enam pagi. (masa)
2. Dia berbicara tentang perkara itu. (hal)
3. Daim melanjutkan pelajaran di London. (tempat)
4. Saya datang dengan keluarga. (penyertaan)
5. Ibu membuat kek dengan ketuhar. (alat)
6. Pembahas itu bercakap seperti murai.(bandingan)

(ii) F.S.N keterangan frasa adjektif


Frasa jenis ini boleh mendukung beberapa makna
keterangan bandingan, tujuan, hal, dan masa.
1. Budak itu kurus seperti lidi. (bandingan)
2. Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran.(hal)
3. Mereka bingung pada mulanya. (masa)
4. Pekerja harus cekap demi ketinggian hasil pengeluaran.
(tujuan)

(iii) F.S.N keterangan frasa


nama
Frasa jenis ini boleh mendukung beberapa makna
keterangan masa, tempat, pembuat, sumber, asal
dan tujuan.
1. Rumah-rumah di bandar tidak semuanya besar. (tempat)
2. Panggilan telefon untuk ayah itu datang dari Singapura. (tujuan)
3. Itu sejenis pakaian pada zaman kerajaan Melaka. (masa)
4. Kain daripada sutera mahal harganya. (asal)
5. Sumber bekalan air penduduk Singapura adalah dari Johor.
(sumber)
6. Lukisan oleh Ibrahim telah memenangi hadiah pertama.(pembuat)

Anda mungkin juga menyukai