Anda di halaman 1dari 11

FRASA SENDI NAMA

PENDAHULUAN
Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri
daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang
menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.

kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa
nama. antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa melayu
termasuklah :

di, ke , dari, daripada , pada, kepada, untuk , akan, bagi,


hingga, oleh, dengan dan sebagainya
BINAAN FRASA SENDI NAMA
FRASA SENDI NAMA BOLEH TERBENTUK DARIPADA SATU BINAAN BERIKUT :

1) Kata sendi nama + frasa nama


2) Kata sendi nama + kata arah + frasa nama
3) Kata sendi nama + frasa nama + frasa keterangan
4) Kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa keterangan
KATA SENDI NAMA + FRASA NAMA
KATA SENDI NAMA DALAM FRASA SENDI NAMA WUJUD SEBAGAI PERKATAAN YANG
LETAKNYA DI HADAPAN SUATU FRASA NAMA. CONTOHNYA SEPERTI YANG TERDAPAT
DALAM RAJAH BERIKUT :

FRASA SENDI NAMA


Kata sendi nama Frasa nama
Di Jambatan
Ke Sekolah rendah
Dari Johor Bahru
Daripada Kapas
Kepada Ibu fatimah
Pada Waktu itu
Untuk Pelajar-pelajar baharu
Dengan Kebijaksanaannya
Sejak Zaman dahulu
Tentang Negara maju
Sampai Subuh
Bagi Kanak-kanak cacat
KATA SENDI NAMA + KATA ARAH + FRASA NAMA
• Kata sendi nama dalam frasa sendi nama wujud juga sebagai
perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului
oleh kata arah. Walau bagaimanapun wujud tanpa kata arah.
Contohnya :

Frasa sendi nama


Frasa nama
Kata sendi nama Kata arah Frasa nama

Di Belakang Rumah
Ke Dalam Bilik gelap
Dari Hujung Balai
Dengan Belakang Parang
untuk Luar Negara
KATA SENDI NAMA + FRASA NAMA + FRASA KETERANGAN

Satu lagi binaan frasa sendi nama terbentuk apabila frasa


nama yang menjadi pelangkap kepada kepada kata sendi
nama itu diikuti keterangan, sebagai unsur frasa pilihan.
Contohnya:

Frasa sendi nama


Frasa nama
Kata sendi nama
Kata arah Frasa keterangan

Ke Negeri jepun Pada tahun lalu


Dari Johor Dengan bapanya
Di Pangkuan ibunya Setiap waktu
Dengan rombongannya Pada sepanjang hari
dalam perlawanan Di sekolah kami
KATA SENDI NAMA + KATA ARAH + FRASA NAMA + FRASA KETERANGAN

• Frasa sendi nama boleh juga terbentuk daripada kata sendi nama yang
diikuti oleh kata arah, frasa nama dan frasa keterangan. Contohnya seperti
yang terdapat dalam rajah berikut :

Frasa sendi nama


Kata sendi nama Kata arah Frasa nama Frasa nama
keterangan
Ke Selatan Negeri jerman Pada musim
panas
Dari Belakang Rumah Dengan cara tiba-
tiba
Di Atas Pangkuan ibu Saban hari
pada hujung minggu Untuk
kepentingan
keluarga
KEDUDUKAN FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

Frasa sendi nama boleh hadir sebagai predikat dalam pola


ayat dasar bahasa melayu dan sebagai unsur keterangan
dalam ayat-ayat yang lain.

PREDIKAT FRASA SENDI NAMA

Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas


subjek dalam ayat yang mempunyai susunan yang biasa.
Contohnya :
1) Mereka ke sawah setiap pagi.
2) Hadiah itu untuk pelajar yang terbaik.
3) Surat itu daripada ibu tersayang
4) Kain itu daripada benang sutera
Frasa sendi nama sebagai keterangan
• Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur
keterangan kepada frasa kerja , frasa adjektif dan
frasa nama.

1) Frasa sendi nama keterangan frasa kerja


• Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa kerja boleh
mendukung beberapa makna , antaranya keterangan masa, tempat, frasa
kerja, bandingan tujuan, hal, penyertaan, dan alat. Contohnya :

1) Kereta api bertolak pada pukul lima pagi. (masa)


2) Dia berbicara tentang perkara itu. (hal)
3) Budak-budak itu berehat di bawah pokok. (tempat)
4) Saya datang dengan isteri. (penyertaan)
2) Frasa sendi nama keterangan frasa adjektif
• Frasa jenis ini dapat , antara lain, mendukung makna keterangan
bandingan, hal, masa, dan tujuan. Contohnya :

1) Budak itu kurus seperti galah. (bandingan)


2) Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran. (hal)
3) Rumah itu cantik seperti mahligai. (bandingan)
4) Mereka bingung pada mulanya. (masa)

3) Frasa sendi nama keterangan frasa nama


• Frasa sendi nama yang menjadi unsur keterangan tempat, pembuat,
sumber, masa, asal, dan tujuan. Contyohnya :

1) Rumah-rumah di bandar tidak semuanya besar.(tempat)


2) Kampung Geting ialah kampung di seberang muara sungai golok.
(tempat)
KESIMPULAN
FRASA SENDI NAMA
KATA BANTU KATA SENDI FRASA NAMA
KATA NAMA FRASA FRASA KETERANGAN
NAMA
ARAH NAMA
1)a). telah ke Dalam Hutan Untuk memburu
penjahat-penjahat itu
b).telah Ke Dalam Hutan -
c).telah Ke - Hutan Untuk memburu
penjahat-penjahat itu
d) Ke - hutan -

2)a) masih Di Tepi Tasik Setiap petang


b) masih Di Tepi Tasik -
c) masih Di - Tasik Setiap petang
d) Di - Tasik -

Anda mungkin juga menyukai